13 November 2009
teringat adik
mylife..episode 2.
first time saya belajar secara formal ialah masa umur 6 thn.tadika.tp kt kg jer.guna dewan org ramai.yg mengajar tu pun sedara.saya panggil dia mak ndak.sekarang dia buka kedai jahit baju kat tanah merah jitra.sorg lg cikgu tak ingat nama apa tp org kg tu jg.
biasalah kt tadika...belajar sikit.nyanyi dgn main yg banyak.tu yg saya suka.masa tu dah habis tadika takdak graduation pakai jubah2 segala mcm budak2 la ni.nk pakai jubah tunggu graduation uni jer.baru grand.
masa ni saya ada adik perempuan.2 tahun lebih muda.tapi adik saya tak sihat.cerebral palsy.masa tu mana tau istilah ni.orang kg cakap sakit lembik jer.sb tak leh jalan..baring kt tempat tido jer.takpun tidur buai.adik saya cantik.muka bujur,kulit cerah dgn rambut ikal..lebih kurang kakak saya yg no 2.dia selalu kena sawan.kesian mak saya.tiap2 kali adik sawan mak mesti menangis.kadang2 jadi masa bapa saya takdak kt rumah.mak lagi kalut.kalau bapa kt rumah sedara yg dekat2 mak lari pergi panggil.tinggal adik dgn kami kt rumah.saya tgk ja..mana reti nk buat apa.kecik lagi.
masa adik umur 5 thn dia kena kudis kt badan.teruk jg.lepas tu demam.bapa tak bawa ke klinik @ hospital sb kami miskin sgt masa tu.hosp jauh.adik meninggal kt rumah.saya ada di sebelah memerhati nafas terakhir adik saya tu.saya tak menangis pun.kakak2 saya menangis mungkin sb mereka lebih memahami.saya ikut jenazah ke kubur.tengok pengkebumian.itu kali pertama saya tengok bagaimana jenazah diuruskan.selepas itu baru saya terasa kehilangan adik saya itu.sepupu saya yang sebaya dengan adik saya pun selalu tercari2 bila datang ke rumah.siap panjat tangga..tanya..'kak cik ton mana?' nti mak saya jawab..'kak cik ton tak dak dah..'moga di akhirat nanti saya dapat melihat adik saya lg.
yg pasti mak saya sudah punya dua anak menanti di sana.sorang lagi abang sulung saya yg meninggal semasa dilahirkan.kelahiran abg saya ni sgt memberi kesan kepada bapa saya.maklum anak pertama.lelaki plk tu.lahir mati.bapa saya berkampung di hospital selama seminggu sb mak masih dirawat.kenapa?..saya tak pasti.seminggu makan minum tak terurus.mandi tak tentu.tido kt koridor hospital (zaman 60an nie)..sampai badan kurus.tumbuh jambang..org ingat peminta sedekah(ini bapa yang cerita).jadi bila kakak saya dilahirkan dia amatlah dimanjakan.tambah pula jarak dgn kakak ke 2 sejauh 6 thn.kakak ke 2 dgn saya beza 2 thn..so kakak ke dua tak manja sgt.tp saya rapat dgn kakak ke 2.dia beralah dan lembut sikit.kakak sulung sama angin dgn saya.mmg kami bergaduh memanjang.siap kutuk2 lg.sekarang ni jer yg okay.maklum dah berakal.
nanti sambung bab sekolah pulak..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment