22 December 2016

MOANA....ANTARA YANG TERBAIK

salam sejahtera....

kisah minggu lepas.
menutupi tirai lawatan ke panggung wayang untuk tahun 2016 dengan filem Moana.

98% tayangan filem yang kami lihat adalah cerita kanak-kanak....almaklum ada anak yang masih bawah umur.
hanya sekali sekala kami menonton berdua sekadar mengambil masa untuk diri sendiri. itupun kalau ada cerita yang benar-benar menarik dan kebetulan tak sesuai untuk kanak-kanak.

untuk filem Moana, mulanya tak berapa nak berminat sangat sebab tengok trailer cerita ni macam biasa-biasa saja...tak menarik.
perancangannya nak tengok cerita Sing sebab nabila suka yang ada banyak lagu.tapi terpaksa tukar cerita sebab Sing ditayangkan agak lewat dan esoknya kakak nabila ada kelas.

tengok hari Rabu, ingatkan tiket murah. rupanya murah untuk show sebelum 10 malam. kami hanya sempat ambil untuk show 10.45 malam sebab nak selesaikan urusan mak mertua dahulu.



maka, Moana saja pilihan yang ada.
menonton sehingga ke akhir tayangan, pada saya Moana adalah cerita yang menarik....banyak yang bagusnya.tak rugi bawa anak tengok cerita ni.


apa yang bestnya?
1. animasi yang cantik dan menarik.banyak teknik gambaran dan idea yang diolah dengan cantik sekali.


2. pengisian cerita yang bermanfaat. ia bukan sekadar kartun dengan kisah kosong tetapi diserapkan dengan nilai kasih sayang keluarga, kepercayaan yang kuat kepada budaya dan tradisi serta sikap murni hidup bermasyarakat.

3. nilai moral dan keyakinan diri yang ada dalam watak Moana dibangunkan dengan sempurna.


4. semangat setiakawan antara semua watak yang ada dalam cerita ini juga antara faktor yang menarik untuk dilihat.

5. lagu-lagunya menarik sekali dengan irama yang rancak dan lirik-lirik yang membina kekuatan diri dan semangat.

keseluruhannya, untuk kanak-kanak, ia adalah sebuah animasi yang indah, comel dan diisi dengan dendangan lagu2 yang sedap didengar.

untuk kita yang dewasa, Moana adalah filem hiburan ringan yang mempunyai pengisian yang hebat.

berbaloi dengan masa dan ringgit yang dikeluarkan untuk keluarga.

cerita ini masih ditayangkan di pawagam....boleh berkunjung untuk menghiburkan anak-anak di samping mendidik nilai moral mereka. 



13 December 2016

PROGRES PERTUTURAN NABILA

salam sejahtera...

secebis perkembangan terkini anak dara kecil kami nabila...
dalam minggu lepas dia mula mengatur/menyusun kedudukan ahli keluarga.semestinya hasil ajaran cigku di sekolah sebab saya atau abahnya tak pernah ajar perkara ni pada dia.

kata dia...
abah = ayah
umie = mama
kakak = kakak
along = abang
bella = adik

tapi bila panggil dia adik bella.....terus kena marah
"ni bella laaa"....hihi..

malam tadi dalam kereta dia sembang2 dan panggil ummienya ini dengan panggilan mama dan abahnya dengan panggilan ayah....
rasa pelik la pula.....macam sopan santun gitu.


dah banyak benda yang dia boleh sembangkan walau ada masanya keluar cerita bahasa alien.
syukur alhamdulillah....dulu saya pernah menaruh harapan agar dia boleh bercakap sekitar usia 10 tahun. tahun ini dia dah 10 tahun dan mencapai apa yang saya harapkan....syukur sangat.
kami tak pernah hantar nabila ke mana2 terapi cuma pandai-pandai sendiri mengajar dia bercakap.alhamdulillah juga, orang sekeliling yg dekat dengannya turut sama membantu. masing-masing bercakap menggunakan perkataan dan sebutan yang betul bila berkomunikasi dengannya. selain itu nabila juga banyak mengutip perkataan melalui television sama ada rancangan kartun, drama ataupun melalui lagu-lagu.

