26 April 2011

TERJAH SAT

salam kepada semua yang singgah..
maaf beberapa hari tak berupdate.
tetiba jadi sgt sibuk dgn urusan harian.
will be back as soon as possible
insyaAllah.
thanx to all who stopped by to read & those who leave comments....I appreciate it so much.

22 April 2011

INGAT...INGAT

salam..

pemandangan biasa
1..ibu @ bapa bawa anak kecil....nak masuk kereta.
    ibu @ bapa masuk dulu start enjin...
    anak still kat luar.....kalau anak berlari ke tengah jalan apa jadi????

2..ibu @ bapa drive.....anak di pangkuan sambil pegang stereng..
    kalau kemalangan @ brake mengejut apa jadi????

3..tunggang motosikal....anak kat belakang.terlentok lena.kaki tak sampai tempat pemijak pun.
    tangan ibu @ bapa sebelah pegang handle,sebelah lg pegang anak kat belakang tu.
    kalau terbabas apa jadi????

4..tunggang motosikal...ibu pegang anak sebelah tangan saja..letak atas peha menghadap ke  
    jalan.sebelah tangan lagi pegang anak yang duduk antara ibu dengan bapa.
    kalau belok mengejut apa jadi????

5..tunggang motosikal letak anak kat depan....anak berdiri dalam raga motosikal.
    kalau kucing tiba2 melintas jalan apa jadi????


sayangi anak2 kita.
beringat sebelum kena.

 budak yang suka naik kereta


21 April 2011

MEREKA YANG ISTIMEWA

salam.

tengok BERSAMAMU last nite?
saya tengok sekejap2 ja.
ia tentang anak2 KIWANIS.
seronok tengok gelagat depa esp yg menari MJ tu.
terus terbayangkan budak bambam menari & menyanyi.
anak2 ni sgt cepat meniru & sgt minat dgn muzik kan?
masa hari jualan PDK baru2 ni ada sorg anak DS lelaki yg suka menari.
pantang dengar muzik rancak mesti dia buka langkah & ikut rentak plk tu.
the best part was.....dia suka jaga my bambam.nampak ja nabila main hujan cepat2 dia pi ambik ajak duduk bawah khemah.nabila pun elok ja ikut cakap 'abang' dia ni.
 abang nabila tgh buat free show
 
our special GIFT FROM ALLAH

berbalik ke cerita malam tadi.
ada seorang ibu yang cerita kesedihan dia masa mula2 dapat tahu anak dia DS.mmg dia tak boleh terima pada peringkat awal tapi berubah menyayangi anaknya bila dah dapat moral support dari org keliling.
saya rasa most parents macam tu.yg penting ialah sokongan suami,ahli keluarga & kawan2 utk hadapi masa2 mencabar menerima & membesarkan anak2 istimewa ni.memang tak mudah.tapi alhamdulillah..anak2 DS adalah anak2 yg happy selalu...ceria & menceriakan org di sekelilingnya.sekali sekala mood hangin tu biasalah..
yg normal pun kdg2 hangin dia lagi teruk...betul tak?

saya suka tengok aktiviti KIWANIS ni tapi tak pernah join.
sini yg paling dekat kat Alor Setar.mmg susah la nak ulang alik ke sana..clash dgn kerja.kalau ada kat SP kan best.
sini pun ramai anak2 DS yg saya yakin tak pernah join apa2 aktiviti KIWANIS ni.
 

20 April 2011

YANG BERTUAH

SALAM

TAHNIAH BUAT FOLLOWER YANG DICARI..
FOLLOWER KE 200
SILA EMEL NAMA & ALAMAT KPD SAYA UTK DAPATKAN HADIAH.

idadr_maya@yahoo.com.my
p/s: ayu punya tak pos lagi sb tak sempat nak keluar cari extra barang utk aisya.tunggu sat nooo....

