09 May 2018

SEJARAH TERCIPTA UNTUK BUMI MALAYSIA

assalamualaikum....
salam sejahtera..

9.5.18
satu lagi kisah berlaku dalam lipatan sejarah tanah air kita.
pilihanraya umum ke 14...
selesai dilangsungkan pada sekitar jam 5 petang ini.
pelbagai kisah dan cerita mewarnai dunia politik negara dalam menuju hari pemilihan ini.
pastinya, menjelang keputusan yang akan diumumkan malam ini, akan ada lagi pelbagai coretan yang positif dan negatif menghiasi media kita.

sebagai rakyat yang telah menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin negara, tahniah diucapkan.
kepada pemimpin yang terpilih, moga dapat memberi khidmat bakti yang terbaik buat masyarakat tak kiralah pengundi anda ataupun musuh anda sekalipun. jalankan amanah yang diberi dengan sempurna. anda dipilih untuk bekerja dan membantu masyarakat dan negara secara keseluruhannya, bukan mengambil peluang yang diberi untuk sekadar membantu diri sendiri.
harus diingat, apabila kita diberi amanah dan jawatan, hadir bersamanya pakej-pakej soalan yang semakin bertambah untuk kita jawab di hadapanNya nanti.

yang gagal dipilih, anda masih punya cara dan ruang untuk berbakti. andai anda ikhlas dalam perjuangan, tanpa jawatan pun anda masih boleh memberikan khidmat bakti kepada masyarakat sekeliling.



moga malam ini hadir dengan ketenangan dan kedamaian....setenang & sedamai dingin cuaca anugerah Allah swt untuk kita.


MALAYSIA INDAH....

temankan umie ke tempat mengundi pagi tadi...
masih keliru....apakah pilihanraya itu sama dengan hari raya???

12 April 2018

SEDEKAH UNTUK NABILA

salam sejahtera...

"budi baik pasti dikenang jua"

malam tadi temankan suami pick up barang tempahan pelanggannya di sebelah utara sana. selesai ambil barang kami singgah makan di uptown tepi stadium Darul Aman. memang sejak kebelakangan ni nasi lemak di uptown ni menjadi pilihan kami sekeluarga. nabila pun kalau nak makan nasi lemak, dia ajak ke "nasi lemak jauuuuhh"... selalu singgah sampai tuan kedai pun dah kenal.

istimewanya nasi lemak ni (nasi minyak rasanya) ialah pada ayam goreng yang garing dan sambal kosong yang sedap secukup rasa. tak pernah ambil lauk lain pun sebenarnya...hihi...insyaAllah episod akan datang akan cuba lauk lain pula.


malam tadi lepas makan 4 beranak (3 set nasi & ayam goreng, satu nasi dan telur rebus serta sebungkus papadom) saya ke kaunter untuk bayaran. selepas dikira & dihitung, tuan kedai bagi diskaun rm2. ini bukan kali pertama dapat diskaun. terimakasih puan tokey yang cantik manis.....moga makin banyak dan makin berkat rezeki yang kalian perolehi.


selesai di situ, kami singgah pula di gerai yang jual air. ini kegemaran saya sebenarnya...ketagihan teh tarik ais.
sekali lagi dilimpahkan rezeki. untuk nabila sebenarnya. tuan punya gerai sedekahkan pula kerepek cheese sebalang untuk nabila. walaupun ditolak tapi bersungguh mereka suami isteri ingin memberi. jadi tak sampai hati menghampakan niat baik orang, kami terima dengan besar hati.



sebenarnya, banyak kali orang bersedekah untuk anak syurga kami ini. walaupun kadang kala nabila terlupa berkata terima kasih (kadang dia tersipu malu), kami sentiasa berbesar hati. berterimakasih, bersyukur dengan sedekah yang dihulurkan. moga Allah mengembalikan pahala niat suci mereka dengan kebahagiaan dan keberkatan yang berpanjangan. moga di Sana nanti, Nabila akan berpeluang membantu insan-insan yang pernah menghulurkan sedekah untuknya.

kami juga menumpang rahmat dari insan terpilih ini.





11 April 2018

RABU DATANG LAGI

salam sejahtera...

salam hari Rabu...
hari yang tiba-tiba jadi panas sejak beberapa detik ini.
berbagai pantun seloka yang keluar tentang hari Rabu. wall fb pun asyik melintas dengan isu yang sama.

moga dipermudahkan urusan semua yang bakal terlibat dengan kekalutan hari Rabu 9.5.18.
bagi saya, memang agak tidak wajar memilih hari Rabu sebagai tarikh mengundi. berada di pertengahan minggu, memang menyukarkan kepada mereka yang perlu bergerak ke lokaliti yang berbeza. kalau pun diumumkan sebagai hari cuti umum, agak sukar kerana semua perlu bergerak dalam hari yang sama....hanya sehari.

namun sebagai rakyat, kita tengok saja la apa yang bakal berlaku pada hari tersebut. bising sekarang pun tak ada gunanya. masing-masing bertindaklah dengan bijak mengatur waktu dan perjalanan. jangang pula siap-siap merancang mengatur MC. itu bukan pilihan yang bijak melainkan kita benar-benar sakit. jadilah insan yang bertanggungjawab dan bijak mengurus diri.   


selamat bersiap sedia menghadapi PRU14...
moga kita dapat terus berteduh di bumi Allah ini dalam keadaan tenang dan harmoni.



03 April 2018

JOM PI HADYAI

salam sejahtera...

jalan-jalan dan makan-makan di hujung minggu.
kisahnya pada hujung minggu 23 dan 24 mac 2018....penghujung cuti sekolah, kami bertiga menemani sahabat sekeluarga memenuhi sebuah kereta (menjadikan tujuh orang semuanya, 5 dewasa & 2 kanak-kanak) menjejaki selatan Thailand untuk mengisi percutian hujung minggu.


 pintu sempadan yang lebih cantik dan selesa


memasuki sempadan seawal pagi (selepas subuh) dan bersarapan di pekan Dannok dan kemudian bergerak menuju Hadyai. tiada tujuan khusus sekadar mengisi masa & melawat tempat yang belum pernah dikunjungi.


sarapan ramai-ramai
ada 4 family di sini


tempat pertama yang dituju ialah Hadyai Cable Car. kalau di Malaysia untuk menaiki cable car, kita letak kenderaan di bawah dan cable car akan membawa kita ke punca bukit sebaliknya di sini kita perlu memandu di jalan yang berliku-liku mendaki bukit ke puncak dan kemudian berjalan kaki ke tempat menaiki cable car. Cable car tersebut membawa kita ke satu point di bawah dan kemudian kembali ke tempat permulaan. sebenarnya, tempat permulaan cable car ini juga adalah tempat sembahyang (agakkan saya adalah untuk penganut agama Budha). 




dari tempat menaiki cable car


kami tak naik pun cable car tersebut, sekadar melawat kawasan. angin agak kuat di puncak bukit menjadikan tahap ketakutan meningkat....hihi


dari situ kami bergerak ke kawasan tumpuan seterusnya iaitu Chang Puak Camp yang merupakan lokasi tumpuan untuk menaiki gajah. ada beberapa aktiviti lain seperti menembak, permainan dart, memberi makan kambing, pertunjukan gajag dan buaya. masuk adalah percuma tapi untuk menyertai apa-apa aktiviti ada bayaran dikenakan antara 100 bhat sehingga 500 bhat seorang.

ketika kami sampai aktiviti tunggangan gajah berhenti rehat maka kami hanya melawat kawasan. panas terik tetapi agak selesa kerana angin bertiup kuat. di situ juga ada gerai yang menjual makanan kering serta air termasuk air kelapa segar. memang 'refreshing' la air kelapanya tu. hanya 40 bhat sebiji dengan isi yang lembut dan tebal.





yang ini guna pistol kosong saja....lakonan..

suami & kawan mengambil kesempatan melayan skil menembak di salah satu booth yang disediakan. satu sesi 100 bhat...banyak juga peluru yang diberikan. bolehlah untuk melepaskan gian.


selesai di situ kami mencari lokasi makan. 
ada beberapa lokasi yang menjadi ilihan tapi untuk lunch kami ke daging/ayam bakar Hadyai. agak lengang waktu kami sampai maka dapatlah makan dengan selesa.
tak pasti kenapa, tapi saya rasa seperti ada kekurangan sedikit dari segi rasa daging & ayam bakar berbanding dahulu. namun dek kelaparan, habis juga semua yang dihidangkan.





ayam bakar....ratah pun sedap

selesai makan barulah bergerak ke hotel untuk check in. memilih hotel di tengah pekan untuk memudahkan aktiviti merayap di malam hari. dengan harga sederhana, berbaloilah untuk sekadar melepaskan lelah satu malam.
memamg betul-betul lelah....suami lelap dengan jayanya sehingga petang. saya dan nabila juga terlelap. letih berjalan di tengah panas agaknya.
bila dapat katil, terus hanyut ke alam mimpi.


waktu petang kami bawa haluan masing-masing. kawan sekeluarga ke floating market dan kami ke kedai makan mengisi perut yang kembali kosong.
hahaha....kalau ke Thailand, inilah aktiviti utama kami sekeluarga....layan selera. kali ini kami menapak ke kedai makan di pekan Hadyai mencari ayam pedas kegemaran suami. ayam pedas ni dah jadi menu wajib bila ke sini. memang tak boleh jumpa kat tempat lain. sekali kena boleh terkenang-kenang. 
nak rasa ayam pedas Hadyai?....boleh ikut trip dengan BMTransport.



antara aktiviti malam di pekan Hadyai...
cari pulut pelam/durian

lepas makan seperti biasa, meronda sekejap. kemudian hantar anak-anak ke bilik...siap2kan nabila untuk tidur & tinggalkan dengan anak kawan yang lebih dewasa di bilik. kami meronda lagi mencari lokasi massage. satu lagi aktiviti yang menjadi kemestian bila ke Hadyai.

saya & teman membuat full body massage (oil massage) manakala suami & temannya buat foot massage. masing-masing ambil masa yang sama iaitu satu jam.
selesa, hilang lenguh-lenguh badan. 

risau juga takut budak-budak buat hal, lepas suami-suami isi perut kami terus balik ke bilik.....alhamdulillah, budak-budak semua dah nyenyak melayan mimpi masing-masing.



keesokannya, selesai sarapan dan keluarga teman selesai shopping di pasar Hadyai, kami check out dan terus lunch sebelum bertolak balik. 


tempat lunch sebelum balik Malaysia




seperti juga waktu masuk, alhamdulillah, urusan keluar tidak mengambil masa yang terlalu lama walaupun agak jem di imigresen Thailand.



NOTA:

andai anda ingin merasai pengalaman berjalan-jalan di pekan Hadyai tanpa bersusah payah memandu dari Malaysia, boleh gunakan perkhidmatan yang disediakan oleh BMTransport....
harga boleh dirundingkan mengikut bajet anda.
hubungi BMT di fb INI.