10 November 2009
KAMPUNG OH KAMPUNG
hampir setiap hari kalau ada masa terluang fikiran saya pasti terimbau kpd kehidupan semasa kecil di kampung.saya sangat sukakan suasana itu.dan impian saya suatu hari nanti saya dapat kembali tinggal di sana.saya sudah siapkan rumah untuk itu walaupun belum pasti bila boleh menetap.sekali sekala kami pulang menjenguk.walaupun bukan di tapak asal rumah tempat saya membesar ia masih terletak di kg yg sama.di kelilingi pokok manggis yg telah berbuah dan saya menambah pokok rambutan dan mangga pula.rumah tempat saya dilahirkan & dibesarkan telah roboh dimakan usia kerana ditinggalkan tak berjaga (ada cerita pahit di sebaliknya).saya lebih suka kawasan rumah lama kerana terletak di tepi bendang/sawah..saujana mata memandang.kawasan udaranya juga menjadi laluan jet2 TUDM membuat latihan semasa saya kecil dulu.sekarang saya tak pasti mereka masih melalui kawasan itu @ tidak.walaupun tidak selalu tapi bila ada jet2 yg lalu di situ saya sungguh seronok.mereka bukan saja terbang rendah malah kadang2 terbang up & down...kejap tinggi kejap rendah.memang bising tp seronok.kawasan rumah saya memang luas.penuh dgn pokok buah2an.ada yg mmg di situ sejak saya lahir.ada yg ditanam oleh bapa saya.bapa saya mmg suka berkebun.segala macam pokok ditanamnya.semua menjadi.sekarang kalau musim buah dapat juga merasa hasil2 tanaman bapa saya tu.di ntara dua petak bendang yg paling hampir dgn rumah saya itu ada kawasan tanah yg agak luas.di kawasan ini bapa saya menanam pelbagai jenis sayur secara bergilir.jadi walaupun tak ad duit kami masih dapat makanan berkhasiat.sayur free.nak makan ayam sembelih jer ayam kt rumah..tapi nak tangkap ayam ni yg seksa.perlu kemahiran & kesabaran.beras pun free sebab ibu bapa saya tanam padi sendiri.saya pernah tengok ibubapa saya proses sendiri padi ni menjadi beras.sangat memenatkan..semua manual.
kehidupan saya semasa kecil sangat susah tapi alhamdulillah kami adik beradik jarang jatuh sakit.cuma yg saya ingat masa umur saya sekitar 5 thn saya mendapat jangkitan telinga yg teruk.bernanah tapi tak sakit.kerana miskin kami tak ke klinik.akhirnya jangkitan tu sembuh sendiri.semasa darjah satu saya dapat kudis2 pada tangan.orang kg panggil kudis buta.mujur tangan kiri.masih boleh ke sekolah dan boleh menulis.tp saya malu bila kawan2 tengok.jadi saya tutup dgn sapu tangan.waktu rehat kakak saya tolong belikan makanan di kantin.masa tu dia darjah 3.puas letak ubat biru tak mau hilang juga (ubat ni diambil dari van kementerian kesihatan yg masuk ke kampung2 untuk memberi ubat secara percuma..tp botol kena bawa sendiri..recycle).gatal sangat.ada nanah lagi.pagi2 sebelum ke sekolah saya rendam dgn teh kelat yg suam.kemudian letak tangan kat tepi api dapur bagi rasa bahang panas..(dapur kayu jer).akhirnya bapa saya bawa saya ke klinik yg paling dekat dgn rumah..naik basikal.nak tahu klinik apa?bukan klinik biasa tapi klinik haiwan..itu jer yg paling dekat..takdirNya saya sembuh.tak taulah doktor tu bg ubat apa.sejak tu saya tak pernah dapat kudis sampailah sekarang walaupun sering menyentuh pesakit kulit..mujarab kan ubat tu..hihi.selepas tu saya cuma kena demam biasa masa darjah 4.sepanjang sekolah rendah saya ponteng sekali saja pada hari sekolah & sekali masa tuisyen..masa tuisyen tu pun ponteng sebab teringin sangat nk ponteng bila tengok kawan2 lain tak datang sekolah.bukan sakit apa pun.masa menengah tak ponteng langsung sebab dok asrama.masa matrikulasi pun tak ponteng.tapi bila masuk medic bermulalah episod ponteng kelas tapi pilih2 subjek jg.
