Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

02 October 2011

HUJUNG MINGGU

salam.

weekend yg agak lepak buat saya minggu ni sebab SU tak dak.SU ride ke Satun kemudian ke Hadyai.kebetulan ada benda nak settle kat Hadyai so berbaloi la jugak ikut konvoi tu.kalau tak, kena drive ke sana...budget lebih la.dengan itu,makanya saya bolehlah bersenang lenang kat rumah..tapi tak la senang sangat sebab budak kecik asyik nak berkepit ja.sanggup tahan mengantuk tak mau lena seharian kemarin..takut saya keluar tinggal dia kot.

bagaimanapun dapat la juga melawat semak samun keliling rumah tu & buang sikit2..mana yg terlarat.member nak mai potong rumput pun asyik tertangguh ja...sampai dah tinggi rumput tu.boleh main perang2 dah pun.sambil2 tebas tu cucuk tanam sikit2 pokok bunga...moga2 tumbuh subur.malam tadi tgh tidur tetiba terjaga sebab hujan lebat...fuh..lega.basah jugak tanah.tak teruk nak menyiram.

hari ni ahad...ada majlis makan2 kat sekolah nabila.saya kerja so suruh pengasuh nabila & nurul temankan.sepatutnya ada mesyuarat tahunan tp tak cukup korum..mana nak cukup.Ahad hari kerja.ibu bapa ramai yg kerja makan gaji.dapat info pun last minute..tak sempat nak apply cuti.tambah plk pg tadi hujan lebat.yg duduk jauh2 kalau ada motor ja mesti tak boleh datang.mesyuarat tu ditunda ke tarikh yg belum ditetapkan lg.harap2nya buat hari Sabtu.
ada cabuatan bertuah tadi..nabila dapat botol air.suka ja dia.dapat dua set sebab satu tu dibagi masa pendaftaran.apalagi..nurul pun kalut ja ambik satu untuk dia.
talk about Nurul....khamis malam Jumaat baru ni dia bg tau tahun depan dia jadi pengawas...suka la dia sebab dah lama mengidam jawatan tu.sejak sekolah rendah lagi.asal ada temuduga pengawas dia mesti minta.tp belum rezeki masa tu.alhamdulillah kali ni berjaya.memang pada kita apa la sgt jadi pengawas tu kan..tapi bagi murid sekolah 'it is something'.saya pun dalam diam mendoakan dia dapat jawatan tu.at least memberi keyakinan utk dia.saya tau dia boleh.dalam lembut toya dia,budak nurul ni ada sifat 'muka tak malu'...dia mmg tak segan silu nak tanya apa2 kat cikgu.senang disuruh juga.tapi kalau suruh benda yg dia tak suka buat atau masa dia dah letih..muka muncung berjela la jawabnya.buat tetap buat.masa ni mmg malas tgk muka dia...hati kita boleh panas.
saya harap dia dapat pikul tanggungjawab dgn baik.jadi pengawas yg disegani bukan yg dibenci oleh murid lain.
anak yang mampu cemerlang..
risau jg tengok budak ni sebab makin besar makin lawa.... iras arwah ibunya.
moga dilindungi Allah selalu.





notes:
saya dulu pengawas sekolah rendah ja...dari std 3 sampai std 6.sekolah menengah takdak pengawas.ada BWP (Badan Wakil Pelajar).saya tak jadi BWP sebab nak terpilih kena isi borang,jadi calon pastu kempen dengan poster & open speech bagai...kemudian ada hari mengundi..macam nak jadi wakil rakyat...tak kuasalah...malu!!!...



22 April 2011

INGAT...INGAT

salam..

pemandangan biasa
1..ibu @ bapa bawa anak kecil....nak masuk kereta.
    ibu @ bapa masuk dulu start enjin...
    anak still kat luar.....kalau anak berlari ke tengah jalan apa jadi????

2..ibu @ bapa drive.....anak di pangkuan sambil pegang stereng..
    kalau kemalangan @ brake mengejut apa jadi????

3..tunggang motosikal....anak kat belakang.terlentok lena.kaki tak sampai tempat pemijak pun.
    tangan ibu @ bapa sebelah pegang handle,sebelah lg pegang anak kat belakang tu.
    kalau terbabas apa jadi????

4..tunggang motosikal...ibu pegang anak sebelah tangan saja..letak atas peha menghadap ke  
    jalan.sebelah tangan lagi pegang anak yang duduk antara ibu dengan bapa.
    kalau belok mengejut apa jadi????

5..tunggang motosikal letak anak kat depan....anak berdiri dalam raga motosikal.
    kalau kucing tiba2 melintas jalan apa jadi????


sayangi anak2 kita.
beringat sebelum kena.

 budak yang suka naik kereta


20 March 2011

TEMPERATURE NAIK

salam..
hari ni dah start sekolah utk Kedah.bebudak berdua tu sekolah petang.bambam plk ponteng sb malam tadi balik lewat.kami g Jitra.pk 12.30 baru balik dari sana.mek kecik ni lena sepanjang kat rumah member di Jitra tu tapi elok nak balik ja dia bangun...sepanjang jalan dok menyanyi2...terjerit2 dlm kereta.tp elok jg la.tak la mengantuk abahnya.
sampai rumah around 1.30am dia segar bugar lg.so pagi ni kesian plk nak kejut.

itu bab nabila...
ni nak story bab along plk...mmg sakit jiwa dgn budak ni.pepagi td saya dah suruh siap2 segala yg perlu nak ke sekolah (sesi petang).duty abahnya hantar g sekolah.tp tadi dah lalu kot rumah saya singgah nak ambil depa semua bawa ke ofis abahnya.dah 11.30 am pun.adik dah siap...just nak pakai tudung ja.nabila pun siap gak.yg dia tak muncul2.dahla ada customer dok tunggu kt klinik.sekejap tu dia muncul kat pintu..pastu hilang semula dalam rumah.lama gak tunggu baru muncul balik...

terbongkok2 ambik tali kasut kat kasut sekolah lama.....ish!!!!...
baru nak bubuh tali kasut!!!....kamu sabar???saya tak..
'along...jalan pi kedai satg..!"
kalau saya tunggu dia masuk kereta mmg dia kena bebel.temperature saya lg naik.
so I go first.ngko jalanlah ke kedai.bukan jauh pun.tak sampai 5 minit...(kalau jauh takdak la nak suruh dia jalan...mendera la plk jadinya).

tak taulah...dia jalan ke abahnya g ambik...I'm in my office.


21 February 2011

DIA TERKENA LAGI

as salam..
pernah kenakan anak2 tak?
sekali sekala pekena depa seronok tau...saya banyak kali jugakla buat kat anak2 esp along sebab dia suka buat hal.terbaru was last week.tapi apa2 yg saya buat pun mmg komplot dgn abah dia.

beberapa minggu sebelum tu dua2 beradik tu ada bgtau yg depa masuk kelab badminton.saya mmg galakkan along masuk sb dia pandai main.so minggu lepas hari Ahad balik dari sekolah nurul bgtau kena beli reket sebab esoknya nak guna.plan malam tu nak keluar belilah.

malam tu sebelum saya balik kerja ,suruh SU pi ambik nabila kat rumah pengasuh.so senang sb lepas saya habis kerja terus ja keluar.masa SU nak keluar tu katanya along takdak kat rumah.saya mmg geram kalau jenis malam2 dok kat luar rumah ni.kata kat SU biarlah dia.just bawa nurul pi ambik nabila.masa tu dah dekat sgt time saya nak balik.masa SU ke rumah pengasuh, saya tunggu kat luar klinik.ada kedai makan kat sebelah.lepak ja kat situ.sekali nampak along berjalan balik.dia nampak saya tapi takut nak tegur.dah tau dia buat salah.kalut ja nak balik rumah.then SU sampai.nurul nak p cari along kat kedai game line ofis saya ni tp saya tak bagi sb tau dia dah balik.kami keluar terus.tinggal ja dia kat rumah.
kisahnya... dia pi pasar malam.balik tu terus menyinggah kat kedai game.

