SENANG CARI

18 July 2013

DI SAAT KITA BERGEMBIRA.......ADA YANG BERDUKA

salam...

ramadhan ke 9....
cuaca sejuk...hujan sekali sekala.....alhamdulillah.
moga hari ini kita menjadi insan yang lebih baik dari semalam.

mesti ramai yang mula membuat persiapan untuk menyambut hari raya kan?
dalam kita bergembira,jangan lupa kepada insan2 yang kurang mampu dan golongan2 yang sedang diuji.

saya baru saja berbual dgn seorang ibu yang baru kehilangan anak tersayang..anak yang lahir sebagai anak istimewa namun membesar dengan baik..sudah mampu berlari & bercakap.namun ketentuan Allah tiada siapa yang mampu menahannya.
siangnya dia aktif...malamnya muntah dua kali....dan itulah pengakhiran hayatnya.
satu ujian hebat buat ibu ini....
dipinjamkan anak ini selama 2 tahun+.

tabahlah umie...tabahlah abah....tabahlah abang2 berdua......
Allah yang menentukan jalan anak syurga ini....
moga hari2 mendatang kalian sekeluarga sentiasa di dalam rahmat & keberkatan Allah.

hari ini adalah hari ke 21 pemergian arwah....dan saya juga mengenali arwah sejak dia di dalam kandungan ibunya lagi...

Takziah & Al Fatihah.

3 comments:

Daddy Ziyyad said...

Al Fatihah...
Betul tu...kadangkala yg paling kita sayang, Allah bagi pinjam kejap aja....DIA Maha Mengetahui..

Rizziela said...

Al Fatihah..

Sesuatu yg sukar diterima tapi ketentuan Allah tak ada siapa yg boleh menghalangnyer

A.I said...

Al~Fatihah utk Anak Syurga...