berbalik ke kisah zaman kanak2...banyak kenangan yg tak dapat saya lupa selagi ingatan masih baik..(ibu saya mengidap dementia/nyanyuk..mana tau satu hari saya mewarisi penyakit ini).salah satunya..masa umur sekitar 6 tahun saya telah mencederakan kawan sepermainan (budak lelaki yg lebih tua dr saya) dengan kapak.saya suka meniru perbuatan orang dewasa.jadi bila dapat kapak tu saya jadikan budak tu macam batang kayu..pernah tengok orang membelah kayu dgn kapak?budak tu baring terlentang.saya berdiri dgn mengadap bahagian kepala dia...angkat kapak & hayunkan ke kepala budak tu.nasib baik tak kuat.tapi berdarah jugalah kat dahi dia.kalau kuat mungkin dah arwah budak tu.saya dah tak ingat nama dia.tapi masa tu ibubapa tak campur sgt hal budak2.jadi takde adegan serang menyerang oleh ibubapa budak tu kpd ibubapa saya.kalau zaman sekarang masuk mahkamah agaknya.
........sambung kemudian...lenguh bahu dah.....
pokok durian jiran kt tepi rumah baru
suasana kampung yg sangat saya suka...
masa ni kenduri kawen sepupu tahun lepas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Pengalaman zaman anak2 terlalu mahal & tak blh di beli lagi coz kampung dah byk melalui perubahan baik dari segi ekonomi, sosial & pembangunan. Kdg2 cerita dgn anak2 yg dulu2 berkelah tepi sawah bentang tikar bawah pokok mempelam pun diaorg tak leh imagine .. apatah lagi cerita lari2 kat sawah kutip padi kering time org memukul .. sbb diaorg cuma nampak mesin kutip padi jer
seronoknya baca kisah zaman kak ida masa kecik2 dulu..
mcm imah pulak dibesarkan dalam hutan rimba n kelapa sawit nun di pedalamn pahang...
hubby imah baca..dia kata...kisah2 kak ida ni ada la skit2 kena dgn cerita dia.. sebab hubby dibesarkan di dalam suasana bendang n getah.,.
kak ida... area kepala batas tu kan??
Ieda-saya pun dulu pernah membesar di kampung (part time) eheheh ini kerana cuti sekolah balik rumah tok di Penaga..camtu juga, tempat laluan kapal jet pejuang TUDM... bila musim mengail, ikut arwah pegi kail ikan di paya-paya.. dapat sepat, keli, puyu...
ehh nak blog jugak la pasal ni..rindu...
p/s ieda leh tak tulis guna perenggang..heheeh sy ni tak suka kalau baca blog org tulis tak berperenggan, kalau blog lain saya pangkah dah..tp blog ieda saya kena mai masuk baca gak, menarik... boh perenggan nooo..hiks.. sorry la... dulu masa saya mula tulis blog, ada org komplen kat saya sebab saya tulis tanpa perenggan, lama-lama baru tau, serabut tulis takder perenggan...
me...main aci sembunyi celah pokok padi pulut yang tinggi tu pun best gak.
imah..area2 tu jg.kalau ikut hway dr utara ke selatan sebelah kiri boleh nampak dua tangki ayaq atas bukit..tu lah kg saya.
pnut..timakasih sb sudi baca..akan kuturuti nasihatmu itu..hehe..sorilah sb bg pnut serabut.
Post a Comment