SENANG CARI

21 April 2011

MEREKA YANG ISTIMEWA

salam.

tengok BERSAMAMU last nite?
saya tengok sekejap2 ja.
ia tentang anak2 KIWANIS.
seronok tengok gelagat depa esp yg menari MJ tu.
terus terbayangkan budak bambam menari & menyanyi.
anak2 ni sgt cepat meniru & sgt minat dgn muzik kan?
masa hari jualan PDK baru2 ni ada sorg anak DS lelaki yg suka menari.
pantang dengar muzik rancak mesti dia buka langkah & ikut rentak plk tu.
the best part was.....dia suka jaga my bambam.nampak ja nabila main hujan cepat2 dia pi ambik ajak duduk bawah khemah.nabila pun elok ja ikut cakap 'abang' dia ni.
 abang nabila tgh buat free show
 
our special GIFT FROM ALLAH

berbalik ke cerita malam tadi.
ada seorang ibu yang cerita kesedihan dia masa mula2 dapat tahu anak dia DS.mmg dia tak boleh terima pada peringkat awal tapi berubah menyayangi anaknya bila dah dapat moral support dari org keliling.
saya rasa most parents macam tu.yg penting ialah sokongan suami,ahli keluarga & kawan2 utk hadapi masa2 mencabar menerima & membesarkan anak2 istimewa ni.memang tak mudah.tapi alhamdulillah..anak2 DS adalah anak2 yg happy selalu...ceria & menceriakan org di sekelilingnya.sekali sekala mood hangin tu biasalah..
yg normal pun kdg2 hangin dia lagi teruk...betul tak?

saya suka tengok aktiviti KIWANIS ni tapi tak pernah join.
sini yg paling dekat kat Alor Setar.mmg susah la nak ulang alik ke sana..clash dgn kerja.kalau ada kat SP kan best.
sini pun ramai anak2 DS yg saya yakin tak pernah join apa2 aktiviti KIWANIS ni.
 

12 comments:

TuYa said...

salam kak ieda..
Tuya pun tgk malam semalam pasal anak2 sindrom down ni..
terhibur dengan gelagat lucu mereka ni kan..sangat2 ceria..

Mama Q said...

anak normal pun klu dah angin ribut melanda...jenuh jugak nak dilayan.
Mmg pada mula agak susah nak terima bila dapat tau anak x normal...rasa sedih sgt, rasa rendah diri, asyik bertanya apa dosa aku higga Allah bg dugaan mcm ni.
Lps tu berhari2 menangis dok kenang mcm mana anak tu nak hadapi kenyataan bila dia dah faham keadaan dia yg kurang.
Tp klu sbg ibu x kuat, mcm mana nak bg sokongan kat anak kan?
Moga Allah permudahkan segalanya bagi kita.

Pnut said...

saya tengok smlm, masa tengok tu memang otometik teringat Nabila terus.. dok terbayang2 keletah dia ke hulu ke hilir tak takut sapa pun.. masa kita jumpa hari tu..

Emak saya dulu pun jaga anak DS, dari kecik umur 2 tahun sampai umur 13 tahun jaga... kemudian family dia berpindah kiranya kami jaga dari 'anu' nya secoet, sampai bercoet-coet..eheheheh

memang menghiburkan, sebab dia suka gelak, tengok tv apa pun tergelakkkk je memanjang... dari tak pandai buat apa2 sampai dah pandai makan sendiri.. pernah sekali kat rumah dia, dia kena marah, merajuk dengan emak ayah dia, dia 'lari' dari rumah, merayau entah ke mana... mujur jumpa ngan jiran kami yang memang tau dia anak yang emak saya jaga, pakcik tu bawa mai rumah.

emak saya punyalah marah, pasai dia sayang budak tu.. rupanya dia memang nak mai rumah saya, sebab nampak je pagar rumah, dia jerit dah.. mmmmmaaaakkkk mmmmmaakkkk bannniii (wani, adik saya sebaya dia) nampak ja mak saya, dia menangis sekuat hati.. dok sebut mii..miii (ummi dia) miii pok (tepuk bontot, bagitau umi babab bontot dia)

h4ni3 said...

anak2 DS ni memang ceria la kan kak
kalau jumpa, mesti diorg malu2 tapi suka senyum
kalau ditegur pun, peramah je semuanya
tak penah lagi jumpa budak DS yg suka buat muka mencuka mcm budak2 normal

Azma said...

Betul tu kak..awal2 mmg perit nak terima kenyataan..saya hidup dlm penafian sepanjang hasif kat spital(lbh krg 1 bln). Hari terakhir hasif di wad doktor dtg bw result chromosome test. doktor kata-- positif-- Lepas tu, baru saya tidak lg menafikannya & redha..

Nak kata saya x menangis dgn kurnian ini tipulah tu kan..

Mlm td masa bersamamu tgh ditygkan, saya tulis satu post di FB. Ramai kawan2 senasib & juga kawan2 lain bg pandangan yg amat memberansangkan dan positif. Moga anak2 kita membesar dgn sebaik mungkin ye Kak..

ieda said...

tuya..
bila tgk depa gelak hilang segala masalah dlm kepala.

mama Q..
nak tak nak memang kita kena jadi kuat utk depa...fikirkan masa depan dia lagilah risau.apa pun saya percaya satu ja...Allah jadikan dia.pastinya Allah akan lindungi dia...kita berusaha & berdoa kemudian tawakal padaNya.

ieda said...

pnut..
anu bercoet-coet tu macam mana???hahaha

bebudak ni mmg sensitif lebih tapi kalau merajuk sat ja..senang nak pujuk.


h4ni3..
pernah kena jelir lidah dgn budak kecik tak???sakit hati kan bila kena...rasa nak jerit ja..sib baik budak kecik.

azma..
on the other side...doktor yang nak bgtau tu pun sebenarnya susah hati jugak...jenuh menyusun ayat sb tak mau hati ibu terluka (pengalaman sendiri).

cikmOt said...

salam kak, meh la tukar fm...saya kasi fm sarawak seperti yangn diminta...let me know...ni email saya...

comot81@gmail.com

Ladysirna said...

alamak saya dah salah post komen, nak komen pasal entri ni terkomen dekat entri bawah...

btw, anak2 DS ni sememangnya sentiasa menghiburkan, suka betul tengok telatah mereka. ada satu hari saya makan kat KFC sorang budak DS tepuk belakang saya, saya ingat siapa, mungkin dia nak berkawan kot, pastu terus lari bila saya toleh...ayah dia terus cakap sorry kat saya pdhal saya tak kisah pun, senyum je...

ieda said...

cikmot...
TQ2...hehe...nanti akak emel address.

ladysirna..
nabila pun suka cuit2 org bila kat tempat public..pastu senyum2..kita plk kdg2 risau takut org tak suka.

SURIA AMANDA said...

xde sapa x suka anak2 istimewa kak...mereka anugerah yg x ternilai dari allah..-along Lisa..

*mmuah..utk nabila..dari mama long..

ieda said...

mmmmuuuahhhh....mmmmuuuuaaaahhhh....
from nabila to mama long