Showing posts with label my life. Show all posts
Showing posts with label my life. Show all posts

30 January 2011

ELLA JADI CIKGU?

salam..
cuba teka yg di tengah2 tu sapa?
kawan?
bukannnn
senior??
bukannnn
abis tu?
kakak kandung??
bukannnn...
tengok kaler lah..beza kan?
dia adalah....
*
*
*
*
*
cikgu yg paling rapaaatttt dgn kami.
ni pun masa matrik satu.
tapi dia tak ajar kami.ni cikgu BI matrik UKM (kami USM).
housemate dia adalah cikgu BI kami & cikgu bio matrik UKM.
tiga2 kepala gelewaq.best sgt kawan dgn cikgu2 3 org ni esp yg dlm gambaq nilah.
selalu lepak kat rumah depa esp bila takdak ayaq kat hostel.kdg2 weekend tidoq kat situ.

kami panggil dia ella...takdak nak panggil cikgu ke miss ke..just simply ella & dia pun tak kisah.
puncanya masa mula2 nampak dia rambut dia curly & kembang sikit..so masa dia jalan dari tepi muka nampak macam ella penyanyi tu.
pastu ada sekali dia cakap dgn kami..
"eh uols...hari tu I p KL jumpa Ella dgn kakak dia....OMG!!!....she's sooooo beautiful..her skin is so nice.uol jgnla panggil I ella...buat malu I ja.."
tapi tak sapa peduli...still panggil dia ella.
nama sebenar dia langsung takdak bunyi ella..
*
*
*
*
miss u ela...
& u too my dear fren.

p/s: anybody kenal this lady?dah loss contact..
      also the other two teachers...ms aida & miss roslinah...must be moms now.

29 January 2011

PERNAH MENIPU TAK??

salam..
jumpa gambar ni masa belek album.
tak scan pun just capture terus dgn kamera.

gambar zaman sekolah.kat McD Komtar.masa matrik 1.keluar dgn my BFF (ME tau la sapa kan).perasan tak beg besaq tu?yg tepi saya tu beg dia..kat depan saya adalah beg saya lahhh...agak2 apa yg ada dalam beg tu sampai nampak sendat mcm tu?buku???oh tidak...sekolah kat kulim.pi komtar nak jalan2 takkan bawa buku.
isi beg2 kami tu adalah uniform maktab kami...hehehe..

kisahnya....
kami kononnya nak keluar pakai baju biasa.sekali masa pi jumpa warden (ustaz) utk sign kad keluar maktab kena tegur dgn warden tu..
"kenapa pakai baju biasa?"
"sajalah ustaz"
"tak boleh...pi tukaq pakai baju maktab dulu"
"ala...bolehla ustaz"
"tak boleh...tak tukaq baju saya tak sign"
mmmmm...nak kata apa lagi..panjat bukit balik asrama tukaq pakai uniform la.

kami nak tengok wayang sebenarnya.mmg itulah aktiviti kami 2 org kalau pi penang.gila wayang sungguh.takkan nak pakai uniform masuk panggung.so sumbat ja baju biasa dalam beg.dalam hati suspen gak kot2 ustaz cek beg masa sign kad.sib baik dia tak buat macam tu.so sampai ja kat Komtar pi toilet tukaq bajulah jawabnya.sementara nak tunggu wayang start lepak2 kat McD dulu.

masa balik takdak masalah dah.pakai baju biasa pun takpa sb tak lalu rumah warden.kad ambik kat guard ja.pak guard sporting2..no hal.almaklum my BFF tu best student..semua org kenal.....budak baik..hihi
sapa kata best student tak buat hal????

p/s...ada sekali lagi kami buat propa kat cikgu semata2 nak pi penang tgk wayang....

23 January 2011

BEST KE SEKOLAH ASRAMA??

salam..
beberapa hari lepas saya ternempak dlm paper berita yg mengatakan anak2 yg memohon ke MRSM dah boleh semak nama2 mereka.saya baca tajuk ja sb tak berkaitan dgn saya pun.khabarnya pengambilan pelajar tingkatan 1 akan dibuat pada bulan Februari.secara peribadi saya mmg tak setuju dgn pengambilan lewat ni.bayangkan anak2 ni (ibubapa sebenarnya) telah mengeluarkan belanja yg bukan sedikit untuk kemasukan anak ke tingkatan 1 di sekolah biasa pd awal Januari.tiba2 bulan Februari dapat MRSM plk.semua uniform sekolah biasa dah tak boleh guna.kena keluar belanja sekali lagi untuk buat uniform baru.bukankah itu pembaziran?budak2 plk kena sesuaikan diri dgn suasana baru sekali lagi.apakah sebabnya kemasukan ini dilewatkan, saya tidak pasti.

