salam.
sekarang musim hujan kat utara ni.tiap2 petang hujan.bila hujan bisnes pun jadi macam tanah kena air jugakla.tapi saya tak kisah sgt sebab saya tak payah nak susah2 siram pokok.jimat tenaga.jimat bil air.
setakat mana kamu sayangkan pokok yang kamu tanam?
hanya org yg suka tanam pokok ja yg faham.
last week kawan saya datang mesin rumput kat rumah.dek kerana hari tu saya kerja saya pesan kat SU suruh bgtau org tu jgn kacau bahagian depan.sebabnya kat situ ada pokok2 kecik yg saya yakin akan kena cantas kalau member ni mesin rumput.pokok mangga yang tinggi pun kena inikan plk pokok2 kecik tu.so SU pun bgtau la kat kawan ni.
malam bila balik kerja saya tengok area tu dah kena mesin....ish!!!!!....sakit jiwa betoi....& exactly like I thot...memang dua pokok yg dok agak akan kena tu mmg kena.satu hilang terus dari pandangan...harap2nya adalah tunas dia menjenguk nanti.
satu lagi pokok melur ni...
pelik jugak.takkan batang tinggi ni dia tak perasan.pokok ni adaah melur jenis 7 lapis.saya ambik dari staff saya masa keja gomen dulu.dah berpindah banyak tempat.kat rumah ni dia dah mula berdaun lebat kat pangkal batang tu.sekali tengok dah gonjeng macam ni.
hari ni saya belek2 adalah nampak tunas.dengan hujan tiap2 hari ni saya harap sgt dia tumbuh balik....sayang giler dgn pokok ni.
nak marah pun tak boleh...kawan...
yg ni bunga raya daun putih hijau...cantik kalau merimbun.dah banyak daun sebenarnya.tapi jiran sebelah plk pi racun laman dia...tempias racun tu kena pokok ni.luruh setengah daun.so saya ubah ke tengah sikit.ada tunas baru..insyaAllah selamat.
ni pokok apa ntah.saya panggil pokok Tharapark sebab masa pi kat hotel Tharapark View Thailand tengok depa tanam pokok ni sepanjang laluan....cantik.saya beli masa pesta Peladang.sepokok RM12...kecik ja masa tu.dah tinggi ni malas plk nak bebunga.suka bunga dia...wangi sangat.
tepi2 tu ada pokok rambutan & cempedak.saja ja semai.sekali meninggi plk.rambutan tu bolehla tanam kat depan.yang cempedak tu saya tak tau nak letak kat mana.rasa macam nak tanam tepi padang depan rumah tu ja....agak2 bandaran marah tak?
pokok jagung ni saya tanam 5 lubang.satu ja yang tumbuh...4 lagi jadi habuan semut kot.tapi yg satu ni pun ok jugak tengok...gemuk ja.harap2 adalah hasilnya nanti.boleh recycle buat benih baru.
ada lagi pokok2 kat tepi rumah lagi satu...nantilah kita tengok kemudian k...
saya main tanam ja..tak dak susunan lagi.just nak bagi hidup dulu.nanti2 baru ubah suai bagi lawa.....bila masa nak siap wallahualam..