02 October 2010

KISAH KENA BIUS

salam...
dah lama tak sembang tentang medical kan?
jom tengok video dari youtube ni..



ni adalah senario doktor bius bagi pengsan patient sebelum operation..ini bius penuh @ General Anaesthesia (GA).mula2 kena bernafas ambil oksigen dari mask yang nurse pegang tu.kemudian doktor inject ubat bg tidur.selepas tu baru masuk tiup.tiup tu sambung kat mesin & mesin tu akan bernafas untuk patient.doktor akan monitor & adjust ubat bius berdasarkan berapa lama operation tu berjalan...
kalau tak adjust kang tetiba terjaga masa operation tu kan naya...
ada tak sesapa pernah lalui ini?saya pernah kena 2 kali.tapi doktor anaest saya dulu takdelah letak alat tu (laryngoscope) kat mulut saya masa saya sedar macam kat video ni.

yg pertama tahun 2006 tapi yg tu ditidurkan saja & bernafas sendiri...(kat private hospital).
yg ke dua tahun 2008....yg ni full GA..(kat hospital kerajaan).

masa operation dlm dua2 keadaan tu sama ja...tak sedar apa pun.tau2 ja nurse panggil suruh buka mata.yang berbeza adalah selepas bius.

kes pertama 2006....saya sedar dgn mudah...terus boleh bernafas dgn selesa.tapi peningnya adoi!!!!...mmg tak tahan.dalam lif dah nak termuntah.bila katil tu di sorong ke bilik lagilag pening.dah baring kat katil sendiri pun tak boleh buka mata.sembang pun dgn mata terpejam.buka mata ja uweek...last2 minta injection..sejam lepas injection boleh drive balik rumah..hahaha...tapi malam tu pening semula lah...esok & hari2 selepas tu saya dah macam biasa (kecuali sakit kat tempat op tu ja which is not so bad).

kes ke dua 2008.....saya boleh dengar nurse panggil suruh buka mata.tapi mata tak boleh nak buka.dada rasa berat macam ada batu.tak boleh nak tarik nafas.dalam hati dah rasa pelik.apasal takleh nafas???try dua tiga kali baru boleh bernafas.tapi mata still tak boleh buka.rasa nak tidur ja.telinga boleh dengar apa yg nurse tu sembang.tapi on off la.sampai kat katil sendiri asyik tidur ja.yang best langsung tak rasa pening.takdak muntah2.tapi bila sembang macam org mabuk...bercampur alam nyata dgn mimpi.esoknya baru hilang mengantuk.tapi bila berjalan rasa susah nak bernafas.sehari lepas op dah boleh balik tapi masa berjalan dari ward lif & dari lif ke kantin rasa macam nak pengsan.dada rasa berat & pedih.rasa nak habis nafas.terpaksa pegang tangan hbby.
dah balik rumah pun ambil masa seminggu lebih untuk rasa selesa bernafas semula.kerongkong mmg peritla utk dua tiga hari sb tiub tu.

kesan jangka panjang takde lah...sekarang saya macam biasa ja.

ada yang nak kongsi pengalaman??

2 comments:

Unknown said...

tak penah mengalami mcm ni....

Nurzana said...

Pernah alami.. Bedah spine.. Tekup ja gas sedut 3x terus hilang. Kita masa tu sedar lagi. Cuma hilang ingatan sbb kena midazolam. Pastu bru diorg pakai ubat bius betul iaitu propofol. Tp kita x ingat dah prosedur tu.. Im a doctor too.. Tq