dulu,kami masuk MRSM pada bulan Januari.walaupun tarikhnya lewat sedikit drp pendaftaran sekolah biasa tapi pengesahan ke MRSM tu dah dapat masa cuti hujung tahun.maka tak perlulah ibu bapa buat kerja 2 kali.
ingat lagi..16 JANUARI 1982.....
hari pertama di MRSM...menjadi warga GEN2 Kulim.masa hari pendaftaran bergema dewan dgn lagu2 Alleycats.bila balik rumah parents saya takleh dengar lagu2 tu sb teringat kat saya....syahdu..
masa tu saya susah.pergi sekolah pun sewa kereta org lain (sedara kat kampung).yang tak bestnya family saya tinggalkan saya kat sekolah tu masa saya tgh beli buku dgn senior yg ditugaskan utk jaga saya...huhu...sedih ooo bila habis beli buku,turun tingkat bawah tgk depa dah takdak.no salam2 bagai.senior yg ada kat situ cakap my family dah balik...geram + sedih.tapi tahan la...no cry2.tp saya faham depa buat mcm tu sb depa tak sanggup nak pisah dgn anak bongsu depa nih...maklumlah tak pernah berpisah sebelum tu.

maka bermulalah hidup berdikari di asrama.form 1 saya kat asrama Mahsuri...dorm ke 2.satu bilik ada12 org.campur...form 1 sampai form 5.budak lelaki satu asrama satu form.minggu pertama adalah minggu orientasi.buli muli toksah cakapla...memang kena.tapi lepas seminggu tu, those yg tukang buli tu adalah our closest sisters.abang2 pun ada gak tukang buli..depa ni buli sampai habis tahun..tension betoi!!

sistem pembelajaran seperti biasa cuma masa tu cuti hanya 2 kali setahun.cuti pertengahan & hujung tahun.setiap semester ada semester break selama seminggu tapi tak boleh balik sebab ada aktiviti.hujung minggu atau cuti2 umum lain tu bolehla balik.saya jarang2 balik kg.tunggu cuti semester ja.mana ada duit nak ulang2 walaupun dalam satu negeri.
bab duit..dapat biasiswa.RM30 sebulan..cukupla nak keluar pekan beli2 apa yg patut.setakat makanan hari2 tu dah ada yg free kat dewan makan.sehari 6 kali makan..cukup kenyang dah walaupun kdg2 tak ambik sebab tak sedap.
masa form 1....poyo ja..
girls..peye,faiezah,huda,tina,ailin,saya,yati,ani & nida
guys..razak,hijam,rosli,arwah fuzi,wanman,fazil,arwah lokman,_(sesungguhnya tak ingat nama dia ni...ampun),pian,nazrin,hisyam,fazli.

cikgu2..biasalah..ada yg best ada yg kurang.tapi yg kurang tu bukan sebab garang dsb tapi sebab cara pengajaran ja.warden biasalah.mana ada warden yg tak garang kan?tapi warden perempuan ok sikit.yg lelaki mmg 'real'lah garang depa.padanlah dgn budak2 lelaki tu yg nakalnya sampai terover2 (tak semualah).
mulai form 2 kami dah diasingkan asrama mengikut tingkatan.asrama saya betul2 kat sebelah rumah warden.ntah berapa kali kami kena aimbush dgn warden sb bising.maklumlah form 2...honeymoon year.

masa form 4 kelas dirombak sebab ikut subjek utk SPM.kemudian lepas percubaan SPM sekali lg kelas dirombak mengikut result percubaan itu.lepas rombakan ni yg tak best sebab ada member2 yg kecik hati takmo kawan..mulalah keluar ayat2 "sapalah kami ni...hampa kelas elok..."..memang tak best sb sebelum tu semua kelas adalah sama rata.tak ikut pencapaian pelajaran.yg brilliant & yg biasa2 semua campur sekali.mujurlah tempoh percubaan dgn SPM tu pendek ja.

masa SPM..biasa la..mcm org lain jg.study kat library..kat depan TV..hihi..tension la ngadap buku ja.tapi paper last..add maths ditunda seminggu sb pantai timur banjir.masa dengar pengumuman tu ...waktu malam...terjerit bebudak form 5 ni..kamilah...sapa tak happy dapat extra time..kakak2 matrik kat hostel sebelah dah risau ingatkan kami kena histeria..hahaha...GEN2 tak mainlah histeria2 ni..semua kepala weng2.tapi dapat extra time pun saya tak score pun add maths..cukup makan ja.

lepas menengah saya kat situ utk setahun lagi..matrikulasi.asrama atas bukit...best.nyaman.tapi nak pi dewan makan seksalah..lepas makan balik asrama dah lapar balik sebab panjat tangga yg tak rendah.

untuk 6 tahun di sana secara keseluruhannya..
it was the wonderful years in my life.great teachers...cool friends....nice seniors...fine juniors.
I learnt a lot.not just academic but also survival.and the best of all is GEN2 is still close among each others.
HAPPY 29th ANNIVERSARY..
2012 will be our 30th....planning for the best gathering.

dalam kelas prep...form 2.

09 April 2010

HALAL KE APA YANG KITA MAKAN???

salam...
di bawah adalah petikan dari Harian Metro hari ini..
baca dan fikirkanlah...

KUALA LUMPUR: Meloyakan dan tidak sepatutnya berlaku apabila ada segelintir peniaga ayam tempatan bertindak menjual ‘ayam lemas’ kepada pelanggan Islam walaupun menyedari ia meragukan dan boleh dianggap sebagai bangkai.
Kewujudan ayam lemas itu didedahkan berikutan penemuan tiga tong penuh berisi air yang digunakan peniaga ayam untuk melemaskan ratusan ayam dalam satu pemeriksaan mengejut di Pasar Sentul di sini, awal pagi semalam.



Lebih menjijikkan apabila peniaga turut sengaja mencampakkan puluhan ayam yang baru disembelih ke lantai berlumut sebelum dijual kepada orang ramai.


Tindakan yang disifatkan tidak bertanggungjawab itu dibongkar selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan pemeriksaan di pasar berkenaan.


Sumber berkata, operasi bermula jam 4 pagi itu disasarkan ke kawasan pasar terbabit bagi menilai tugas penyembelihan ayam selain memastikan ia mengikut hukum syarak serta halal sebelum dijual kepada pengguna Islam.

berita selanjutnya sila ke http://www.hmetro.com.my/


gambar sekadar hiasan..


Teringat masa kecik2 dulu kat kg.kalau nak makan ayam tangkap ja ayam kt rumah then bapa akan sembelih sendiri.nak tangkap ayam kampung yg berkeliaran tu bukan senang walaupun ayam yang kita pelihara sendiri.jadi bila dah dapat mmg tak sabar2 nak suruh mak masak.

ada satu hari tu dapat tangkap 3 ekor.maka tersangatlah excitednya saya suruh bapa sembelih cepat2.spt biasa mak akan tolong pegang ayam tu.halaman belakang rumah saya tu kat tepi sawah.jadi ada satu parit kecil yang pisahkan tanah laman dgn sawah padi.bapa saya mmg suka sembelih kt belakang rumah.lepas bapa sembelih leher ayam tu mak akan letak ayam kat tanah.

ntah macam mana ayam yg pertama tu (kebetulan yg paling besar) boleh mengepak2 dgn kuat sampai termasuk dlm parit kecil tu.parit tu mmg ada air.bapa saya bisinglah.dia cakap ayam tu kena buang.tak boleh makan...saya pun mulalah sibuk tanya apasal takleh makan..kan dah sembelih?bapa cakap sebab dia masuk dlm air.mmg saya tak puas hati.saya kata..mana aci....takkan nak buang.sayanglah.ayam tu besar..last2 kena marah dgn bapa saya..hehe..dia cakap ayam tu mati sebab lemas.bukan sebab sembelih.mmg haram.takleh makan....padan muka saya...sib baik ada dua ekor lagi.

peristiwa ni berlaku masa saya sekolah rendah tapi tetap saya ingat sebab ia adalah satu ilmu yg saya dapat secara praktikal.

zaman sekarang ni semua kena beli..bila ada kejadian mcm ni mulalah rasa was2..saya ok lagi sb lebih suka ikan tapi hbby adalah penggemar ayam sejati...cemana ni????

