28 July 2013

RAMADHAN & SYAWAL MEREKA

salam buat semua..
sibuk dengan persiapan raya?
pekan SP dah asyik jem saja...tak boleh nak keluar waktu petang.dengan cuaca panasnya nak mengadap jalan yang sesak...say NO sajalah.

cerita hujung minggu..
program Sinar Kasih Ramadhan 2013 berjalan lancar di awal pagi Sabtu.majlis bermula sekitar jam 11.30 malam hari Jumaat dan berakhir sekitar jam 5.00 pagi hari Sabtu.
tidur sekejap selepas subuh.selepas zohor bersambung pula dengan jemputan majlis berbuka puasa bersama YB Kuala Nerang....jemputan atas nama NARC.

pada tahun 2012,program Sinar Kasih Ramadhan menemukan kami dengan keluarga daif yang tinggal di dalam pondok di kawasan hutan....baca DI SINI.
tahun 2013 ini pula menemukan kami dengan keluarga daif yang tinggal di tepi jalan utama tetapi menjadi terpinggir....puncanya?wallahualam.

dengan 9 orang anak,seorang daripadanya telah berkahwin menjadikan penghuni rumah kecil ini kini seramai 10 orang (8 anak dan kedua ibubapa mereka).
rumah ini adalah rumah sewa.


ketika kami tiba (sekitar jam 3 pagi) mereka bergelimpangan tidur diatas toto nipis...si abang dan seorang kakak (yang masih kecil) sekadar tidur beralaskan simen.
si abang bangun tetapi yang bertiga ini terus nyenyak tanpa menyedari kehadiran kami.yang paling kecil berusia 3 tahun...juga nyenyak di atas tilam usang tanpa alas...

melihat kedaifan ini YB Datok terus mengarahkan pembantunya untuk menguruskan penempatan keluarga ini di rumah KEDA secepat mungkin serta menghantar bantuan tilam/toto/selimut dengan kadar segera.

untuk team Sinar & NARC....lawatan ulangan akan dibuat selepas bulan puasa untuk melihat keperluan bantuan seterusnya.
dalam program sahur ini kami tidak dapat berbual lama kerana ada 12 destinasi yang perlu dituju sebelum kami berhenti untuk bersahur beramai-ramai.

diharapkan Ramadhan & Syawal 2013 ini boleh membawa perubahan  yang positif kepada keluarga ini.....insyaAllah.

****cerita penuh Sinar Kasih Ramadhan akan menyusul kemudian.


25 July 2013

PUASA DAN URTI

salam...

alhamdulillah..balik kerja petang tadi tengok budak kecik bambam dah sihat.malam tadi demam...awal pagi pun masih rasa panas badannya.sebelum masuk kerja tadi saya bagi PCM suspension siap2 walaupun panasnya tak kuat sangat.masa demam sikit2 ni dia senang nak telan ubat...tak payah nak paksa2.so sebelum melarat eloklah dirawat.

dengan demamnya budak kecik ni maka lengkaplah satu pusingan semua ahli keluarga ni kena URTI untuk bulan puasa 2013...bermula dengan abahnya (sakit tekak & demam) diikuti nurul (sakit tekak,selsema,demam & batuk),aiman (sakit tekak,selsema & batuk),umie (sakit tekak) dan akhir sekali si kecik....sekarang masih dengar bunyi batuk budak bertiga ni.taklah teruk.hanya sekali sekala...it will go off soon insyaAllah...belum bagi ubat untuk batuk itu....wait & see.

cuaca agak panas kebelakangan ni..tambah dengan jerebu yang agak ketara.kalau kurang minum memang senang2 saja nak kena sakit tekak,batuk & demam.
jadi..banyakkanlah minum air kosong.
budak kecik masa umur 2 tahun lebih.
***moga semuanya sihat menjelang syawal nanti..
(walaupun tak berapa sihat,alhamdulillah budak2 berdua tu masih mampu berpuasa)

***nak kena mengemas banyak malam ni...rumah lintang pukang.....esok ada tetamu nak menginap.my sis baru ja balik tengah hari tadi setelah 2 malam di sini..kakak sendiri tak kisah sgt rumah macam mana pun tapi dengan kawan2 ni seganlah jugak walaupun kawan lama.
nak mengemas kena tunggu budak kecik lena dulu...baru boleh buat kerja dengan aman.