bila semakin membesar, semakin banyak emosi yang terbina maka keperluan untuk berkomunikasi secara lisan menjadi sangat penting. sebab itulah saya sebolehnya mahu dia bertutur dengan sesempurna yang boleh agar dia dapat menzahirkan isi hatinya kepada kami.

boleh nampak kekecewaan dia bila kami tak dapat memahami apa yg nak disampaikan...ada kala dia gunakan perkataan yang dicipta sendiri. memang penat nak meneka.
ada juga perkataan yang hampir sama bunyinya untuk benda-benda yang berbeza contohnya:
papun = telefon
pape = seliper

ali = tali
lali = lari


cuma sekarang banyak perkataan dimulakan dengan huruf T seperti:
geli = tali
malu = talu

bila dah selalu sembang dengan dia baru boleh pick up maksudnya. abahnya selalu blur sebab tak berapa rajin layan anak sembang....rajin layan main saja.


syukur kepada Allah dengan apa yang diberikanNya sehingga ke hari ini...yang paling utama, nabila sentiasa sihat. jarang kena jangkitan. alhamdulillah.


moga Allah melindunginya sepanjang hayat.






11 December 2016

SABTU YANG BERLALU

salam sejahtera....

memasuki pertengahan Disember....mengakhiri 2016.
selamat bercuti dan selamat menyambut Maulidur Rasul...

kelmarin (sabtu 10.12.16), hari ini dan esok pasti ramai yang mengakhiri zaman solo.
tahniah buat anda semua.....moga jodoh kekal hingga ke jannah.
ingatlah bahawa perkahwinan adalah satu tanggungjawab buat suami dan isteri.ia bukan untuk berseronok dan sekadar mengikut jejak orang lain tapi ia merupakan fasa perubahan alam kehidupan yang sangat besar impaknya. perlu bersedia menerima apa yang mendatang dengan sikap tenang dan hati yang terbuka.


kelmarin, hari yang padat buat kami.
sedari pagi keluar rumah menghala ke utara untuk menghantar ibu mertua ke majlis penerangan ibadah umrah yang insyaAllah akan dilakukannya pada Februari 2017.alang-alang ke utara, suami terus ke Changlon untuk menyelesaikan urusannya sekali.oleh kerana dia sakit lutut, maka si isterilah yang 'terpaksa' memandu. pertama kali drive jauh macam tu...SP ke Changlon. masuk kawasan Changlon jalan sesak dengan kenderaan yang mungkin nak ke seberang....rimas jadinya.
selesai urusannya, encik suami ambil alih sebab nak cross jalanraya yg serba padat dengan kereta, lori, trelar bagai....akak seram...hihi

selesai hantar ibu mertua, kami ke majlis perkahwinan sahabat encik suami di Alor Setar. sampai sekitar jam 3 petang, tetamu pun dah berkurangan (akak suka). sempatlah bergambar dengan pengantin yang comel.


berkomplot apa ntah dua beradik ni....gelak2 sambil tengok handphone




satu lagi majlis tapi tak sempat nak hadirkan diri sebab perlu ambil semula ibu mertua yang jaraknya hampir 45 minit pemanduan.singgah solat dan mandikan budak kecik nan seorang sebelum tiba ke tempat ibu mertua.


jam 8 malam encik suami perlu menghadiri majlis di Alor Setar jadi kami ambil keputusan untuk balik ke rumah setelah semua urusannya selesai. usai solat magrib, hantar suami ke tempat perjumpaan dengan sahabatnya kemudian akak blur dok fikir nak ke mana malam-malam buta tu.
tak tahu nak ke mana, pandu saja ke masjid berhampiran.perancangannya, lepas Isyak nak lepak-lepak saja kat masjid hingga encik suami selesai. rupanya lepas Isyak pihak masjid nak kunci pintu. maka terpaksalah keluar. ke mana lagi nak dituju melainkan ke kedai makan.
bawa ibu mertua dan dua anak dara lepak kat kedai makan tepi jalan di Anak Bukit sehinggalah encik suami selesai.
balik ke rumah sekitar jam 10.30 malam, menyinggah mesin ATM dan stesen minyak. tiba di rumah sekitar jam 12 malam....

tak cukup tidur sebab menyiapkan urusan/keperluan encik suami untuk bawa kawan-kawannya pergi ke pulau hari ini.....tidur lewat dan bangun awal pagi.


pagi ini dengan kemengantukan yang melampau, menggagahkan diri untuk ke tempat kerja. hujan pulak tu....memang best hujan tapi mencabar untuk kita yang kena keluar bekerja ni.


apa pun....alhamdulillah.
hari yang indah menghampiri penghujung..




