SENANG CARI

25 July 2013

PUASA DAN URTI

salam...

alhamdulillah..balik kerja petang tadi tengok budak kecik bambam dah sihat.malam tadi demam...awal pagi pun masih rasa panas badannya.sebelum masuk kerja tadi saya bagi PCM suspension siap2 walaupun panasnya tak kuat sangat.masa demam sikit2 ni dia senang nak telan ubat...tak payah nak paksa2.so sebelum melarat eloklah dirawat.

dengan demamnya budak kecik ni maka lengkaplah satu pusingan semua ahli keluarga ni kena URTI untuk bulan puasa 2013...bermula dengan abahnya (sakit tekak & demam) diikuti nurul (sakit tekak,selsema,demam & batuk),aiman (sakit tekak,selsema & batuk),umie (sakit tekak) dan akhir sekali si kecik....sekarang masih dengar bunyi batuk budak bertiga ni.taklah teruk.hanya sekali sekala...it will go off soon insyaAllah...belum bagi ubat untuk batuk itu....wait & see.

cuaca agak panas kebelakangan ni..tambah dengan jerebu yang agak ketara.kalau kurang minum memang senang2 saja nak kena sakit tekak,batuk & demam.
jadi..banyakkanlah minum air kosong.
budak kecik masa umur 2 tahun lebih.
***moga semuanya sihat menjelang syawal nanti..
(walaupun tak berapa sihat,alhamdulillah budak2 berdua tu masih mampu berpuasa)

***nak kena mengemas banyak malam ni...rumah lintang pukang.....esok ada tetamu nak menginap.my sis baru ja balik tengah hari tadi setelah 2 malam di sini..kakak sendiri tak kisah sgt rumah macam mana pun tapi dengan kawan2 ni seganlah jugak walaupun kawan lama.
nak mengemas kena tunggu budak kecik lena dulu...baru boleh buat kerja dengan aman.

No comments: