Showing posts with label tanaman hiasan. Show all posts
Showing posts with label tanaman hiasan. Show all posts

17 April 2014

PAGI MEWANGI

salam sejahtera....

segar pagi ni...
malam tadi hujan agak lama.
jadi pagi tadi rasa tergerak hati nak membelek pokok-pokok yang terbiar di laman....
rumput pun dah meninggi.

banyak bunga berkembang selepas disiram hujan kebelakangan ni....
antara yang mewangi di laman pagi ini...





bunga cina ini dari laman rumah jiran tapi pokoknya melepasi bahagian atas pagar....
saja saya biarkan untuk teduhan & haruman...


dan yang ini.....
mewangi di hati....


SEPERTI TANAMAN YANG MENGHIASI LAMAN...

TUBUH KITA JUGA PERLU DIBAJAI DENGAN AMALAN ROHANI
DAN PEMAKANAN SEIMBANG....

JAGA KESIHATAN DEMI INSAN TERSAYANG..

25 November 2013

DIA ACTING LAGI

salam sejahtera...

alhamdulillah sihat...sakit badan pun dah kurang banyak....kemarin habis tegang urat saraf sebab buat ni...

dah ada rumput menyelit?????

gigih nak habiskan taburan batu2 putih tu.almaklum hanya Sabtu ja yg free tu pun bukan tiap-tiap minggu.kot lagi dibiarkan tumbuh semula rumputnya....dah satu hal nak bersihkan pulak.....oleh kerana en SU takdak kat rumah,maka gigihlah sorang2 dengan gangguan budak kecik bulat tu....best juga sebab peluh berjurai-jurai....rasa segar.
hari Ahad rasalah kekejangan ototnya...hehehe....jalan pun macam orang baru kena episiotomy.....tak kisahlah kan...janji kerja siap.
bukan 100% siap pun sebab batu tak cukup...tapi kira oklah utk orang yg gatai tangan nak buat sendiri.ruang ni nampak ja kecik...dah guna 11 beg batu pun tak cukup lagi.
so di tepi-tepinya saya tanam rumput carpet (yang pastinya akan disulami rumput2 biasa sebab tak ada lapik2 apa pun).
pokok yang senang hidup & senang mati..

budak kecik bulat...
dua tiga hari ni dia suka buat mulut senget macam ni...siap tangan kejang lagi.
hari ni paling lama dia buat.
nak ambik barang pun dia tak buka jari2 tu...
guna dua2 tangan untuk kepit barang...
berlakon sampai luar rumah...

jangan risau...dia bukan sakit...cuma berlakon.tiru apa yg dia nampak kat TV.tanya kakaknya siapa yang dia tiru....bila dia tengok?rupa2nya tiru Norish Karman...cerita apa ntah yg depa tengok berdua petang2.
penat kalau tengok tv dgn budak ni.habis ja cerita mesti dia tiru.kadang2 ajak kita buat sekali apa yg ada kat tv tu...kalau drama jerit2..marah2...satg dia pun jadi macam orang dalam drama tu.suara dahla nyaring....jenuh tunggu sementara nak habis mood drama dia.
sabar ja lah...


27 October 2013

THE ROSES

salam 

hasil perubahan cuaca.....
hujan panas bersilih ganti.

pokok2 ros yang galak berbunga.

 yang ni wangi


orked ni pun sama..
biasanya sekali keluar sekuntum dua saja..
kali ni berbelas kuntum...
tuan dia suka sangat.

cabai melaka mekar berbuah.
saya bukannya penggemar cabai ni (tak tahan pedas)
tapi suka tengok buah dia yang lebat....
sebab tu saya tanam.


20 June 2013

TIGA BERADIK

salam...

moga diberi kelapangan pada hari Sabtu ini untuk memperbetulkan keadaan pokok2 bunga yg ditanam di kawasan rumah....
jiwa kacau bila melihat kebanyakannya rosak dikerjakan oleh makhluk bertiga yang semakin rancak beraktiviti di rumah.
marah pun tak guna.....tiga2nya tak faham bahasa.

dalam kekalutan meguruskan keadaan my sis...pokok2 semuanya diabaikan seketika.
sekarang keadaan kembali stabil...moga hujung minggu sehari kali ini dapat dipergunakan sebaiknya (walau ada yg telah 100% pasti tidak dapat diselamatkan)...

 'belang'
 'cemey'
'pok'
muka tiga beradik yg makin terlebih aktif.....

*****ooo.....sabtu ni Dato' MB akan ke kawasan taman ini ..........tengok pokok sajalah....takyah sibuk2 nak jumpa MB...biar SU ja yg ke situ*****

25 March 2013

BUNGA DI HATI UMIE

salam sejahtera..
selamat malam...


saya suka bila hari menginjak ke malam sebab dah habis kerja & masa utk lepak2.
bangun pagi esok stress lagi..hehe.bukan tak suka sgt ttg kerja ni cuma rasa macam nak lepak lama2 kat rumah.tapi bila si kecik bambam tu buat mengada2 rasa la la tu jg nak pi ofis...tapi si kecik ni cepat sejuk.pandai plk bodek kita dgn muka dua kupang dia tu.dengan mulut pot pet pot pet..tak reti nak diam.la ni dah pandai mengadu along/kakak kacau dia pastu bila kita buat2 marah kt org tu dia ejek2 depa...seronok depa kena marah.dan biasanya org tak kacau dia pun...saja dia yg suka nak bg org kena marah.
kdg2 abah pun kena dgn dia...sesuka hati cakap.."umie abah nacau" walaupun masa abah tgh lena....hmmm...

budak kecoh.....
pakai t shirt umie.


pagi tadi keluar rumah awal sikit..ingatkan nak terus ke tempat kerja tapi teringin plk nak tengok pokok2 dulu.kalau hari sekolah tak dan nak belek...just siram ja.pagi ni capai kamera & snap gambar pokok2 kat rumah...banyak juga rupanya....(tapi pokok rumput @ semak lagi banyak...pakcik potong rumput ada banyak kenduri plk minggu ni).

tengah snap2 tu nampak la jambangan bunga melur tujuh lapis ni...ada 7 kuntum jg.
sejambak tu....biasanya satu2 ja kuntuman dia...kali ni banyak plk.tak sabar tunggu kembang...mesti bau wangi.

satu lagi melur jenis bunga kecik2 comey...wangi tapi cepat gugur.

ada dua lagi pokok yg wangi bunganya kat tepi laman ni.


yg atas ni saya panggil pokok tharapark sebab bunga dia sama dengan pokok yg ditanam kat depan hotel Tharapark Thailand.

yang ni ada yang panggil kerak nasi...ada yg kata sundal malam (tapi rasanya sundal malam rupa lain).ni yg bunga purple putih tu.jenis ni ada 3 pokok semuanya.dua lagi dalam pasu....rasa macam nak ubah ke tanah juga.nampak lebih segar.

dua2 ni tak berbunga plk minggu ni..minggu lepas banyak kemain lagi.

pokok2 lain adalah yg biasa2 ja..padanla dgn tuan pokok yg kdg2 tak sempat bg pokok2nya 'minum'...pokok2 ni semua tak tersusun elok...selerak ja kat laman.asyik bertangguh ja nak buat garden ni betul2...harap2 dapatla buat secepat mungkin...(sebab tu semua gambar close up ja..hehe).

***nabila sorg ja yg rajin tolong umie berkebun buat masa ni tapi umie lebih suka kalau dia tak tolong sebab mulut dia tak berhenti nak mengarah umie buat itu ini.....pening pala...

21 January 2013

CERITERA....

assalamualaikum/salam sejahtera..

back to work..tadak mood sungguh laaa....
cuti 2 hari jadi lembam..
apa yg berlaku weekend baru ni?
tak dak apa yg istimewa pun sebenarnya..
Sabtu pagi mengemas laman yg dah semak samun.upah pakcik kat area sini potong rumput.sambil2 tu saya trim pokok bunga kertas yg dah meninggi.bukannya trim lawa2 pun...cantas ja.lapang mata rasanya bila tengok laman dah clear.sambil tu semaikan beberapa pasu bunga melor.kebetulan ada ranting yg dicantas & dah berakar,semaikan saja.tengok la nanti tumbuh ke tidak.cuaca panas sgt sekarang ni.mek kecik tu pun sibuk nak menyemai pokok jugak.maka umie pun bagila satu pasu kecik kat dia.hopefully tumbuh nanti.

lunch..simple ja sebab abahnya tak dak..budak2 ni masak simple pun tak pa.makan ja depa.petang baru abahnya balik.bawa balik rayban siam sorang satu kat bebudak ni...kemain suka.bukan takat bebudak...abahnya pun beli jugak.umie tak boleh la sebab umienya dah rabun.kalau nak rayban kena tempah kat kedai.

Sabtu malam dinner kat nasi kandar beratur @ nasi kandar pokok ketapang kat Bagan..sebelum tu lepak2 dulu kat rumah sedara member sementara menunggu jam 11 malam sebab nasi kandar tu buka pukul 11 malam...tengah2 malam makan nasi kandar...hentam sajalah kannn.macam biasalah kalau makan kat situ mesti ramai2.malam tu kami pergi 3 kereta.balik lebih kurang 1.30 pagi.

Ahad....ke Taman Jubli ronda2 tengok pokok.ada jualan orkid & bunga2 lain juga selama seminggu (hingga 23hb nanti).tak beli pun.order kat member suruh tolong belikan dgn harga lebih murah sebab dia pun niaga kat situ jugak.bolehlah dia dapatkan harga borong walaupun beli sikit ja.
semangat nak tanam pokok bunga musim2 panas ni...orang tanam musim hujan..hihi.

petang & malamnya pi ronda2 kat rumah member kat Kulim plk.sempat lagi minta pokok lidah buaya kat rumah dia....malamnya kami sama2 pi jalan2 kat Pantai Bersih..(banyaknya couple celah batu...ish!!!...).taklah meronda lama sangat..hari ni bebudak nak sekolah.maka jam 10 lebih dah bergerak balik.

dah sampai rumah rasa macam membazir masa la plk pi meronda merata2.lepak kat rumah pun best..bukan senang nak dapat cuti berkembar ni.
pastu fikir2 balik...tak pa lah..megeratkan silaturahim...hahaha.benda tak plan pun...main gerak ja.dari zohor sampai magrib semua kat rumah member.
kita bersaudara kannn...

malam satg baru nak tanam pokok yg ambil kat rumah member tu.tadi nak buat dah jiran sebelah dok pasang bumbung porch...segan la plk nak berkebun tengah2 rembang.kalau tak dak orang ok ja.

tadaaaa.......!!!
sampai herot2 mulut punya nak posing.

03 May 2012

ROS PELANGI

salam awal malam...

cuaca yg sangat best hari ni...hujan & mendung kemudian hujan...
sekarang sedang hujan....

tadi lalu2 kat tepi rumah nampak ros sedang berbunga semula...
tapi semak kat keliling tak yah ceritalah...
tunggu Sabtu panggil pakcik tukang potong rumput tolong clearkan.

ros saya macam yg saya postkan hari tu...ros kampung...
biasa2 ja..




tadi jumpa ros anggun macam ni masa dok jalan2 kat internet.


ini ros betul tau...bukan tipu2 punya.
baca ceritanya kat SINI...

kot boleh dapat species ni kat Malaysia kan best...

