SENANG CARI

29 May 2017

BERSAMA PINK SQUAD DI RAMADHAN KE 2

selamat meraikan Ramadhan...
bulan mulia penuh keberkatan.
dah masuk hari ke 3, moga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus beribadat kepadanya.

seperti setiap tahun yang lepas, memasuki sahaja Ramadhan kegiatan amal untuk golongan kurang berkemampuan meningkat dengan mendadak.
alhamdulillah, kita mempunyai ramai ahli masyarakat yg prihatin. membantu dengan cara tersendiri.selain daripada individu,terdapat banyak kumpulan sukarela/NGO yang bergerak di luar sana.
pasti ramai yang sedar tentang kewujudan PINK Squad yang aktif membantu golongan yang memerlukan bukan sahaja di bulan Ramadhan tetapi sepanjang tahun.

pada pagi Ahad, Ramadhan ke 2, sempena kepulangan puan pengerusi PINK Squad menyambut Ramadhan di kampung halaman, beliau telah menganjurkan sesi mengagihkan bekalan barangan kegunaan Ramadhan untuk golongan kurang berkemampuan di sekitar Merbok dan Tanjung Dawai.Kebetulan dah lama tak jumpa Puan Pnut, saya dan suami serta Nabila mengambil kesempatan untuk turut menyertai mereka. membantu sekadar mampu dari segi pengangkutan. apatah lagi penerima2nya adalah di kawasan sekitar sahaja.

bergerak seawal jam 7.30 pagi, dengan dibantu ketua kampung dan penduduk setempat, kami bergerak menuju destinasi. mengagihkan barangan dari rumah ke rumah dan bertegur sapa secara ringkas. al maklum, ada ramai penerima (sekitar 25 keluarga). 

saya hanya berkesempatan bersama mereka sehingga separuh jalan kerana panggilan tugas. Allah berikan lebih 1 jam kekosongan waktu kerja di awal pagi untuk saya, alhamdulillah.

selesai mengumpulkan barangan di lokasi ke dua, saya meninggalkan kumpulan untuk memulakan tugas hakiki.
terimakasih Puan Pnut drp PINK Squad utk kesempatan ini. juga tahniah untuk Puan suami isteri dan seisi keluarga serta semua sukarelawan yg lain.
tahniah dan terimakasih kepada semua penyumbang yang memungkinkan projek ini dapat dilaksanakan.


untuk anda yang membaca, jika ingin menyumbang kepada aktiviti PINK Squad boleh ke FB Puan Pnut Syafinaz..

yang berusaha...
sebahagian daripada penerima

yang membantu









14 May 2017

PULAU PERHENTIAN - HARI KE TIGA

salam sejahtera....

lama berselang baru nak bersambung semula....buat apa ntah sampai terlalai macam ni....
takpa....hari ni kita imbau semula kisah percutian keluarga kami.


tidur malam saya pada hari tersebut tidak begitu nyenyak sebenarnya....almaklum berubah tempat.
awal-awal pagi pula nampak nabila duduk di katilnya. terus saya dapatkan dia dan tidur di situ...
tambah tak selesa sebab sempit (katil dua tingkat di bahagian bawah). namun demi nabila, kugagahi jua....(cheewah)....


belum subuh saya dah bangun....satu bilik air nak bergilir 5 orang maka kena timing betul-betul.
settle semua, saya dan suami keluar sarapan. memang plan keluar awal sebab nak menghayati keindahan alam di awal pagi.sebelum keluar pastikan semua dah bangun solat subuh dulu. cantik sungguh pemandangan di pulau ni.

keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa

dari tempat makan

nasi dagang di pulau

dari kedai makan boleh nampak orang makin sibuk memulakan hari masing-masing. bot-bot pelbagai saiz yang mulanya kaku dilambung alun, mula bergerak satu persatu.dari kejauhan kelihatan bot mencandat sotong menghampiri jeti setelah semalaman di tengah laut.kali pertama dalam hayat saya melihat bot mencandat sotong yang settingnya berbeza dengan bot-bot nelayan biasa.
di hujung sana adalah bot mencandat sotong...
penuh dengan pancang

bersarapan berdua sambil melihat panorama hidup masyarakat pulau dengan kehadiran pelancong yang ramai sangat indah sekali.


