SENANG CARI

23 June 2011

MUSIM BUAH KAYU

salam.
my first manggis for this year
dari pokok sendiri kat kampung.
last weekend balik kampung hantar my sis.manggis yg bersepah kat keliling rumah baru nak start masak.dapatla 4 biji lepas bersusah payah langut kait dengan galah ni.
dulu2 selamba ja panjat pokok2 ni.bonjol2 kat batang pokok tu pun senang2 ja pijak 
(ala2 rock climbing).
tapi time2 umur macam la ni dgn berat badan yang tak pernah nak turun...dah tak berani nak menapak ke atas pokok tu.kait kot bawah ja.yang tinggi2 suruh org lain panjatkan.tapi bukan senang nak cari org panjat pokok ni.bebudak zaman la
'al malas'...tak adventerous langsung.

ni cempedak jiran sebelah.
rambutan tu jiran depan rumah yang punya.

kat rumah saya ada manggis ja.pokok durian kecik lagi.
nak makan kena beli.kalau rambutan tu tak yah beli...minta ja kat jiran2.
dusun arwah nenek/tok wan ada macam2 pokok buah tapi dah diturun temurunkan & dapat kat cousin....tak beranila nak suka suki pi ambik makan.

tapi nak bandingkan dengan yang dibeli tu,lagi sedap kalau dapat makan yang fresh dari dusun.

p/s:  next week kena balik lagi...misi cari buah.
"BUAH KAYU" ialah istilah yang digunakan oleh orang utara yang merujuk kepada buah-buahan tempatan.

LETIH!!!!

adoiiii!!!!!

letihnya sepahkan rumah....
 belang...anak gebu


21 June 2011

PANAS!!!! JOM MANDI

salam.
terimakasih kepada yang masih sudi berkunjung.ada banyak cerita tapi tak sempat nak update.bila dah banyak hari berlalu,cerita pun dah jadi kurang panas....tak seronok nak tulis dah.
hari ni kita tengok gambar terkini nabila the bambam.
sejak masuk rumah ni dia suka sangat balik rumah.bila balik sekolah tak kalut nak ajak ke tempat lain dah.sekarang pun dah pandai sebut rumah.
tadi masa balik dari sekolah ajak dia balik.
cakap kat dia...
"kita balik rumah na....mandi"
dia angguk2 & jawab....
"umah...andi..."..sambil tunjuk2 gaya org mandi.

sampai ja kat rumah terus nak mandi ..
enjoying her bath time with abah.
tak taulah berapa lama dok main air dlm bilik mandi tu.
 kanak-kanak riang....hantu ayaq.
 nak mandi shower tapi tak berapa nak berani
 air masuk hidung...hahaha....padan muka
 sabun muka kononnya...tapi tak nampak buih sabun pun
 anak abah..
cuaca panas sekarang ni.rumah plk tak dak pokok besar lagi.
bahang sesangat...sabar je lah..(baru panas dunia..)

 

17 June 2011

PERTEMUAN PERTAMA

salam..

lamanya tak menulis kat sini....insyaAllah by July keadaan akan kembali spt sediakala.
ingat lagi tak entry saya yang INI?
kat bawah tu ada sikit notes....
tadi saya dipertemukan buat pertama kalinya dgn baby tersebut.
dalam usia 40 hari (lahir premature 32 minggu).....comel dan sempurna (telah dibuat VP shunt).
alhamdulillah.
seronok tengok...bila saya pegang mata dia melilau ja pandang merata.
masih dalam follow up beberapa pakar (semestinya).

moga baby ini terus membesar dengan sihat.

rasa rugi sebab hari ni tak bawa kamera...
 

