SENANG CARI

02 October 2011

HUJUNG MINGGU

salam.

weekend yg agak lepak buat saya minggu ni sebab SU tak dak.SU ride ke Satun kemudian ke Hadyai.kebetulan ada benda nak settle kat Hadyai so berbaloi la jugak ikut konvoi tu.kalau tak, kena drive ke sana...budget lebih la.dengan itu,makanya saya bolehlah bersenang lenang kat rumah..tapi tak la senang sangat sebab budak kecik asyik nak berkepit ja.sanggup tahan mengantuk tak mau lena seharian kemarin..takut saya keluar tinggal dia kot.

bagaimanapun dapat la juga melawat semak samun keliling rumah tu & buang sikit2..mana yg terlarat.member nak mai potong rumput pun asyik tertangguh ja...sampai dah tinggi rumput tu.boleh main perang2 dah pun.sambil2 tebas tu cucuk tanam sikit2 pokok bunga...moga2 tumbuh subur.malam tadi tgh tidur tetiba terjaga sebab hujan lebat...fuh..lega.basah jugak tanah.tak teruk nak menyiram.

hari ni ahad...ada majlis makan2 kat sekolah nabila.saya kerja so suruh pengasuh nabila & nurul temankan.sepatutnya ada mesyuarat tahunan tp tak cukup korum..mana nak cukup.Ahad hari kerja.ibu bapa ramai yg kerja makan gaji.dapat info pun last minute..tak sempat nak apply cuti.tambah plk pg tadi hujan lebat.yg duduk jauh2 kalau ada motor ja mesti tak boleh datang.mesyuarat tu ditunda ke tarikh yg belum ditetapkan lg.harap2nya buat hari Sabtu.
ada cabuatan bertuah tadi..nabila dapat botol air.suka ja dia.dapat dua set sebab satu tu dibagi masa pendaftaran.apalagi..nurul pun kalut ja ambik satu untuk dia.
talk about Nurul....khamis malam Jumaat baru ni dia bg tau tahun depan dia jadi pengawas...suka la dia sebab dah lama mengidam jawatan tu.sejak sekolah rendah lagi.asal ada temuduga pengawas dia mesti minta.tp belum rezeki masa tu.alhamdulillah kali ni berjaya.memang pada kita apa la sgt jadi pengawas tu kan..tapi bagi murid sekolah 'it is something'.saya pun dalam diam mendoakan dia dapat jawatan tu.at least memberi keyakinan utk dia.saya tau dia boleh.dalam lembut toya dia,budak nurul ni ada sifat 'muka tak malu'...dia mmg tak segan silu nak tanya apa2 kat cikgu.senang disuruh juga.tapi kalau suruh benda yg dia tak suka buat atau masa dia dah letih..muka muncung berjela la jawabnya.buat tetap buat.masa ni mmg malas tgk muka dia...hati kita boleh panas.
saya harap dia dapat pikul tanggungjawab dgn baik.jadi pengawas yg disegani bukan yg dibenci oleh murid lain.
anak yang mampu cemerlang..
risau jg tengok budak ni sebab makin besar makin lawa.... iras arwah ibunya.
moga dilindungi Allah selalu.





notes:
saya dulu pengawas sekolah rendah ja...dari std 3 sampai std 6.sekolah menengah takdak pengawas.ada BWP (Badan Wakil Pelajar).saya tak jadi BWP sebab nak terpilih kena isi borang,jadi calon pastu kempen dengan poster & open speech bagai...kemudian ada hari mengundi..macam nak jadi wakil rakyat...tak kuasalah...malu!!!...



2 comments:

Fara said...

Nabila tu awak bela dia ke?

Dia mmg comel lah. Semoga menjadi anak yg mampu mendoakan kesejahteraan ibunya di sana.

h4ni3 said...

insyaAllah, kalau dia bersungguh nak jadi pengawas, dah dapat peluang ni mesti dia buat betul2 :)