***ada orang bagitau.....tak sedap perut lepas naik speed boat yang melantun-lantun melanggar ombak....***



02 December 2016

BERSHAKE-SHAKE DI HOGOH DE COCO

salam sejahtera...
salam Jumaat penuh barokah...


suka coconut shake?
saya suka sangat.....
air kelapa banyak khasiatnya.bila buat coconut shake lagi sedap. tapi sebab dah tambah aiskrim pastinya ada berlebihan gula di situ.jadi tak bolehlah nak amalkan selalu.bila sekali sekala jumpa, saya memang pulun la.....

dah lama dok baca tentang Hogoh De Coco yang kat Pahang tu. jauh?....sangatlah jauh dengan rumah kami kat Kedah ni tapi dek kerana anak teruna sulung belajar kat Pahang maka berpeluanglah juga jejak ke sana. kalau saja2 nak mencari coconut shake tu, errr.....fikir banyak kali laa....

sempena jalan-jalan jelajah 4 negeri hari tu, sempatlah menjamu selera kat Hogoh De Coco.bawa sekali anak teruna sulung yang matanya sepet sebelah. beriya2 ummienya ingatkan sakit mata, rupanya ketumbit...adehlaaa......


Hogoh De Coco....gerai tepi jalan saja....hampir terlepas pandang.mujur encik suami jenis mata cepat pick up...
perkara pertama yg menarik kat gerai ni adalah pelayannya....anak2 muda dgn wajah manis dan dressing yang unik.

tengok menunya.... harga semuanya berpatutan.... bawah rm10. banyak juga list yang ada. (lupa nak ambil gambar menu).

antara yang menarik....aiskrim kelapa.
semestinya milik budak bambam ni.


maktok dgn abah pun order yang sama.
sedap aiskrim kelapa ni....ada banyak bahan di dalamnya. budak kecik hantu aiskrim ni pun tak daya nak habiskan.terpaksalah ummienya tolong makan untuk elak pembaziran....

ummie, kakak dan along beli coconut shake tapi rasa yang berbeza2...so boleh try macam2 perisa.


dah siap makan beli utk tapau plk...perisa manggo dan original.
ada kawan kata mango sedap tapi pada saya, yg original lebih sedap.


kepada pencinta coconut shake yang lalu di Pahang, bolehlah singgah merasa kesedapan coconut shake Hogoh De Coco ni....area Temerloh Pahang.




facebook 





28 November 2016

JENG JENG JENG

salam sejahtera..

26.11.2016
birthday Nurul yg ke 18.....sekejap ja dah 18 tahun.dah nak jadi dewasa tak lama lagi.tapi perangai masih macam budak-budak.

tak ada celebrate apa2 pun cuma bawa pi makan kek. sebelum tu tanya dia nak makan apa..."makan nasi"....katanya.
adoi laaa....sempoi sungguh budak ni.

tak kisah la birthday sapa pun...
yang penting dia boleh tiup lilin dan makan kek

oleh kerana yang kecik dah terkinja-kinja nak makan kek, maka bawa sajalah ke SR...kedai kek paling dekat.sambil makan kek, ummie order ayam kat Pizza Hut sebelah SR untuk si abah....maha lambat menunggu siapnya ayam 4 ketul tu....rasa nak hangin dah.nak kansel tak boleh sebab dah bayar.so tunggu la jugak.ada la rasanya dalam 45 minit nak dapat ayam tu...tuan dia makan tak sampai 20 minit.



selesai makan kek, bawa lepak kat gerai pula.mencari nasi.
order nasi goreng cina utk budak kecik sebab biasa atau normalnya nasi goreng cina tak letak cili. sambil order pun dah cakap tak mau pedas.sekali dapat nasi....amek kau....siap ada cili padi dalam tu.

