salam buat semua..
keadaan masih sama..kabel tak sambung lg.tapi hari ni hbby takde.so bolehla angkut laptop dia sekali dgn broadband ke ofis...hehe..tp dah dpt kebenaran ok..kt ofis laju sikit benda alah ni kerja.kalau kt rumah slow semacam jer.pagi2 mmg sibuk.so baru go tru a few blog kengkawan yg dah lama tak jengah.ptg nti sambung lg.
banyak benda yg berlaku sepanjang takde line ni.nak cerita pun tak best sb tak leh masuk gambar.lappy hbby ni banyak sgt fail.so nak tambah2 pun tak berani sgt.this is his office & his life.segala kerja dia ada dlm ni.satg dok pandai2 tambah itu ini..buatnya kena virus habis la teman.dahla tak pandai sgt ilmu IT ni.
well...khabarnya kabel akan ok by 20.12.09..tunggulah saja sampai tarikh tu.
to all readers yg jenguk sini..thanx 4 visiting..do come again.i'll visit ur site as soon as i can.
btw..things will get more busy by end of the year.the new shop will be opened by january..insyaAllah..
kids are going to school and nabila also will be going to school in 2 weeks times.
HAPPY NEW YEAR.
16 December 2009
10 December 2009
NO LINE!!!!!
salam...
boring!!!! kabel telefon kena kena curi lagi...hampeh punya pencuri..dari 2 hari sebelum raya haji sampai hari ni tak sambung2 lagi..katanya sampai hujung bulan ni..tension aku..
ni pun guna broadband hbby..malas guna benda alah ni..lembap.
so..it seems like i wont be writing in a few more weeks..
hope things will get better soon.
boring!!!! kabel telefon kena kena curi lagi...hampeh punya pencuri..dari 2 hari sebelum raya haji sampai hari ni tak sambung2 lagi..katanya sampai hujung bulan ni..tension aku..
ni pun guna broadband hbby..malas guna benda alah ni..lembap.
so..it seems like i wont be writing in a few more weeks..
hope things will get better soon.
22 November 2009
sekolah rendah
... continue
my life part 3..
my school time...bermula semasa berusia 6 tahun di Dewan Orang Ramai kt kg..rasanya thn tu adalah kali pertama tadika diwujudkan.excited sungguh nk ke sekolah.di situlah saya belajar mengenal huruf,belajar menyanyi (part yg sgt saya suka),belajar main plastisin,melukis etc.hujung tahun ada sukaneka.takdelah acara terima sijil mcm sekarang.
masa cuti hujung tahun saya dah get ready utk masuk darjah satu.siap tanya kakak saya cikgu ajar apa masa darjah satu.kakak saya kata cikgu suruh hafal sifir.jadi sepanjang cuti tu saya mula hafal sifir.saya amalkan setiap kali cuti hujung tahun.masuk darjah 3 saya dah boleh hafal sampai sifir 12.jadi matematik sek rendah takde masalah.cikgu suruh baca sifir kt depan pun saya confident jer.kenapa saya buat macam ni..belajar masa cuti sekolah in advance?sebab sifat semulajadi saya yg tak suka kalau cikgu tanya saya tak boleh jawab..pada saya takde jawapan tak tau.satu lg sebabnya..saya tak suka kawan2 gelakkan saya bila saya tak tau jawab..itu saja.
sepanjang sekolah rendah saya punya ramai kawan sebab saya bersekolah bersama anak2 tentera.tentera kan selalu pindah2.jadi tiap2 thn saya ada kawan baru.tapi masa darjah 3 majoriti kawan baru sebab satu batalion tu tukar tempat lain.datang batalion baru.yg tak bestnya kawan2 rapat hilang macam tu jer.iyelah..sek rendah mana pandai nak tulis2 surat.
antara kenangan di sekolah rendah:
1.macam nilah rupa beg sekolah saya masa darjah satu (warna biru rasanya)
sementara tunggu jaga buka pintu kelas beg ni saya buat kerusi.
darjah dua ke atas baru guna beg sandang.
2. selalu jadi ketua darjah tapi perangai hampeh..
suka bising dalam kelas.masa darjah satu
suka bising dalam kelas.masa darjah satu
siap panjat tingkap.
