31 October 2010

AL FATIHAH BUAT BAPA TERSAYANG

salam...
AL fATIHAH.
sekadar ingin memaklumkan kepada semua teman bloggers.
bapa saya telah kembali ke Rahmatullah semalam...30/10/2010 jam 1 tgh hari.jenazah selamat dikebumikan di kampung seperti yg di kehendaki arwah.
memandangkan masa yg terhad,semua komen dientry yg lepas akan dijawab kemudian.
full entry about this will also be done later.

29 October 2010

ADA IDEA TAK?

salam..
ada tips tak macam mana nak potong kuku budak kecik
yg mmg tak suka kukunya dipotong??
seksa betoi nak potong kuku budak ni.dahla cepat panjang.
seminggu kena potong dua kali.
sekarang ni mmg potong waktu dia tidur.tupun kena timing juga.kalau waktu pagi mmg tak boleh sb dia mudah terjaga.kena buat malam2 masa dia tgh nyenyak.
masalahnya umie dia selalu terlupa.

tengoklah kuku bambam yg panjang ni...
sib baik tak hitam.kalau hitam mmg riuh ja mulut dia suruh kita bersihkan.
nak potong tak bagi...ishhh..
merah kat dahi sb calar kena garu.
(yg ni gambar lama tapi bila kuku panjang mmg mcm nilah jadinya...luka sana sini sb menggaru)

JANGAN SAMPAI SESAT

salam...
malam tadi lepas kerja kami ke KK ziarah jenazah ibu teman spt cerita dlm entry di bawah.
jumpa kawan lg sorg kat R&R Bkt Gantang..cik mat from Lumut.cik mat yg tau jalan ke rumah tu.tp tak pasti plk dia mmg tau betul2 @ just harapkan GPRS.tapi kami sampai dgn selamat tanpa sesat2 lebih kurang pk 12 tgh mlm.pukul 2 pg bergerak balik ke rumah.pk 4+ am sampai rumah...tak puas tidur lg nih...

back to road direction.sekarang majoriti org gun GPRS kan?hbby pun dok teringin nak beli tu...sb dia kan rajin meronda.tapi teringat masa konvoi kat Terengganu hari tu...nak ke satu tempat ni...sampai kat satu simpang GPRS cik mat tunjuk belok kanan...signboard tunjuk belok kiri....hehehe....hbby dah ..'ait???'..so separuh ikut kanan...separuh lg ikut kiri.at the end dua2 team sampai tempat yg dituju pd masa yg sama.hbby kata GPRS tu tunjuk jln short cut kot..(tp sampai sama ja).but in a way benda ni menyenangkan jugak esp kalau banyak sgt signboard & jalan bersimpang siur.

saya suka kalau org bg direction ikut landmark...misalnya lepas bangunan NI simpang yg pertama ambik kiri...kat simpang tu ngko akan nampak bangunan A di sebelah kanan.

contoh landmark yg senang nampak

kalau pakai signboard mmg saya out...boleh agak2 ja.tambah2 lg kalau signboard mcm kat KL tu...anak panah tunjuk mcm2 arah..dah la banyak signboard,dlm satu keping tu banyak plk nama tempat...nak baca pun tak sempat..confirm sesat.

uolls cemana??

28 October 2010

AL FATIHAH (IBU ABG ZAINI)

salam..
hari ni ada berita sedih.tgh hari masa lunch break hbby bgtau ibu kawannya admitted sb stroke.lebih kurang sejam lepas tu dia dapat berita ibu tadi telah kembali ke rahmatullah..insyaAllah malam nanti kami akan lawati jenazah arwah ibu kepada abg Zaini...pengerusi NARC.saya kerja so terpaksa tunggu lepas habis kerja.jauh juga...ke Kuala Kangsar.moga cuaca baik sepanjang perjalanan nanti.
Al Fatihah buat arwah.
moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah & moga abg Zaini sekeluarga tabah & sabar menghadapi semua ini.banyak dugaan utk abg bln ni...sabarlah.we're ur friends & we'll be by ur side whenever u need us.

