27 February 2013

BILA TAK SEKOLAH

salam....

kisah budak kecik bambam..
petang semalam dia buat marthon lena.
lepas kena marah dgn abahnya sebab buli kucing,dia tidur....kena tepuk2 jugakla baru nak lena...masa tu lebih kurang pk 4 ptg.semalam redup & berselang seli dgn hujan...buka pintu ja angin sejuk menerpa masuk.mmg best melayan zzzzz....

saya pergi kerja pun dia tak sedar.pukul 8 lebih dia bangun..kakaknya bagi mandi.pakai pampers...dia boleh sambung tidur lagi...sampailah pagi ni.tapi hari ni bangun awal la...pk 6 lebih.ikut abah hantar along & kakak ke sekolah.dah terlebih dari cukup tidurnya tu maka segar bugar & ceria ja lah hari ni.dah la tak sekolah (ada session utk physiotherapy shj)..

hari ni ikut abah buat kerja...

agenda utama..
basuh pak hitam yg dah tukaq jadi kelabu..
semangat nak basuh kereta...siap senteng seluar.
gebu la bb oiii!!!!

lepak saja la....
kamu bkn nk basuh...nk main ja pun.

agenda seterusnya...
ikut abah laaa....



25 February 2013

CERITA DUIT

salam sejahtera....moga semua sejahtera menjalani kehidupan seharian..

saya mulakan minggu ini dengan peristiwa suram....hard disc PC rosak.....aduyai!!!!
habis semua hilang...surat2 tu tak kisah sgt.boleh buat semula.yg sedihnya hilang gambar....gambar nabila paling banyak.gambar kahwin my sis...gambar jalan2....huhuhu...
inilah disadvantage teknologi terkini.zaman dulu2 gambar dicetak & simpan dalam album...boleh tahan berkurun asalkan pandai jaga.
lepas ni nak kena print juga gambar2 yg berharga.

next...
hari ni suasana sesak kat kawasan sini...ada majlis pemberian BR1M kat MRSM...sesak jalan.tapi suka jg tengok...nampak meriah.
musim2 BR1M ni banyak dapat note 100..jenuh jg la nak sedia duit baki utk customer.tapi takpe....kat sini money changer banyak.kena rajin bergerak ja la.so far semua yg berniaga kat sini ok...tak berkira bab2 tukar duit kecil ni.


notes:
khabarnya gaji pekerja awam akan naik bulan 3 nanti...baguslah utk mereka.
cuma pastinya bila gaji naik harga barang akan turut naik.
gaji minimum pun dah start....terasa juga penambahannya di pihak majikan...potongan EPF/SOCSO saja dah naik berganda.maka kenalah adjust semula semua perbelanjaan harian & kos pengurusan.
*****kena cari sumber kewangan tambahan ni..


22 February 2013

RAKAM JANGAN TAK RAKAM


salam Jumaat buat semua..
moga mendapat kebaikan dipenghulu hari ini..

semalam Khamis...budak kecik tak sekolah.duduk la dengan abah sebab orang lain ke sekolah.budak ni tak ada masalah duduk dengan abahnya.abah suka bawa meronda.

sempena LTDL yang masuk kat Kedah semalam,abah bawalah budak kecik ni pergi tengok kat laluan peserta di Gurun.suka la dia ramai2 orang macam ni.ada polis plk tu.dengan siren bising2...memang layan ja....anak abah la katakan.

walaupun duduk dalam kereta ja,gaya mesti ada.
tengok la tu...tutup kepala dgn towel....panas la kononnya.
guna sarung handphone kakak utk rakam gambar....abah rakam, dia pun pulun juga.
apa sajalah kan nabila...
puas hati sampai tertidur dalam kereta masa balik.





18 February 2013

ADA BAHANG

salam sejahtera...
dah habis cuti semua???selamat kembali bekerja.

terkini....bahang pilihanraya semakin terasa...bilik gerakan pun dah ada dekat dengan rumah ni...tak berapa nak suka sebab bila ada ceramah jalanraya sesak & bunyi orang ceramah tu dengar sampai kat rumah...sedikit terganggu.
tapi redha saja la kan....asalkan tak ada gangguan dari segi keselamatan & ketenteraman awam.

