SENANG CARI

04 July 2013

LAYAN KEINDAHAN ALAM

salam....
baca Sinar Harian hari ni....waaaa......!!!...banyaknya kedai makan kena tutup sementara sebab tahap kebersihan tak memuaskan.ada plk yg letak alat2 memasak dalam bekas yg ada najis tikus...adoyai......
kat depan nampak meriah dgn pelanggan..kat belakang kenapa jadi macam tu?
wahai tokey2 restoran & semua kedai makan..janganlah nak kaut untung semata2..fikirkan juga keselamatan pelanggan..
nak makan kat luar pun kena pilih2 tempat juga....

lunch tadi kami bertiga (umie,abah & nabila the bambam) lepak kat kedai Tupah...lama tak makan kat sini...tetiba ja kedai ni terkeluar dari senarai...hari ni jengah kembali.
SU suka ayam percik kat kedai ni...kuahnya mmg sedap.
umie & nabila jenis makan segala...so tak ada menu pilihan.makan ja asalkan kenyang.lagipun lauk2nya semua ada 'rasa'.
sekarang musim hujan...maka air kat sungai belakang kedai ni mengalir laju...air pun banyak (dalam)....kebetulan masa kami sampai meja belakang kosong....best dapat makan sambil dengar bunyi air menderu laju...
tengoklah gaya budak menghayati suasana ni...
gendang gendut tali kecapi....
kenyang perut senang hati....

kedai ni terletak berhampiran simpang untuk ke Air Terjun Bukit Tupah...buka waktu makan tengah hari.harga memang sgt2 berpatutan.
kami makan tadi...
nasi putih 2,ayam percik 1,ikan goreng 1, sayur, sirap & teh o ais......RM7.80 shj.

No comments: