15 December 2010

JANGAN TAKUT LUMBAR PUNCTURE

salam.
beberapa hari lepas baca kisah AISYA kat blog NOINA.tadi masuk blog Aisya....keadaannya makin baik.moga Aisya cepat sembuh.cuma tak pasti apa keputusan dari lumbar puncture (LP).tak sabar tunggu ibu Aisya update.moga khabar yang baik2 saja utk Aisya yg sweet tu.

saya nak sembang sikit bab Lumbar Puncture (LP) @ ambil air tulang belakang sb selalu jumpa kes yg waris tak benarkan doktor buat LP kepada pesakit.masa kat hospital dulu mmg saya angin (dulu mmg saya dr yg garang...heheh) kalau dapat kes macam ni sb rasa frust sgt bila tak boleh nak proceed dgn rawatan.
punca waris tak benarkan doktor buat LP hanyalah satu...takut pesakit lumpuh.perkara ni sebenarnya tak berlaku.kalau ada pun yg lumpuh ianya berpunca dari penyakit asal org tersebut.kenapa begitu?sebabnya semasa LP bahagian yg disuntik adalah bahagian yg tiada saraf tunjang (spinal cord).
saraf tunjang berakhir di peringkat L1 (L=lumbar).manakala LP pula dibuat diantara L3/L4 atau kebanyakannya di L4/L5.di bhg ini hanya ada saraf2 ekor yg kecil & akan tertolak ke tepi semasa LP dilakukan.hanya kecederaan pada saraf tunjang @ spinal cord yg boleh membawa kepada lumpuh.

kenapa penting sgt LP ni?
macam kita ambil darah utk tgk keadaan buah pinggang,hati,jangkitan dlm darah dsb,kita perlu ambil air tulang belakang utk melihat status pada sistem saraf atau jangkitan di otak.air ini (cerebro spinal fluid) adalah cecair yg mempunyai kaitan secara terus dgn keadaan dlm kepala kita.fungsinya ialah melindungi otak dari gegaran,membawa zat kepada otak & membawa bahan buangan ke sistem aliran darah.sebarang jangkitan atau kerosakan dalam kepala kita boleh dilihat dgn mengkaji perubahan yg berlaku pd cecair ni.

bagi bayi kdg2 ia adalah procedure yg 'life saving' sb bayi sgt mudah kena meningitis & tanda2 meningitis bg bayi adalah sgt tidak tipikal.kdg2 sekadar nampak lemah.demam sikit2 ja.tambah plk bg bayi sebarang jangkitan sgt mudah merebak.bila buat LP kita dapat diagnosis yg tepat.rawatan pun boleh bagi dgn cepat & tepat.bg kes2 yg waris tak benarkan LP doktor terpaksa guna pengalaman yg lepas & melihat tanda2 lain yg tak spesifik.rawatan pun masuk kategori...'we try'...yg sedihnya sebarang jangkitan/kerosakan pada otak @ selaput otak kalau tak dirawat dgn sempurna boleh menyebabkan kecacatan kekal kepada pesakit....lumpuh,terencat akal,sawan berulang dsb....sgt mengecewakan bukan saja kpd keluarga tetapi kpd doktor jugak.

pernah dengar perkataan 'bius separuh @ spinal' masa operation?utk procedure ni saya tak pernah jumpa rejection.pelik tak?sebenarnya ia adalah procedure yg sama dgn LP.bezanya utk bius separuh doktor masukkan ubat,utk LP doktor ambil sedikit cecair CSF.

kepada sesiapa yg ahli keluarganya disarankan oleh doktor utk buat LP jgnlah risau.benarkan saja.mmg ada keadaan2 tertentu yg kita tak boleh buat LP.tapi doktor mmg dah tau kes mana yg perlu sgt utk proceed.procedurenya simple saja.cuma kdg2 doktor yg first time buat tu ambik masa sikitlah.tapi doktor senior sentiasa mengawasi.(kalau doktor baru tak boleh buat bila masa dia nak belajar..betoi dak?).
saya pernah buat sekali pada baby yg kecik sgt...masa tu HO lg..mmg susah sb takdak pengalaman.mmg fail lah...so MO buatkan.baby ok.
sekali lagi saya buat pada pesakit dewasa...buat sorang2.nurse assist.sekejap saja...sukses..alhamdulillah.patient ni pun ok juga.

jom tgk gambar sikit..
saya ambik dari google.

saraf ekor = cauda equina

jarum disuntik jauh ke bawah berbanding kedudukan spinal cord/saraf tunjang


cecair cerebro spinal (CSF) @ air tulang belakang yg melindungi otak/sistem saraf pusat

CSF/air tulang belakang dibiarkan menitik ke dalam botol sampling
(note: doktor tak sedut dgn syringe macam ambil darah)

kedudukan bayi masa presedur
(ada yg baringkan baby/pesakit secara mengiring)

15 comments:

Yasmin Nabilah.. said...

owh gitu rupanya.. :) thanks kak share this info..hurm..patut semua tahu kan..ina mula2 pun pikir gitu gak..cakap kat ayu..tapi nasib baik teringat Dr. Zaahirah..terus sms dia. nasib baik cepat dia bgtau. Ina pun terus bagitau ayu..

betul..bila dah jadi mcm2 ni dah tak leh pikir apa dah. yang tahu nak anak selamat. Harapnya entry akak ni akan ada yang dapat tambah pengetahuan dan buang persepsi negatif ttg LP ni... :)

Azma said...

thanx for the info ieda. Masa saya kecil2 dulu, org2 tua di kg slalu ckp macam tu. Jgn bg doktor ambil air tulang belakan, nnt lumpuh.. Selalu sgt dipasakkan dengan cerita sedemikian hingga saya percaya. Bila dah dewasa, ilmu pun alhamdulillah bertambah, so kepercayaan tu makin menipis. Tapi x pernah pegi cari maklumat utk tahu perkara yg sebenar pun.. Dgn info ieda tulis ni, bertambah ilmu saya yg x sebyk mana ni.. mekasih skali lagi..

Syahida said...

ieda, bagus info ni. Abil dulu pun masa bby, pernah buat lumbar puncture. biasa juga dengar 'teori2' orang kita psl LP ni. Alhamdulillah, anak saya takde apa2 dan LP yang dibuat masa tu mmg membantu keadaannya :)

SURIA AMANDA said...

bagus info ni..tiba2 terasa seram....ayorkkkk...

Asz said...

salam kak ieda ... thnk u so much coz sharing this info ... saya sendiri pernah jumpa ngan seorg ibu yg sgt2 menyesal sbb dgr ckp2 org ... yg jadi mangsa anknyer sendiri ...

x jugak nk salahkan ibunyer, tp seharusnyer dia bertanya pada doktor sendiri utk penjelasan lanjut ...

sgt puas hati kak ieda buat entry nih ... :))

p/s : hugs & kisses to nabila k

ieda said...

to all....
sekadar berkongsi pengetahuan.i'm happy that it benefit others.
bila lapang nanti kita up kisah lain pulak.

Unknown said...

terima kasih kak eida...
baru tahu fakta yg betui.. selama ni memang disogokkan dgn fakta yg tak betui...

Min said...

nk share lah... bole tak? nnt min linkkan kat entry blog min ye...

ieda said...

min...silakan.

Nurul Huda Seenice said...

bagus info ni. dulu2 salu dgr kalo buat ni, bahye. ramai parents tak bg. dah terbukak la sket minda ni. suntikan utk LP ni, same tak cara die nak bius pakai epidural. sbb dulu bersalin c-zer. sy guest die bius epidural jugak utk bius sparuh bdn kan. kalo Dr.Ieda leh wat kan entry psl ni oke jugak. Sgt berterima kasih di atas komen psl allergy tu yer..

nor said...

asalamualaikum.anak saya sekarang berusia 7 tahun.nasa dia baby dia pernah buat LP sebab doktor detect ada air di kepala.sekarang ok tapi sejak sekolah kadang2 dia mengadu sakit dibahagian ambil LP. Normal ke doktor.risau juga

cy said...

Saya sangat berterima kasih kerana mengetengahkan topic ini.

Saya mempunyai seorang kawan yang sangat rapat, dia selalu mengadu sakit belakang dan kadang-kadang amat sakit. Minggu yang lalu sekai lagi dia kesakitan belakang dan dibawa ke hospital. setelah diperiksa dia didapati mempunyai masalah saraf tunjang (spinal chord).
Saya mahu tahu, adakah ini akan menyebabkan kawan saya lumpuh??

terima kasih.

Anonymous said...

nk tanye.. my gf die kene penyakit ape tah.. yg kurang darah merah ke putih..bkn leukimia.. hope paham.. so dlm 4 tahun die kene ambik air tulang blakang utk ambik ubat..
so di sini.. sy nak tanya.. klo die xperlu lalu proses Lp ni xblh ke? doktor terus kasi ubat.. sbb dari kecik die sakit .. so xtahu ape motif doktor nak ambik setiap 4 tahun..

Anonymous said...

Very informative. Unfortunately my brother succumbed to this myth and now suffering from retardation and epilepsy. If only we knew then...

Unknown said...

Salam Doktor,

Ayah saya sekarang berada di HKL kerana penyakit darah tinggi yang tiba2 high disebabkan tekanan dalam otak die terlalu tinggi. Pada asalanya die selalu mengadu sakit kepala yang tiba.tiba.
Pada kali pertama masa ayah saya mula-mula masuk HKL mmg dah ambil air tulang belakang. Dari ujikaji didapati ayah diserang meningistis. Kemudian selepas 2mggu dari itu, doktor minta dibuat lagi sekali ambil air tulang belakang katanya untuk mengurangkan tekanan darah yang tinggi di dalam otak. Boleh kah saya tahu sama ada air tulang belakang boleh diambil dalam jangka masa yang dekat ke sebanyak 2kali berturut? mahu kan pendapat dari pihak doktor.