panggil budak kedai suruh buat semula sebab takmau cili...sekejap tu dia datang balik dengan nasi yang sama....buang cili lepas tu return nasi tu kat kita....
waaa!!!!!...tahap berapi dah cek ni....tapi sabaq jugakla.
bawa sendiri nasi tu kat tukang masak..."dik, sapa masak?"
"awat kak"
"ni....buat lain. tak mau pedaih...budak nak makan"...tahan marah ja.
"ok kak"
"wei....buat lain....budak nak makan....tak mau pedaih"...budak kitchen repeat kat budak masak walaupun yg masak dah dengar arahan awal tadi.

benda2 macam ni adalah kelemahan utama kedai/gerai makan kat Malaysia ni (kat luar negara tak tau la...tak pernah pi).
kita order specific sungguh...mai2 jadi macam lain jugak....panasss....

anyway....budak kecik makan tak habis pun....tak sedap..dan dia plk asyik kalut nak ke toilet.





settle makan, bergerak bawa tengok cerita "JENG...JENG...JENG"....
tiket dah beli awal2 sebab nak tempat paling atas.bila dah ada tiket budak kecik ni pun kalut ajak pi wayang...tak kira jam dah.
show 10.25pm...pukul 8 dia kalut dah sebab dia bukan tau tengok masa pun....hihi


tentang cerita "upin ipin Jeng Jeng Jeng"..
panggung penuh dengan budak-budak (as expected). ceritanya bolehla....ada part lawak, ada sedih, ada mendatar, ada nyanyi...
bila part mendatar tu nabila macam kebosanan sikit....keluar upin ipin baru dia cerah mata.sampai kat Awie menyanyi....meriah panggung.ada sorang budak sekitar 3 atau 4 tahun....terus berdiri menari sama2....comey ja.


berkenan kat rumah tinggi ni

untuk budak-budak kira ok la juga cerita ni cuma sebab bergabung dengan watak manusia normal, budak yg betul-betul suka kartun agak distracted.cerita jadi kurang menarik untuk mereka bila isu-isu perebutan tanah dan kes hutang dibincangkan.

untuk dewasa....bolehla untuk sekadar melepaskan penat kerja seharian.

dari segi effect bunyi dan gambar, ia dibuat dengan agak menarik terutamanya masa show Awie.


habis movie dekat2 jam 12 malam...terus balik rumah.
anak dara kecik tu pun dah pandai sebut2 'sheng sheng sheng'....
nak tidur pun dok sebut perkataan tu lagi.






15 November 2016

LOVE IS......


yesterday....was not a very good day for me.
things came up again & it spoiled everything. tried to be calm, be as normal as possible.
I knew that he could feel it.

early this morning, I woke up slowly as usual....do all my things first then walked to my girl's room to wake her up for school.

then I heard him calling me....calmly walked to my room, saw him sitting on the bed with a worried expression...as if he lost me.

"I had a dream.....I couldn't remember what it was all about but I know I just had a dream"...he said.

then we hugged each other..."I'm here...I will always be here with you".....whispered to his ears..


......I realised how we were meant to be together insyaAllah. In building a relationship, we do make mistakes, here & there, now & then. he was amazing in forgiving and moving on with new phase, not like me. I can forgive but not that easy to forget. that is my weakness (or strength) so a little doubts can be a big issue to me.

.....At all time, at each breath, I pray to Allah to give us His love and shower our life with happiness...may our relationship last forever....just us.....forever in harmony and redha Allah.







12 November 2016

KUIH KERIA ANTARABANGSA MELAKA

salam sejahtera....

aktiviti JJCM di Melaka...

bergerak keluar dari Coconut Shake Pantai Klebang kami singgah di gerai ni.....dah nampak masa nak ke coconut shake dan memang plan nak singgah.
orang kata famous sangat dan sedap sangat maka haruslah mencuba.

dari jauh nampak macam tak ramai orang. sekali berhenti kereta dan berjalan ke gerai....mak aiii....amek ko....punya panjang barisan. tapi hadap juga....gigih berbaris.mujurlah tak panas dan ada angin sepoi-sepoi bahasa.

nampak macam laju ja pergerakan barisan tu tapi elok2 nak sampai giliran (sekitar 10 orang gitu) tiba-tiba jualan terhenti.kuih yang ada di talam dah habis.rupanya kena tunggu dulang trip baru pula....mereka berhenti untuk masak.lama juga tunggu trip baru tu.
masing-masing yang menunggu tu tak pula ada keluh kesah. sabar dan redha ja semuanya.bila nampak satu talam baru keluar....huh...lega rasanya.

seorang hanya boleh beli 10 biji sahaja...limited...harga untuk 10 biji adalah RM6...ok la.

sejam juga berbaris dan menunggu....
alhamdulillah dapat merasa.

masuk dalam kereta tak sabar-sabar nak makan.....panas berasap.

pada saya memang rasa kuih keria ni berbeza dari yang kita biasa beli kat kedai-kedai makan yg lain.garing di luar, sangat lembut di dalam. macam tak guna tepung, hanya ubi.
gulanya pula seolah-olah gula kabong/gula melaka.tak terlalu manis.

saya beli di gerai Hajah Rahmah.....ada satu lagi gerai tidak jauh dari situ, kepunyaan Haji Jalil.
di situ juga ramai pembeli berbaris.saya dah tak rajin nak menunggu lagi.dengar ada yang berkata antara dua gerai ni, kuih keria di kedai Hajah Rahmah lebih sedap....wallahualam.tak boleh komen sebab tak makan kedua-duanya.

kepada penggemar kuih keria.....berbaloi untuk mencuba. cuma kena tingkatkan kesabaran semasa menunggu.yang nak beli lebih sila hantar lebih ramai wakil untuk berbaris. 







cek sabaq berbaris tunggu giliran


saiz biasa....rasa lain dari biasa


gerai lagi satu bersebelahan masjid kuning tu
tak jauh pun jaraknya


                                                            
                                                                          gerai lagi satu


10 November 2016

SHORT STORY ON LONG VACATION

salam sejahtera...

secebis kisah dari percutian keluarga pertengahan Oktober yg lepas.
bukan cuti-cuti sangat pun....pergi dengan tujuan lain.maka, makan angin tu jadi aktiviti sampingan.

dari 14.10.16 hingga 18.10.16.....panjang cuti kali ni sebab banyak agenda yang perlu dipenuhi.

14hb tu bergerak ke Shah Alam sebab suami ada urusan di situ...nak beli barang direct dari pengeluar.

15hb bergerak ke Pahang tengok anak teruna sebab katanya sakit mata.pergi klinik dapat ubat yang tak bersesuaian maka mata makin teruk.oleh kerana pelajarannya banyak bermain dengan welding dan bahan kimia maka ummienya nak hantar ubat sendiri.jadi bergeraklah kami ke Pahang di awal pagi. petangnya bergerak pula ke Melaka.

15hb malam....suami ke stadium di Melaka tengok perlawanan bola separuh akhir ke 2 antara Kedah dan PDRM.

16hb meronda Melaka (jamu selera sebenarnya) kemudian di sebelah petang bergerak ke Johor.

16hb malam (magrib) tiba di Johor Bharu....
melawat saudara sebelah suami pada malamnya.tujuan utama ke sini adalah nak melawat kakak kepada mak mertua yg uzur tapi beliau telah dibawa balik ke Shah Alam pada hari sebelumnya.jadi sekadar ziarah anak2nya sahaja.

17hb jalan-jalan di Johor.banyak masa dihabiskan di Forest City...cantik tempatnya.

18hb seawal 5 pagi bergerak keluar dari hotel untuk kembali ke utara.menjelang tengah hari tiba di Shah Alam.singgah sebentar ke rumah anak saudara mak mertua untuk bertemu/melawat kakanya yang dibawa balik dari Johor.kemudian terus bergerak balik ke utara.

tiba di rumah sekitar jam 9 malam setelah berhenti di sana-sini.


tahniah buat encik suami sebab berjaya memandu berterusan dari JB ke Kedah....
alhamdulillah selamat tiba dan esoknya encik suami kesakitan di kaki...tapi hanya untuk sehari sahaja.







