Showing posts with label Sinar Harian. Show all posts
Showing posts with label Sinar Harian. Show all posts

21 March 2014

BERSAMA ANAK-ANAK NUR HIDAYAH

salam buat semua..

#doabuat MH370....moga segera ditemui.....

Sabtu bertemu Sabtu...
ini adalah kisah yang berlaku pada hari Sabtu yang lepas (15.3.14).

setelah sekian lama berehat dari aktiviti,pada Sabtu baru-baru ini buat kali pertama untuk tahun 2014 NARC bersama-sama dengan Team Promosi Sinar Harian Utara mengadakan aktiviti amal bersama anak-anak yatim.
kali ini lokasi yang dipilih adalah PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN MISKIN NUR HIDAYAH,KUPANG,BALING KEDAH yang menempatkan lebih kurang 23 orang anak-anak yatim/miskin perempuan.
pihak pengurusan pertubuhan ini turut menjemput anak-anak dari Rumah At Taqwa (lelaki) yang terletak berhampiran.

program kali ini mendapat sokongan dan tajaan dari pelbagai individu & syarikat seperti Stesyen Minyak Shell Sungai Lalang, Sg Petani (NKM Teguh Enterprise),Chef Mohd Zamri Sahari, Pasaraya Econsave Bandar Puteri Jaya Sg Petani dan orang perseorangan.
Sekolah Menegah Kebangsaan Taman Ria turut memberi kerjasama dengan menghantar sekumpulan pelajar tingkatan 2 serta guru-guru pengiring yang hadir dengan sebuah bas.

Program kali ini berbeza sedikit kerana pihak kami secara bergotong-royong memasak untuk makan tengah hari bersama-sama anak-anak tersebut.bahan-bahan memasak adalah hasil sumbangan semua pihak yang disebutkan di atas manakala chef masakan nasi & lauk pauk adalah dari team NARC.

Pengisian program adalah gotong royong membersihkan kawasan tempat tinggal anak-anak ini,kelas pengenalan jahitan manik dan sulaman reben,makan tengah hari bersama-sama,persembahan anak-anak penghuni Nur Hidayah serta sesi penyerahan sumbangan.

Menjadi sejarah pada hari tersebut kerana sebaik majlis persembahan bermula hujan turun dengan agak lebat setelah hampir 3 bulan kita mengalami cuaca panas terik.hujan mula reda sebaik majlis selesai sekitar jam 4 petang.

Alhamdulillah...majlis berjalan lancar,makanan semua sedap-sedap belaka & anak-anak semuanya gembira.

moga program kali ini menjadi penggerak untuk program-program seterusnya.







persembahan nasyid dari anak-anak NUR HIDAYAH




sebahagian daripada kek sumbangan CHEF ZAMRI yang sangat sedap






budak kecik yang terlena keletihan dalam perjalanan balik
selepas bertungkus lumus membantu dari malam sebelum program bermula.



28 July 2013

RAMADHAN & SYAWAL MEREKA

salam buat semua..
sibuk dengan persiapan raya?
pekan SP dah asyik jem saja...tak boleh nak keluar waktu petang.dengan cuaca panasnya nak mengadap jalan yang sesak...say NO sajalah.

cerita hujung minggu..
program Sinar Kasih Ramadhan 2013 berjalan lancar di awal pagi Sabtu.majlis bermula sekitar jam 11.30 malam hari Jumaat dan berakhir sekitar jam 5.00 pagi hari Sabtu.
tidur sekejap selepas subuh.selepas zohor bersambung pula dengan jemputan majlis berbuka puasa bersama YB Kuala Nerang....jemputan atas nama NARC.

pada tahun 2012,program Sinar Kasih Ramadhan menemukan kami dengan keluarga daif yang tinggal di dalam pondok di kawasan hutan....baca DI SINI.
tahun 2013 ini pula menemukan kami dengan keluarga daif yang tinggal di tepi jalan utama tetapi menjadi terpinggir....puncanya?wallahualam.

dengan 9 orang anak,seorang daripadanya telah berkahwin menjadikan penghuni rumah kecil ini kini seramai 10 orang (8 anak dan kedua ibubapa mereka).
rumah ini adalah rumah sewa.


ketika kami tiba (sekitar jam 3 pagi) mereka bergelimpangan tidur diatas toto nipis...si abang dan seorang kakak (yang masih kecil) sekadar tidur beralaskan simen.
si abang bangun tetapi yang bertiga ini terus nyenyak tanpa menyedari kehadiran kami.yang paling kecil berusia 3 tahun...juga nyenyak di atas tilam usang tanpa alas...

