17 April 2011

KAMI YANG SUKA MAKAN

salam.

semalam Sabtu...my weekend.
dah beberapa minggu tak balik kampung so semalam kami balik sefamily.kebetulan nak repair kelisa sebab khabarnya alternator rosak.sebelum tu dah tukar bateri baru tapi still mati kat traffic light.so revised diagnosis ialah masalah kat alternator la pulak.
kami tak biasa lg dgn mana2 mekanik kat area kampung tu so masa balik terus ja jelajah sampai Tanah Merah.mujur gak jumpa satu kedai mekanik & dia tanpa banyak hal sanggup ikut pi rumah my sis....& bawa kereta tu balik ke kedai dia.
lepas magrib baru settle.

seperti biasalah...kereta ni bila nak repair satu akan jumpa banyak lagi problem (manusia pun kadang2 macam tu jugak).daripada alternator tambah lagi dgn brake pad & tiga belt (alternator,aircond & power stering).katanya semua dah nyawa2 ikan.daripada buat hal kemudian hari lebih baik tukar ja terus.
semuanya RM310 (termasuk labour charge RM50).
mahal tak?rasanya biasa2 ja kot.

bila balik kampung saya wajiblah menjelajah ke belakang rumah.nak usha2 pokok manggis.
lebat berbunga.putik pun dah ada.alhamdulillah.hendaknya tahun ni dapat makan banyak2.last year memang tak merasa sebab buah tak banyak...dapat ke tupai ja.lagipun masa tu my parents tak sihat.memang kami tak pedulikan sgt buah2 tu semua.
manggis ni satu ja problemnya....nak kena cari org panjat pokok.pastu kena kait dgn galah yg ada macam bekas kat hujung dia supaya buah tak jatuh ke tanah.kalau jatuh ke tanah & merekah buah tak tahan lama.sehari ja dah kematu.tak pun isi jadi purple..tak sedap dah.
biasanya my cousin yg panjat.
tahun ni nak suruh along plk kot.
atau...
mak dia panjat sendiri????
 putik manggis
 utk orang yg tak kenal...bunga manggis
pokok durian yg saya tanam...tak ingat dah berapa tahun.
moga cepat besar & cepatla berbuah.
jgn tak tau...masa kecik saya suka sangat panjat pokok.setakat pokok manggis tu mmg tak dak masalah.cuma kadang2 bermasalah nak turun.....kaki pendek.tapi tak pernah jatuh pokok...alhamdulillah.

back to activity semalam.
keluar dari rumah my sis petang pergi ambil stok ubat kat wholeseller (depa lambat sgt nak mai..alang2 lalu singgah ambil terus).then terus ke rumah member kat Jitra & keluar makan bertiga family (sorg lg member dari Penang).mujur sempat cross border...org Penang ketagih nasi & tenggiri masak kicap kak jah kat Danok...maka kita layankan saja.orang pregnant...takut kempunan nanti.keluar border pukul 11.15 pm...imegresen & kastam pun dah takdak mood nak layan...out without hassle.
 padat meja
sapa ambik gambar sapa nih?
ingatkan nak balik terus...rupanya depa stop minum lg kat kedai nasi kandar...ish...
anak org Penang yg umur 4 tahun pun pandai komplen..."ish...tak reti2 nak balik lagi ka??"...hehehe...member dah ngantuk.

11.45 pm gerak balik & by 12.30 am sampai rumah.mata saya teramat berat...lena sepanjang jalan dgn nabila kat riba..lenguh!!!!

No comments: