21 February 2011

DIA TERKENA LAGI

as salam..
pernah kenakan anak2 tak?
sekali sekala pekena depa seronok tau...saya banyak kali jugakla buat kat anak2 esp along sebab dia suka buat hal.terbaru was last week.tapi apa2 yg saya buat pun mmg komplot dgn abah dia.

beberapa minggu sebelum tu dua2 beradik tu ada bgtau yg depa masuk kelab badminton.saya mmg galakkan along masuk sb dia pandai main.so minggu lepas hari Ahad balik dari sekolah nurul bgtau kena beli reket sebab esoknya nak guna.plan malam tu nak keluar belilah.

malam tu sebelum saya balik kerja ,suruh SU pi ambik nabila kat rumah pengasuh.so senang sb lepas saya habis kerja terus ja keluar.masa SU nak keluar tu katanya along takdak kat rumah.saya mmg geram kalau jenis malam2 dok kat luar rumah ni.kata kat SU biarlah dia.just bawa nurul pi ambik nabila.masa tu dah dekat sgt time saya nak balik.masa SU ke rumah pengasuh, saya tunggu kat luar klinik.ada kedai makan kat sebelah.lepak ja kat situ.sekali nampak along berjalan balik.dia nampak saya tapi takut nak tegur.dah tau dia buat salah.kalut ja nak balik rumah.then SU sampai.nurul nak p cari along kat kedai game line ofis saya ni tp saya tak bagi sb tau dia dah balik.kami keluar terus.tinggal ja dia kat rumah.
kisahnya... dia pi pasar malam.balik tu terus menyinggah kat kedai game.

kami ke Tesco ja..beli 2 reket...sorang satu.tau dah bebudak ni payah nak share.pusing2 dalam tesco beli barang2 lain pastu pi ATM..balik rumah around pk 11.

otw balik tu tetiba dapat idea nak kenakan along ni.bgtau SU..dia pun ok ja.nurul join sekali.kisahnya..kami simpan reket dia dalam bonet kereta.biar dia ingat kami tak beli utk dia.
sampai rumah dia dok tersengih2 kat belakang kereta lagi satu..takleh masuk rumah sb takdak kunci.panjat pagar tunggu kat porch ja lah.
dia nampakla reket baru nurul...siap belek2 lagi.tapi tak berani tanya mana dia punya.kalau tanya mesti dia kena bebel sb merayap malam2.

along perlu guna reket tu hari khamis.so rabu malam dia sound2 kat nurul nak pinjam.bertuahla adik dia nak bagi.siap cakap.."kalau rosak hang nak ganti ka?"....(mmg depa cakap hang,aku ja).dua tiga kali bodek nurul tak bg jugak....last2 merajuk.masuk tidoq gitu ja.
pg khamis saya nak kejut nurul,tengok2 pintu bilik berkunci...biasanya tak berkunci pun.tanya dia apasal kunci pintu.kata nurul berbisik.."tu...along nak masuk pinjam reket adik".

along dah siap2 nak pi sekolah.tapi satulah budak2 ni...walau takdak benda yg cikgu suruh bawa depa tak pernah pula nak mengelat ke sekolah.sebabnya kalau cikgu komplen depa report ja kat abah..nanti abah sound cikgu tu balik.tapi benda2 mcm tu jarang sgtla nak jadi.mmg we will try to get what they need unless benda2 tu tak penting sgt.

masa dah siap pakai2 kasut semua abahnya bawa keluar reket dari bonet kereta..
"nah along"...kata abahnya...
apa lagi...sengeh2 suka la dia...
abah pun nyakat tambah..."along...along...tengok sikit muka...ececeh..."
pagi tu along pi sekolah dgn senang hati..atas motor pun dok sengih2 gamaknya.
balik sekolah lagi senang hati sebab dia menang tiga2 set game badminton tu.
menghampiri 13 tahun 5 bulan.....tapi muka budak lagi.

along ni malu2 sikit.semua nak kena push.so far tak nampak lg ketrampilan dalam apa2 bidang kat sekolah.tapi kami mmg tau dia pandai main badminton.tambah plk dia left handed.tu yg nak push dia.last year tak menjadi sebab baru form 1...lagilah dia diam.tahun ni ada nurul kat sekolah yg sama.nurul ni jenis peramah.takdaknya nak malu @ takut.poyo ja dia pi tanya cikgu apa2 yg dia nak tau.tadi masa nak pi sekolah dia dah bgtau dia nak jumpa cikgu.nak tanya apasal dalam jadual exam takdak paper sivik (minggu ni ada ujian awal tahun).saya percaya mmg dia akan pi tanya..apa2 games @ persatuan @ aktiviti nurullah yg akan bg info.

bila dapat pekena anak2,rasa marah kat depa boleh hilang gitu ja..
tak caya try sendiri..

utk along...ni idea umie dgn sokongan abah....

8 comments:

Cik Ina Do Do Cheng said...

encem anak bujang ni.baru 13 tahun, dia belum banyak kawan tu, nanti kalau dah berkawan hilanglah malu tu.lelaki cam tu agaknya. Anak makcik dah 18 tahun, kalau nak suruh tanya apa-apa, malunya yang amat, terbalik perempuan pulak yang tak penyegan.

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ieda handsome juga along ni ya..dah from 2 ya, tak lama lagi dia baligh hilanglah segala malu dia, tapi dalam malu-malu tu boleh merayap malam juga ya..ha ha

munna said...

sekali sekala menyakat seronok juga kak ya... baru boleh tgk anak tu boleh terima tak kita gurau dgn dia

Pnut said...

tahan along tak merajuk nooo
kalau najmi... mesti buat perangai... geram juga kekadang, tp buat perangai pun lite-lite la.. pak garang, berani nak meragam tak tentu pasai...

Anonymous said...

Haha.. kesian Along, nak tanya takut kena marah, dalam hatinya tentu dia rasa sedih....

Kita pun pernah kenakan anak-anak... tapi lepas tu, tak sampai hati lak.

KLMari said...

Hensem aaaa abang bam bam nih....:)

ieda said...

cik ina..
self confident dia rendah..tak tau sb apa.

kak yati..
suara dah pecah pun..hensem ka?hehe..kalau dia baca ni mesti kembang satu badan.

munna..
ujian kesabaran utk depa.tp nak divert kemarahan kita jg sebenarnya.

pnut..
budak2 ni mmg selalu sgt terkena.tp mmg tak beranila nak merajuk2..satg abah ceramah tak larat nak pasang telinga.

kak tie..
kuatkan semangat demi nak menyakat...hehe

SURIA AMANDA said...

sabar jer la kan...boleh pakat2 pekenakan dia..