Showing posts with label buah tempatan. Show all posts
Showing posts with label buah tempatan. Show all posts

17 May 2012

RAJA BUAH

salam...


sapa tak reti belah durian?
sila belajar dari sini..




tapi cara dia lain sikit la...biasanya saya buat gitu utk durian mangkaq ja..(tau apa tu mangkaq?...yg tak berapa nak masak).
durian ni pun nampak mcm mangkaq jugak...siap boleh hiris isinya lagi.


biasanya kita buka dgn pisau @ parang @ golok (atau apa2 saja) kat hujung atas tu ja...pastu guna tangan utk koyak..terus terbuka sampai ke bawah.tak yah potong kulit tu dgn pisau sampai bawah.


masa kat universiti dulu kalau beli durian siap suruh orang yg jual tu buka sikit kat atas..balik hostel boleh koyak dgn tangan ja.tapi tak boleh beli banyak la sebab kalau dah terbelah sikit tu tak boleh simpan lama...isi cepat masam.


sekarang dah banyak durian kat area sini....harga bolehla tahan.
malas nak koyak..beli ja yg dah siap dibungkus...dengan pulut pun ada.


***musim buah dah tiba...***

15 May 2012

DURIAN DURI LEMBUT

salam..


kenal buah ni?
gambar ikhsan GOOGLE


DURIAN BELANDA...
sebab apa dipanggil Belanda? tak pasti plk saya.
juga dikenali dgn nama 'soursop' atau 'graviola'.
nama saintifiknya ialah 'annona muricata'.

saya suka makan buah ni..sedap.rasanya masam2 manis.tapi tak boleh makan kalau dekat2 nak menses (untuk sayalah...dah 2 kali kena)..boleh dapat menstrual cramp yg teruk. 

ada kajian mengatakan bahawa tumbuhan ini berkhasiat dalam melawan sel-sel kanser.tetapi kebanyakan kajian adalah menggunakan ekstrak daun,bukannya buah.ia mengandungi bahan aktif 'acetogenin' yang mampu membunuh sel kanser tanpa memberi kesan kepada sel-sel sihat yang lain (tanpa kesan sampingan seperti kemoterapi).

jika dilihat di internet terdapat bebeapa produk dikeluarkan berasaskan daun  durian belanda.
secara peribadi saya tidaklah mahu mengesyorkan kepada sesiapa untuk menggunakannya kerana saya sendiri belum pernah melihat keberkesanannya secara sahih.
pada saya,adalah lebih baik jika kita mengambil buah segar (tanpa melalui sebarang proses kimia).sekurang-kurangnya kita mendapat khasiat vitamin semulajadi (tinggi kandungan vitamin C,B1 & B2).tapi kalau nak makan daunnya....ehemmm...tak sanggup plk kot..pastinya kelat.

nak tanam pokok ni semula...dulu dah pernah tanam...tumbuh subur.tapi bila bawa pindah ke rumah baru terus mati kering..sayang sangat..






23 June 2011

MUSIM BUAH KAYU

salam.
my first manggis for this year
dari pokok sendiri kat kampung.
last weekend balik kampung hantar my sis.manggis yg bersepah kat keliling rumah baru nak start masak.dapatla 4 biji lepas bersusah payah langut kait dengan galah ni.
dulu2 selamba ja panjat pokok2 ni.bonjol2 kat batang pokok tu pun senang2 ja pijak 
(ala2 rock climbing).
tapi time2 umur macam la ni dgn berat badan yang tak pernah nak turun...dah tak berani nak menapak ke atas pokok tu.kait kot bawah ja.yang tinggi2 suruh org lain panjatkan.tapi bukan senang nak cari org panjat pokok ni.bebudak zaman la
'al malas'...tak adventerous langsung.

ni cempedak jiran sebelah.
rambutan tu jiran depan rumah yang punya.

kat rumah saya ada manggis ja.pokok durian kecik lagi.
nak makan kena beli.kalau rambutan tu tak yah beli...minta ja kat jiran2.
dusun arwah nenek/tok wan ada macam2 pokok buah tapi dah diturun temurunkan & dapat kat cousin....tak beranila nak suka suki pi ambik makan.

tapi nak bandingkan dengan yang dibeli tu,lagi sedap kalau dapat makan yang fresh dari dusun.

p/s:  next week kena balik lagi...misi cari buah.
"BUAH KAYU" ialah istilah yang digunakan oleh orang utara yang merujuk kepada buah-buahan tempatan.

23 June 2010

RUGILAH KALAU TAK MAKAN...

salam..
sekarang musim buah2an.kat area saya ni banyak dusun.saya jer takde dusun...so nak makan kena belilah.kdg2 ada gak dapat free..tu yg best.
2 hari lepas beli cempedak..sebiji RM5.seriau gak buah tak timbang ni..kot2 buah ja besar isi takdak.tp tawakal jelah.
balik rumah buka....alhamdulillah.walaupun isi tak penuh tp ulas besar2.so simpan dlm peti ais & goreng pg semalam.dlm rumah saya ni semua suka cempedak.saya suka yg tak goreng.tp kalau mkn banyak perut tak selesa..kembung.
google pic
lebih kurang ginilah cempedak yg saya beli tu...ada banyak jenis buah cempedak ni...jgn tak tau.
isi yg dah buang biji...senang nak makan.
cucuq cempedak.....sedap..
guna tepung ni ja.


p/s....pernah tengok geruk cempedak tak??
masa duduk kampung dulu saya suka buat geruk cempedak..guna daun kelapa.