19 April 2011

SAPA KATA BABY TAK PANDAI?

salam.

bila nabila 'beronline'
 umie...ni geng baru nabila kat FB...comey oooo....
 alamak!!!abah tengok la.....
 kena tutup FB nih....
 waaaa!!!!!  apa yg keluaq ni kakak??
 takpa2....jangan panic...kita pebetoi balik.
 jeng...jeng...jeng....so far so good
 ait!!!! benda tu keluar lagi?  abislaaa...satg abah hangin
 abah pebetoi sat....bukan salah baby..kakak yg salah ajaq.
tengok tu...dia gelak kat baby bila kena marah dgn abah
 abihhhh...abah tutup terus FB...
abah suruh tgk kartun upin ipin ja
 dah tengok banyak kali kat TV la abah...boring laaa....
layankan sajalah..no choice...mata pun dah separuh tertutup ni abah.

lokasi....depan kedai...budak kecik ni mmg suka sgt mengacau & berlagak pandai....gerammmm....

POKOK HUJAN

salam..

sapa tak pernah tengok pokok hujan?
bukan yang kat langit tu.
tapi yang ni


saya pun first time tengok.
RAIN TREE @ pokok hujan kat depan ICE DOME THAILAND.
kalau depa tengok pokok hujan kita mesti depa gelak sakan...

18 April 2011

RAJA BUAH

salam hari Isnin.
selamat kembali ke ofis.
kat sini cuaca mendung & mata pun jadi mendung tiba2.
mana mata tak mendung....sarapan pulut lemak dgn durian.
dah banyak hari mengidam nak makan pulut durian.beras pulut yg SU beli kat Siam pun dah lama terletak dlm almari.malam tadi habis kerja terus ke pasar malam.semangat cari durian.tapi alahai.....ellleekkk...takdak buah pun.yang ada org jual pulut durian siap dimasak.tu pun durian dia dah tak berapa elok.

dari pasar malam terus ja ke rumah pengasuh nabila..ambik budak bambam tu.keluar ke pekan.SU ajak lalu ikut Bedong.sampai situ pasar malam pun dah habis.so jalan terus ja.dekat2 nak sampai simpang lampu isyarat ternampak satu lori tengah turunkan durian kat tepi jalan.ada orang tunggu dgn raga durian kat situ...teruslah U turn kat traffic light & singgah beli kat situ.
katanya durian dari Pahang..tak kisahla kan...janji durian.
sekilo RM7...ambik 3 biji = RM24.
balik rumah lepas bg budak bambam tidur baru buka durian tu.
wallaaaa...


kami berdua habiskan 4 pangsa (bukan 4 biji tau) pd jam 12 malam.
mujur tengah malam tu hujan.

hari ni buat pulut kukus then campur santan makan dgn durian tu.
sebab tu mengantuk...banyak kanji.mata jadi berat.
yg tgh berdiet...jamu mata dahla noooo....

17 April 2011

KAMI YANG SUKA MAKAN

salam.

semalam Sabtu...my weekend.
dah beberapa minggu tak balik kampung so semalam kami balik sefamily.kebetulan nak repair kelisa sebab khabarnya alternator rosak.sebelum tu dah tukar bateri baru tapi still mati kat traffic light.so revised diagnosis ialah masalah kat alternator la pulak.
kami tak biasa lg dgn mana2 mekanik kat area kampung tu so masa balik terus ja jelajah sampai Tanah Merah.mujur gak jumpa satu kedai mekanik & dia tanpa banyak hal sanggup ikut pi rumah my sis....& bawa kereta tu balik ke kedai dia.
lepas magrib baru settle.

seperti biasalah...kereta ni bila nak repair satu akan jumpa banyak lagi problem (manusia pun kadang2 macam tu jugak).daripada alternator tambah lagi dgn brake pad & tiga belt (alternator,aircond & power stering).katanya semua dah nyawa2 ikan.daripada buat hal kemudian hari lebih baik tukar ja terus.
semuanya RM310 (termasuk labour charge RM50).
mahal tak?rasanya biasa2 ja kot.