melihat kedaifan ini YB Datok terus mengarahkan pembantunya untuk menguruskan penempatan keluarga ini di rumah KEDA secepat mungkin serta menghantar bantuan tilam/toto/selimut dengan kadar segera.

untuk team Sinar & NARC....lawatan ulangan akan dibuat selepas bulan puasa untuk melihat keperluan bantuan seterusnya.
dalam program sahur ini kami tidak dapat berbual lama kerana ada 12 destinasi yang perlu dituju sebelum kami berhenti untuk bersahur beramai-ramai.

diharapkan Ramadhan & Syawal 2013 ini boleh membawa perubahan  yang positif kepada keluarga ini.....insyaAllah.

****cerita penuh Sinar Kasih Ramadhan akan menyusul kemudian.


24 July 2013

BERSAMA WARGA EMAS

salam...
sudah ramadhan ke 15 memasuki hari ke 16 esok....

ini adalah aktiviti bulan Ramadhan 2013 yang turut disertai oleh team NARC.
aktiviti berlangsung pada petang hari Ahad (21.7.2013)..
majlis memasak bubur lambuk anjuran AURALIFE bersama team promosi SINAR HARIAN UTARA dan turut dimeriahkan oleh ahli NARC.
majlis diadakan di kediaman warga emas DARUL HANAN Pulau Pinang.

ibu2 dan anak-anak NARC yang telah meningkat remaja
abah kayuh dulu
diikuti anak bujang NARC dan penghuni Darul Hanan

pembungkusan bubur lambuk
sebanyak 2 periuk dimasak
satu periuk dibungkus dan diagih2kan kepada masjid dan surau berhampiran.
satu periuk lagi adalah untuk majlis berbuka puasa bersama penghuni Darul Hanan.
pengagihan kepada orang masjid
ada lagi bakinya...maka diagihkan pula kepada pengguna jalanraya 
di Pokok Sena Kepala Batas
ibu2 penghuni Darul Hanan
bapa2 penghuni Darul Hanan
selamat berbuka puasa.
(my eldest sudah tinggi lampai)

ini adalah kali ke dua ahli NARC bersama2 skuad Sinar Harian menjayakan majlis memasak bubur lambuk dan berbuka puasa di Darul Hanan..
majlis kali pertama adalah pada tahun 2010.
baca DI SINI

untuk majlis kali ini saya tidak ikut serta kerana bekerja....nak tutup klinik pun rasa tak sampai hati sebab hari Jumaat sebelumnya dah tutup awal kerana berkejar untuk berbuka puasa di rumah sahabat di Lumut Perak.

diharapkan majlis ringkas ini dapat sedikit sebanyak memberi kegembiraan buat semua warga emas penghuni Rumah Darul Hanan.

16 July 2013

SEMINGGU RAMADHAN

salam...

menung apa lah tu wei???
dah seminggu puasa pun...
baju raya kamu tak beli lagi......tengok baju yg maktok buat...sempat siap ke idak.




sahur awal pagi tadi...
macam biasa.....simple2 saja.

ayam masak cabai dari param....panaskan semula.


bilis & kacang.....letak cili sikit....rasa pedas gitu2 saja.

untuk nurul sorang...
telur mata siram dengan kicap.dah kali ke 3 rasanya buat telur ni utk dia.



****masih menunggu maklumbalas dari pihak2 yang berkenaan untuk program jalan sahur 2013.moga berjaya dilaksanakan seperti tahun2 yang lepas.

2012
ada satu lagi jalan sahur 2012 di Sik tapi tak ada plk klip videonya...

2011


13 August 2012

SINAR KASIH RAMADHAN COVERAGE

salam.
ini adalah entry bergambar sempena program singgah sahur "SINAR KASIH RAMADHAN" yang berlangsung pada 11.8.12.

sebelum bermulanya program singgah sahur kali ini pihak NARC telah dijemput untuk sama2 memeriahkan majlis berbuka puasa anjuran TOYOTA SP SELATAN yang meraikan anak2 yatim dari RUMAH GEMILANG SIK serta anak2 kelainan upaya.
ini sebenarnya merupakan acara tahunan mereka.kali ini tempat yang disediakan lebih selesa & makanan pun banyak...sedap pulak tu.
terimakasih TOYOTA.


