27 December 2010

KISAH PANAS DI HOTEL

salam..
ini adalah kesinambungan entry Hadyai-Songkhla.hari tu kan saya ada sebut ttg hal yg berlaku di hotel...maka ini adalah kisahnya (bukan cerita hantu yer..).

kebetulan tarikh kami pergi tu adalah minggu yg paling sibuk dgn pelawat samada di sempadan ataupun di bumi Thai.hotel2 semua penuh.mujur en hbby dah booking sekitar 3 minggu sebelum tu.memang confirm ada bilik utk 20 keluarga.
kami tiba di hotel hampir jam 7 petang waktu Malaysia (waktu Thai ialah hampir 6 petang).lama jg tunggu kat lobi.kemudian baru hbby bgtau rupanya ada bilik yg belum dikemas oleh pihak hotel selepas digunakan pengunjung sebelumnya.semua bilik yg terlibat berada di tingkat 3 (10 bilik) & di new wing (2 bilik).bilik2 lain dah siap dikemas.maka teman2 yg terlibat sekadar masuk meletakkan barang dan keluar makan sementara menantikan bilik2 mereka dikemas sebab pihak hotel berjanji utk mengeas secepat mungkin.
bila balik semula sekitar jam 10 malam kebanyakannya masih berselerak tak berkemas spt yg dijanjikan.kerana tak mau bising2 teman2 yg terlibat ni minta barang2 keperluan untuk mengemas sendiri bilik masing2.dalam kecoh2 tu ada bilik yang dapat barang2 tersebut & ada juga yg dikemas oleh pihak hotel.

bukan kami shj yg terlibat.ramai lg pelancong lain yg mengalami nasib yg sama.ada yg tertidur kat lobi.ada seorang chinese lady tu siap bertengkar maki hamun dgn receptionist sb tak buat house keeping bilik anak2nya.dia marah sgt sb masa dia komplen bebudak receptionist tu dok makan kat pantry & buat tak layan ja cakap dia.dia plk check in pk 12 tgh hari.siap bergaduh keluar macam2 perkataan tak elok,tumbuk meja lagi..dua2 sama angin.receptionist pun maki hamun customer....pernah tengok tak benda ni kat Malaysia????honestly ni lah first time saya tgk pekerja hotel tak beradab.
saya tak bawa handy-cam masa tu...if not mmg dah rakam.
bila chinese lady tu panggil husband dia barulah mereka berhenti perang.

sekitar jam 1 pg waktu m'sia kami dapat tahu ada dua lagi bilik yg tak dikemas & tak dapat barang2 keperluan (cadar,selimut,tuala,sarung bantal & toiletries).kebetulan saya & hbby serta beberapa org lagi masih di lobi (sb nak tunggu perut lapar,nak makan pulut durian).maka saya & hbby minta bantuan receptionist utk dapatkan barang2 tersebut.receptionist ni yg maki hamun customer tadi.saya cakap elok2 dgn dia maka dia pun oklah.bawa saya dgn hbby ronda hotel cari barang2.katanya dia malas nak layan chinese lady tadi sb tu dia lebih rela naik turun hotel dgn kami.mmg kami faham dia letih tp tak patutlah naik suara dgn customer...diam kan lebih baik.malam tu juga pertama kali saya pergi ke back side of the hotel.pergi stor,lalu kot pantry,lalu kot tempat bahan buangan (sisa sampah yer..bukan najis).kesimpulannya...bilik mmg cantik,lobi apatah lagi..tp bhg belakang...no need to story.
naik sampai tingkat 15,turun tingkat 4...jumpa jugalah bed sheet,dah basuh tapi yg belum berlipat.selimut ada satu ja.tuala takdak stok bersih.mujur member bawa tuala sendiri.
turun tingkat 3 hantar barang kat bilik member 2 org tu..selesai semua sekitar jam 2.30 am waktu M'sia...terus balik biliklah.mata pun dah layu.

esoknya sebelum keluar ke Songkhla saya pesan kat receptionist lelaki yg baru masuk duty pg utk pastikan bilik2 yg terlibat dikemaskan semasa kami keluar.elok sungguh dia berjanji.senarai bilik semua dia ada...siap tunjuk kat saya lg.

balik petang tu kami tgk bilik kami elok ja berkemas.tanya bilik tingkat 3 semua macam keadaan asal...tak kemas pun.tapi nobody komplen sb semua tahap sporting.nak enjoy.malas nak kecoh2 lagi dah.

hari ke 3 di sana masa nak check out sekali lagi hotel buat hal.masa nak masuk takde sesiapa yg check barang2 dalam bilik tapi masa kami nak keluar sibuk pulak depa check.siap hold passport lagi.mula2 kata ada 2 bilik sangkut.bila kami bising dah tukar jadi satu bilik.barang yg hilang adalah satu ash tray & satu fail hotel.memang argue la dgn manager muda hotel tu.mana adil.mereka tak tahu pun sama ada benda2 tu ada atau tidak masa kami masuk,suka2 ja nak accused kata kami ambil.siap suruh bayar lagi.bila kena marah dgn geng konvoi ni manager tu dah gelabah.katanya ashtray takpe tapi fail kena bayar juga.my friend tanya berapa kos fail tu..katanya RM126 (lebih kurang).

maka our deal was....takpe..kami bayar harga fail tu tapi dgn syarat hotel bayar balik duit utk 12 bilik yg langsung tak dibuat room service selama 3 hari 2 malam kami di sana.kemudian dia keluar telefon sapa ntah.kami ikut ja dia kat pintu depan lobi.mana tau kot2 dia cabut.we insist..manager muda tu kena decide...lupakan hal fail tu & kami balik tanpa banyak cerita atau kami bayar rm126 tu dan dia bayar balik duit hotel utk 12 bilik.semestinya dia tak boleh decide.then kami minta jumpa big boss dia.
then dia ajak masuk semula ke lobi.jumpa sorg officer yg agak senior.ingatkan boss dia rupanya bukan.head security rupanya.kemudian the guys bawa head security & manager muda ni naik ke bilik yg terlibat tu.hbby pun naik sekali sb dia yg in charge.kebetulan hbby dah beberapa kali stay kat hotel ni dgn geng2 konvoi dia.manager muda tu pun perasan en hbby.dah tu takkan tak percaya lagi kot.bila kat bilik depa explain segala kat head security tu barulah pakcik tu kata ok...takyah nak bayar apa2..bagi ja kami balik..selesai...
satu jam setengah dok bertengkar kat situ...buang masa betoi!!!

mujurlah semua jenis sabar..dalam marah2 pun boleh buat lawak.mesti bebudak front desk tu pelik...depa ni marah ke idak??..itulah specialnya geng NARC..sapa nak join mesti satu kepala..tak mau yg jenis hangin tak menentu.
prinsip kami senang ja...nak jalan2 seronok2 dgn family & kawan2...lebih kurang kami terima tapi jangan sampai menganiaya.

Regency Hotel Hadyai mencipta memori
walkie talkie ada tp buleh dia kata takleh contact dgn house keeper bila kami tanya bilik mana yg ada problem.sib baik my en hbby tak baling benda alah tu.
receptionist yg buat kerja macam robot..cakap dgn dia macam cakap dgn dinding.
bukan tak faham bahasa tapi dia but donno ja....
tapi yg maki hamun & tumbuk meja tu bukan dia ni.dia diam ja.
panas!!!!!!
manager yg pakai kemeja hitam tu..tak berapa clear plk muka dia.tapi seriusly...comey..
faizal (yg baju putih nampak tangan pointed out tu) who was doing most of the talking..terserlah gaya kepimpinanmu wahai faizal..selama ni dok nampak muka lawak ja...hehehe
memang suka dengar cara dia cakap..polite but very firm..profesional gitu.
saya pun dah nak sampai tahap hangin juga masa tu..ayat semua dah campur aduk.
geram sb depa buat2 tak paham.
yang sabar menanti...
thank you guys..
risau jg takut ada yg terkilan & serik nak ikut lagi.
rupanya balik saja ke Malaysia semua sibuk tanya bila nak pi lagi?tak puas jalan2...ohhooo...dont worry..next year kita pi lagi...kita buat yg lebih baik & lebih gemparrr...
definitely tak stay kat hotel ni dah..

PENGAJARAN UTK SEMUA:
* kalau bilik belum di servis sila jangan masuk...ada hotel lain pergi ja ke hotel tu.
* kalau terpaksa stay juga sila check semua barang2 yg sepatutnya ada dlm bilik tu...
  counter check dgn bilik sebelah.dalam fail pun ada check list barang2 dalam bilik tu...
  (sebelum ni tak pernah bother nak buat semua ni)
* kalau rasa teraniaya...fight for your rights.

11 comments:

Wahidah said...

x pe sis jadikan pengajaran..

Azma said...

wuisshh.. memang panas!! sabar je la..ada jugak hotel yg mcm tu perkhidmatannya ye..

Pnut said...

bestya teringin jugak nak join... ehehe kalau ada program lagi, habaqla..kot leh join...

saya kalau hotel belum kemas, saya takkan check in.. dan biasa saya akan tengok check list dulu apa barang yang hotel provide, kalau-kalau tak cukup.. sebab sekali terkena, depa yang hang towel tak cukup, kemudian claim kata kami amek.. koser nak amek...

A.I said...

Teruknya service hotel tu!! bukannye hotel cabok pon. Hotel ada nama...isk isk isk..

Mawar said...

kak ieda,

haa macam2 ada, macam tu punya hotel pun addaa kaa..

ieda said...

wahida..
dikenang sepanjang hayat..hihi

azma..
memang panas..tapi yg chinese lady tu bergaduh lagiiiii panas..

pnut..
oo...dah penah kena??
bulan 3 nak join dak?

AI..
tu lah..nama ada kelas..

mawar..
first time jumpa hotel macam ni..ingatkan semua hotel standard tip top.

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ieda..
hotel dekat hatyai memang teruk, dulu akak ada tulis entry ni..novetel hotel pun macam tu. Teruk sangat kita nak bilik lain dia bagi bilik lain, serik akak nak duduk mana2 hotel di hatyai..
baik lagi duduk di songkla..
dia orang ni pun hidung tinggi..mungkin ramai sangat orang Malaysia macam kita dok tergedek2 ke hatyai, padahal hatyai tu yang ada barang2 murah aje..dah emo pulak akak.ha ha..

ieda said...

kak yati..
suami saya dah banyak kali stay kat situ takdak problem pun..tu yg pi kat situ.lgpun nak jimat bajet.masa saya pi tu mmg dah takleh tukar hotel lain...semua full.

Ummi Alisya said...

gerun lak ai baca story akak yang ni. memang cari nahas je hotel tuh! service kureng! pangkah terus je hotel tuh...

(memang syok kalau jenjalan dgn geng2 sekepala, yang lebih kurang dengan kita. betul cakap akak, niat mahu enjoy, seronok2 dgn kawan2, anak2. tak mo yang hangin tak menentu, yang sanggup aniaya dan bukan yang suka mengira!!!)

Dr Singa said...

wo!!!
teribel!!
kalau aku.. mau jadik Hulk!!

Unknown said...

wahh.. memang panas... panas..