he's far right

NABILA OH...NABILA

salam..
bangun pg ni nenong2 sikit.tetiba pening kepala.mujur lepas mandi dah ok.tp by tengahari mata pun layu balik.kisahnya...malam tadi tidur lambat.satu rumah tidur lambat gara2 nabila.

balik kerja mlm td saya gorengkan popia segera sb hbby nak makan.tetiba mek kecik ni yg pulun.dah start makan sampai takmau berhenti.habis 4 biji sekali jalan.tu pun saya paksa berhenti.ada lagi 3 biji saya simpan bawah tudung saji.kalau letak depan mata gerenti dia nak lagi.melayan dia sambil tengok tv cerita The Entrapment sampailah tamat cerita pk 12.30 mlm.satu family melayan cerita ni.dah pernah tengok dulu tp best jugak melayan sekali lagi.dah habis cerita pun dia nak main lagi.ishhh...the easiest way...off TV.kakak & along masuk bilik barulah dia nak berhenti main.baik plk mood dia.simpan semua mainan.then salam & cium abah.pastu salam & cium umie plk.siap babai2..kenyit2 mata...adehh...!!budak ni mmg nak kena picit.geram betoi tgk perangai dia.

ingatkan dah masuk bilik semua dah settle.tetiba dengar suara dia macam kuat ja dok terjerit2 dgn kakak dia.kalau kuat maknanya pintu bilik terbuka.cakap dgn hbby..'tak tidur lg budak ni'.bila saya jenguk keluar nampak nurul kalut2 ja ambik kain la...spray air la...pastu dia minta cadar.tanya kenapa...katanya nabila muntah..hmmm...tu lah...makan terlebih had.pastu susu lagi.mujur juga dia jenis selamba.muntah pun tak nangis2.boleh seronok gelak2 kacau kakak tukar cadar.
pukul 2 pagi terjerit2 dlm rumah.mesti jiran belakang pun boleh dengar.punya kuat suara dia.bila abah keluar bilik marah sb bising baru dia kalut masuk bilik dia semula nak tidur.abah masuk bilik dia keluar semula.last2 kami mainkan dia.

abah letak dia semula atas katil pastu tunggu kat tepi dinding.dia ingat abahnya dah masuk tidur.along pun bangun jugak join aktiviti mengacau nabila.saya still kat dapur.kami tak bagi nurul masuk bilik.konon2 saya dok bebel kat nurul sb lambat sgt buat kerja.nabila apa lagi...menyampuk la.marah2 kat kakak dia.terjerit2 dari atas katil.tapi mana dia boleh tahan duduk lama2 sorg2.at last melangkah keluar bilik juga sb ingat abah dah takdak.sekali lepas ja dari pintu terus abah jerkah.."hah!!! pi tidoq!!"...terkejut terus terdiam...hahaha...tapi abah tak leh tahan.jerkah sambil gelak...hilanglah suspen budak kecik ni..hbby angkat pas kat saya then letak balik dalam bilik..tutup lampu.tutup pintu.
tu pun tak tau pukul berapa dia lena.

ni...budak kecik banyak songeh...
cermin kabinet dipecahkan oleh along...
dah besar tapi still nak main bola dalam rumah...hmmmm..

MAIN BULU AYAM

salam...
saya suka baca blog pnut.sebabnya....cerita dia sempoi2 ja...relax kepala masa baca tu.lg satu apa yg dia tulis ttg kisah2 masa kecik macam sama ja dgn kisah saya.rupanya budak SP dgn budak Jitra hidup serupa ja kan..main pun benda yg sama.masa baca entry pnut yg nie teringat satu lg mainan yg sgt femes masa saya sekolah dulu...sekolah rendahla.
main bulu ayam.ada sesapa penah main?uish...best sgt main benda alah ni.menguji keseimbangan badan & of course kesabaran org yg tunggu turn..hehe.
saya main ni kat sekolah ja.kat rumah main senapang,main perang,sembunyi2 & segala yg lasak2.kat sekolah mana boleh lasak sgt...kan perempuan.pengawas plk tu.
dulu2 saya main timang ikut giliran..sorang2.
sapa timang paling banyak kira pemenang.hadiah elek la kannn...