3. paling tak suka naikkan bendera masa perhimpunan sebab
takut tak sama timing dgn lagu nanti kena gelak.
sebab saya pun suka gelakkan org.nasib baik pandai menyorok..
takut tak sama timing dgn lagu nanti kena gelak.
sebab saya pun suka gelakkan org.nasib baik pandai menyorok..
tak pernah kena duty ni.
4. lagi satu tak suka buat ni..goyang loceng..
tapi yang ni kadang2 kena juga.loceng macam ni...
tapi yang ni kadang2 kena juga.loceng macam ni...
berat ooo..
5. tiap2 thn dapat hadiah tapi darjah 4 dapat satu hadiah ja..
merajuk tak mo ambik gambar.
pas tu rasa rugi plk...padan muka.
6. cikgu paling garang..cikgu md hussin..suka tibai org..
tapi dek kerana garang dia tu saya boleh
hafal arah mata angin masa darjah 4 @ 5 (tak ingat).
7. nak raya cikgu bagi duit raya...20 sen sorang..
masa tu 20 sen dah kira banyak.
8. tiap2 hari p sekolah bapa hantar naik basikal tua.
darjah 4 bapa beli basikal bg saya p sekolah sendiri.
9. bila dapat hadiah hujung tahun tak pernah sampai rumah...
buka hadiah atas basikal..punya gelojoh.
10.penilaian darjah 5 dpt 4A 1B..tak sempat sampai rumah..
bgtau keputusan kt bapa masa atas basikal.
bapa happy sgt masa tu..saya? happy jg.
11.darjah 6..kawan2 sibuk ambil borang utk sek menengah
tp saya tak ambil satu pun..
sebab apa saya pun tak tau.
tapi dapat panggilan ujian masuk MRSM.
12. guru2 kelas saya...cg fatimah,cg salmah,cg siti zabedah,
cg ilyas,cg che ah...
lg sorg tak ingat..sorry cg.
13. guru favourite..cg salmah..ajar masa darjah 2..
very sweet & nice person..
kalaulah dpt jumpa semula...
14. geng saya...noormila,mazlina,azlin sham,shahida,nazli,bushro...
zulshukri,zainudin,ahmad shadli...
where r u guys???
15. nama paling saya suka...
ade mastura (kawan darjah 1 &2)..budak lelaki..
nama cm pompuan kan..
16. yg tak leh lupa..khairi..kawan darjah 2..
suka bg duit kt saya sampai kena marah dgn kakak saya.
banyak sangat memori..tak daya nk tulis semua..
next...sek menengah yg lagi kalut..
p/s...gambar from google..
harap tuan empunya gambar dont mind.tq.
cuti = kenduri
start jer cuti sekolah maka bermulalah acara makan kenduri. kemarin ja ada 3 kenduri.. lepas sarapan kluar dgn hbby g beli hadiah then g bank settle apa yg patut.lepas zohor terus ke penaga penang untuk majlis akad nikah geng avanza..best jer majlis tu sb cuaca mendung..mmg selesa.cuma gambar jer gelap sikit..almaklum kamera koman.tu pun pulun tangkap gambar ngalahkan cameraman yg bawa kamera besaq tu..hehehe..tp kt sini letak sikit jelah.. yg bestnya kami mai 2 keta ja..jadi mcm jakun sb tak kenai dua2 family pengantin.family lelaki ingat kami sebelah pengantin pompuan..yg family pompuan ingat kami belah pengantin lelaki..tengah makan baru la depa tau kami ni sapa...tetamu tak diundang..heh..muka tak malu..
pemandangan otw ke rumah pengantin perempuan
family pengantin lelaki
akad nikah
dah dapat lesen...
pemandangan otw ke rumah pengantin perempuan
family pengantin lelaki
akad nikah
dah dapat lesen...
tunggu 6/12/09 for more happening event
badan sapa lagi bulat?
balik dr penaga terus ke sg petani..kenduri kawen adik angkat hbby.sampai pun dah pk 5 ptg..org tgh nk angkut khemah.sib baik ada food lg.kt sini tak ambik gambar..malu..hihihi..
then ambik brg2 biz hbby yg nak kena deliver kat customer minggu ni.sampai rumah pk 6 lebih..lepas magrib kononnya bertolak ke kenduri satu lg (x office mate hbby)..hujan renyai2.hbby tak pasti rumah tu kt mana.kad kenduri tinggal kt ofis.
so singgah umah abah dulu...sekali abah cakap.."kenduri 6 hb nanti laa.." pehhh...sib baik hbby tak tau umah..if not,tak pasai2 p ketuk umah org malam2...ujan plk tu...
salah sapa???aku ler..silap tarikh wei...
nak wat per...lepak jer umah abah sampai pk 9 mlm sb ujan lebat..
nabila siap pakai baju kurung lg nk g kenduri..
