baru2 ni baca post Lisa ttg kembar.katanya dia dah keliru ttg kembar ni..so dah disebut nama saya kat situ...dapatlah jugak modal utk tulis entry.
kita sembang ttg kembar dua saja...@ twins.
triplets & banyak2 plets lain tu takyahla sb jarang berlaku & kalau sembang banyak, nanti saya plk boleh jadi keliru..
umumnya ada 2 jenis kembar..
1.kembar tak seiras
2.kembar seiras
kembar tak seiras
berlaku bila ada dua persenyawaan (2 sperma & 2 ovum).....senang nak faham kan.
kadang2 kedua2 persenyawaan ni berlaku pada jarak masa yg berbeza menjadikan usia janin berbeza beberapa minggu.maka tak mustahil boleh dapat kembar yg tak sama usia.
sifat2 kembar tak seiras sama seperti sifat2 adik beradik yg lahir berbeza tahun misalnya personaliti,jantina,rupa paras yg berbeza.
semasa di dalam kandungan mereka mempunyai kantung masing2 & tidak berkongsi uri/plasenta.
kembar seiras
berlaku bila satu telur yg telah disenyawakan terbahagi dua...sebab apa dia terbahagi dua?...wallahualam.
bergantung kepada bila masanya berlaku pembahagian tersebut,kembar seiras terbahagi kepada 3 jenis:
1...satu kantung & satu uri (monoamniotic,monochorionic)
2...dua kantung & satu uri (diamniotic,monochorionic)
3...dua kantung & dua uri (diamniotic,dichorionic)
satu kantung,satu uri
dua kantung,satu uri
(yg line putih tu biasanya dalam report scan ditulis sbg separating membrane)
dua kantung,dua uri
lebih lewat pembahagian berlaku,lebih banyak struktur yg akan dikongsi oleh kembar ini.maka kembar siam @ conjoint twins adalah hasil daripada satu zygote(@ senang faham...janin) yg terpisah pada peringkat yg lebih lewat (melebihi 12 hari selepas persenyawaan).
**kantung adalah bekas yg mengandungi air mentuban (liqour) yg menjadi tempat pembesaran janin di dalam rahim.
kembar yg berkongsi satu kantung & satu uri lebih berisiko utk mengalami komplikasi di dalam kandungan seperti terbelit tali pusat & persaingan sesama sendiri (twins to twins transfusion).persaingan utk mendapatkan zat makanan kadang kala mengakibatkan satu janin menjadi lebih kecil.ada juga yang lebih teruk hingga mengakibatkan kematian satu janin.
oleh kerana berasal dari satu telur,kembar seiras mempunyai ciri2 yang serupa.tetapi ada kembar seiras yg berlainan jantina...sgt jarang berlaku.bagaimana berlaku....takyah explain lah kan sb nanti pening kepala.bukan masuk exam pun..hehe
awat comey ntah!!!!
11 comments:
AJ + AYOI kembar x seiras. Mmg beza sungguh!
comeynya kalau dpt kembar..dpt lak kembar sepasang..lagi besh..
teringinnnnn jugak nak kembar!
pastu kompem benti keje terus!
kekeke
K.Ida,
mcm mana saya nak tau kembar tu seirias ker tak?
Macam saya...
2 uri & 2 kantung...means diaroang duduk dalam kantung masing2...
Teringin nak tau :D
Kak tie dulu minat betul dengan anak kembar. Pantang jumpa mesti renung ke atas ke bawah. Teringin juga nak dapatkan kembar tapi tak de rezeki laa...
oho...mcm tu...maknanya gambar ke dua tu la rupa keadaan babies Lisa sekarang...dah faham dah..thanks kak ieda
AI..
mmg depa beza sungguh.masa mula2 baca blog AI dulu dua tiga kali gak ulang baca bila AI kata depa kembar..hehe
atty..
sekali jalan ja...pastu rest.saya ada sorg patient yg dapat kembar sepasang 2 kali...bestkan.
h4ni3..
kita doa2kan....amin..
rizziela...
kena tunggu dia keluar baru boleh tau.
kak tie..
kawan saya kata kena makan pisang kembar banyak2...tak taulah menjadi ke tidak..
lisa..
sama2....seiras la tu...nanti mak dia confuse mana satu...hihi
Salam kenal saya bakal mama kembar tak seiras...
google search jumpe blog ieda ni, ade citer pasal kembar, leh share kan... tq..
Sy preggy kembar 1 uri 1 kantung,skrg msuk wad 30 minggu dlm jagaan rapi dktor pakar sbp berat dua2 baby 800 & 900 gram lbh.. Di jangka operate pd kehamilan 32 minggu.. Smoga Allah prmudahkan..aamiin.
Sy preggy kembar 1 uri 1 kantung,skrg msuk wad 30 minggu dlm jagaan rapi dktor pakar sbp berat dua2 baby 800 & 900 gram lbh.. Di jangka operate pd kehamilan 32 minggu.. Smoga Allah prmudahkan..aamiin.
Salam isnizah,
Tahniah atas twins pregnancy. Saya harap semuanya berjalan lancar. Saya pun sedang pregnant kembar satu kantung satu uri. Baru 26 weeks. Sorang baby 800gram lebih lagi sorang 700gram lebih. Harap semuanya berjalan lancar. In shaa Allah. Semoga Allah permudahkan. Amin.
Post a Comment