tapi nak main bulu ayam ni pun kena main kat belakang bangunan sekolah.kalau cikgu nampak mmg kena marah sb cikgu kata tak sopan budak pompuan dok terloncat2.dahla tu...main sekali dgn budak lelaki plk.main zero point pun kena marah juga...dulu kan kat tepi sekolah ada semak.maka carilah daun utk buat bulu ayam ni.tapi satu jenis pokok ja boleh guna...pokok ni.
daun kapal terbang.
ambik sekali dgn batang kat bhg atas tu...kumpul banyak2 kemudian ikat.

bila main guna daun ni paham2 sajalah...kat tepi2 kasut sekolah tukar jadi hijau.bila masuk kelas mulalah sendeng2 kaki tak mau bg cikgu nampak.dulu kan pakai baju sekolah gaun tu.kalau baju kurung senang nak sorok kaki.

bila rajin sikit kat rumah mula lah cari bulu ayam.bukan senang nak cari bulu pelepah ni.bulu yg kecik2 tu banyakla kat lau ayam.bila mak @ mak sedara sembelih ayam mulalah ngendeng.ambik bulu2 pelepah yg keras tu.pastu cari seliper jepun yg dah putus.potong seliper buat tapak bulu ayam.nak cantumkan bulu ayam ke tapak tu senang ja...cucuk ja dgn paku.bulu ayam tu ikat dgn getah kuat2.bila main guna bulu ayam betul ni mmg tak risaulah...kasut mmg tak tukar kaler.paling2 pun hitam sikit2 ja.cikgu tak perasan pun.

ada juga yg jual bulu ayam warna-warni.tapi yg jenis ni biasanya tak tahan.sekali main hancur.
lagipun kita anak kampung kan...tak challenging la main benda2 yg dah siap ni...mesti nak buat sendiri....+ duit pun takat cukup makan ja...
budak2 sekarang ni agaknya ada dak yg reti main benda alah ni????

gambar semua google saja...

27 October 2010

BUKAN TAK MAU RAWAT...

salam..
dah lama tak refer case ke hospital.hari ni tetiba ja dah 3 kes kena refer.
pertama kes carbuncle.ke dua kes appendicitis.ke tiga kes incomplete abortion.kes ke 2 & ke 3 takdak banyak soal...ok ja.
tapi kes yg pertama jenuh jugak la nak pujuk.mak cik ni kencing manis.naik carbuncle kat belakang.dok insist suruh saya buat minor op utk buang nanah tu.jenuh gak nak explain...kalau abscess @ bisul biasa mmg saya buat.tapi yg ni bisul yg special...utk org kencing manis ja.mmg takleh potong mcm biasa..yg dipanggil incision & drainage (I&D).carbuncle ni ada banyak mata.kena buat saucerization...mmg kerja hospital.
gambar2 ini adalah dari google
abscess @ bisul
carbuncle (banyak mata)
selepas saucerisation....buang habis.tinggal isi merah tu saja.
kena dressing tiap2 hari sampai semua isi & kulit tumbuh macam biasa.

makcik ni berat hati nak ke hospital sb sibuk dgn urusan kenduri kawen anaknya..tapi dah pujuk2 @ paksa2 dia ok jugakla.kena faham jugak...bukan kita takmo buat tp dah mmg macam tu cara rawatannya kenalah ikut.nanti kita buat cara lain penyakit jadi makin teruk cemana??

moga makcik ni sampai ke hospital..risau gak kot dia tak pi.kenduri bulan 12...buat la ni insyaAllah sempat sembuh.

SAPE NAK HADIAH FREE DARI PARIS?=)"

salam..
SAPE NAK HADIAH FREE DARI PARIS?=)"
sila jengok2 kat sini..

tak taulah apa hadiahnya tapi semestinya dari PARIS...
nak jejak kaki kat sana tak taulah bila nak sampai...
so bila ada orang baik hati nak bagi barang free dari sana jomlah kita sama2 offerkan diri
untuk jadi penerima...betoi dak?

tuan punya blog suruh tag 3 orang lagi..
maka saya nak tag org2 ni..

yang lain2 yg tak di tag pun boleh buat jugak...
jengahla ke blog NADIAFARAHIDA

JUMPA KAWAN DIA

salam..
ingat tak restoran MARINA 3 dalam entry ni?

malam tadi baru terperasan ada MARINA 4.lagi dekat dgn rumah.mmg dah nampak restoran ni sejak dia buat tapak lagi cuma baru perasan nama yang sama.
soon we'll arrive.
lepas ni nak cari kat mana MARINA 1 & 2 plk..

