SENANG CARI

02 July 2011

BERMADU DENGAN MERTUA

salam..
tengah tengok cerekarama tajuk apa ntah..
kisah suami isteri yg tinggal sebumbung dgn ibu si suami.suami pulak tipikal anak mak.....
si isteri dah fed up sebab rasa macam bermadu dgn mak mertua.kawan si isteri plk asyik dok mengajar macam mana nak dapatkan semula si suami tapi tak berjaya pun.
sian si isteri...dapat suami anak emak..dah tu lurus bendul plk.asyik dok layan mak sampai tak fikir hati isteri.

saya tengok situasi ni dalam dua sudut berbeza.
1. best jugak bila semua mak mertua buatkan....masak,membasuh etc.kita g kerja pastu balik rumah lepak....bukan senang nak dapat peluang macam ni..hihi

2. semestinyalah kan....boring bila suami lebih banyak luangkan masa dgn maknya...kalau dah ada baby oklah juga sebab isteri boleh layan baby.

pada saya,eloklah duduk berasingan kalau dah kawen.tapi dalam cerita ni,he's the only son maka terpaksa tinggal sekali.makanya bila dah duduk sekali suami kena pandai bahagikan masa.pandai jaga hati kedua2 wanita ini.isteri perlukan perhatian & kasih sayang.ibu plk perlu dijaga supaya jangan sampai ke tahap menyakiti hati ibu....bukan senang tu.

isteri pun kena banyak bersabar...isteri dlm cerita ni bagus..tak pernah naikkan suara kpd mak mertuanya walau dalam hati menjerit.kalau berada dalam situasi spt ini saya rasa lebih baik isteri pun banyak luangkan masa dgn mak mertua....daripada makan hati sb nak rebutkan suami lebih baik enjoy the time dgn mak mertua tu.

yang mak mertua pun sepatutnya fahamlah kehendak anak menantu.dia pun dulu pernah jadi isteri...learn to let go bila dah terima menantu.bagi peluang anak menantu bina kehidupan sendiri.kalau rasa belum bersedia nak lepaskan anak,jangan bagi dia kawen lagi.


apa pendapat anda?
tinggal sekali @ berasingan dengan mertua?
 


6 comments:

Sz said...

pendapat peribadi saya, sebaik2nya tinggal berasingan kot...
takpun dok dekat2 ... sebelah umah ke...heee

ain fathihah said...

hehe. saya dan kawan2 tengok cerita tu...masing2 duk cakap, "waaa xmau la dapat suami macam ni".

Nur_cahayamataku said...

saya rasa lepas kahwin elok la tinggal berasingan..

saya pernah dengar orang tua2 cakap: biar banyak bumbung, jangan banyak sebumbung.

tinggal berasingan, pasangan tu dpt berdikari. ibu pun patut kene faham la kan..cuba bagi peluang anak menantu hidup sendiri..he he

ieda said...

sz..
kena dok jejauh sikit..privacy.

ain...
akak pun...hehehe.

nur..
betul tu.ibu bapa pun kena bg peluang anak menantu bina hidup sendiri.

SURIA AMANDA said...

masa tgok citer ni mmg sakit hati....

azlina said...

sebaiknye bile dah kawen kite dok asing..jarang2 jumpe bau wangi sikit,slalu jumpe nnt bau busuk mcm t**k..bagila peluang anak2 bina keluarga sendiri..