(kt blkg tu brg2 hbby yg nk deliver kat cust)
19 November 2009
dan keputusannya........
result UPSR hari ni....
along dengan jayanya dapat 4C 1E...am I jumped with this result?certainly not..depressed?lagilah tidak..abahnya cakap..'oklah tu..sama dgn 4A 1B'...hahaha...untung kau along dpt mak bapa mcm kami.kalau dpt org lain tak taulah..
ngapa saya tak kisah sgt dgn result ni..coz saya tau dia mcm mana.kalau dpt 5A mmg saya suruh lembaga peperiksaan tu check balik paper dia.bukan merendahkan kebolehan dia but for now his level is expected around that level.infact I thought it's gonna be worse then that.why?dia banyak sgt ketinggalan kelas masa tahap satu (std 1 to 3).hanya boleh membaca masa std 4..so exam std 6 dpt result mcm tu kira oklah kan...acceptable to me.dahlah bukan kaki study.asyik main & tv jer.dia mmg ada good brain cuma takmo usaha..cepat give up.hopefully dah menengah nanti dia makin bijak berfikir untuk masa depan sendiri.
untuk along...one day u will read this blog..
umie cuma nak cakap...kamu sebenarnya pandai..cepat dapat bila belajar.cuma kamu cepat give up untuk benda2 yg susah sikit..
jangan putus asa..rajin berusaha..kamu dah tengok & rasa macam mana abah susah dulu & kamu sedang tengok abah usaha untuk naik semula..ikut cara abah..kena rajin baru boleh berjaya..
nak main boleh..nak lepak pun boleh..tapi mesti ada masa untuk belajar..untuk masa depan kamu..bukan untuk orang lain..kamu boleh buat.
18 November 2009
kena curi lagi....
salam...
adoih...lega rasanya boleh bertenet kembali..
alkisahnya...pencuri kabel talipon kembali lagi...nasib baik la tak sampai seminggu dah okay.masa first time kena curi dulu sampai sebulan lebih baru TM ganti..tension menunggu..harap2 lepas ni jangan la kena curi lg.kalau teringin nk curi jg p la ambik kt tempat lain..awat TM tak mo boh karan kt kabel depa..??baru padan muka pencuri tu.setakat tanam dlm tanah tu tak ke mana..malam2 depa p korek juga.
lupakan pasal pencuri..
well...ini gambar anak dara kenit saya yg siap dimekapkan oleh pengasuhnya..
gedik sungguh..tak padan dgn kecik.siap baca readers digest lagi tuuu..
macam la faham sgt...umie harap nabila jadi anak yg bijak selalu.
13 November 2009
Ular!!!!
teringat adik
mylife..episode 2.
first time saya belajar secara formal ialah masa umur 6 thn.tadika.tp kt kg jer.guna dewan org ramai.yg mengajar tu pun sedara.saya panggil dia mak ndak.sekarang dia buka kedai jahit baju kat tanah merah jitra.sorg lg cikgu tak ingat nama apa tp org kg tu jg.
biasalah kt tadika...belajar sikit.nyanyi dgn main yg banyak.tu yg saya suka.masa tu dah habis tadika takdak graduation pakai jubah2 segala mcm budak2 la ni.nk pakai jubah tunggu graduation uni jer.baru grand.
masa ni saya ada adik perempuan.2 tahun lebih muda.tapi adik saya tak sihat.cerebral palsy.masa tu mana tau istilah ni.orang kg cakap sakit lembik jer.sb tak leh jalan..baring kt tempat tido jer.takpun tidur buai.adik saya cantik.muka bujur,kulit cerah dgn rambut ikal..lebih kurang kakak saya yg no 2.dia selalu kena sawan.kesian mak saya.tiap2 kali adik sawan mak mesti menangis.kadang2 jadi masa bapa saya takdak kt rumah.mak lagi kalut.kalau bapa kt rumah sedara yg dekat2 mak lari pergi panggil.tinggal adik dgn kami kt rumah.saya tgk ja..mana reti nk buat apa.kecik lagi.
masa adik umur 5 thn dia kena kudis kt badan.teruk jg.lepas tu demam.bapa tak bawa ke klinik @ hospital sb kami miskin sgt masa tu.hosp jauh.adik meninggal kt rumah.saya ada di sebelah memerhati nafas terakhir adik saya tu.saya tak menangis pun.kakak2 saya menangis mungkin sb mereka lebih memahami.saya ikut jenazah ke kubur.tengok pengkebumian.itu kali pertama saya tengok bagaimana jenazah diuruskan.selepas itu baru saya terasa kehilangan adik saya itu.sepupu saya yang sebaya dengan adik saya pun selalu tercari2 bila datang ke rumah.siap panjat tangga..tanya..'kak cik ton mana?' nti mak saya jawab..'kak cik ton tak dak dah..'moga di akhirat nanti saya dapat melihat adik saya lg.
yg pasti mak saya sudah punya dua anak menanti di sana.sorang lagi abang sulung saya yg meninggal semasa dilahirkan.kelahiran abg saya ni sgt memberi kesan kepada bapa saya.maklum anak pertama.lelaki plk tu.lahir mati.bapa saya berkampung di hospital selama seminggu sb mak masih dirawat.kenapa?..saya tak pasti.seminggu makan minum tak terurus.mandi tak tentu.tido kt koridor hospital (zaman 60an nie)..sampai badan kurus.tumbuh jambang..org ingat peminta sedekah(ini bapa yang cerita).jadi bila kakak saya dilahirkan dia amatlah dimanjakan.tambah pula jarak dgn kakak ke 2 sejauh 6 thn.kakak ke 2 dgn saya beza 2 thn..so kakak ke dua tak manja sgt.tp saya rapat dgn kakak ke 2.dia beralah dan lembut sikit.kakak sulung sama angin dgn saya.mmg kami bergaduh memanjang.siap kutuk2 lg.sekarang ni jer yg okay.maklum dah berakal.
nanti sambung bab sekolah pulak..
12 November 2009
Bila Emergency
Pernah tak terfikir kita akan berada dalam keadaan yang memerlukan bantuan orang lain seperti kita pengsan/lemas/kena heart attack?
ada tak orang di keliling akan buat CPR untuk kita?
senang dipelajari tapi bukan senang nak buat kalau tengah panik.
NABILA KE KLINIK
muka macam orang sakit tak?
ada la sikit-sikit.tapi nabila bukan sakit apa pun.saja mai klinik nak tunjuk tocang dia kat umie.hari ni nabila kena duduk dgn bb sitter lg.
selalu abah yg jaga.tapi minggu ni abah start sibuk semula.banyak order nak kena settle.
so pagi2 nabila dah kena angkut p rumah bb sitter.sian..tengah sedap lena umie terpaksa
angkat masuk keta.bila dah masuk keta mana boleh tido lg dah.terbeliak biji mata.
mujur nabila ni baik.tak menangis.senang jaga.
muka macam amoi pulak...tak cukup tido..
takpa..satg sambung tido kt rumah kakak.
abah pulun kerja la ni sebab abah ada target baru..
dah gila kt benda alah ni pulak..
siap berangan nk kaler apa..(nak putih sb nak bg nmpk mcm moto polis)..
boh lampu kt mana..dah plan nk p konvoi plk tu...
man will always be a man...hmmm...layan jelah..
p/s..ayang..nanti konvoi avanza ayg jd marsyal naik moto..syg drive...ok dak?
11 November 2009
CONTEST - AKSI SI COMEL
Contest!!!contest!!!
yang ni contest aksi si comel by tintacomellote.
sila ke sini untuk dapatkan syarat2 penyertaan dan hadiah yg ditawarkan.
aksi si comel saya yg sangat suka beraksi tp jarang dapat capture..
salah satu yg sempat di cekup...
nama: nabila norfauziah
tarikh lahir: 1/9/2006
umur: 3 tahun 2 bulan+
aksi:yang ni kat perdana beach resort masa konvoi bulan 6 thn ni.
kat bilik resort kan ada pensil dgn memo pad...apa lagi.
sikecik ni pun dengan penuh perasannya ambil pensil tu & tulis-tulis kat kertas sambil
mata pandang2 kat atas...kononnya tengah fikir nak tulis apa ler tu..
kan kita kalau tgh fikir nak tulis apa kita pandang atas,ha..dia pun tiru jelah.
Idea saya untuk penaja memberi keistimewaan kepada pelanggan..
...dapatkan tarikh lahir pelanggan.setiap kali ulang tahun kelahiran mereka penaja boleh memberikan kad ucapan hari lahir sebagai tanda ingatan..bagi e card pun boleh.
kepada kawan2 semua..jom meriahkan contest ni.
penaja contest
1.http://comellotecollection.blogspot.com
2.http://muslimahonlineshop.blogspot.com
MomBloggersPlanet Cutest Baby In NATURE Contest
Contest lagi drp MOMBLOGGERS PLANET
Tema bulan November - CUTEST BABY IN NATURE
Untuk terma & syarat serta hadiah yang ditawarkan sila ke sini
pihak yang terlibat dalam contest ini:
1. MomBloggersPlanet contest page : http://www.mombloggersplanet.com/1899/cutest-baby-photo-contest-november-09/
2.PhotoBookMalaysia : http://www.photobook.com.my/
3.AliceWonders : http://www.alicewonders.com/
*
*
Ini gambar2 yang diambil semasa membawa anak2 berkelah/riadah
nama: nabila norfauziah mohd azam
tarikh lahir : 1.09.2006
pusing2 senaman kaki sebelum terjun kolam
kebaikan membawa kanak-kanak keluar beriadah & mengenali alam sekitar?
semestinya untuk menenangkan fikiran mereka setelah seharian terkurung di rumah...
kanak-kanak pun stress juga.
biarkan kanak-kanak meneroka alam sekitar mereka supaya bila dewasa mereka menghargai pentingnya memelihara persekitaran agar sentiasa bersih.
memberi ruang untuk ibu bapa menghabiskan masa bersama anak-anak dengan lebih ceria.
bagi anak istimewa seperti nabila ia adalah satu bentuk pembelajaran secara tidak langsung kerana bukan mudah untuk mengajar anak ini melalui buku.
oleh kerana itu kami sekeluarga sering mengadakan outdoor activity bersama anak-anak tak kiralah di mana...dan biasanya akan pergi bersama keluarga teman-teman.
Jutaan terima kasih kepada
Penaja BABY PHOTO CONTEST BULAN INI
10 November 2009
KAMPUNG OH KAMPUNG
hampir setiap hari kalau ada masa terluang fikiran saya pasti terimbau kpd kehidupan semasa kecil di kampung.saya sangat sukakan suasana itu.dan impian saya suatu hari nanti saya dapat kembali tinggal di sana.saya sudah siapkan rumah untuk itu walaupun belum pasti bila boleh menetap.sekali sekala kami pulang menjenguk.walaupun bukan di tapak asal rumah tempat saya membesar ia masih terletak di kg yg sama.di kelilingi pokok manggis yg telah berbuah dan saya menambah pokok rambutan dan mangga pula.rumah tempat saya dilahirkan & dibesarkan telah roboh dimakan usia kerana ditinggalkan tak berjaga (ada cerita pahit di sebaliknya).saya lebih suka kawasan rumah lama kerana terletak di tepi bendang/sawah..saujana mata memandang.kawasan udaranya juga menjadi laluan jet2 TUDM membuat latihan semasa saya kecil dulu.sekarang saya tak pasti mereka masih melalui kawasan itu @ tidak.walaupun tidak selalu tapi bila ada jet2 yg lalu di situ saya sungguh seronok.mereka bukan saja terbang rendah malah kadang2 terbang up & down...kejap tinggi kejap rendah.memang bising tp seronok.kawasan rumah saya memang luas.penuh dgn pokok buah2an.ada yg mmg di situ sejak saya lahir.ada yg ditanam oleh bapa saya.bapa saya mmg suka berkebun.segala macam pokok ditanamnya.semua menjadi.sekarang kalau musim buah dapat juga merasa hasil2 tanaman bapa saya tu.di ntara dua petak bendang yg paling hampir dgn rumah saya itu ada kawasan tanah yg agak luas.di kawasan ini bapa saya menanam pelbagai jenis sayur secara bergilir.jadi walaupun tak ad duit kami masih dapat makanan berkhasiat.sayur free.nak makan ayam sembelih jer ayam kt rumah..tapi nak tangkap ayam ni yg seksa.perlu kemahiran & kesabaran.beras pun free sebab ibu bapa saya tanam padi sendiri.saya pernah tengok ibubapa saya proses sendiri padi ni menjadi beras.sangat memenatkan..semua manual.