26 October 2010

ANTARA PERUT & DIET

salam..
sejak 2, 3 hari lepas ni dok godek2 baca blog nuffnang.nampakla contest ttg pizza baru tuh...alahai...mengoda2.hadiah lumayan plk tuh...rm2000..sapa nak join sila lawati blog nuffnang.
pizza tu lagilah menggoda2 tahap dewa.dah lama tak makan pizza...sabtu ni boleh jengah kot...adeh!!!cemana nak diet nih????
berat dah terlebih budget.plannya nak turunkan ke tahap normal sebelum hujung november nanti.sebab 27/11 ada gathering gen2 xkulim.nakla nampak body macam dulu balik kan...
tak sabaq nak jumpa hgpa semua...hopefully ramai yg boleh attend.
moga takdak aral yang melintang di tengah jalan.
ni masa form 5....kiut miut lagi...la ni semua dah kembang..

tapi xpa....start esok sampai jumaat diet dulu.sabtu makan pizza...
pastu diet balik..hehe...
kena amalkan jusmate semula...malas sungguh la hai!!!

SAYANGI PASANGAN ANDA

salam...
cuti hujung tahun dah tak lama lagi.maka seperti biasa kad2 undangan kenduri kawen pun mula tiba.saya dapat 2 undangan setakat ni.satu insyaAllah boleh hadir.satu lagi clash dgn tarikh gathering NARC ke Hadyai.maka sah2 la takleh pi.

cerita bab2 kawen ni,just nak tanyalah....agak2 ramai tak antara kita yg selalu tanya husband/wife masing2 sama ada masih sayang kat kita atau tak?kalau baru2 kawen tu fahamlah...wajib la tanya kan...tapi bg pasangan2 yg dah lama kawen cemana?kalau tanya,biasanya pasangan kita tu jawab apa?

dia jawab macam ni tak?
1..."mestilah sayang.kalau tak sayang takkan kita kawen".
2..."ntah...sayang kot.."
3..."awak agak2 macam mana?"
4..."ngapa awak tanya?"
5...dia senyum2 saja
6..."ish awak ni...dah buang tebiat ke??"
atau jawapan2 kreatif yg lain...

kalau suami saya dia jawab mcm ni...
"sayaanngg"
pastu saya tanya..."sayang banyak mana?"...(mcm budak2...tp suka)
dia jawab..."banyak yang....tak leh nak ukur....banyak sangat..."....(berbunga2 dlm hati...senyum sorang2..hehe....i luv u too....)

saya pernah dengar kat radio satu topik ttg perkara yg org buat yg paling membuatkan seseorg tu tension(tak ingat hat fm @ sinar)...sorg pemanggil ni cakap dia dah fed up dgn wife dia sb tiap2 malam sebelum tidur mesti nak tanya..."abang sayang saya tak?"
kenapa dia fed up???sebab tiap2 malam tanpa miss kena jawab soalan yg sama...
dah 2 tahun kawen....hahaha...padan la pun...
so isteri2 kalau nak tanya pun janganlah kerap sgt.once in a blue moon kata org putih..

25 October 2010

MAKAN TEPI JALAN

salam...
rasa mcm dah lama tak cerita ttg tempat makan.kat sp ni takla banyak sgt tempat yg menarik utk jamu selera.balik2 kedai masakan thai...dah tak daya nak sumbat kalau tiap2 hari kena resepi yg sama.malam tadi balik dari Giant ingat nak ke Tasik Apung.kat situ ada satu restoran yg pada saya mmg ok lah.
tapi separuh jalan tu teringat plk nak singgah depan hotel baru kat jln Bakar Arang.hotel D'Vista.depan dia ada stall.maka kami pun lepak kat situ.
hbby makan chicken chop....
tgh dalam mood merasa semua chicken chop yg ada kat sp ni.
along share dgn adik...fish & chips.
berlambak...jenis kecik plk tu...mmg best la..

