SENANG CARI

05 July 2013

IA MUNCUL LAGI

salam...
Ramadhan makin menghampiri.....beberapa hari saja lagi.
seperti biasa menjelang Ramadhan kat rumah ni kena ada stok beras siam....untuk masak waktu sahur.SU cerewet sikit...nak bg ada selera utk makan time sahur,nasi kena campur beras tempatan & beras siam.tapi untuk lauk dia simple2 ja....ikan talang masin goreng dgn bawang & cili kering pun ok dah.budak2 pun simple juga cuma kadang2 depa request nasi goreng.tapi aiman jarang2 bersahur.nurul ja yang tak boleh miss sahur...mesti nak makan nasi.boleh bertambah2 plk tu.

selain daripada bab amalan,pahala dsb, satu hal yg saya suka ttg Ramadhan ni ialah tentang tak perlu susah payah nak fikir menu lunch....buka puasa semua kat bazar ramadhan ja...masak hanya untuk sahur.lega rasanya.

tahun ni nak train nabila bambam tu puasa jugaklah...makan kat sekolah ja.balik rumah tak ada makan2 sampai waktu buka puasa....boleh tahan ke dia???wallahualam....cuba dulu.

moga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas2...
moga dilapangkan waktu untuk meningkatkan ibadah padaNya.

kepada semua..tolong doakan untuk kejayaan program Sinar Kasih Ramadhan untuk tahun ini...masih menanti jawapan/maklumbalas sokongan dari pihak yang berkenaan.


2 comments:

Daddy Ziyyad said...

Ada beza ya kak kalau masak nasi campur 2 jenis beras tu? Saya nak try la...hihihih...

Selamat Menyambut Ramadan al Mubarak buat akak sekeluarga...:)

ieda said...

Daddy Ziyyad...
beza...bau lebih wangi & nasi lembut.tapi kalau guna beras siam saja terlebih lembut plk...akak suka campur.