SENANG CARI

01 June 2011

PELAJAR MAUT

salam.

malam tadi lebih kurang pukul 8 ada satu kemalangan kat jalan depan perumahan ni.jalan ni lurus ja....jalan sehala.kami panggil highway...
berada di antara pagar belakang UITM & pagar tepi MRSM..
kemalangan malam tadi melibatkan 2 buah kereta.kereta dari arah SP terbabas melepasi devider & melanggar satu lagi kereta yg menghala ke SP.pemandu kereta yang dilanggar meninggal kat tempat kejadian.khabarnya arwah adalah student UITM.pemandu kereta yg terbabas tu cedera parah.ke dua2nya perempuan.
tiada penumpang lain dalam kedua2 kereta tu.
macam mana kereta tu boleh terbabas tak pasti plk.
jalan ni tak sibuk tapi memang kereta,motor semua laju.
kadang2 ada lembu melintas maklumlah area kampung.
dah selalu sangat kemalangan kat jalan ni.cedera sikit...cedera parah...maut...semua ada.
baru 2 minggu lepas ada kereta langgar tiang kat lampu isyarat tak jauh dari 
tempat malam tadi.
kepada sesiapa yang lalu kat jalan ni (biasanya yang nak ke Tanjung Dawai) silalah berhati-hati.memang seronok speed sebab jalan elok,luas & tak sibuk tapi bahaya sentiasa menunggu terutamanya waktu magrib & malam.kat lampu isyarat pun kena tengok juga sebab ramai yang langgar lampu merah esp budak2 yg bawa motor.

ALFATIHAH buat arwah & takziah kepada keluarga mangsa.
p/s: terlupa bawa kamera....!!!
berita dalam paper mungkin keluar esok.

2 comments:

Azma said...

innalillah... smg yg cedera parah tu selmat & yg meninggal dicucuri rahmatNya..

Ummi Hanie said...

alfatihah...

hari2 ada je org meninggal kan ...