baca paper semalam khabarnya pelajar IPT boleh jadi calon pilihanraya kali ni.ada yang suka?secara peribadinya saya tak berapa nak setuju sebab kita masuk IPT nak menuntut ilmu.maka gunakan masa tu utk tumpukan kepada tujuan asal.bila dah berpolitik pastinya ada banyak perkara yang nak dilakukan.berapa peratus masa yg ada untuk dihalakan kepada pelajaran?bagaimana dengan harapan keluarga?mungkin ada segelintir yang betul2 berkaliber...genius & mampu melakukan semuanya dengan seimbang.ini golongan yang terpilih & diberi anugerah oleh Allah...maka bolehlah mereka melakukan semuanya dalam satu masa.
bagi yang biasa2 saja tu...tumpukan dulu pada pelajaran.dah graduate nanti buatlah apa yang diminati.biarlah jadi pemimpin yang berilmu & berwawasan bukan setakat cakap berdegar2 tapi apa pun tak ada.memanglah ijazah bukan jaminan untuk menjadi pemimpin yang baik tapi bila dah berada dalam IPT gunakanlah akal pemikiran dengan wajar.utamakan yang lebih penting....jangan sampai yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran.

...pastinya pelajar golongan Melayu yang akan lebih terdorong untuk terlibat dalam politik...setuju?

              moga Malaysia terus aman damai
              moga Melayu tidak menjadi hamba di negara sendiri
              moga Islam terus menjadi pegangan utama dalam diri umat Islam Malaysia

***kadang2 risau tengok kelakuan orang Melayu Islam Malaysia sekarang ni


15 February 2013

MODEL XL

salam sejahtera..

minah rempit tukar kerjaya..
jadi model pulak.

tolong menggayakan baju T kelab hasil kerja abah utk jualan kepada ahli2 kelab.

depan....belakang...kiri....kanan.
dengan muka serius semacam.
(dalam gambar nampak tembam betoi budak ni...ke dia saja buat muncung mulut kembang pipi macam tu ala2 muka korea..hihi).




12 February 2013

JOM REMPIT

salam sejahtera...

mempersembahkan our 6 (+)years old girl yang tak berapa nak girl...

hobi terkini
merempit kat kerusi 
tangan kanan gaya bawa motor
tangan kiri sempat lagi tu nak buat peace

kalau umie ada dia akan cakap..
"umie...jom"
umie tanya nak pi mana
dia jawab...
"alan alan"
(jalan jalan)
sambil senyum2 comey
cubit pipi baru tau

11 February 2013

PENDEK SAJA

salam sejahtera...

masih dalam mood bercuti?
budak2 sekolah cuti seminggu...lega.takla rasa kalut dengan macam2 acara.
cuti2 ni macam biasa...banyak kenduri kahwin.
selamat pengantin baru kepada sesiapa yg menjadi pengantin....moga bahagia berkekalan.
teringat kemelut cinta Shila Amzah bila sebut2 bab kahwin ni....sabar la shila.moga bertemu jalan penyelesaian terbaik.
bercinta tidak semestinya berakhir dengan sebuah perkahwinan dan sebuah perkahwinan yg aman bahagia juga tidak semestinya bermula dengan percintaan.bercinta selepas kahwin pun ada manisnya.
yang penting,jangan membelakangkan ibubapa dalam kita mencari bahagia hidup berkeluarga.

selamat bercuti...
selamat berkenduri...


08 February 2013

MAKAN AYAM

salam Jumaat buat semua...

sebagai pencinta makanan,saya suka mencuba benda2 baru...apa saja asalkan halal.
maka lebih seminggu yang lepas kami menerjah lagi ke KFC utk menyempurnakan hajat.hajat sayalah kan...nak rasa GOLDEN WRAP CHICKEN.
sampai ja kat kaunter tengok dah ada kat rak...macam besar la plk portion tu...harga pun boleh tahan jugak...(ingatkan bawah RM10).
tapi dah berhajat namanya....beli saja.


saya tak tengok iklan ni kat tv ...ingatkan pembalutnya dibuat dari tepung (roti)..bila nak buka....eh..kertas laaa...

isinya...boleh tahan.
rasa masam2 sikit tapi diimbangkan dengan rasa manis jagung.cendawan pun sedap juga...balanced taste.cuma agak pedas sikit....(saya jenis tak tahan pedas).mula2 makan tak rasa sangat tapi bila dah sampai penghujung tu pedas makin menyengat...pedas lada memang begitulah.ayamnya tak la jenis yang garing tu...isi lembut saja.maka utk orang yg suka makan ayam garing2 memang tak kena la dengan resepi ni.

saya ada baca review yg mengatakan saiz ayamnya kecil.tapi kat KFC yang kami pergi ni saiznya agak besar...reasonable size.

di SP ni sahaja ada 8 outlet KFC dengan 2 outlet dibuka 24 jam iaitu satu di tengah pekan & satu lagi di Taman Puteri Jaya.kami suka yang di Taman Puteri Jaya sebab kawasannya lapang (satu bangunan dia yg punya).tempat makan pun luas dan ada mainan utk budak kecik bambam melepak.cuma bab nak balik ja payah sikit.kena tunggu dia puas main..

nak main pun kena baca doa tau!!!