24 July 2013

BERSAMA WARGA EMAS

salam...
sudah ramadhan ke 15 memasuki hari ke 16 esok....

ini adalah aktiviti bulan Ramadhan 2013 yang turut disertai oleh team NARC.
aktiviti berlangsung pada petang hari Ahad (21.7.2013)..
majlis memasak bubur lambuk anjuran AURALIFE bersama team promosi SINAR HARIAN UTARA dan turut dimeriahkan oleh ahli NARC.
majlis diadakan di kediaman warga emas DARUL HANAN Pulau Pinang.

ibu2 dan anak-anak NARC yang telah meningkat remaja
abah kayuh dulu
diikuti anak bujang NARC dan penghuni Darul Hanan

pembungkusan bubur lambuk
sebanyak 2 periuk dimasak
satu periuk dibungkus dan diagih2kan kepada masjid dan surau berhampiran.
satu periuk lagi adalah untuk majlis berbuka puasa bersama penghuni Darul Hanan.
pengagihan kepada orang masjid
ada lagi bakinya...maka diagihkan pula kepada pengguna jalanraya 
di Pokok Sena Kepala Batas
ibu2 penghuni Darul Hanan
bapa2 penghuni Darul Hanan
selamat berbuka puasa.
(my eldest sudah tinggi lampai)

ini adalah kali ke dua ahli NARC bersama2 skuad Sinar Harian menjayakan majlis memasak bubur lambuk dan berbuka puasa di Darul Hanan..
majlis kali pertama adalah pada tahun 2010.
baca DI SINI

untuk majlis kali ini saya tidak ikut serta kerana bekerja....nak tutup klinik pun rasa tak sampai hati sebab hari Jumaat sebelumnya dah tutup awal kerana berkejar untuk berbuka puasa di rumah sahabat di Lumut Perak.

diharapkan majlis ringkas ini dapat sedikit sebanyak memberi kegembiraan buat semua warga emas penghuni Rumah Darul Hanan.

18 July 2013

DI SAAT KITA BERGEMBIRA.......ADA YANG BERDUKA

salam...

ramadhan ke 9....
cuaca sejuk...hujan sekali sekala.....alhamdulillah.
moga hari ini kita menjadi insan yang lebih baik dari semalam.

mesti ramai yang mula membuat persiapan untuk menyambut hari raya kan?
dalam kita bergembira,jangan lupa kepada insan2 yang kurang mampu dan golongan2 yang sedang diuji.

saya baru saja berbual dgn seorang ibu yang baru kehilangan anak tersayang..anak yang lahir sebagai anak istimewa namun membesar dengan baik..sudah mampu berlari & bercakap.namun ketentuan Allah tiada siapa yang mampu menahannya.
siangnya dia aktif...malamnya muntah dua kali....dan itulah pengakhiran hayatnya.
satu ujian hebat buat ibu ini....
dipinjamkan anak ini selama 2 tahun+.

tabahlah umie...tabahlah abah....tabahlah abang2 berdua......
Allah yang menentukan jalan anak syurga ini....
moga hari2 mendatang kalian sekeluarga sentiasa di dalam rahmat & keberkatan Allah.

hari ini adalah hari ke 21 pemergian arwah....dan saya juga mengenali arwah sejak dia di dalam kandungan ibunya lagi...

Takziah & Al Fatihah.

16 July 2013

SEMINGGU RAMADHAN

salam...

menung apa lah tu wei???
dah seminggu puasa pun...
baju raya kamu tak beli lagi......tengok baju yg maktok buat...sempat siap ke idak.




sahur awal pagi tadi...
macam biasa.....simple2 saja.

ayam masak cabai dari param....panaskan semula.


bilis & kacang.....letak cili sikit....rasa pedas gitu2 saja.

untuk nurul sorang...
telur mata siram dengan kicap.dah kali ke 3 rasanya buat telur ni utk dia.



****masih menunggu maklumbalas dari pihak2 yang berkenaan untuk program jalan sahur 2013.moga berjaya dilaksanakan seperti tahun2 yang lepas.

2012
ada satu lagi jalan sahur 2012 di Sik tapi tak ada plk klip videonya...