kehidupan saya semasa kecil sangat susah tapi alhamdulillah kami adik beradik jarang jatuh sakit.cuma yg saya ingat masa umur saya sekitar 5 thn saya mendapat jangkitan telinga yg teruk.bernanah tapi tak sakit.kerana miskin kami tak ke klinik.akhirnya jangkitan tu sembuh sendiri.semasa darjah satu saya dapat kudis2 pada tangan.orang kg panggil kudis buta.mujur tangan kiri.masih boleh ke sekolah dan boleh menulis.tp saya malu bila kawan2 tengok.jadi saya tutup dgn sapu tangan.waktu rehat kakak saya tolong belikan makanan di kantin.masa tu dia darjah 3.puas letak ubat biru tak mau hilang juga (ubat ni diambil dari van kementerian kesihatan yg masuk ke kampung2 untuk memberi ubat secara percuma..tp botol kena bawa sendiri..recycle).gatal sangat.ada nanah lagi.pagi2 sebelum ke sekolah saya rendam dgn teh kelat yg suam.kemudian letak tangan kat tepi api dapur bagi rasa bahang panas..(dapur kayu jer).akhirnya bapa saya bawa saya ke klinik yg paling dekat dgn rumah..naik basikal.nak tahu klinik apa?bukan klinik biasa tapi klinik haiwan..itu jer yg paling dekat..takdirNya saya sembuh.tak taulah doktor tu bg ubat apa.sejak tu saya tak pernah dapat kudis sampailah sekarang walaupun sering menyentuh pesakit kulit..mujarab kan ubat tu..hihi.selepas tu saya cuma kena demam biasa masa darjah 4.sepanjang sekolah rendah saya ponteng sekali saja pada hari sekolah & sekali masa tuisyen..masa tuisyen tu pun ponteng sebab teringin sangat nk ponteng bila tengok kawan2 lain tak datang sekolah.bukan sakit apa pun.masa menengah tak ponteng langsung sebab dok asrama.masa matrikulasi pun tak ponteng.tapi bila masuk medic bermulalah episod ponteng kelas tapi pilih2 subjek jg.
berbalik ke kisah zaman kanak2...banyak kenangan yg tak dapat saya lupa selagi ingatan masih baik..(ibu saya mengidap dementia/nyanyuk..mana tau satu hari saya mewarisi penyakit ini).salah satunya..masa umur sekitar 6 tahun saya telah mencederakan kawan sepermainan (budak lelaki yg lebih tua dr saya) dengan kapak.saya suka meniru perbuatan orang dewasa.jadi bila dapat kapak tu saya jadikan budak tu macam batang kayu..pernah tengok orang membelah kayu dgn kapak?budak tu baring terlentang.saya berdiri dgn mengadap bahagian kepala dia...angkat kapak & hayunkan ke kepala budak tu.nasib baik tak kuat.tapi berdarah jugalah kat dahi dia.kalau kuat mungkin dah arwah budak tu.saya dah tak ingat nama dia.tapi masa tu ibubapa tak campur sgt hal budak2.jadi takde adegan serang menyerang oleh ibubapa budak tu kpd ibubapa saya.kalau zaman sekarang masuk mahkamah agaknya.
........sambung kemudian...lenguh bahu dah.....
pokok durian jiran kt tepi rumah baru
suasana kampung yg sangat saya suka...
masa ni kenduri kawen sepupu tahun lepas.
03 November 2009
BIZ BARU
selamat malam..
sibuk sungguh minggu ni..dalam proses mengubahsuai kedai.clinic still going on as usual.cuma nk buat new biz.sangat besar harapan & doa moga biz baru ni menjadi dgn baik..what is it?tunggulah..nanti akan diceritakan.
lunch break pergi pilih tiles dgn kontraktor.then petang kemas2 barang yg ada dlm kedai tu..change biz so banyak nk kena bersihkan.kalau kedai kosong senang ler sikit.besok the renovation will begin.
tonite ??..rest jelah...tp tak boleh kot..banyak baju nk kena lipat.asyik basuh jer ..lipatnya tidak..hopefully si kenit nabila tak kacau.btw yesterday p beli tricycle kt dia.bukan main excited lg.dlm supermarket tu pun dah nak naik.siap2 jerit dlm trolley sb tak bg dia naik.balik rumah berkayuh sakan..actually tak pandai berkayuh lg..tolak dgn kaki kt lantai jer.takpun abg dgn kakak kena tolakkan..kehkehkeh.gambar dia..tak sempat snap lg..nantilah..will come soon.