saya share dgn nabila...kentang goreng ja.mmg feveret budak bambam nih.
air...oren bancuh,teh ais & 2 teh o ais.....semua sekali RM25.20.ok kan pricing dia?layanan pun cepat.

ni lah kedai makan tu...MARINA 3
terletak kat kawasan parking hotel D'VISTA.hotel ni baru buka tahun ni.kalau kita dari selatan menghala ke pekan SP hotel ni kat belah kiri...dekat dgn traffic light yg nak ke Petani Jaya.
posing dulu sebelum dapat makan
"emmmm......atham....."
atham tu maknanya sedap...bahasa nabila

SERUPA TAPI TAK SAMA

salam...
sapa suka KFC???
sapa pernah makan RFC???

masa mula2 buka kat SP dulu RFC sangat2 famous.kalau nak beli mmg kena timing betul2.selalu ja line panjang.lenguh kaki berbaris.silap2 haribulan sampai kat kaunter ayam dah habis...mmg hangin ler..sekarang kat SP saja dah ada 2.satu kat lagenda,satu lg kat laguna.ikut setting kat laguna lagi selesa esp tempat budak2 main.orang pun dah tak pack macam dulu lagi.takyah baris panjang2.
saya nak cerita ttg rasa ayam goreng sebenarnya.masa mula2 buka mmg rasa ayam ok saja...tapi bila dah lama ni resepi dah berubah.bukan niat hati nak kondem tp mmg utk pencinta makanan mcm family saya ni,rasa tu dah tak sebest dulu.dah takdak rasa @ tasteless.malah pernah dapat ayam yg tak betul2 masak juga.saya pernah makan kat branch alor setar...yg tu lagilah out.
maka sekarang ni kami beralih la semula ke kedai 'tok wan'....terpaksalah kan.

saya harap pihak pengurusan RFC dapat mengupgradekan balik rasa ayam tu & pastikan semua outlet punya resepi yg standard...

pic from google

24 October 2010

MAIN AIR

salam...
jom layan gambar2 nabila membazir air dgn along..cerita kat entry ni.

bahagia laaaa.....
kali pertama dalam hidup umie bg main macam ni..
confirm ayaq masuk hidung nih.....
uish.......rajinnyaaaa....
berus pun tinggai dawai ja..
turn basuh badan bambam...
amboi!!!!...siap bersabun...
seeeeee....pembaziran...kaki kecik sapa lah tu???
takpa...umie tak marah.
 

CABARAN ALAF BARU

salam pagi Ahad..
ramai yg bercuti hari ni kan?tapi saya kerja.weekend saya adalah pd hari Sabtu.
ceriat apa ya utk hari ni....mmmm.....
ok....kita tgk sikit ttg teknologi komputer & perubatan.
ini adalah buletin yg selalu saya dapat.banyak cerita dalam buletin ni.kebanyakanny tentang ubat2 terkini & perkembangan teknologi perubatan.
yang ni agak menarik utk kita kongsi bersama.
biasa dengar tentang pacemaker & cochlear implant kan?

seorang saintis dari UK Dr Mark Gasson membuat kajian tentang keupayaan virus komputer menjangkiti bahan2 implant yg dimasukkan dalam badan manusia.kajian beliau menunjukkan bahawa perkembangan teknologi telah berkembang & menjadikan bahan2 implan ini mampu berkomunikasi,menyimpan & memanipulasi data seperti sebuah komputer mini. ini mendedahkan ia kepada serangan virus.maka dunia teknologi perubatan perlu terus bergerak sejajar dgn perkembangan teknologi komputer supaya bahan2 ini selamat digunakan.

saya tak dapat bayangkan jika pacer terkena virus....
apa akan jadi kepada jantung pengguna itu?
atau cochlear implantnya dijangkiti virus....apa agaknya penerima implant ini akan dengar????

kepada semua penggemar teknologi komputer,sains & perubatan & yg sukakan cabaran.....ini adalah bidang yg elok utk diceburi.....sgt menarik.