13 November 2009

teringat adik

mylife..episode 2. first time saya belajar secara formal ialah masa umur 6 thn.tadika.tp kt kg jer.guna dewan org ramai.yg mengajar tu pun sedara.saya panggil dia mak ndak.sekarang dia buka kedai jahit baju kat tanah merah jitra.sorg lg cikgu tak ingat nama apa tp org kg tu jg. biasalah kt tadika...belajar sikit.nyanyi dgn main yg banyak.tu yg saya suka.masa tu dah habis tadika takdak graduation pakai jubah2 segala mcm budak2 la ni.nk pakai jubah tunggu graduation uni jer.baru grand. masa ni saya ada adik perempuan.2 tahun lebih muda.tapi adik saya tak sihat.cerebral palsy.masa tu mana tau istilah ni.orang kg cakap sakit lembik jer.sb tak leh jalan..baring kt tempat tido jer.takpun tidur buai.adik saya cantik.muka bujur,kulit cerah dgn rambut ikal..lebih kurang kakak saya yg no 2.dia selalu kena sawan.kesian mak saya.tiap2 kali adik sawan mak mesti menangis.kadang2 jadi masa bapa saya takdak kt rumah.mak lagi kalut.kalau bapa kt rumah sedara yg dekat2 mak lari pergi panggil.tinggal adik dgn kami kt rumah.saya tgk ja..mana reti nk buat apa.kecik lagi. masa adik umur 5 thn dia kena kudis kt badan.teruk jg.lepas tu demam.bapa tak bawa ke klinik @ hospital sb kami miskin sgt masa tu.hosp jauh.adik meninggal kt rumah.saya ada di sebelah memerhati nafas terakhir adik saya tu.saya tak menangis pun.kakak2 saya menangis mungkin sb mereka lebih memahami.saya ikut jenazah ke kubur.tengok pengkebumian.itu kali pertama saya tengok bagaimana jenazah diuruskan.selepas itu baru saya terasa kehilangan adik saya itu.sepupu saya yang sebaya dengan adik saya pun selalu tercari2 bila datang ke rumah.siap panjat tangga..tanya..'kak cik ton mana?' nti mak saya jawab..'kak cik ton tak dak dah..'moga di akhirat nanti saya dapat melihat adik saya lg. yg pasti mak saya sudah punya dua anak menanti di sana.sorang lagi abang sulung saya yg meninggal semasa dilahirkan.kelahiran abg saya ni sgt memberi kesan kepada bapa saya.maklum anak pertama.lelaki plk tu.lahir mati.bapa saya berkampung di hospital selama seminggu sb mak masih dirawat.kenapa?..saya tak pasti.seminggu makan minum tak terurus.mandi tak tentu.tido kt koridor hospital (zaman 60an nie)..sampai badan kurus.tumbuh jambang..org ingat peminta sedekah(ini bapa yang cerita).jadi bila kakak saya dilahirkan dia amatlah dimanjakan.tambah pula jarak dgn kakak ke 2 sejauh 6 thn.kakak ke 2 dgn saya beza 2 thn..so kakak ke dua tak manja sgt.tp saya rapat dgn kakak ke 2.dia beralah dan lembut sikit.kakak sulung sama angin dgn saya.mmg kami bergaduh memanjang.siap kutuk2 lg.sekarang ni jer yg okay.maklum dah berakal. nanti sambung bab sekolah pulak..

10 November 2009

KAMPUNG OH KAMPUNG

hampir setiap hari kalau ada masa terluang fikiran saya pasti terimbau kpd kehidupan semasa kecil di kampung.saya sangat sukakan suasana itu.dan impian saya suatu hari nanti saya dapat kembali tinggal di sana.saya sudah siapkan rumah untuk itu walaupun belum pasti bila boleh menetap.sekali sekala kami pulang menjenguk.walaupun bukan di tapak asal rumah tempat saya membesar ia masih terletak di kg yg sama.di kelilingi pokok manggis yg telah berbuah dan saya menambah pokok rambutan dan mangga pula.rumah tempat saya dilahirkan & dibesarkan telah roboh dimakan usia kerana ditinggalkan tak berjaga (ada cerita pahit di sebaliknya).saya lebih suka kawasan rumah lama kerana terletak di tepi bendang/sawah..saujana mata memandang.kawasan udaranya juga menjadi laluan jet2 TUDM membuat latihan semasa saya kecil dulu.sekarang saya tak pasti mereka masih melalui kawasan itu @ tidak.walaupun tidak selalu tapi bila ada jet2 yg lalu di situ saya sungguh seronok.mereka bukan saja terbang rendah malah kadang2 terbang up & down...kejap tinggi kejap rendah.memang bising tp seronok.kawasan rumah saya memang luas.penuh dgn pokok buah2an.ada yg mmg di situ sejak saya lahir.ada yg ditanam oleh bapa saya.bapa saya mmg suka berkebun.segala macam pokok ditanamnya.semua menjadi.sekarang kalau musim buah dapat juga merasa hasil2 tanaman bapa saya tu.di ntara dua petak bendang yg paling hampir dgn rumah saya itu ada kawasan tanah yg agak luas.di kawasan ini bapa saya menanam pelbagai jenis sayur secara bergilir.jadi walaupun tak ad duit kami masih dapat makanan berkhasiat.sayur free.nak makan ayam sembelih jer ayam kt rumah..tapi nak tangkap ayam ni yg seksa.perlu kemahiran & kesabaran.beras pun free sebab ibu bapa saya tanam padi sendiri.saya pernah tengok ibubapa saya proses sendiri padi ni menjadi beras.sangat memenatkan..semua manual. kehidupan saya semasa kecil sangat susah tapi alhamdulillah kami adik beradik jarang jatuh sakit.cuma yg saya ingat masa umur saya sekitar 5 thn saya mendapat jangkitan telinga yg teruk.bernanah tapi tak sakit.kerana miskin kami tak ke klinik.akhirnya jangkitan tu sembuh sendiri.semasa darjah satu saya dapat kudis2 pada tangan.orang kg panggil kudis buta.mujur tangan kiri.masih boleh ke sekolah dan boleh menulis.tp saya malu bila kawan2 tengok.jadi saya tutup dgn sapu tangan.waktu rehat kakak saya tolong belikan makanan di kantin.masa tu dia darjah 3.puas letak ubat biru tak mau hilang juga (ubat ni diambil dari van kementerian kesihatan yg masuk ke kampung2 untuk memberi ubat secara percuma..tp botol kena bawa sendiri..recycle).gatal sangat.ada nanah lagi.pagi2 sebelum ke sekolah saya rendam dgn teh kelat yg suam.kemudian letak tangan kat tepi api dapur bagi rasa bahang panas..(dapur kayu jer).akhirnya bapa saya bawa saya ke klinik yg paling dekat dgn rumah..naik basikal.nak tahu klinik apa?bukan klinik biasa tapi klinik haiwan..itu jer yg paling dekat..takdirNya saya sembuh.tak taulah doktor tu bg ubat apa.sejak tu saya tak pernah dapat kudis sampailah sekarang walaupun sering menyentuh pesakit kulit..mujarab kan ubat tu..hihi.selepas tu saya cuma kena demam biasa masa darjah 4.sepanjang sekolah rendah saya ponteng sekali saja pada hari sekolah & sekali masa tuisyen..masa tuisyen tu pun ponteng sebab teringin sangat nk ponteng bila tengok kawan2 lain tak datang sekolah.bukan sakit apa pun.masa menengah tak ponteng langsung sebab dok asrama.masa matrikulasi pun tak ponteng.tapi bila masuk medic bermulalah episod ponteng kelas tapi pilih2 subjek jg. berbalik ke kisah zaman kanak2...banyak kenangan yg tak dapat saya lupa selagi ingatan masih baik..(ibu saya mengidap dementia/nyanyuk..mana tau satu hari saya mewarisi penyakit ini).salah satunya..masa umur sekitar 6 tahun saya telah mencederakan kawan sepermainan (budak lelaki yg lebih tua dr saya) dengan kapak.saya suka meniru perbuatan orang dewasa.jadi bila dapat kapak tu saya jadikan budak tu macam batang kayu..pernah tengok orang membelah kayu dgn kapak?budak tu baring terlentang.saya berdiri dgn mengadap bahagian kepala dia...angkat kapak & hayunkan ke kepala budak tu.nasib baik tak kuat.tapi berdarah jugalah kat dahi dia.kalau kuat mungkin dah arwah budak tu.saya dah tak ingat nama dia.tapi masa tu ibubapa tak campur sgt hal budak2.jadi takde adegan serang menyerang oleh ibubapa budak tu kpd ibubapa saya.kalau zaman sekarang masuk mahkamah agaknya. ........sambung kemudian...lenguh bahu dah..... pokok durian jiran kt tepi rumah baru suasana kampung yg sangat saya suka... masa ni kenduri kawen sepupu tahun lepas.