31 October 2009
sakit hati...sedih..
salam...
sedih...frust...marah...panas hati.....macam2 rasa ada hari ni...bukan ari ni jer..start jumaat mlm lg.banyak sungguh ujian Allah bulan ni.
alkisahnya...jumaat lepas magrib hbby dtg tmpt keja.ajak balik tgk nabila sb dia cirit birit takmo berenti..sikit2 tapi berterusan.dok kt toilet ja..suka la dia bleh main air tp takleh basuh kt private part dia sb dah merah.so blik tgk.bawa ubt sekali.lap2 dia suh hbby bg pakai pampers.nk biar kt toilet tak kesudahnyer..bg minum ors + smecta..ada kot sekali sedut..pas tu reject.paksa pun tak jalan gak.yg kesiannya dia tak leh duduk / berjalan.berdiri jer kt satu tempat.kejab2 gelak..kejab2 nangis..terpaksa gak g keja.pk 9.30 balik dia masih berdiri kt ruang tamu.then member hbby dtg umah..sampai pk 12 mlm nabila still takmo duduk.tak bg susu dah..bg minum teh jer.bila kwn hbby blik saya nekad jer tukar pampers dia..meraung kesakitan la jawabnya..then hbby tidokan dia.terpaksa tdo menonggeng.sian nabila..tido pun tak lelap sgt.selit pendant kat dlm pampers dia sb takmo bg perut memulas..boleh la jg lena.tak berak2 lagi..
pagi sabtu (yesterday)..biasalah cuti..lambat sikit buka pintu depan.sekali buka jer nampak pagar terbuka luas..dlm hati terdetik dah..toleh kiri..sah..motor hbby lesap..waaa...!!!!..sedihnyer...kena kebas..moto baru setahun.beli cash lagi.walaupun EX5 jer tp sayang ooo..hbby jaga elok2..hitam berkilat..rim merelit..tak penah wat hal.plet no pun booking..sial punya pencuri..sib baik hbby baru bayar insuran.kalau tak langsung takleh claim.so satu hari tak wat keja lain..takde mood..then hbby sibuk uruskan hal moto tu..nabila plk tak ok sgt lg..letihnyer...
tinggal tempat parking jer...
petang alhamdulillah nabila tak cirit birit dah walaupun private part masih merah..bila tengok dia dah makan nasi..menari-nari..lari sana sini..lega rasanya..tp bab moto tu la..menitik air mata teringatkan nabila sb nabila suka sgt naik moto.hari2 mesti ajak abah ronda dgn moto..tinggal topi keledar jelah baby..nanti umie dgn abah ada duit lebih kita beli baru ok..
malam..keluar g beli pampers & susu baru kt nabila..tukar mamil plk.balik tu baru settle kain yg bertimbun kt bilik mandi.
sihat daaahhh...
ahad..kerja spt biasa...pk 10 lebih org yg sewa keta telefon bgtau keta takmo hidup..sib baik dia sempat parking..suruh hbby p tgk..panggil mekanik sekali..bateri kong plk dah..alahai...kena lagi..sabar jelah...
Ya Allah berikanlah aku kekuatan & kesabaran menghadapi ujianMu ini.moga yang lebih baik menjadi pengganti..amin.
P/S...hilang motor pun sedih bagai nak rak..macam manalah perasaan orang yang hilang anak...tak dapat dibayangkan..minta dijauhkan.
30 October 2009
gila stereng
lunch break kemarin temankan hbby ambik barang kt bkt minyak..kopi guarana cappuccino..kalau ada yg nk oder bleh jer.
bawak mek kenit ni sekali..sambil tunggu abah ambik barang nilah aktivitinya..
pantang tengok sit driver tu kosong.
senyum bangga dapat dok kat situ
loud speaker abah pun nak main gak
last2 jd talipon..
kadang2 seronok tgk dia meniru gaya kita drive.
rasanya kalau kaki sampai kt pedal dah boleh jalan keta ni.
mmg tak boleh ditinggal sorang2 dlm keta..sooo bahaya..
tunggu cukup umur okay...
ambik lesen then jadi drebar umie..boleh toyot??