2011


14 July 2013

SIRA PISANG

salam buat semua....
dah Ramadhan ke 5 hari ni...
selamat meneruskan perjalanan ibadah...

yang nyata....
dah blur buka puasa tak tau nak makan apa...semalam beli kuih ja...lepas isyak dah kelaparan...padan mukaku (nabila kata.."u..u..ka)...maka masa sahur makan nasi bertambah2.


kenal ini apa?
ini adalah sira pisang..
saya pun tak tau mulanya.SU beli untuk anak bujang dia...katanya aiman suka makan.arwah tokwannya selalu beli masa dia kecik2 dulu....selera orang lama budak bujang sorang ni.

rasa sira ni memang manis...letak ketul ais sekali...hmmm..sedap jugak.kata SU kena guna pisang nangka baru best.entahlah....saya tak pernah makan apatah lg nak buat. saya rasa gitu2 ja lah....tak daya nak makan banyak2...manis.semangkuk ni habis ke bujang sorang tu ja.masa aiman makan ni budak debab dah lena...kalau dia belum tidur mesti dia tumpang sekaki.



11 July 2013

PUASA PERTAMA NABILA

salam....

nabila puasa 7 jam semalam....yess!!!!

kisahnya...sarapan nasi goreng sekitar jam 9 pagi...
susu sebotol jam 12 tengahari (kata kakaknya)..
umie balik pukul 5 dia aktif ja...lari sana sini...gelak2 kenakan orang.....kemudian ikut abah keluar.balik sekitar jam 6.30 ptg.
mula buat perangai...sikit2 bunyi...sikit2 bunyi....(nangis)....
makanan semua dah ready...umie lepak2 dgn abah...tetiba dia merajuk sebab umie tak ajak dia sekali....jalan ke dapur nangis..mula2 slow pastu makin kuat....sian plk dengar.geram pun ada...umie ikut ke dapur...dia nangis sambil sandar kat dinding...hehe..

lebih kurang pukul 7 masa tu.....
maka umie pun tanya.."baby nak makan?"
sewajibnyalah angguk....tak bercakap sebab tengah sedih....(berlakon pun ya jg).
duduk kat meja makan...umie suap kuih keria....sian tengok dia mengunyah....dahla comey..habis sebiji...sambung dgn nasi lemak....habis sebungkus...selang seli dengan air tembikai...dah habis tu barulah ada suara...ceria.boleh main semula.

masuk waktu berbuka ingatkan dia dah tak peduli...rupanya dia ngadap lagi...kuih 2 biji & buah melaka sikit (setengah peket..ada dua biji kecik ja dlm tu)..
pk 8 lebih umie sambung makan dia pun sambung juga...sepeket buah melaka (5 biji) dgn air tembikai...amboi!!!...cemana nak kurus ni????

hari ni lepas mandi terus minta nak makan tapi umie tak bagi...tunggu lepas check gigi dulu sebab pagi ni kat sekolah ada pemeriksaan gigi.
siap ja check gigi terus ngap roti coklat gardenia sebiji....nak sambung yang ke dua umie suruh tunggu sampai balik rumah dulu...

petang ni tengok apa plk drama dia.....minah drama ni...sinetron....

antara koleksi muka pelik nabila

ganas tak kira tempat...


****tak ada paksaan untuk nabila puasa sebenarnya...dia ni jenis tak ada makanan takpa...kalau ada benda makan dia memang nak hadap ja...
cuma yg tak sukanya dia akan buat perangai kalau lapar...sama juga kalau mengantuk...asyiklaaaa nak bunyi (nangis)...tak boleh silap sikit.
kalau perut kenyang..tak mengantuk..buatlah apa pun...semua dia boleh layan....ganyang2 pun ok ja...(tapi selalu dia yg ganyang org).

10 July 2013

NABILA PUASA?????

salam...

hari ni kerja terus dari pukul 9 pg sampai 5 ptg.....
tak sabar nak balik tengok budak kecik bambam di hari pertama Ramadhan.yang pastinya pagi2 sebelum umie keluar dia dah menjamu selera...umie buat nasi goreng ja.

perancangannya....bagi sarapan....susu kemudian terus sahaja ke petang....tiada lunch.
hari ni sekolah cuti....kalau hari sekolah dia ada makan2 lebih kurang pk 11 pagi.
tengoklah balik pk 5 nanti...apa kisahnya budak kecik tu.tapi untuk langkah keselamatan memang kena beli kuih siap2.....buatnya nampak muka umie terus minta nak makan...jenuh nak menggagau.

saya tak pasti dia faham atau tidak erti puasa tapi rasanya taklah kot.cuma masa saya berpuasa ganti,bila dia suruh saya makan dan saya katakan saya puasa,dia tak pula memaksa.biasanya bila dia makan dia akan paksa umie makan juga...nak saja dia suapkan.dia suka sangat berlagak dewasa.

***********

bazar ramadhan di depan ni dah bermula...seperti biasa ada perebutan tapak antara orang lama & orang yg baru masuk berniaga.sedang menanti situasi di hujung bangunan.....orang baru mengubah meja yg diletakkan oleh orang lama.

semuanya berpunca dari pihak pengurusan (majlis perbandaran) yang tidak begitu sitematik.

walau bagaimanapun diharapkan semuanya dapat diselesaikan dengan baik. 



09 July 2013

SALAM RAMADHAN

salam....

malam Ramadhan yang pertama..
selamat menjalankan ibadah puasa & selamat meningkatkan amalan masing2....
moga kita menjadi hambaNya yang lebih baik...insyaAllah.



08 July 2013

WAJARKAH?

salam....



untuk kita sama2 memikirkan....


wajarkah doktor memberitahu pesakit tentang jangkaan hayat mereka?





**beritahu dan biarkan mereka menghadapi kenyataannya
**beritahu hanya kepada ahli keluarga terdekat
**beritahu dan rujuk mereka kepada pakar kaunseling
**diamkan sahaja dan biarkan mereka menghadapi kehidupan seperti seadanya

andai anda sebagai pesakit atau ibubapa pesakit...apa yang anda mahu?


05 July 2013

IA MUNCUL LAGI

salam...
Ramadhan makin menghampiri.....beberapa hari saja lagi.
seperti biasa menjelang Ramadhan kat rumah ni kena ada stok beras siam....untuk masak waktu sahur.SU cerewet sikit...nak bg ada selera utk makan time sahur,nasi kena campur beras tempatan & beras siam.tapi untuk lauk dia simple2 ja....ikan talang masin goreng dgn bawang & cili kering pun ok dah.budak2 pun simple juga cuma kadang2 depa request nasi goreng.tapi aiman jarang2 bersahur.nurul ja yang tak boleh miss sahur...mesti nak makan nasi.boleh bertambah2 plk tu.

selain daripada bab amalan,pahala dsb, satu hal yg saya suka ttg Ramadhan ni ialah tentang tak perlu susah payah nak fikir menu lunch....buka puasa semua kat bazar ramadhan ja...masak hanya untuk sahur.lega rasanya.

tahun ni nak train nabila bambam tu puasa jugaklah...makan kat sekolah ja.balik rumah tak ada makan2 sampai waktu buka puasa....boleh tahan ke dia???wallahualam....cuba dulu.

moga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas2...
moga dilapangkan waktu untuk meningkatkan ibadah padaNya.

kepada semua..tolong doakan untuk kejayaan program Sinar Kasih Ramadhan untuk tahun ini...masih menanti jawapan/maklumbalas sokongan dari pihak yang berkenaan.


04 July 2013

LAYAN KEINDAHAN ALAM

salam....
baca Sinar Harian hari ni....waaaa......!!!...banyaknya kedai makan kena tutup sementara sebab tahap kebersihan tak memuaskan.ada plk yg letak alat2 memasak dalam bekas yg ada najis tikus...adoyai......
kat depan nampak meriah dgn pelanggan..kat belakang kenapa jadi macam tu?
wahai tokey2 restoran & semua kedai makan..janganlah nak kaut untung semata2..fikirkan juga keselamatan pelanggan..
nak makan kat luar pun kena pilih2 tempat juga....

lunch tadi kami bertiga (umie,abah & nabila the bambam) lepak kat kedai Tupah...lama tak makan kat sini...tetiba ja kedai ni terkeluar dari senarai...hari ni jengah kembali.
SU suka ayam percik kat kedai ni...kuahnya mmg sedap.
umie & nabila jenis makan segala...so tak ada menu pilihan.makan ja asalkan kenyang.lagipun lauk2nya semua ada 'rasa'.
sekarang musim hujan...maka air kat sungai belakang kedai ni mengalir laju...air pun banyak (dalam)....kebetulan masa kami sampai meja belakang kosong....best dapat makan sambil dengar bunyi air menderu laju...
tengoklah gaya budak menghayati suasana ni...
gendang gendut tali kecapi....
kenyang perut senang hati....

kedai ni terletak berhampiran simpang untuk ke Air Terjun Bukit Tupah...buka waktu makan tengah hari.harga memang sgt2 berpatutan.
kami makan tadi...
nasi putih 2,ayam percik 1,ikan goreng 1, sayur, sirap & teh o ais......RM7.80 shj.