Showing posts with label along. Show all posts
Showing posts with label along. Show all posts

25 November 2014

HARI TERAKHIR

salam sejahtera...

sekolah dah bercuti...
bujang taruna kami masih berSPM.last paper hari ni.

pagi ni macam biasa bila abah outstation, ummie akan jadi driver hantar ke sekolah...dalam kereta ummie terperasan...
"hari ni adalah hari terakhir persekolahan bujang taruna...."
sat saja masa berlalu....ulang alik hantar dan ambil dari sekolah...hari ni dah yang terakhir untuk along.tahun depan adik sorang saja...(kecik bambam cerita lain...hihi).
lepas exam sat lagi mesti depa ada agenda kat sekolah ni..malam tadi dia dah bagitau..
"ummie...esok ambik along pukui satu kat tempat biasa....tapi siap sedia la...
mesti penuh tepung ka apa..."

selamat bergembira di hari terakhir persekolahan...
la ni kamu memang tak rasa apa-apa sangat....tunggulah bila dah lama2 nanti...
detik perpisahan tingkatan 5 ni ada memori untuk semua orang...

lepas salam tadi...
ummie kata..."last day dah ni.."
dia senyum2..."ha"..
budak ni memang kadang berat mulut.
"jangan lupa ambik gambaq banyak2"....kata ummie..
dia sengih ja...
lupa nak pesan.....'gambaq awek jangan lupa'...hehehe

(time SPM memang dia bawa handphone..senang nak bagitau dia balik pukul berapa)






20 March 2011

TEMPERATURE NAIK

salam..
hari ni dah start sekolah utk Kedah.bebudak berdua tu sekolah petang.bambam plk ponteng sb malam tadi balik lewat.kami g Jitra.pk 12.30 baru balik dari sana.mek kecik ni lena sepanjang kat rumah member di Jitra tu tapi elok nak balik ja dia bangun...sepanjang jalan dok menyanyi2...terjerit2 dlm kereta.tp elok jg la.tak la mengantuk abahnya.
sampai rumah around 1.30am dia segar bugar lg.so pagi ni kesian plk nak kejut.

itu bab nabila...
ni nak story bab along plk...mmg sakit jiwa dgn budak ni.pepagi td saya dah suruh siap2 segala yg perlu nak ke sekolah (sesi petang).duty abahnya hantar g sekolah.tp tadi dah lalu kot rumah saya singgah nak ambil depa semua bawa ke ofis abahnya.dah 11.30 am pun.adik dah siap...just nak pakai tudung ja.nabila pun siap gak.yg dia tak muncul2.dahla ada customer dok tunggu kt klinik.sekejap tu dia muncul kat pintu..pastu hilang semula dalam rumah.lama gak tunggu baru muncul balik...

terbongkok2 ambik tali kasut kat kasut sekolah lama.....ish!!!!...
baru nak bubuh tali kasut!!!....kamu sabar???saya tak..
'along...jalan pi kedai satg..!"
kalau saya tunggu dia masuk kereta mmg dia kena bebel.temperature saya lg naik.
so I go first.ngko jalanlah ke kedai.bukan jauh pun.tak sampai 5 minit...(kalau jauh takdak la nak suruh dia jalan...mendera la plk jadinya).

tak taulah...dia jalan ke abahnya g ambik...I'm in my office.


21 February 2011

DIA TERKENA LAGI

as salam..
pernah kenakan anak2 tak?
sekali sekala pekena depa seronok tau...saya banyak kali jugakla buat kat anak2 esp along sebab dia suka buat hal.terbaru was last week.tapi apa2 yg saya buat pun mmg komplot dgn abah dia.

beberapa minggu sebelum tu dua2 beradik tu ada bgtau yg depa masuk kelab badminton.saya mmg galakkan along masuk sb dia pandai main.so minggu lepas hari Ahad balik dari sekolah nurul bgtau kena beli reket sebab esoknya nak guna.plan malam tu nak keluar belilah.

malam tu sebelum saya balik kerja ,suruh SU pi ambik nabila kat rumah pengasuh.so senang sb lepas saya habis kerja terus ja keluar.masa SU nak keluar tu katanya along takdak kat rumah.saya mmg geram kalau jenis malam2 dok kat luar rumah ni.kata kat SU biarlah dia.just bawa nurul pi ambik nabila.masa tu dah dekat sgt time saya nak balik.masa SU ke rumah pengasuh, saya tunggu kat luar klinik.ada kedai makan kat sebelah.lepak ja kat situ.sekali nampak along berjalan balik.dia nampak saya tapi takut nak tegur.dah tau dia buat salah.kalut ja nak balik rumah.then SU sampai.nurul nak p cari along kat kedai game line ofis saya ni tp saya tak bagi sb tau dia dah balik.kami keluar terus.tinggal ja dia kat rumah.
kisahnya... dia pi pasar malam.balik tu terus menyinggah kat kedai game.

kami ke Tesco ja..beli 2 reket...sorang satu.tau dah bebudak ni payah nak share.pusing2 dalam tesco beli barang2 lain pastu pi ATM..balik rumah around pk 11.

otw balik tu tetiba dapat idea nak kenakan along ni.bgtau SU..dia pun ok ja.nurul join sekali.kisahnya..kami simpan reket dia dalam bonet kereta.biar dia ingat kami tak beli utk dia.
sampai rumah dia dok tersengih2 kat belakang kereta lagi satu..takleh masuk rumah sb takdak kunci.panjat pagar tunggu kat porch ja lah.
dia nampakla reket baru nurul...siap belek2 lagi.tapi tak berani tanya mana dia punya.kalau tanya mesti dia kena bebel sb merayap malam2.

along perlu guna reket tu hari khamis.so rabu malam dia sound2 kat nurul nak pinjam.bertuahla adik dia nak bagi.siap cakap.."kalau rosak hang nak ganti ka?"....(mmg depa cakap hang,aku ja).dua tiga kali bodek nurul tak bg jugak....last2 merajuk.masuk tidoq gitu ja.
pg khamis saya nak kejut nurul,tengok2 pintu bilik berkunci...biasanya tak berkunci pun.tanya dia apasal kunci pintu.kata nurul berbisik.."tu...along nak masuk pinjam reket adik".

along dah siap2 nak pi sekolah.tapi satulah budak2 ni...walau takdak benda yg cikgu suruh bawa depa tak pernah pula nak mengelat ke sekolah.sebabnya kalau cikgu komplen depa report ja kat abah..nanti abah sound cikgu tu balik.tapi benda2 mcm tu jarang sgtla nak jadi.mmg we will try to get what they need unless benda2 tu tak penting sgt.

masa dah siap pakai2 kasut semua abahnya bawa keluar reket dari bonet kereta..
"nah along"...kata abahnya...
apa lagi...sengeh2 suka la dia...
abah pun nyakat tambah..."along...along...tengok sikit muka...ececeh..."
pagi tu along pi sekolah dgn senang hati..atas motor pun dok sengih2 gamaknya.
balik sekolah lagi senang hati sebab dia menang tiga2 set game badminton tu.
menghampiri 13 tahun 5 bulan.....tapi muka budak lagi.

along ni malu2 sikit.semua nak kena push.so far tak nampak lg ketrampilan dalam apa2 bidang kat sekolah.tapi kami mmg tau dia pandai main badminton.tambah plk dia left handed.tu yg nak push dia.last year tak menjadi sebab baru form 1...lagilah dia diam.tahun ni ada nurul kat sekolah yg sama.nurul ni jenis peramah.takdaknya nak malu @ takut.poyo ja dia pi tanya cikgu apa2 yg dia nak tau.tadi masa nak pi sekolah dia dah bgtau dia nak jumpa cikgu.nak tanya apasal dalam jadual exam takdak paper sivik (minggu ni ada ujian awal tahun).saya percaya mmg dia akan pi tanya..apa2 games @ persatuan @ aktiviti nurullah yg akan bg info.

bila dapat pekena anak2,rasa marah kat depa boleh hilang gitu ja..
tak caya try sendiri..

utk along...ni idea umie dgn sokongan abah....

30 December 2010

CERAMAH PAGI

salam.
pagi ni bawa along pi daftar kat sekolah utk masuk form 2.semalam abahnya bawa nurul.hari ni abah ada kerja so umie kena bawa.ingatkan daftar ja rupanya ada taklimat.mujur jg taklimat pendek...20 min ja.best jg duduk dlm dewan.tgk budak2 duduk kat depan pakai uniform teringat plk masa student dulu.perhimpunan adalah masa yg paling best sb boleh sembang2 sambil dengar cikgu ceramah.ada puji,ada marah,ada nasihat,ada denda...macam2.

lepas taklimat bayar yuran & ambil keputusan periksa thn lepas..peratus naik tp kedudukan turun...keseluruhan mmg tak oklah.moga berubahla tahap kerajinan anak bujang ni tahun ni.dari segi perangai dah nampak perubahan ke arah yg lebih positif cuma pelajaran ja yg tak meningkat lagi.
apa pun..Kedah cuti Ahad ni...Isnin baru depa start sekolah...cuti ganti utk esok sb Malaysia menang bola malam tadi.sukalah bebudak ni.
umie tetap kerja macam biasa..

