SENANG CARI

29 April 2012

UNTUNGNYA BERJIRAN DENGAN RUMAH CONTOH

salam..
sejak malam tadi FB penuh dgn kisah2 pemBERSIHan.....
rimas...malas nak baca.

mood...tak sabar tunggu Selasa...cuti kan...nak lepak kat rumah tengok pokok.hari Sabtu tak puas belek sebab my sis datang & petang MIL ajak temankan pi town.
rumput kat laman dah nak jadi hutan semula sebab kerap hujan.

tapi Sabtu hari tu terperasan kat belakang rumah ada rumput karpet yg tumbuh dgn subur.coveragenya pun agak luas.rupanya dah kerap hujan ni,rumput karpet dari rumah belakang dah menjalar ke rumah saya.rumah belakang tu adalah rumah contoh dulu.
alhamdulillah...tak payah susah2 nak beli rumput lagi...jaga yang tu ja.
rumput sekarang ni pun mahal juga.kebetulan juga rumput tu sama jenis dgn yg saya tanam se'toit' kat bahagian depan.
bila dah banyak nanti bolehla ubah2 ke depan juga.
rezeki Allah dari bumi ni...



27 April 2012

HILANG LAGI

salam..
lagi kes penculikan.


berita dari METRO ONLINE & posting FB.







semoga keprihatinan rakyat Malaysia dapat menjejaki kanak-kanak ini.
moga dia ditemui dalam keadaan selamat.
BERSIHkanlah jiwa kita wahai rakyat Malaysia.
kepada keluarganya....sabar & tabah hendaknya dalam menhadapi ujian.


SAKIT

salam..


antara penyakit betul dan penyakit "gangguan"...
kadang2 mengelirukan.


kebiasaannya saranan saya...
check dulu..
boleh usaha cara lain pada masa yg sama.

***kat kelantan dulu ada bomoh buat rawatan dalam wad***

26 April 2012

DAH REMAJA

salam...


kisah kewanitaan sikit hari ni..
bagaimana ibu2 menerangkan ttg 'period' pertama kepada anak2 perempuan mereka?


anak dara kami baru ja sampai ke alam remaja ni..pada usia menghampiri 14 tahun.dia relax ja...alhamdulillah tak dak sakit perut atau sakit2 pinggang.cuma seminggu sebelum tu saya perasan ada jerawat besar kat hidung dia.
nurul tak panik sebab saya dah cerita kat dia ttg period ni sejak tahun lepas lg.awal tahun ni saya dah pesan siap2 kat dia supaya tiap2 hari bawa pad ke sekolah sebab kita tak tahu bila masanya akan tiba.tambah plk dia ada cerita yg kawannya tetiba period kali pertama kat sekolah..habis stain kat baju.kebetulan pula mmg dia start kat sekolah.lagipun saya rasa dia dah bersedia sebab ramai kawan2 yg dah jalan dulu....mak sedara dia pun dah dapat juga (sama umur).pengalaman2 depa ni buat dia tidak gelabah.


zaman sekarang ni memang bebudak boleh dapat macam2 info dari luar tapi pada saya adalah elok kalau kita dapat ceritakan sendiri sedikit sebanyak kepada mereka.yang paling penting ialah dari segi kebersihan.bila nak tukar..macam mana nak cuci dsb.pernah jumpa orang buang pad gitu2 ja kat tandas2 awam...tak dibersihkan pun.tak taulah orang tu agama apa tapi umumnya kebersihan adalah amalan semua agama.air paip ada..cucilah.bukan lama sangat pun.


cuma sekarang ni terfikir bila sampai masa nabila nanti..harap2nya dia cukup cerdik untuk menjaga diri pada masa tu.






***pernah dapat satu patient (bangsa lainla) yg menangis bila dapat first period dia...sedih gitu.pasal apa tak tau la plk***


***kita dulu belajar sendiri2 ja dgn kakak2...mak tak cerita pun***


25 April 2012

JAMBATAN GIGI

salam..


baru hari ni dengar tentang "jambatan gigi"....ie....bridging.
memang jakun la saya ni...mentang2 tak minat dentistry.
tapi itulah kebaikannya kerja saya ni...jumpa macam2 golongan masyarakat & dapat juga ilmu dari mereka.
tadi ada patient datang utk rawatan sebab sakit lepas buat bridging giginya.
pulun la saya belek bridgenya tu...(hahaha...perak buih).
sempat jugak la tanya apa ke bendanya bridging tu.


dah nak balik kerja ni..nanti kita cerita bab bridging ni.saya pun nak kena cari info jugak.baru baca sikit ja.tak confident nak tulis lagi.


22 April 2012

URUT

salam..
selamat berhari minggu.
cuti hujung minggu saya semalam telah dihabiskan di Hatyai & Danok.
biasalah..beli barang & makan2.
sempat juga massage kat Hatyai..dah lama nak try tapi tak berkesempatan.
best la jugak..tak sakit macam foot massage kat Penang dulu tu.
memula massage kaki..pastu tangan...belakang..leher...legaaaa....
RM 40 utk sejam setengah.