bila balik kampung saya wajiblah menjelajah ke belakang rumah.nak usha2 pokok manggis.
lebat berbunga.putik pun dah ada.alhamdulillah.hendaknya tahun ni dapat makan banyak2.last year memang tak merasa sebab buah tak banyak...dapat ke tupai ja.lagipun masa tu my parents tak sihat.memang kami tak pedulikan sgt buah2 tu semua.
manggis ni satu ja problemnya....nak kena cari org panjat pokok.pastu kena kait dgn galah yg ada macam bekas kat hujung dia supaya buah tak jatuh ke tanah.kalau jatuh ke tanah & merekah buah tak tahan lama.sehari ja dah kematu.tak pun isi jadi purple..tak sedap dah.
biasanya my cousin yg panjat.
tahun ni nak suruh along plk kot.
atau...
mak dia panjat sendiri????
 putik manggis
 utk orang yg tak kenal...bunga manggis
pokok durian yg saya tanam...tak ingat dah berapa tahun.
moga cepat besar & cepatla berbuah.
jgn tak tau...masa kecik saya suka sangat panjat pokok.setakat pokok manggis tu mmg tak dak masalah.cuma kadang2 bermasalah nak turun.....kaki pendek.tapi tak pernah jatuh pokok...alhamdulillah.

back to activity semalam.
keluar dari rumah my sis petang pergi ambil stok ubat kat wholeseller (depa lambat sgt nak mai..alang2 lalu singgah ambil terus).then terus ke rumah member kat Jitra & keluar makan bertiga family (sorg lg member dari Penang).mujur sempat cross border...org Penang ketagih nasi & tenggiri masak kicap kak jah kat Danok...maka kita layankan saja.orang pregnant...takut kempunan nanti.keluar border pukul 11.15 pm...imegresen & kastam pun dah takdak mood nak layan...out without hassle.
 padat meja
sapa ambik gambar sapa nih?
ingatkan nak balik terus...rupanya depa stop minum lg kat kedai nasi kandar...ish...
anak org Penang yg umur 4 tahun pun pandai komplen..."ish...tak reti2 nak balik lagi ka??"...hehehe...member dah ngantuk.

11.45 pm gerak balik & by 12.30 am sampai rumah.mata saya teramat berat...lena sepanjang jalan dgn nabila kat riba..lenguh!!!!

15 April 2011

SENAMAN KAKI

hi..
jom senaman dengan saya
orang KEDAH panggil saya 'mengkarong'
orang negeri lain panggil apa yer?

kamu boleh buat senaman regangan kaki macam saya?
bukan susah pun.

14 April 2011

NAK MAKAN PUN SUSAH

salam.
esok Jumaat.budak2 cuti sekolah (tp umie depa kerja).rasa macam nak masak tapi tak dak idea nak masak lauk apa.dah lama tak masak.asyik beli ja.mujur bebudak ni & bapa budaknya pun tak kisah.janji perut terisi.tapi saya plk yg boring dgn lauk2 kedai ni.
asyik benda sama tiap2 hari.

mmmmmmm......
ayam ka ikan?
nurul suka ikan.
SU suka ayam
(kalau ikan kena tenggiri masak kicap kak jah..mana nak reti buat)
along dgn nabila tibai segala.
saya suka ikan.
mmmmmmmmm...
nak masak banyak2 jenis mana sempat...kita kerja.
peninglah!!!
sat gi beli ayam & ikan
pagi esok baru decide nak masak apa.

dengarnya PIZZA HUT ada diskaun 50%
diskaun apakah itu?



 brunch saya hari ni....RM4.00
murah dak?

ANAK YANG DEGIL

ha!! tu lah.....
mak dah pesan
duduk diam2 kat rumah
jangan nak ke mana-mana
mak nak keluar cari makan utk kamu

kamu tu kecik lagi
banyak benda yg kamu belum pandai
tapi kamu degil
nak juga keluar

sekarang
dah terjelepuk kat situ
baru kamu tau
kan dah sakit

sorry mak tak dapat nak tolong kamu
biarlah orang lain yg tolong
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


kat lantai depan kedai
dia nampak ok lagi...saya geli nak pegang.
suruh org kat kedai sebelah ambik

13 April 2011

HARI BIASA YANG TAK BERAPA NAK BIASA

salam...
hari yg meletihkan.
pengasuh nabila demam & sakit satu badan.malam td masa g ambik nabila nampak dia dah selsema.jangkit dari nabila kot.so hari ni takleh hantar budak kecik ni...kena jaga sendiri.
makanya biar ja dia kat sekolah sampai dekat pukul 1 pm baru g ambik coz saya break pk 1.nampak ja muka ngantuk tapi bila sampai ofis abahnya bukan main meloncat lg.nak bg mandi pun payah.kita jerit suruh duduk diam2 dia boleh gelak2...ish!!!..