27 October 2016

BEST STAR MEMANG BEST

assalamualaikum....
selamat petang.....

sambung kisah cuti2 Langkawi sikit....
nak tunjuk tempat penginapan ja pun....tempat biasa-biasa ja tapi pemandangannya menarik.

kami menginap di hotel Best Star pantai Cenang...terletak betul-betul di tepi laut. ada kolam mandi yang mengadap laut...yang bestnya kolam mandi ni terlindung agak dari panas matahari.Nabila boleh melepak dalam kolam sampai pukul 12 tengah hari....tu pun tak mau keluar lagi, terpaksa pujuk.

bilik yang ditempah oleh suami berada di aras 2. dua bilik dengan 'connecting door'. sangat lapang dan selesa. kalau yang bawa anak-anak kecil boleh ja ambil satu bilik. walaupun hanya satu katil tapi ruang kosong sangat luas.
bilik-bilik ini mempunyai balkoni sendiri yang mengadap ke pantai Cenang. sangat berangin dan cantik sekali.memang puas hati dengan suasana penginapan di sini.

kedai makan dan gerai pun banyak di kawasan sini....tak susah nak cari makanan.semua dalam lingkungan berjalan kaki sahaja.
cuma masalah parking yang agak terhad sebab di kawasan pantai ni agak banyak bahagian yang masih dibangunkan.jalanraya agak sesak dan kekurangan kawasan kosong untuk meletak kenderaan....kena sabar menunggu.


 dari pantai menghadap ke hotel
&
dari hotel menghadap ke pantai

*1/3 daripada keluasan bilik
*laluan tengah
*pemandangan dari balkoni

anak abah yang sentiasa bahagia....
tengah selsema ni tapi masa main sihat walafiat




kalau nak search di internet cari saja BEST STAR RESORT Langkawi...


selamat bercuti-cuti Malaysia...
cuti sekolah banyak hari niii.....


25 October 2016

TRAGEDI KEBAKARAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH

assalamualaikum...
selamat petang....

tercatit dalam sejarah negara pada hari ini....
tragedi pagi tadi.
kebakaran di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru yang melibatkan kematian 6 pesakit ICU manakala 4 lagi cedera (seorang pesakit, 2 orang staf dan seorang pelajar praktikal).

moga semua yang terlibat diberi kekuatan emosi untuk menghadapi hari-hari yang mendatang terutamanya kepada keluarga mangsa dan kakitangan hospital. pastinya emosi mereka akan terganggu dengan tragedi ini. moga tabah dan kembali pulih dengan segera.

tak perlulah kita di luar ini membuat pelbagai cerita dan spekulasi tentang punca kebakaran, tentang bagaimana ia sewajarnya ditangani. kita tidak berada di situ, tidak merasai situasi yang mereka hadapi.
tunggu dan baca/dengar laporan pihak berkuasa. berdoa semoga semuanya pulih dengan sempurna.berdoa agar ianya tidak berulang lagi.

moga apa yang berlaku menjadi pengajaran buat kita semua.segalanya berkemungkinan dan kita perlu bersedia.








10 October 2016

TERBANG KE PULAU

salam sejahtera....

sekejap saja masa berlalu....
macam baru ja masuk September, tiba2 dah jadi Oktober...

separuh ke 2 tahun 2016, berusaha untuk menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga.alhamdulillah, suami sangat bersungguh-sungguh memberi masa dan bahagia untuk kami....terimakasih ayg..
kadang2 rasa kesian pula, banyak wang mengalir keluar. moga Allah gantikan dan datangkan semula rezeki yang melimpah ruah untuk kita.


23 dan 24 September 2016, suami bawa kami jalan-jalan ke Langkawi. trip yang dekat saja tapi istimewa sebab suami ambil tiket kapal terbang untuk perjalanan ke Langkawi....nak surprisekan anak-anak dan maknya.
memang langsung tak cerita kat mereka bertiga. bagitau ada kerja kat Penang di sebelah paginya, so semua kena ke Penang dulu.
percubaan bawa naik kapalterbang sebenarnya sebab tak boleh nak agak macam mana reaksi Nabila.sebab tu ambil yang dekat dulu.

sampai airport, maktok dengan anak dara besar relax ja....tapi si kecik ni super excited.seronok pula tengok dia.

masa tunggu boarding, bukan main kalut lagi. asyik ajak naik kapalterbang ja....mana-mana flight sampai "jomla ummie...pat laaa"...

alhamdulillah tak ada delay...AA ni bukan boleh agak sangat.kalau delay jenuhla nak menjawab dengan budak kecik ni.