20 April 2012

KAMUS NABILA

salam...


eh!!??!!
apasal rupa lain plk page nak tulis entry ni?
tapi...lawa la jugak...


anyway...
hari ni nak tulis kamus nabila sikit....idea abahnya la ni.suh buat entry ttg perkataan2 nabila.


akum   =  assalamualaikum
kum alam =  waalaikumsalam
acih baba =  terima kasih (baba tu mai mana tah)
ama-ama  =  sama-sama
adi   =  mandi
apers  =  pampers
ala  =  tuala
aju  =  baju
apan ujuh = duit
kakan  = makan
num  = minum
ayam  = air,ayam
lok  = lauk
cucu  = susu
kaker  = pen @ pensil
aku  = buku
agu  = cikgu
mamuk  = nyamuk
mamut  = semut
lalalat  = lalat
babele  = kucing (asal dari nama kucing kat rumah...bolen)
kap  = cakap
apat  = lipat
wiwi  = tv
apau  = melampau
we we  = polis,ambulans,bomba (semua yg ada siren) & motor
alan-alan  = jalan-jalan
angan  = tangan
kim  = aiskrim
min  = main
acik  = nasi
angi  = wangi
maka =  muka
anga = telinga
yak  =  teriak @ menangis
uk uk = berak
cicin  =  kencing
mamam  =  demam
atit  = sakit
manaih  =  panas
manat  =  penat




ada banyak lagi tp tak berapa nak ingat.
kalau sebut satu2 perkataan mmg boleh faham.tapi kalau dia bercerita.....gelak je lah..



19 April 2012

GODAAN DUNIA

salam..


kenapa dgn hari ni?sunyi sungguh....soooo quiet.
jalan depan ni pun macam aman damai ja.


dok melayan blog tetiba member call...
"dr...ada diskaun best ni.."
"apa dia?"
"SANTA FE la......diskaun 10 ribu.kereta 2011."
adehhh!!!!!!!
menggoda sungguh la depa ni.


budget sangat ketat la ni laaaa.......


uols dah test drive SANTA FE?
try la..
best bangatttt...



18 April 2012

MINAT BARU

salam...


tetiba berminat untuk mengorek cerita MAHSURI.
menarik...
tapi baru baca satu artikel.
ada baaanyaaakkk lagi.



16 April 2012

PENGACARA CUBA BUNUH DIRI

salam...

terperanjat baca ni kat YAHOO..
saya jarang tgk TV jadi tak tau nama pengacara ni..



harap dia insaf & cepat sembuh.
cuba cari alternatif lain utk mengurangkan tekanan.
semua orang ada masalah tapi bunuh diri bukan penyelesaiannya.


***kes doktor pelatih ditemui mati semasa bertugas pun belum settle lagi rasanya***



RETRO

salam..


kalau jalan2 @ meronda,jalan mana yg uols suka ikut?highway ka jalan biasa?
saya suka jalan biasa sebab pemandangan lebih cantik.
suka sangat kalau melalui kawasan perkampungan terutamanya di negeri2 lain selain drp Kedah.suka tengok bentuk2 rumah & landscape.aman ja rasa.


tiap2 negeri ada bentuk rumah yg berbeza2..suka tengok rumah2 lama (papan) dgn gaya tradisi masing2.


baru-baru ni masa meronda kat Perlis nampak beberapa rumah lama macam ni.


tau tak yg dalam bulatan merah tu apa?
itu dipanggil para-para (org Kedah sebut para ja).
teringat bentuk rumah masa kat kampung dulu.
para adalah struktur yg wajib ada di bahagian dapur.tempat meletakkan segala pinggan mangkuk dan juga barang2 untuk bancuh air.kalau para ni luas boleh juga buat tempat letak lauk pauk yang tak habis dimakan.dulu2 kan makan kat lantai ja.lepas makan angkat letak kat para,tutup dgn tudung saji.
ada juga yg buat para bertingkat.tingkat paling atas biasanya dibuat tempat simpanan barang2 seperti periuk,kuali dan sebagainya.barang2 yg agak jarang digunakan.
rumah saya dulu para setingkat ja.maklumlah,orang susah.takdak banyak barang yg nak disimpan.
bahayanya para yg rendah ni ialah kalau kita main kat luar.lari2 kat belakang rumah.kalau tak hati2 memang kepala boleh terhantuk kat bucu para tu.


rasanya suatu hari nanti anak2 kita tak akan dapat bayangkan apa itu para-para (pari-pari semua tau) sebab struktur ini semakin hilang dalam senibina rumah kita sekarang.