selesai sarapan, kami bergerak ke hujung jeti mencari lokasi untuk merakamkan lagi keindahan pagi.
seterusnya kembali ke bilik bersama bekalan sarapan untuk anakanda bertiga.

keindahan yang sukar dilupakan

budak baju hijau angin tak elok sebab bot lambat sampai

selesai sarapan kami check out....perlu bertolak balik meninggalkan pulau perhentian kecil dengan jutaan memori indah.....dengan rasa ingin kembali.bot ke tanah besar sekitar jam 10 pagi....sekali lagi menahan debaran meredah ombak Laut Cina Selatan. namun kali ini kami diberikan bot yang mempunyai pelindung tingkap atas permintaan suami kerana ada anak yang tidak selesa dengan bot yang terbuka.


alhamdulillah selamat tiba di tanah besar setelah lebih kurang setengah jam dilambung ombak kecil.

singgah sebentar di gerai-gerai sekitar jeti mencari barang souvenier dan kemudian terus ke kereta untuk bergerak ke Kelantan pula.


dalam perjalanan ke Kelantan, kami sempat singgah di restoran Profesor Cendol yang dari kejauhan nampak sangat meriah....sentiasa penuh dengan pelanggan.
(kisah restoran ini akan ditulis kemudian nanti).

setelah itu, menjadi kewajipan untuk sesiapa yang masuk ke Trengganu untuk membeli keropok.....kami hanya membeli keropok kering memandangkan akan bermalam di Kelantan pula. dalam hati memang teringin membeli keropok losongnya yang sedap itu.

singgah solat Jumaat di pertengahan jalan, kemudian kami terus ke PCB. bermalam di homestay kepunyaan sahabat suami. semua 3 keluarga tinggal serumah kerana rumahnya agak besar. satu keluarga ambil satu bilik...jimat kekdahnya...





KISAH HARI IBU

salam sejahtera....

SELAMAT HARI IBU buat semua ibu yang melintas di sini....
anda semua ibu yang hebat.....


saya juga menjadi ibu hebat hari ni....(masuk bakul angkat sendiri sekejap....)
anakanda bertuah si Nabila tak boleh ke sekolah kerana sakit perut.malam tadi sebelum tidur dia mengadu sakit perut jadi ummienya pagi-pagi tadi tiba-tiba naluri kecil berkata "tak payah bagi nabila sekolahlah hari ni...ada sukan. nanti kalau dia nak ke tandas susah pula".
maka bercutilah nabila...
sekitar jam 8 lebih (pagi)  Nabila ke tandas....cirit tapi taklah teruk sangat.
syukur alhamdulillah, dia di rumah.
hampir jam 9 pagi lagi sekali ke tandas....

oleh kerana tak ada sesiapa di rumah, abah ada event, kakak sekolah dan kebetulan pengasuh lamanya juga balik kampung maka ummienya terpaksa bawa nabila ke tempat kerja......bukan mudah bekerja dengan budak kecik ni.
tapi hari ni alhamdulillah, dia 'behave' sebab kat rumah dah buat perjanjian tak boleh kacau ummie.

tengah-tengah kerja lagi sekali dia membuang.....terpaksalah customer ummienya menunggu sampai settle bab dia...

petang pun kena bawa dia sekali lagi ke tempat kerja sementara menunggu kakak balik kolej.
sebelah petang dia mula tunjuk taring....mula mengganggu.
mujur sejam sahaja....

penat juga melayan dia hari ni tapi ummienya lega sebab dia selesa di sini....andai di sekolah pasti dia rasa tertekan. lagipun dia dah makin cerdik dan ada rasa malu bila berlaku sesuatu yang tidak menyenangkan pada dirinya.


tengok Nabila ceria dan ketawa dah cukup untuk buat hati rasa lapang.....penat sekejap pun tak mengapa asalkan dia selesa.