dalam flight dapat seat yg terpisah....maktok dgn anak dara besar jauh ke depan. kami bertiga di belakang..ummie dgn nabila dan stranger, abah kat belakang nabila dgn 2 strangers.
tunggu semua org naik, rupanya 2 strangers sebelah abahnya adalah budak kecik...baby sitter la jadinya.
bila semua dah masuk, kami tukar-tukar tempat...dapatlah kami 3 beranak duduk sekali....anak2 berdua tu dapat duduk dengan ibunya. orang yg sebelah ummie ni pindah ke sit belakang....suka sama suka.

ok...the journey begins...
kapalterbang bergerak....si kecik kat belakang "waaa.....lajunyaaaa...."... separa menjerit keseronokan.
nabila pun sama..."waaaa....waaaa...."....ok, dia enjoy. ummie dengan abah lega.sekali sekal bila ada gegaran dan rasa macam hilang graviti dia terkejut....tapi pada keseluruhannya dia ok...
bolehlah bawa jauh sikit nanti.


sampai di Langkawi, ada kawan suami tunggu....surprise lagi untuk anak-anak dan MIL.
suami ambil Starex (dia memang gila2 nak sewa starex...mujur dapat).happy lagi bebudak ni dapat naik kereta yang lapang.abahnya lagi happy...hajat kesampaian.


masuk hotel....another surprise...yang ni untuk semua...hehe.
sebab kawan suami yang booking bilik.kami langsung tak ada idea bilik tu rupa macam mana.
sekali buka pintu....mak oiii....luasnya.boleh masuk satu family dalam tu.suami booking 2 bilik...mewah la.bilik pula mengadap ke laut...buka pintu balkoni angin menderu masuk.siap bunyi alunan ombak.
tengok ke bawah...ada swimming pool.
ada orang bahagia.

percutian singkat 2 hari 1 malam yang seronok sebab nampak semua enjoy.
petangnya lepas asar, lepak-lepak 4 beranak kat pantai sambil main ombak.mak mertua lepak dalam bilik dulu. saya personally suka pantai kat Langkawi sebab bersih dan landai. rasa lebih selamat.
malam keluar makan seisi keluarga. tak ada jalan-jalan ke tempat bersejarah sebab mak mertua tak larat nak jalan dan masa pun singkat.lagipun datang Langkawi nak rehat...maka berehat sajala.

pagi Sabtu keluar dating sarapan dan terus cari tiket feri sebab takut tiket habis. memang plan balik dengan feri sebab nak membeli barang.

pukul 10 lebih bawa budak kecik mandi kolam.rugi kalau tak mandi kolam sebab dah bayar bilik mahal dan memang sengaja cari hotel yang ada kolam untuk budak kecik main.enjoy sakan diaa.....jenuh nak pujuk suruh berhenti.

sebenarnya masa bercuti ni Nabila tak 100% sihat...dia baru nak lega demam.masih batuk dan selsema.
tapi terpaksa teruskan rancangan sebab abahnya dah booking semua dari awal.doa dan tawakal saja yang ummie dan abah mampu. alhamdulillah demamnya tak berulang.cuma selsema yang agak mengganggu.sekali sekala buat perangai terutamanya masa makan. masa main sangat-sangat ok.


sebelum balik singgah dulu di kompleks Hj Ismail...mak mertua cari pressure cooker.saya hanya beli mangkuk...anak dan suami borong coklat.
jenuh juga nak mengangkutnya.
nak naik feri kami baris di belakang sekali...bagi orang lain settle dulu.banyak betul barangan...semua mengangkut sakan.

alhamdulillah perjalanan balik dengan feri adalah lancar sekali...nurul ja mabuk masa mula-mula masuk feri.mungkin sebab bahang panas di luar.

sampai di jeti, sahabat suami sedia menunggu dengan kereta...
perjalanan balik ke rumah yang agak perlahan sebab berhenti beberapa kali untuk makan dan solat.



alhamdulillah dengan rezeki yang diberi Allah.
rezeki duit, rezeki masa, rezeki peluang dan rezeki sihat....sangat bersyukur.lebih-lebih lagi bila bersama sekeluarga.

(sebenarnya bila berjalan-jalan macam ni saya sentiasa teringat kepada kakak-kakak saya....ingin sekali nak bawa bersama. namun bayak faktor yang menghalang. moga satu hari tercapai hasrat di hati)


yang sabar dan yang tak sabar


keterujaan

jumpa soto sedap kat Pantai Cenang

melepet kooo.....