29 October 2009
BERSALIN & DEWAN BEDAH
pagi tadi masa ronda2 blog terjumpalah satu kisah ttg bb yg mengalami birth asphyxia kerana cord prolapse.bb ni telahpun pergi mengadap Allah.bila membaca cerita ni saya teringat kembali masa2 saya bekerja di O&G dulu.cord prolapse adalah salah satu drp situasi emergency yg saya sentiasa berdoa sp tidak terjadi masa sy on call.alhamdulillah dimakbulkan Allah.
cord prolapse adalah situasi di mana umbilical cord (tali pusat baby) keluar terlebih dahulu semasa ibu sakit bersalin.kenapa ini bahaya?kerana bila cord keluar ia akan mengalami spasm sb suhu di luar rahim yg lebih sejuk.bila spasm (mengecut) bekalan oksigen kepada baby terganggu.baby akan lemas.jika lambat bertindak permanent brain damage boleh terjadi malah boleh menyebabkan kematian baby.ada prosedur yg boleh dilakukan sementara membawa ibu ke dewan bedah.ia antara perkara penting yang perlu diketahui & dipelajari oleh doktor sebaik bertugas di O&G.
kenapa ia berlaku?biasanya disebabkan kedudukan baby yg tidak betul seperti melintang atau songsang.kadang2 boleh dikesan semasa scan.tetapi kebanyakannya datang as emergency.baby mesti dilahirkan secara pembedahan secepat mungkin.ini adalah salah satu situasi di mana anda dapat melihat doktor berlari ke dewan bedah (OT).semasa HO saya pernah terserempak dgn MO saya yg berlari memanjat tangga.spontan saya bertanya..'Dr * what happened?' ringkas jer jawapannya..'cord prolapsed'.well understood.masa tu saya tak in charge OT.
tapi masa dah jadi MO saya pernah dapat kes cord prolapsed.alhamdulillah saya punyai back up nurse yang cekap & pantas untuk membantu dan alhamdulillah ia berlaku during office hour.baby selamat.sesuatu yang sangat mengecewakan seseorang doktor apabila melihat baby dilahirkan 'flat' (istilah yang bermaksud baby lemas & tidak bertindakbalas).sebab tu masa saya di O&G dulu saya sgt mudah decide untuk buat caeser.sedih tengok baby flat..sedih tengok ibu bapa baby yg kecewa.salah sorang kawan saya pernah tegur..'u ni suka sgt buat caeserlah'.saya tak kira..asalkan baby keluar sihat.saya puas hati.bukan nak cakap saya ni pandai ke hape.saya pun pernah buat salah dan kesilapan itu mengajar saya untuk bertindak lebih baik..
pengalaman pertama saya buat caeser ialah semasa MO.masa HO saya tak confident.cuma assist MO jer masa tu.bila dah naik jd MO kena buat jg.first case saya mmg suspen tp sb yang mengajar tu housemate rasa lega sikit.
few facts about my experience..just for sharing:
1.paling banyak saya buat caeser dlm sehari ialah 6 kes..
masa tu on call.dr 9 pagi sampai 2 ptg kat OT.
2.paling tak suka buat caeser untuk placenta praevia anterior..uri di bawah & bhg depan.
terlalu banyak bleeding..buat saya suspen..susah nak grab baby.
3.paling suka buat caeser utk kes poor progress..rasa macam senang jer.
4.paling suka dok kat OT sebab nilah tempat paling bersih kat hospital.
5.kalau buat operation katil patient tu kena setkan paling rendah & kena berdiri atas stool lg
sebab saya pendek @ comei.. hahaha..kalau tak takleh angkat baby keluar.
6.pernah assist pakar buat op masa hospital takde elektrik..
OT function guna back up generator.
mak aii...panas giler..kuyup dgn peluh sb aircond slow & lampu kt atas kepala tu pun panas.
7.suka masa pakai gaun OT yang hijau tu..ada caranya..siap pusing2 sb ada part yg kita tak boleh sentuh.kalau tgk kat drama tv banyak yg tipu.
walau apa pun secara umumnya bersalin biasa lebih rendah risiko untuk ibu dan baby.
p/s: kepada ibu yang hamil..moga selamat semuanya
kepada doctors..we do our best.
sekarang saya tak buat semua ni dah..harap2 janganla ada yang mai dok buat bersalin
emergency kat sini...
**gambar from google
Subscribe to:
Posts (Atom)