25 October 2011

SUBUR & SIHAT

salam..
ingat entry kat bawah ttg pokok melur saya yang kena pangkas?
pagi tadi sebelum pergi kerja saya jenguk2 batang yg tinggal tu.
alhamdulillah....ada tunas.

moga terus membesar tanpa gangguan selepas ni.


sedikit cerita tentang nabila.
sekarang dah tak boleh panggil bambam sebab dah tak tembam.kakaknya ejek..."nabila kurus".
sejak lepas demam hari tu dia dah kurang susu.sehari nak habis sebotol pun susah.suruh minum dalam cawan pun tak mau jugak.
bila kurang susu berat badan pun turun.mujur juga selera ke benda lain tak terjejas.

ni gambar pagi tadi masa nak pergi sekolah.
macam biasa sembang2 dulu...entah apa dia kata wallahualam.
babai abah ikut tingkap....abah sakit kaki.takleh keluar. 

baju lama pun nampak ok lagi
mulut herot2 tu sebab tengah menyanyi.dia ingat saya rakam...beria pulun menyanyi.
gila nanyi budak ni sekarang..



***ahad minggu depan ada pemeriksaan gigi untuk anak2 istimewa ni...cemanalah agaknya nabila punya reaksi...jgn dia yg jadi doktor gigi udah ler..

20 October 2011

KAU YANG KU SAYANG

salam.
sekarang musim hujan kat utara ni.tiap2 petang hujan.bila hujan bisnes pun jadi macam tanah kena air jugakla.tapi saya tak kisah sgt sebab saya tak payah nak susah2 siram pokok.jimat tenaga.jimat bil air.
setakat mana kamu sayangkan pokok yang kamu tanam?
hanya org yg suka tanam pokok ja yg faham.
last week kawan saya datang mesin rumput kat rumah.dek kerana hari tu saya kerja saya pesan kat SU suruh bgtau org tu jgn kacau bahagian depan.sebabnya kat situ ada pokok2 kecik yg saya yakin akan kena cantas kalau member ni mesin rumput.pokok mangga yang tinggi pun kena inikan plk pokok2 kecik tu.so SU pun bgtau la kat kawan ni.

malam bila balik kerja saya tengok area tu dah kena mesin....ish!!!!!....sakit jiwa betoi....& exactly like I thot...memang dua pokok yg dok agak akan kena tu mmg kena.satu hilang terus dari pandangan...harap2nya adalah tunas dia menjenguk nanti.
satu lagi pokok melur ni...

pelik jugak.takkan batang tinggi ni dia tak perasan.pokok ni adaah melur jenis 7 lapis.saya ambik dari staff saya masa keja gomen dulu.dah berpindah banyak tempat.kat rumah ni dia dah mula berdaun lebat kat pangkal batang tu.sekali tengok dah gonjeng macam ni.

hari ni saya belek2 adalah nampak tunas.dengan hujan tiap2 hari ni saya harap sgt dia tumbuh balik....sayang giler dgn pokok ni.
nak marah pun tak boleh...kawan...



yg ni bunga raya daun putih hijau...cantik kalau merimbun.dah banyak daun sebenarnya.tapi jiran sebelah plk pi racun laman dia...tempias racun tu kena pokok ni.luruh setengah daun.so saya ubah ke tengah sikit.ada tunas baru..insyaAllah selamat.


ni pokok apa ntah.saya panggil pokok Tharapark sebab masa pi kat hotel Tharapark View Thailand tengok depa tanam pokok ni sepanjang laluan....cantik.saya beli masa pesta Peladang.sepokok RM12...kecik ja masa tu.dah tinggi ni malas plk nak bebunga.suka bunga dia...wangi sangat.
tepi2 tu ada pokok rambutan & cempedak.saja ja semai.sekali meninggi plk.rambutan tu bolehla tanam kat depan.yang cempedak tu saya tak tau nak letak kat mana.rasa macam nak tanam tepi padang depan rumah tu ja....agak2 bandaran marah tak?



pokok jagung ni saya tanam 5 lubang.satu ja yang tumbuh...4 lagi jadi habuan semut kot.tapi yg satu ni pun ok jugak tengok...gemuk ja.harap2 adalah hasilnya nanti.boleh recycle buat benih baru.


ada lagi pokok2 kat tepi rumah lagi satu...nantilah kita tengok kemudian k...
saya main tanam ja..tak dak susunan lagi.just nak bagi hidup dulu.nanti2 baru ubah suai bagi lawa.....bila masa nak siap wallahualam..