07 February 2013

SUARA SELEPAS KONSERT

salam...

angin tak berapa nak ok sekarang ni sebab suara tak ok.masuk hari ke dua dah.tetiba ja dia hilang...hilang separuh saja.maka jadilah macam lepas buat konsert rock.nak sembang dgn patient pun payah.maka segala sesi bebel2 dgn patient dah jadi limited.mesti ada yg tak puas hati...maaflah yer...minggu depan mai lain.boleh sembang.

kat rumah pun leceh jugak sebab budak kecik bambam pun suka bersembang & suka buat hal...nak marah tak boleh...nak cakap banyak tak boleh...sabar ja lah.
abahnya pun sama....bila kita cakap dia pun susah nak faham...perkataan dah jadi separuh2 ja yg jelas...kena cakap ulang2...leceh betoi.

tapi masa sekolah dulu suka sangat kalau kena episod hilang suara ni...ada alasan tak mau jawab soalan kat kelas.ada juga alasan utk tak baca ayat @ surah masa kelas agama (kena hafal)....bila cikgu tanya...bagi ja isyarat tangan...'hilang suara'.cikgu2 saya dulu semua best.alasan diterima.

hari ni ok sikit dari semalam...harap2 menjelang petang suara makin ke arah normal.

terkini tentang nabila..
pagi semalam dia ikut abahnya hantar abg/kakaknya ke sekolah.balik tu terus ja masuk bilik saya spt biasa..saja ja saya tanya dia...
"baby...baby pi mana tadi?"
jawab nabila..
"ataq kakak olah" (hantaq kakak sekolah)

waaa.....suka umie dia.pertama kali dia jawab soalan dengan bentuk ayat macam ni.biasanya dia jawab merapu dlm bahasa dia saja ataupun dengan satu perkataan contohnya 'olah' saja.
pelat pun tak pa lah baby...asalkan kamu mula membina ayat & bercakap dalam BAHASA MELAYU...hehe.
sekarang dah boleh faham sikit apa yg dia nak cerita sebab ada perkataan2 melayu yg terselit dalam cerita tu.sekurang2nya secara umum saya tahu apa yg nak dia cakapkan.

nabila juga cepat ingat gambar...petang semalam saya pakai t shirt petronas...dia tunjuk kat logo petronas tu sambil cakap..
'umie..inyak" (minyak).
nampak logo nestle ja dia cakap..."akim"....(aiskrim).
logo milo dia sebut 'num' (minum = air milo).

tapi bila buat flash card dia slow la plk...keliru mak dia...hihi

walau  bagaimanapun kami sangat seronok melihat perkembangan mental budak kecik ni...moga terus sihat & cerdik & lawak & comel...


05 February 2013

01 February 2013

MAKAN...MAKAN..

salam...

macam mana nak kurus kalau asyik makan....makan....makan.....
saya la tu..
diet la beberapa hari lepas tu cover baikkkkk punya.
badan plk senang sgt nak naik la ni.
mana boleh nak tahan tak makan nasi lama2....dah diri sendiri dok masak...
kat tempat kerja pun kedai makan kiri kanan...
bau semua masuk sini..
saraf2 semua teruja..hantar signal kat otak suruh bgtau perut...'laparrrr'...

oklah...merepek ja petang2 ni..
ni menu dinner nabila mlm tadi..

abahnya nak makan maggi ja (tapi yg dimasak dalam kuali punya)...rasa tak proper nk bg budak kecik ni mkn maggi sebab pedas.ada mee sanggul dlm laci dapur...masak la utk dia.
letak kentang,ayam & daun sup...
hampir licin semangkuk ni.
dia stop makan sebab tetiba mata layu...ngantuk..
yg saya buat utk nabila ni ditumis juga...bagi ada bau.tapi letak garam sikit ja...low salt.
sebenarnya pemakanan budak ni taklah proper sangat.cuma saya pastikan dia selalu makan sayur.tak ada jajan esp keropok dalam menu harian kecuali travel jauh2 sebab abahnya suka beli & makan dlm kereta.tu pun pilih2 juga.yg pewarna banyak tak dibenarkan.
gula2 dia tak suka sebab melekat kat gigi.aiskrim ja yg payah sikit nak elak...sekarang dah pandai order.kita nak keluar ja pesan aiskrim.masalahnya bila kita balik dia tuntut plk tu...even balik lambat.ingat plk dia.dahla suka buat muka sekupang...kesian ja tengok.

contoh muka 2 kupang