dah siap mandi berbaju semua sib baik SU sampai ofis...pass to you dear....I got things to do..kena pi bayar insurans & road tax kelisa.pi kat bank ja.kat bahagian loan kereta...bg depa buat semua.senang kerja.
ada sorang customer renew guna ejen MYEG komplen geran tak update.depa tak print kat bhg bayar road tax terbaru tu...rupanya staff kat bank tu cakap mmg MYEG mcm tu..cepat tp buat kerja tak siap.so customer tu kena pi sendiri kat office MYEG minta depa updatekan geran dia.hah!! satu hal plk.baik buat sendiri.

avanza pun kena renew bulan ni juga....hmmm...kering lagi..yg ni tahun2 lepas saya pass kat toyota ja.depa buat semua..dah siap, pi kat office toyota collect & bayar duit.tahun ni pun macam tu jugak rasanya.malas nak terjah JPJ.

that's all for today...dah ngantuk ni....
harap2 esok pengasuh nabila ok...dahla esok dia tak sekolah.nak kena kepung sehari????huhuhu...tak daya...kalau tak kerja takpa..

12 April 2011

CERITA PENDEK

salam...
entry sembang2.

kes 1.
beberapa hari lepas.
(pelajar perempuan sekolah asrama penuh depan ni...demam selsema sikit2 ja)

"dr, boleh dapat MC tak untuk esok?"
"MC?"
"boleh dapat tak MC utk esok?esok saya exam.tak sempat baca buku"

......hmmmm....ada jugak macam ni.......



kes 2
semalam
(budak lelaki 12 tahun yg naik basikal dilanggar kereta masa mengelak dari anjing)

"mak...abah marah dak?"
"mestilah marah"
"laa.....bukan salah adik pun"
"habis tu salah sapa?"
"anjing tu yang salah"

............hehehe...yg ni saya gelak......


11 April 2011

GOOD MORNING

salam.
mata pejam pun tangan boleh buat 'peace' lagi.
gambar pagi ni masa abah tengah berusaha 'membangunkan' nabila utk ke sekolah.
as always...good girl.
ek ek saja..no crying.

10 April 2011

SAMBUNGAN HOLOPROSENCEPHALY

salam.

sedikit penambahan utk HOLOPROSENCEPHALY

Antara perkara yg dikatakan menjadi punca kepada HPE ialah:

1. masalah kegagalan fungsi genetik ketika pembahagian otak berlaku di peringkat embrio.
2. keturunan (tetapi tidak pada semua kes)
3. gestational diabetes (kencing manis semasa hamil)
4. jangkitan semasa dalam kandungan (TORCHES)
5. penggunaan ubat2 tertentu semasa hamil (insulin,pil perancang,aspirin,ubat utk sawan dll)....
    *tetapi insulin diguna utk rawatan kencing manis semasa hamil & didapati selamat.
6. pengambilan alkohol
7. merokok (termasuk passive smoker)

* Kejadian HPE tidak berkait dgn umur ibu hamil.
* Lebih banyak melibatkan bayi perempuan.
* Sejarah pendarahan semasa trimester pertama kehamilan meningkatkan risiko utk mengalami HPE.
   begitu  juga dgn sejarah keguguran.


secebis kisah JAYLYNN

CEPAT BAYAR!!!

salam

hari ni dah 10 April....hujung bulan ni birthday saya...ehhh...silap..hujung bulan ni kena settle bayar income tax.
tapi yg bisnes2 (mcm saya) tarikh akhirnya hujung bulan june nanti.
sapa yg tak bayar lagi?

saya pun belum siap akaun segala lg pun.biasanya by this time semua dah bg accountant tapi tahun ni malas tahap maksima (apasal????).semua tak siap lagi.mesti bisinglah tukang buat akaun tu nanti.dahla mulut dia mmg bising...hehe...sib baik member.tapi member2 pun dia punya charge standard biasa ja..no discount.tp takpa...dia pun bisnes jugak kan.I pay as you charge.servis dia mmg oklah.semua dia buat.saya mmg tak faham langsung bab2 akaun bisnes ni.berpuluh kali dia explain tak reti2 gak.
last2 keluar ayat ni...
"bib...hang takyah explain lah.pening kepala aku.nanti kalau depa tanya aku suruh jumpa hang".
(walaupun masa menengah saya suka buat akaun dlm subject perdagangan)


masa kerja gomen best kan...semua org ofis buat.
no headache



08 April 2011

PETAK

salam.
pagi ni nampak dua orang lelaki (secara berturut2) pakai seluar slack corak petak2.
satu merah..satu hijau.
jarang nampak seluar petak2 kat sini.
kalau 'short' biasalah.

kalau bagi SU tobat tak mau pakai.
along lagilah.....mau bebai sepanjang hari.

sapa suka pakai seluaq petak2?

06 April 2011

HOLOPROSENCEPHALY

salam.

hari ni saya tak busy..patient tak ramai.tapi saya baru nak tulis sikit dlm blog ni.
tadi jumpa term ni 'LOBAR HOLOPROSENCEPHALY'.
first time dengar...5 tahun kat uni tak pernah jumpa term ni...hihihi...nampak sgt malas baca buku.

so sepanjang hari ni dok mencari info pasal term ni...tak habis baca lg.it's all related dengan pertumbuhan janin di dalam rahim (embriology)......bab yg mmg saya pening kepala masa student dulu sebab term2 dia sgt pelik.susah nak eja...nak ingat apatah lg.tapi member2 lelaki sgt suka dgn term2 yg pelik ni.asal berkumpul ja mesti tanya makna @ definasi.tp elok jglah...it's part of study.

ok...sedikit yg saya dapat tentang HOLOPROSENCEPHALY (HPE)...
keadaan di mana otak hadapan (forebrain) janin tidak terbahagi kepada dua semasa proses pembentukannya.bergantung kepada tahap kegagalan pembahagian itu,keadaan janin adalah berbeza2 bermula dari yang paling teruk yang berakhir dengan kematian di dalam rahim dan yang paling ringan di mana hanya melibatkan tahap IQ yg rendah.

kecacatan yg sering berlaku ialah struktur muka yg tidak normal seperti hanya memiliki satu mata,hidung yg tidak terbentuk dan juga sumbing (bibir @ lelangit).

saya dapat info dari SINI

p/s: seseorang yg saya kenal sedang menghadapi situasi ini...doa & harapan saya moga bayi yg lahir nanti hanya mengalami kekurangan yg paling minima....insyaAllah.

ada masalah utk letak gambar sejak semalam.....sgt sakit jiwa!!!!

05 April 2011

BILA BELLA TERLEPAS

salam.
mmm...baru nak cerita kisah nabila hari sabtu baru ni. banyak sgt gambar tp gambar org lain...
program start pk 8 pg tp kami sampai dekat pk 9 dah.elok jg pun.bukannya ada apa2 lg pagi2 tu..just org2 yg terlibat dok siapkan gerai masing2. sebelah dgn tempat event tu ada taman mainan kanak2..makanya mek kecik ni landing kat situ ja lah...
bahagia sungguh dia dapat lepas bebas macam tu.
bila sampai giliran dia utk main tuju tin dia dah letih..mood pun tak dak dah.pujuk2 sib baik mau main jugak.tapi baling entah ke mana2.tak pa lah...janji tak hangin.
                                              menyorok belakang umie bila cikgu suruh main

                                                manalah padan jarak dengan budak kecik tu....

secara keseluruhannya.....
perjalanan majlis meriah walaupun hujan sekejap masa tgh hari.elok jugak buat macam ni.sekurang2nya anak2 ni dapat beraktiviti ramai2.ibubapa yg ada anak2 istimewa ni pun dapat juga pengetahuan dalam nak besarkan anak2 ni.yg belum hantar anak2 ke mana2 tempat latihan pun boleh dapat maklumat dari aktiviti macam ni.
acara sebenarnya berlangsung sampai pukul 6 petang tapi kami balik pk 1 lebih.nabila pun dah tak berdaya nak berjalan.mak bapak dia lglah......
 takut tengok orang bersilat...
terus landing sat utk isi minyak


nabila: "pakcik nak tanya apa tanya jelah....tapi jangan ambik popcorn nabila".
                                               

balik rumah dobi nabila yg selekeh tu...bg susu then dia zzzzzzzzz selama 2 jam. mak bapak dia keluar dating test drive kereta baru.

nak tau kereta apa? next entry ok..
(drive ja..bukan nak beli pun)