SENANG CARI

23 June 2011

MUSIM BUAH KAYU

salam.
my first manggis for this year
dari pokok sendiri kat kampung.
last weekend balik kampung hantar my sis.manggis yg bersepah kat keliling rumah baru nak start masak.dapatla 4 biji lepas bersusah payah langut kait dengan galah ni.
dulu2 selamba ja panjat pokok2 ni.bonjol2 kat batang pokok tu pun senang2 ja pijak 
(ala2 rock climbing).
tapi time2 umur macam la ni dgn berat badan yang tak pernah nak turun...dah tak berani nak menapak ke atas pokok tu.kait kot bawah ja.yang tinggi2 suruh org lain panjatkan.tapi bukan senang nak cari org panjat pokok ni.bebudak zaman la
'al malas'...tak adventerous langsung.

ni cempedak jiran sebelah.
rambutan tu jiran depan rumah yang punya.

kat rumah saya ada manggis ja.pokok durian kecik lagi.
nak makan kena beli.kalau rambutan tu tak yah beli...minta ja kat jiran2.
dusun arwah nenek/tok wan ada macam2 pokok buah tapi dah diturun temurunkan & dapat kat cousin....tak beranila nak suka suki pi ambik makan.

tapi nak bandingkan dengan yang dibeli tu,lagi sedap kalau dapat makan yang fresh dari dusun.

p/s:  next week kena balik lagi...misi cari buah.
"BUAH KAYU" ialah istilah yang digunakan oleh orang utara yang merujuk kepada buah-buahan tempatan.

11 comments:

Leya said...

bestnya....tetiba rasa macam nak balik Sik...mesti dah musim skang ni

SURIA AMANDA said...

best...tp kat kg i tak musim la tahun ni...

adarnadzmie said...

kat kg tgh musim buah kayu sekrg ni... huhu.. rindu kg...

ieda said...

leya..
sik mesti lagi meriah.

SA...
cari kat pasar malam la jawabnya..hihi

adarnadzmie..
balik cepat.nanti habis kena tunggu tahun depan plk.

nuyin2u said...

x pernah dgr plak istilah buah kayu..ni br first time...untungnya ada dusun sendiri..

Leya said...

Nuyin:Leya mula dulu pelik gak bila hubby cakap kat kg la ni mesti tgh musim buah kayu....tanya dia kayu apa yang ada buah?...lepas diterangkan baru la paham.....

Kak Ieda:tumpang promote blog eh...
jemput la ke hazeleya.blogspot.com

ieda said...

nuyin2u.
bukan dusun..pokok keliling rumah ja.

leya..
hahaha..."pokok kayu apa ada buah"

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

bestnya kak...
ada dusun! kg fiza pun tak de dusun. ladang kelapa sawit ada la...
kak, tq atas tip tanam lidah buaya tu yer. esok pepagi fiza buat. pasu kosong mmg ada je tu. (fiza tulis komen ni jam 9 pm)heheheh

Azma said...

baru saya tau kak memang ada istilah buah kayu tu ye..masa saya baru kawin dulu, saya blur bila hubby ngan family duk sebut buah kayu. Saya ingatkan diaorg mainkan saya.. hehe..

kak...seddapnya manggis tu..htr la sini sket.. :)

phentermine said...

Phentermine...

nice post thanks for sharing.

http://www.PhentermineHome.com/

ieda said...

azma..
sib baik azma tak argue..hehe
manggis tak berbaloi nak pos...berat!!

phentermine..
thanx 4 visiting.