14 December 2010

TAK SIAP LAGI

salam.
malam tadi masa tgh duduk2 kat kedai makan satu family,tetiba nurul tanya...
nurul  : umie...biasa kalau kita tempah baju sekolah berapa minggu boleh siap?
umie : alah...sat ja.2 hari pun boleh siap.awat?
nurul  : tak pa la...legaa.... (sambil urut dada)

hehe...sah2 dia susah hati takut takdak baju sekolah.
relax la dik oii...takkan umie dgn abah nak biaq adik takdak baju sekolah...

tengah hari tadi untuk menyedapkan hati dia kami keluar beli kain utk buat baju.beli utk 2 pasang dulu.tapi biasanya 2 pasang dah cukup utk bebudak ni.tudung baru beli satu.

along minggu depan plk.katanya nak seluar ja.yg lama dah ketat kat pinggang.pelik gak.tgk dia mcm makin kurus.tp seluar makin ketat.apa2 ajalah...

budak2 ni saya suka sebab bab2 nak pi sekolah depa mmg rajin.walaupun sekolah tak berapa nak pandai tapi tak banyak songeh kecuali kalau sorang sakit...maka secara otomatik yg sorang lg akan sakit2 buatan.

abang & adik yg berbeza umur 1 thn 2 bulan.

08 December 2010

POTONG ITU WAJIB

salam..
musim cuti sekolah selain daripada meriah dgn kenduri kawen juga penuh dengan aktiviti memotong..hehe..bersunatlah.
tok mudim loaded nih....
tok mudim kampung charge berapa RM per kepala la ni???saya kurang pasti plk.
kalau klinik kat area sini minimum RM100.tu pun cara biasa yg jahit.tapi saya suka cara ni.nampak macam leceh tapi kurang risiko kesan sampingan.

anak teruna saya sorang ja.sunat masa umur 10 tahun (2007).dah beria2 nak sunat masa tu.so agenda utama umie dgn abah dia lepas kawen ialah sunatkan dia.
dah seronok sgt ingatkan tak nangis.hmmphh...rupanya melalak beria.nasib baik buat malam.time tu pun dia sorang ja (special request sb tak cukup masa).kalau ada budak lain confirm habis semua cabut.
paling kuat melalak masa injek local (ubat bius).pas tu pun bunyi lagi.dah siap semua tanya sakit dak?..jawapnya..'tak sakit pun'...hisshhhh...

masuk dalam kereta melalak lagi sepanjang jalan.last2 abah tak tahan kena jerkah full blown punya baru senyap.esoknya tanya apasal teriak dalam kereta?katanya...'sakit.rasa macam semut gigit tak mau lepas'.macam2 la along.

malam lepas bersunat tu kami semua tidur kat ruang tamu.temankan dia.along tak nangis.tapi tengah malam mengigau.bunyi macam nangis.tapi sat sajalah.
dalam masa seminggu dia dah ok..terpaksa ok sebab kami nak konvoi ke Tambun.kalau tak sembuh takleh ikut.
jom tengok muka dia dulu2.

on the way...dup..dap...dup..dap....
dalam bilik doktor..baru nak londeh seluaq.
senyum takut tu...
in progress.
abah pun suspen sebenarnya..
bangga lah tuuuu...sudah jantan.
kain tu buat syarat ja..
most of the time dia bolen.
dah lepas sunat sibuk pulak dah tanya bila dia nak tinggi.bila suara nak berubah.bila adam apple nak nampak (tapi dia tak sebut adam apple lah..dia tunjuk kat area leher tu ja).
la ni semua dah dapat.tinggai janggut dgn misai ja tak tumbuh lagi.
latest pic of along....
rupa budak besaq tapi perangai macam tu jugak
esp bab kacau/usik adik2.


budak berdua ni due potong 5/12 ari tu.tapi si rambut pacak (idlan) ja yg selamat.
si kecik kat bawah ni (mirul) tunda tahun depan sebab
si rambut pacak dah melalak sampai si kecik ketakutan.
tak sabar nak jumpa budak berdua ni minggu depan..nak dengar cerita.
dua2 ni anak kawan (NARC - mak lain bapak asing).dua2 pandai reka cerita.
nanti kita tengok versi sapa lagi best.

26 September 2010

TAK SEMPAT NAK CELEBRATE

salam..
semalam 25/9/2010 adalah birthday aiman @ along yg ke 13.tapi tak sempat nak beli hadiah.makanya saya dgn hbby diam saja.tak wish apa pun kat dia.nanti dah ada hadiah baru nak celebrate.kebetulan birthday nabila pun tak celebrate lagi.just bg hadiah saja.tu pun terlewat banyak hari.aiman ni pun tak sebut apa2 ttg birthday dia.haruslah dia tak ingat tu..poyo tau dia ni.tarikh lahir sendiri pun tak mau nak ingat.cuba tanya....
mesti terkebil2 pastu tersengih2.
ni gambar masa tahun lepas.celebrate sekali dgn nabila,abahnya & cousinnya....
empat2 org ni lahir bulan 9...huh...jimat budget.

mr left handed...aiman

hari ni saya pergi open house rumah kawan2 masa lunch break..hujan2 pun redah jugak...nanti kita tengok gambar.sekarang kamera ada kat hbby sb dia attend satu lg open house...saya takleh pi dah..kerja maaa....ni pun dah masuk lewat.

19 November 2009

dan keputusannya........

result UPSR hari ni.... along dengan jayanya dapat 4C 1E...am I jumped with this result?certainly not..depressed?lagilah tidak..abahnya cakap..'oklah tu..sama dgn 4A 1B'...hahaha...untung kau along dpt mak bapa mcm kami.kalau dpt org lain tak taulah.. ngapa saya tak kisah sgt dgn result ni..coz saya tau dia mcm mana.kalau dpt 5A mmg saya suruh lembaga peperiksaan tu check balik paper dia.bukan merendahkan kebolehan dia but for now his level is expected around that level.infact I thought it's gonna be worse then that.why?dia banyak sgt ketinggalan kelas masa tahap satu (std 1 to 3).hanya boleh membaca masa std 4..so exam std 6 dpt result mcm tu kira oklah kan...acceptable to me.dahlah bukan kaki study.asyik main & tv jer.dia mmg ada good brain cuma takmo usaha..cepat give up.hopefully dah menengah nanti dia makin bijak berfikir untuk masa depan sendiri. untuk along...one day u will read this blog.. umie cuma nak cakap...kamu sebenarnya pandai..cepat dapat bila belajar.cuma kamu cepat give up untuk benda2 yg susah sikit.. jangan putus asa..rajin berusaha..kamu dah tengok & rasa macam mana abah susah dulu & kamu sedang tengok abah usaha untuk naik semula..ikut cara abah..kena rajin baru boleh berjaya.. nak main boleh..nak lepak pun boleh..tapi mesti ada masa untuk belajar..untuk masa depan kamu..bukan untuk orang lain..kamu boleh buat.

08 September 2009

UPSR

Hari ni...Selasa 8.09.09...along dengan bersemangatnya menduduki UPSR. Moga berjaya. Dont worry..no pressure from your mum. Prinsip umie simple jer... "tak cemerlang dlm akademik tak semestinya gagal dalam hidup" Moga along menjadi insan soleh yg mampu menjaga keluarga & agamanya.

23 July 2009

along tidor di sekolah

hari ni...23.7.2009..along kena tidur kat sekolah.ada motivasi & qiamullail utk budak2 std 6. satu mlm jer..pagi esok balik..tapi bawa beg punya la besar..adik dia cakap mcm nak p seminggu..aku tanya berapa bnyk baju dia bawa?dia cakap sehelai jer.tp beg jadi besar sb kena bawa sejadah dgn selimut sendiri..ooo..patutlah..budak2 ni mmg dah terbiasa,nak g mana2 barang2 packing sendiri.aku dgn hbby mmg tak tolong pun.bkn apa..saja nk bg berdikari..
so,pukul lima td aku g hantar dia ke sek..bwa sekali mek kenit tu...mcm berkobar2 jer along nie..hihi..ntahler..
aku suka kalau sekolah selalu buat program mcm ni..tak semestinya utk std 6 jer.bolehlah bg kesedaran sikit esp bab2 agama.perangai bdk2 sekarang menakutkan aku..along pun dah nk masuk form 1 thn depan..lg la bnyk cabaran.aku takut dia terikut dgn bdk2 yg tak elok sb dia ni suka ambik hati kawan.senang ikut apa yg kawan suruh buat.aku nak nasihat banyak2 pun tak pandai sebab aku jenis yg tak suka cakap banyak..harapkan abahnya jelah..tupun tak selalu sb bz dgn kerja.
apa pun aku sentiasa mengharapkan along & adik berjaya dlm hidup.tak cemerlang akademik pun takpe..aku tak kisah sgt.asalkan sentiasa cemerlang dlm hidup..di dunia & akhirat..moga nanti bila aku & hbby dah takde, along & adik dpt jaga nabila dgn sebaiknya..amin..