12 June 2011

AWALNYA!!!!

salam.
hari ni yot the bambam bangun sangat awal...sejarah tercipta untuk diri dia.
my sis ada kat rumah sekarang ni & spt biasa depa mmg bangun awal.budak kecik ni plk agaknya dah terjaga pastu nampak dapur cerah terus ja keluar bilik pi lepak dgn my sis.kebetulan plk tombol pintu rumah ni rendah sikit.so dia boleh capai senang2 ja.rumah lama dia boleh sentuh tapi takleh nak pusing.
saya keluar bilik around 6.30 nak kejut along tgk2 dia dah tercongok atas katil dok sembang dgn mak ngahnya....siap senyum2 gatai lagi bila nampak saya.tapi elok gak dia bangun awai sb dia kena sekolah hari ni.taklah susah payah nak kena kejut lg.
kalau tiap2 hari mcm ni pun tak pa...kan yot?
perkembangan terkini nabila ...
dah pandai uk uk kat toilet.
tapi bila nak uk uk dia cakap...'mi...cin...cin...' tangan tunjuk punggung.
mula2 ingatkan dia nak kencing.kdg2 ingatkan dia saja mengelat buat helah nak main air.bila bawa ke toilet rupanya dia membuang...dua kali mcm tu maknanya betullah...'cin' is uk uk..

moga cepatlah dapat free of diapers.....

suka tengok gambar ni...muka bersih baru lepas mandi
(bukan gambar terkini)

10 June 2011

TENGOK SIKIT-SIKIT DULU

salam.

masih sengal2 badan....kerja angkut mengangkut masih bersisa.
malam tadi operasi pindah pokok bunga & pasu2 bunga yg pokoknya dah kong.malam2 buta pun terus tanam pokok jugak sebab kalau tunggu siang memang mati kering la depa. bab2 angkat pasu tu pas kat along ja...tak daya dah saya nak angkat.lagipun along dah banyak power....dah jadi anak teruna.praktis2 la angkat benda berat bagi muscle naik sikit.tapi setakat angkat sajalah...bab2 tanam pokok & jaga pokok memang out...depa semua tak minat.si kecik bambam tu tak taulah...tapi rasanya kalau nak suruh cabut pokok memang cepat.


tengok gambar sikit lah

cantik tak rumah ni?
ooopppsss....ni bukan rumah saya
ni rumah member (family friends).
cantikkan?kalau tengok rumah mesti tak percaya dia kerja apa....
umur member ni pun sebaya dgn saya.
dalam rumah...luar rumah semua luas.
depa renovate sakan.
suka ja budak kecik ni berlari kat laman.
along biasalah...mengusik.


ni rumah saya (tapi masih milik bank)
biasa2 ja...rumah setingkat semi D.
(tiang netball tu pemaju yg punya..sampai hari ni ada lg kat rumah saya...
rasa macam nak pacak ja kat laman tu..hihi)
saya beli 2 buah sebab niat asalnya nak bagi parents saya tinggal di sebelah rumah saya.senang nak tengok2 & depa pun happy boleh tengok budak2 ni meriuhkan suasana.
tapi biasalah...kita merancang yang kita rasakan terbaik...ALLAH lebih mengetahui.
oleh sebab saya tak suka nak sewa2 rumah kat orang lain makanya kami decide pecahkan dinding jadikan satu rumah....sebab tulah dah jadi lapang.nak cari penyapu pun melilau...dah biasa rumah kecik kannnn....

saya suka pemandangan kat sini.dari depan rumah boleh nampak Gunung Jerai.rumah mengadap padang mainan.rasa lapang mata...angin pun banyak.rumah ni juga mengadap matahari naik.maka sebelah petang bahagian porch teduh...
selesa utk budak2 ni lepak (bapak budak yang lebih kot).
sengaja ambil yang depan padang mainan sebab nanti bila ada kawan2 datang senang nak parking...tak ganggu rumah jiran.

cuma satu ja yg saya risau..
longkang kat depan ni besar sangat.pagar yang ada tu rasa macam tak selamat ja untuk budak2.moga2 tak berlaku perkara2 yang tak elok di sini.


(pindah rumah kali ni tak se'excited' pindah rumah yang lepas2 sebab my father dah tak dak.selalunya dia yang seronok & saya sgt suka tengok muka dia yang seronok tu.tambahan pulak rumah kali ni ada tanah keliling.....dia suka sangat macam ni tapi tak berkesempatan merasainya.infact dia tak pernah tengok pun rumah ni.masa rumah ni dah naik dia dah uzur sangat.
dia cuma sempat tengok dari luar kawasan perumahan ni ja.
moga Allah memberikan taman yang lebih indah untuk 
arwah parents saya di sana...amin).
SU kata arwah parents saya & arwah abahnya datang masa kami tengah angkut barang kat rumah lama.saya tanya cemana dia tahu...katanya ada 'bau'....wallahualam.

07 June 2011

TAKMO PINDAH DAH!!!!

salam..

minggu yang super meletihkan buat saya & keluarga.
actually sejak minggu lepas lagi.

kisahnya...
kami pindah rumah.
alhamdulillah...rumah dah siap.
pindah dekat ja pun..tapi kecoh kemain..hihihi..

rumah masih dalam situasi tunggang langgang.
nak cari baju untuk g kerja pun pening kepala.
SU yg pack barang2 dlm bilik sebelum angkut.
bila tanya dia letak kat mana
"ntah..lupa.."
adehhh!!!!

sekarang ada 3 rumah untuk dikemas.
1...rumah baru
2...rumah depan 
(dah jual & perlu bersihkan dalam minggu ni walaupun duit tak dapat lagi)
3...rumah yang sewa sebelum ni.


kerja tak mampu nak cuti lagi sebab tak daya nak bayar locum
(pindah rumah guna banyak duit!!)

budak kecik bambam sgt happy dgn rumah baru sebab dia boleh lari2 sepuas hati tanpa terlanggar bucu.
berbaloi la dia tolong angkat barang siang malam sampai tidur pun pukul 1 lebih.
(sanggup meleleh air mata tahan mengantuk)

budak kecik sebelum menjadi bambam 
(gambar 2009)

gambar rumah??
tak yah la lagi...buat pening pala ja nengoknya.

03 June 2011

TAKDAK TAJUK

salam..

cuaca yang tak menentu sekarang ni....pagi redup...tengahari panas....petang hujan.
kalau masa mendung pun rasa bahang panas tetap ada.
apa pun....ok saja bagi saya.
andai panas....bisnes ok.
andai hujan...pokok2 yang ditanam tak perlu disiram...
alhamdulillah.

 just for update
ingat lagi entry saya tentang CIKGU TEH?
beliau telah kembali ke rahmatullah pada 1.6.2011
alfatihah buat arwah cikgu Teh.


01 June 2011

SPECIAL DELIVERY

salam.

budak kecik ni mesti akan menyibuk tak kiralah apa pun yang kita buat.
jadi apa kata kita pack dia sekali.
cun2 ja dgn kotak ni
muka cuak
nak letak selotape dak??
mmmm...tak yahla kot.nak deliver dekat ja pun.
tadaaaa!!!!dah sampai.
dia tak nangis pun.
suruh ulang lagi adalah. 

PELAJAR MAUT

salam.

malam tadi lebih kurang pukul 8 ada satu kemalangan kat jalan depan perumahan ni.jalan ni lurus ja....jalan sehala.kami panggil highway...
berada di antara pagar belakang UITM & pagar tepi MRSM..
kemalangan malam tadi melibatkan 2 buah kereta.kereta dari arah SP terbabas melepasi devider & melanggar satu lagi kereta yg menghala ke SP.pemandu kereta yang dilanggar meninggal kat tempat kejadian.khabarnya arwah adalah student UITM.pemandu kereta yg terbabas tu cedera parah.ke dua2nya perempuan.
tiada penumpang lain dalam kedua2 kereta tu.
macam mana kereta tu boleh terbabas tak pasti plk.
jalan ni tak sibuk tapi memang kereta,motor semua laju.
kadang2 ada lembu melintas maklumlah area kampung.
dah selalu sangat kemalangan kat jalan ni.cedera sikit...cedera parah...maut...semua ada.
baru 2 minggu lepas ada kereta langgar tiang kat lampu isyarat tak jauh dari 
tempat malam tadi.
kepada sesiapa yang lalu kat jalan ni (biasanya yang nak ke Tanjung Dawai) silalah berhati-hati.memang seronok speed sebab jalan elok,luas & tak sibuk tapi bahaya sentiasa menunggu terutamanya waktu magrib & malam.kat lampu isyarat pun kena tengok juga sebab ramai yang langgar lampu merah esp budak2 yg bawa motor.

ALFATIHAH buat arwah & takziah kepada keluarga mangsa.
p/s: terlupa bawa kamera....!!!
berita dalam paper mungkin keluar esok.