kami ke Tesco ja..beli 2 reket...sorang satu.tau dah bebudak ni payah nak share.pusing2 dalam tesco beli barang2 lain pastu pi ATM..balik rumah around pk 11.

otw balik tu tetiba dapat idea nak kenakan along ni.bgtau SU..dia pun ok ja.nurul join sekali.kisahnya..kami simpan reket dia dalam bonet kereta.biar dia ingat kami tak beli utk dia.
sampai rumah dia dok tersengih2 kat belakang kereta lagi satu..takleh masuk rumah sb takdak kunci.panjat pagar tunggu kat porch ja lah.
dia nampakla reket baru nurul...siap belek2 lagi.tapi tak berani tanya mana dia punya.kalau tanya mesti dia kena bebel sb merayap malam2.

along perlu guna reket tu hari khamis.so rabu malam dia sound2 kat nurul nak pinjam.bertuahla adik dia nak bagi.siap cakap.."kalau rosak hang nak ganti ka?"....(mmg depa cakap hang,aku ja).dua tiga kali bodek nurul tak bg jugak....last2 merajuk.masuk tidoq gitu ja.
pg khamis saya nak kejut nurul,tengok2 pintu bilik berkunci...biasanya tak berkunci pun.tanya dia apasal kunci pintu.kata nurul berbisik.."tu...along nak masuk pinjam reket adik".

along dah siap2 nak pi sekolah.tapi satulah budak2 ni...walau takdak benda yg cikgu suruh bawa depa tak pernah pula nak mengelat ke sekolah.sebabnya kalau cikgu komplen depa report ja kat abah..nanti abah sound cikgu tu balik.tapi benda2 mcm tu jarang sgtla nak jadi.mmg we will try to get what they need unless benda2 tu tak penting sgt.

masa dah siap pakai2 kasut semua abahnya bawa keluar reket dari bonet kereta..
"nah along"...kata abahnya...
apa lagi...sengeh2 suka la dia...
abah pun nyakat tambah..."along...along...tengok sikit muka...ececeh..."
pagi tu along pi sekolah dgn senang hati..atas motor pun dok sengih2 gamaknya.
balik sekolah lagi senang hati sebab dia menang tiga2 set game badminton tu.
menghampiri 13 tahun 5 bulan.....tapi muka budak lagi.

along ni malu2 sikit.semua nak kena push.so far tak nampak lg ketrampilan dalam apa2 bidang kat sekolah.tapi kami mmg tau dia pandai main badminton.tambah plk dia left handed.tu yg nak push dia.last year tak menjadi sebab baru form 1...lagilah dia diam.tahun ni ada nurul kat sekolah yg sama.nurul ni jenis peramah.takdaknya nak malu @ takut.poyo ja dia pi tanya cikgu apa2 yg dia nak tau.tadi masa nak pi sekolah dia dah bgtau dia nak jumpa cikgu.nak tanya apasal dalam jadual exam takdak paper sivik (minggu ni ada ujian awal tahun).saya percaya mmg dia akan pi tanya..apa2 games @ persatuan @ aktiviti nurullah yg akan bg info.

bila dapat pekena anak2,rasa marah kat depa boleh hilang gitu ja..
tak caya try sendiri..

utk along...ni idea umie dgn sokongan abah....

02 December 2010

MASIH BERGUNA LAGI..

salam..
hari ni dah 2/12...sekejap saja kan?
siapa yg dah beli barang sekolah anak2?
saya belum lagi.tapi plan nak beli next week sb kalau hujung2 bulan ramai orang.
siapa yg siapkan semua barangan sekolah baru tiap2 awal tahun?
saya & suami biasanya beli sebahagian ja.
yg lama mana boleh guna tu guna lagi...nak jimat kan..
tahun ni kena beli baju seragam baru nurul..tu wajiblah sb masuk form 1.along beli baju ja.seluar elok lagi.kasut sekolah guna yg lama dulu.beg sekolah pun takyah beli lagi.tapi kalau jumpa yg berkenan kat hadyai nanti beli juga kot.kat siam kan murah sikit..alat tulis tak payah beli.
yang penting duit buku & yuran sekolah..
hmmm...rasanya seribu juga kot utk 2 org budak sekolah menengah.
seee...boleh guna lagi kannn...

ingat lagi masa saya masuk form 1 dulu..kat MRSM.pening kepala bapa sebab banyak guna duit.dahla semekin.tapi dia usahakan juga.dapatlah uniform 3 pasang,kasut 2 pasang.uniform mrsm lain sikit.makanya kena tempah.masa tu kasut pun tak guna kasut putih..guna kasut hitam...sian bapa.yuran asrama,pengajian,kantin etc..tak taulah berapa.tapi lepas tu dapat biasiswa MARA tak kalut dah la.duit poket MARA bg juga..bila pos bergerak mai sekolah,berbaris ja bebudak bawa keluar duit.bukan banyak pun..30 ringgit ja.tapi time tu kira mewah la kan..yg letih sikit bab buku sebab takdak buku pinjaman.semua buku teks kena beli.form 1 tak pandai lg so beli semua yg baru.bila naik form 2 dah bijak bistari..beli ja buku2 senior.tengah2 tahun dah siap booking.sebelum cuti beli terus.nanti lambat dapat kat org lain dah kena beli baru...kan rugi.buku2 form 1 simpan utk junior.bila awal tahun depa masuk mulalah cari buyer.boleh la juga buat niaga...hehe.
tiap2 tahun mcm tulah...cari buku senior.

tapi budak sekolah biasa ni untung...dapat buku teks free.along dah dapat sebelum cuti hari tu...masih elok tersimpan dalam beg.nak sekolah esok baru belek..as usual.


28 November 2010

BIRTHDAY TANPA KEK

salam..
jumaat 26.11.2010...birthday nurul yg ke 12.
takde special celebration...no cakes sb nabila tak dibenarkan makan makanan yg ada telur utk sementara.so saya goreng mee shj.
utk nabila hanya mee + ayam + sayur....itu pun clear sepinggan.
sesi makan & bg hadiah ni buat waktu malam.nabila pun dah ngantuk.tapi bila tgk abah bawa hadiah terus ja terbeliak.siap ngendeng2 lagi.sib baik beli untuk semua.

kita layan gambar jom...
siap..
ngendeng kakak punya...
waaaa......tiga2 excited
tengok tangan along!!!....
budak tukang sibuk
along kelebek initial D....feveret dia.
nak tengok benda ni boleh tahan berapa bulan.
kenapa kami beli mainan??
sebab tu yg buat budak2 ni happy.

12 November 2010

YANG DIRAIKAN

salam..
dia bukan best student...tak dapat pun 5A.tapi dia telah melakukan yg terbaik untuk dirinya.
lulus semua subjek walaupun tiap2 kali ujian biasa ada yg gagal.untuk itu abah dgn berbesar hati membeli KFC untuk nurul malam tadi...termasuklah juga untuk yg lain2.dan semestinya juga...abah makan lebih..

"uuudiaaaaa...."
terpegun tengok abah buka makanan
orang yg tak pernah miss baca doa makan.
kadang2 sekali makan 3 kali doa.
tengah minta apa ntah kat abah..
makan KFC dgn nasi goreng yg umie buat
"acham"
"macih babah"
ait...macam dia plk yg diraikan
nurul macam biasa...ayam seketoi pun tak habis.
along join lambat sikit..dok pasang rak sidai tuala.suruh berhenti takmau.rupanya org dah kena nasi dgn gulai ayam kat surau.patutlah relax ja tgk benda makan.
gambar abah dgn umie tak leh masuk..tak menepati piawaian.

09 November 2010

GATAI TANGAN BETOI LAAA...

salam...
mmm...dah lama gak tak buat entry kisah budak kecik bambam ni kan...
dok sibuk dgn segala urusan rumah sampai terlupa nak snap gambar2 baru.
budak ni sekarang macam biasalah..mulut pot pet pot pet...dah pandai cakap banding dgn dulu.communication dgn dia pun lebih mudah.tp kalau banyak sgt benda dia nk bgtau @ dia marah kat kakak/abg dia maka terkeluarlah bahasa german dia tu...dia sorg ja yg paham.
dia pun masih ingat kat tok & arwah tokwan..hari tu bawa masuk rumah my parents kalut ja dia cari tokwan.."wan?...wan?..."...sambil pandang saya.tengok katil tokwan dah kosong.dalam bilik takdak..dlm bilik air takdak...sian baby...still tak faham dgn apa yg berlaku.tahun ni saja bb dah hilang dua2 tokwan.kedua2 tokwan yg suka main dgn bb...sorg suka menyakat (my FIL),sorg lg suka manjakan dia (my father).takpa lah bb..moga Allah memberikan kebahagiaan buat tokwan berdua di sana...amin...

kisah malam tadi...saya sapu2 sampah.masa tu dah pukul 12 lebih kot.nabila dah masuk bilik.sekali ternampak tanda macam kena tikam2 kat meja kopi.meja ni mmg letak kat satu corner lain.tak letak kat ruang tamu sb nabila suka panjat.hanya bawa ke depan bila nak  guna.sebelum ni dah nampak tanda conteng dgn pensil.takla kisah sgt sb boleh padam.tau dah mmg kerja nabila la tu...pantang dapat pensil @ pen.semua tempat nak letak corak dia.
so bila dah nampak tanda kat meja tu saya tanya along...sapa buat?katanya bukan dia yg buat.yg ni pun bukan boleh harap sgt.dah besar tp kdg2 buat eksperimen yg merosakkan barang dlm rumah.tapi cara dia jawab tu mmg bukan dia yg buat...(see...boleh rasa ooo bila anak kelentong).so I panggil hbby suruh tengok..apalagi.....terus ja buka bilik nurul.rupa2nya dua2 dah ngendeng kat pintu tp tak berani keluar.terus abah suruh ngadap meja..

abah...sapa buat ni?
nurul....diam jaa...mcm biasa
nabila...baby..baby...sambil tunjuk2 badan dia...
mengaku plk kali ni..
abah....ni..sapa suruh buat macam ni???
nabila...senyap.
abah...pot pet..pot pet...
semestinya yg besar pun kena sb tak monitor adik..

sapa tak marah kalau tengok meja yg tak sampai setengah tahun beli dah jadi macam ni???

banyak plk tu......
hah!!!!...menyorok dalam almari????
lukisan budak tembam.....
biarkan saja dulu...nak pindah nanti baru cantikkan balik dinding dgn pintu ni.


16 August 2010

RAMBUT RAYA

salam..
bulan puasa ni kita cerita yg santai2 jer...bg kepala otak relax sambil menghayati ramadhan.
ni aktiviti sabtu 14/8/2010.sesi menarah kepala.kena pi awal2 sb kedai ni akan sesak menjelang raya.apasal nak raya pun org kecoh2 nak buat rambut??pakai tudung kan elok..anak2 saya terpaksalah kan coz nabila kecik lg..rimas tengok rambut cucuk mata.along kan lelaki so takkan nak rambut panjang.abahnya pun takleh panjang...jadi out of shape.abah yg paling susah sb satu ni jelah kedai yg boleh buat shape rambut petak ikut kehendak dia.tu pun owner kedai yg kena potong..pekerja semua takleh buat.tak jadi.kalau org ni pindah ke hapa taktau lah dia cemana....bertocang kot..dak pun botak...????....aiyeerrr..
kedai gunting rambut ni kat Sg Lalang Sg Petani.terletak ke dalam sikit tapi pelanggan sentiasa ramai.cantik kedai ni..lapang.pekerja pun ramai so taklah lama menunggu.kebanyakan adalah regular customer sb tengok cara tokey ni tegur mmg dia dah kenal org tu sampai ke anak sekali.mmg bagus tokey ni.cakap melayu fasih...ramah tamah.siap tanya ni rambut raya @ nak mai sekali lg...saya kata rambut raya..so dia pendekkan lg rambut along..hehe.tak rajin la nak mai sekali lg..dia pun cakap kalau dekat raya mau kena berbaris sampai kat pintu.....p/s...bayangkan collection dia....

harga reasonable...gunting rambut hbby,along & nabila + cuci rambut hbby = RM20.
nabila pun cuci rambut jugak..tapi basuh ja..siap baring2 kat tempat cuci tu tiru abah..bila kena air ja terkebil2 & kalut nak bangun sb terkejut..lawak betul.tapi sgt comel bila kepala kena balut dgn towel..terkekek2 gelak seronok...

jom tengok gambar sesi gunting rambut..
gambar hbby takde sb bateri kamera habis..cisss...takde warning tetiba padam.

full house
along sedang diproses oleh tokey
budak kecik ni ambik turn nabila sb dia kan kecik lagi..takleh tunggu lama2.
elok2 siap ja budak ni nabila punya happy sb turn dia sampai dah..
budak ni turun kerusi nabila siap cakap...abisss...
ada saja orang nak melayan dia
debarannn.....
comel jer kena selubung
main sat jer pun..pastu toleh sana sini.
mengikut arahan suruh tunduk
pepandai jer tokey ni fesyenkan rambut nabila...sib baik comel.
ok kan???

(nurul takmo potong...nak simpan rambut panjang pulak.)

12 August 2010

SATU DAH SELAMAT..


salam..
alhamdulillah..hari ke dua puasa.cuaca panas tapi anak2 ok jer setakat ni.masa sahur tadi nurul bgtau tghari semalam dia dah letih.biasalah..hari pertama.dahtu digoda2 pulak dek nabila.bila kakak suap nasi kat dia boleh pulak dia eksyen2 macam sedap sgt makan tu...sambil bunyi 'mmmmmm...mmmmmmm'...pastu thumbs up..macam tau2 pulak kakak tak boleh makan...(ni abah dia yg cerita sb saya kat tempat kerja).

buka puasa semalam goreng bihun jer.kuih2 semua beli..org jual depan ofis ni jer kannnn....takyah susah2 nak buat.seringgit 4 biji..beli jelah apa yg nak.tapi malam ada plk org bg tepung talam dgn cempedak goreng...adehh...jenuh mengisi.

yang bestnya tgk nabila masa nak buka puasa.saya bg bihun dlm piring kecik kat dia.pastu air soya dlm special cup.kakak dgn abang masing2 ada food sendiri & air soya sorg satu gelas.saya suruh depa dok kat lantai sb meja tak muat..(hihihihi)..saya dgn hbby kat meja makan sebelah depa.tiga2 beradik menyandar kat dinding.dengar radio tunggu azan.yg bestnya nabila pun tak makan..main2 ja sudu dlm piring tu...sekejap2 dia baca doa..biasanya doa makan dia pendek ja.tp semalam punyalah panjang & berulang2.org lain tak makan dia pun tak makan juga..dah boring kat bawah dia alih ke meja plk..bila azan magrib abah baca doa barulah dia start makan.macam faham jer org puasa.
tapi bila dah start makan tu...paham2 jelah..makanan banyak.dia pun non stoplah.sat2 nak makan.sat2 nak makan.pk 11 lebih dah angin mengantuk..berat perut la tu.

pagi tadi bangun awal..pk 7 lebih dah uk uk...biasanya tghari @ petang..tangki penuh dah la tue....tak pasal2 umie kena mandikan dia pepagi..terganggu waktu tido umie..(saya suka tdo sekejap sebelum g kerja..hilang ngantuk).sib baik pas mandi dia menguap2 lg..pas bg tdo dgn abang dia.kalau biar dgn saya mmg takkan tdo.dia ajak main ja...nabila takpe la boleh tdo anytime.umie keja non stop 9 am till 4 pm...kenalah ready betul2 sebelum g kerja.kang nanti tertido dpn patient tak ke haru.kalau tak puasa takpa...boleh mengunyah...(mana tak gemuk..ishhh).
kalau makan sedap ibu jari kecik tu mesti naik..

tak sabar nak tgk aksi nabila petang ni.kena ambik gambar hari ni..semalam malas..

11 August 2010

Contest "Saya Sayang Adik" anjuran Mama Ilah Fazilah"

salam...
jom join contest ni..

hari ni last day.penyertaan ditutup pada 11.59pm..sempat lagi kan.
untuk tahu syarat2nya sila jenguk blog MAMA ILAH FAZILAH (kebetulan...saya ada kawan nama fazilah & dipanggil ilah).

ni gambar anak2 saya..
kakak yang sayangkan adiknya.
adik pun sayang kakak juga tapi selalu buli kakak.
nama kakak: nurul ainul hayat (menghampiri 12 tahun)
nama adik: nabila norfauziah (menghampiri 4 tahun)

kisahnya:
nurul mmg banyak berkorban untuk adiknya yg special ni..dia banyak membantu menjaga nabila...bagi mandi,basuh uk uk,bagi makan,bagi tidur,ajak main...semua boleh diharap.walaupun kadang2 merungut sebab adik terlebih lasak,nampak kasih sayang dia terhadap adiknya ni.bila saya marah2 nabila masa nabila ganggu saya masak,cepat2 dia datang ambil nabila pergi main kat ruang tamu.sambil pujuk-pujuk.nak pujuk nabila tak susah sangat..bagi jer benda makan..settle.
sebut bab makan,nasi nurul selalu jadi mangsa nabila.konon2 nak share tapi nabila yg makan lebih.nurul marah???oooo...tak pernah.
ada sekali tu nurul kena ulcer kat bibir mulut.so dia tak makan.saya suruh dia suapkan nabila sebab saya pun nak makan time tu.nurul suapkan jer.mula2 mmg ok.tengah makan nurul nak cakap something kepada saya.tetiba "panggg!!!"...pelempang nabila hinggap kat muka kakak dia.puncanya?tak bagi kakak sembang dgn umie..kebetulan kena kat bibir nurul yg sakit tu..terus menangis teresak2 si kakak.tapi yg bagusnya nurul ni,dia tak marah pun nabila..menangis jer sambil tangan terus nak suap nasi kat adiknya tu.saya tanya.."kena kat tempat yg sakit tu ke?".nurul angguk jer..terus saya suruh dia masuk bilik...and nabila??tercengang2 tengok kakak menangis.pas tu terkebil2 tengok muka umie membebel kat dia.memang nabila tak faham sgt tapi benda tu menyakitkan kakaknya dan perlu ditegur.
untung nabila ada kakak yang penyabar.
moga bila besar nanti nabila dapat melindungi kakak sebab nabila lebih garang.

06 August 2010

MUKA MASIH BASI...

salam...
jom layan muka orang belum mandi...

poyo sungguh....
nak tongkat dagu tapi tangan pendek..hehe
kakak..jom main golek2 lah...
adeh...deh...susahnya nak bangun..
pening la umie...
sakit kepala jugak nie...
umie..."dah!!jgn nak berlakon....pi mandi..."
nabila..."yes mem!!!"
(kakak mengeliat tak habis2 lagi..)
malam tadi tidur rumah my parents @ rumah depan...
suami tak dak kannn...
macam ni lah aktiviti budak2 ni kalau hari cuti.yang besar mesti tidur balik lepas subuh..bangun tidur nak golek2 dulu.puas golek2 baru nak mandi & sarapan.maka sarapan akan jadi pukul 10 @ 11 pg..selamat budget lunch..hehehe