selesai berbuka & solat Magrib di TOYOTA kami bergerak ke Sik.
dalam perjalanan singgah sebentar di RESTORAN HUSSAIN NASI KANDAR GURUN untuk mengambil bungkusan nasi beriyani yang disediakan oleh pihak restoran untuk diagihkan kepada pekerja2 jabatan kerajaan yang bertugas shift malam sepanjang konvoi nanti.
mereka telah menyumbangkan sebanyak 100 bungkusan nasi yang memang sedap rasanya.
(kesian kat member yang bawa nasi tu...sepanjang jalan menghidu kewangian nasi....
tapi sekadar ambik bau saja).
terima kasih HUSSAIN NASI KANDAR.
semoga Allah melimpahkan rezeki buat anda.

tiba di SIK INN sekitar jam 10.30 mlm & selepas mandi & solat kami bergerak memulakan perjalanan singgah sahur sekitar jam 11.30 mlm. 

untuk program kali ini pihak NARC & Sinar Harian mendapat sokongan daripada UMNO Bahagian Sik di mana YB Datok Mohd Tajuddin bin Abdullah, selaku wakil rakyat telah sudi ikut serta sepanjang program berlangsung.
sebenarnya Datok adalah bekas rakan sekelas salah seorang ahli NARC & apabila mengetahui bahawa kami sering mengadakan program seperti ini beliau telah menawarkan diri untuk membantu...apabila rezeki datang seharusnyalah kita menerima dengan tangan & hati yang terbuka....betul tak?
memulakan program,kami diraikan di Pejabat BN Parlimen Sik di mana kami telah disajikan hidangan 'more' dan diberikan buah tangan untuk setiap peserta.

 team promosi Sinar Harian Utara...mereka sebenarnya keletihan kerana telah memulakan program amal sejak pagi lagi di mana mereka bersama2 pihak MAXIS selaku penaja telah membawa 100 orang anak yatim/miskin yang tinggal bersama keluarga untuk membeli pakaian raya.
apa pun...syabas untuk mereka kerana sehingga ke awal pagi masih mampu ceria menjayakan program.


pihak yang menerima nasi untuk bersahur..
petugas BALAI POLIS SIK

petugas JABATAN KECEMASAN HOSPITAL SIK


petugas BALAI BOMBA SIK
(tak tau lampu apa depa guna kat sini...gambar tukar jadi kaler gini)

satu lagi adalah petugas JABATAN PERTAHANAN AWAM (JPAM) SIK.
tiada gambar kerana saya ambil video.

seterusnya adalah antara penerima sumbangan hari raya dari penaja,
NARC,Sinar Harian Utara dan pejabat UMNO Sik.
yang berbaju melayu biru & berkain pelikat adalah YB Datok Mohd Tajuddin..
(dia sorang ja pakai kain pelikat...hehe)



di sini...
saya asyik sajamenghayati suasana malam di kawasan kampung yang lapang sampai tak sedar majlis penyerahan sumbangan telah berlangsung..
maka...tiada gambar keluarga ini.
akan saya ambil dari kamera kawan kemudian nanti.


penghujung acara adalah persinggahan di RUMAH ORANG TUA ISLAM GULAU,SIK.
di sini juga diadakan penyerahan sumbangan kepada penghuni dan seterusnya majlis bersahur beramai2...makanan diuruskan oleh WANITA UMNO SIK.
licin...sedap la tu...

perkarangan rumah
 antara penerima sumbangan

bersopan santun mengambil makanan.
sebahagian dari kami makan nasi yang dibekalkan oleh HUSSAIN NASI KANDAR..
walaupun dibungkus sekitar 9 malam,keadaan nasi & lauk masih elok pada waktu sahur ini iaitu sekitar jam 5 pagi.

 sesi bergambar kenangan...
cantikkan rumah ni?
ada dua blok...satu blok memuatkan 5 kediaman.tidak terlalu luas tetapi selesa untuk dihuni.


ini adalah gambar tambahan..
hari Sabtu petang...dah nak gerak ke tempat berbuka puasa (tak dak sponsor dah yg ni)..
orang nak cepat dia sibuk masuk kereta orang lain...dah plk tu kereta yg dia masuk tu nak hala ke lain....last2 abah kena 'cempung'.
budak ni tersangat bahagia sebab bebas merayau sepanjang hari Sabtu tu...tak ingat makan langsung.minum susu saja 3 botol.
hanya makan nasi masa berbuka.

***ada satu lagi penerima sumbangan malam tu yang gambarnya tiada dalam kamera saya.....penerima ini agak istimewa....nantikan kisahnya pada entry akan datang.***