***ingat lagi masa sekolah dulu..cikgu Bahasa Melayu marah sangat kalau salah guna perkataan PARA & PARA-PARA 
contohnya PARA HADIRIN ditulis sbg PARA-PARA HADIRIN***

15 April 2012

NEXT STEP 2

salam...


hehee....nabila membasahkan lantai kelasnya tadi...
sekali je lah.



NEXT STEP

salam..


hari ni hari PERTAMA nabila ke sekolah tanpa drypers..
sepanjang perjalanan pergi tadi..alhamdulillah selamat..


satgi nak tanya kisah di sekolah..
tak sabar..



13 April 2012

KETUK KETUK

salam..


nabila mcm budak2 lain juga..ada angin ok..ada angin tak ok dan ada angin weng2.
tengah hari tadi main sikat2 rambut ummie...kononnya nak make up la kot.
tetiba dia ketuk kepala ummie macam ketuk pintu..


"akum....kum alam.."...kata dia...(assalamualaikum...waalaikumsalam)


"oi!!!...ingat kepala ummie ni pintu ka?"...kata ummie dia.


ngekek2 gelak budak weng2 ni..
pastu ulang2 lgi.
kemudian lagi dia suruh ummie buat benda sama kat kepala dia pulak..
mengekek2 dia gelak lagi.


suka ummie dengar dia gelak.....
I LUV U BABY


                                                            

12 April 2012

GEMPABUMI BARAT ACHEH

salam...


ALHAMDULILLAH.....terima kasih YA ALLAH kerana melindungi bumi ini dari kejadian tsunami.
susulan gempabumi di Barat Acheh petang semalam..
saya hanya tahu ttg gegaran itu sekitar jam 5.30pm...tu pun sebab pergi kedai & tuan kedai tu yg bercerita.katanya rak2 barang dia semua bergoncang.
seperti tahun 2004...saya langsung tak perasan ada gegaran.
balik rumah tanya Nurul...dia pun tak rasa (agak dah).
kalau yg kuat tu dah tak rasa...gegaran susulan tu apatah lagi.

kejadian kali ni mmg merisaukan saya sebab SU dalam perjalanan ke Phuket bersama beberapa org kawannya & mereka dah booking hotel di Patong (salah satu kawasan yg dilanda tsunami 2004).ketika kejadian mereka dah memasuki Phuket pun.maka kami asyik lawan msg & call.saya nak call ke sana agak susah..asyik2 dapat dengar operator Siam.mujur jugak boleh receive call.
sehingga malam mereka tak checked in...hanya lepak di tengah bandar Phuket.akhirnya amaran tsunami ditarik balik & mereka berpatah balik ke Krabi & bermalam di sana.pagi ni baru bergerak semula ke Phuket.
moga tiada lagi gempa selepas ini.

gempabumi petang semalam agak kuat..hampir sama dengan kekuatan kejadian tahun 2004.lokasi kejadian juga agak berhampiran..
bagaimanapun pastinya apa yg berlaku di dasar laut pada tahun ini berbeza sekali dgn kejadian tahun 2004 kerana ia tidak mencetuskan gelombang tsunami.
bagaiman tsunami berlaku?
banyak page yang menjelaskan ttg kejadian ini.
salah satunya di SINI.
2004

2012

apa pun yang berlaku....hanya ALLAH yang tahu.
terimakasih ALLAH.

****gambar2 adalah dari google****




10 April 2012

CUTI HUJUNG MINGGU

salam..
hari ni 10 hb April...esok 11...cuti!!!!! yes!!!
hujan2 mcm ni best lepak kat rumah.


Sabtu baru ni plannya nak dok rumah ja..belek2 pokok bunga.tetiba SU & kawan sorang ni buat plan lain.ajak naik BUKIT BENDERA...nak kata tak mau pi pun payah gak sebab SU plan dgn member.lagipun...hahaaa.....saya tak pernah naik Bukit Bendera ni lagi walaupun duduk kat Kedah ja & pernah dok Penang 2 tahun.....(buat malu ja laa....jelajah negara orang,negara sendiri tak ambik tau)..


jarak hanya sejam lebih ja dari rumah (melalui jambatan)..tu pun sebab jalan jem kat Penang hari tu..apasal ntah.tak dak pun event yg penting2 tapi sesak semacam ja.
mujur kat Bukit Bendera tak sesak sangat.
baguslah train baru ni...sekejap ja sampai puncak...5 minit.nabila takut jugak masa naik tu tapi masa turun dia dah relax...enjoy ja.


kat atas tak adalah apa sgt..
boleh tengok pemandangan Pulau Pinang dari atas...lepak2 hirup udara segar...(best..sejuk ja.rugi tak bawa khemah..hehe).
elok juga kalau nak senaman kaki panjat bukit.
kesian nabila....masa nak naik ke bahagian atas utk ke masjid tu asyik berhenti ja..lepas 3,4 anak tangga dia berhenti..sat2 g berhenti lagi..."mie!!..manat.. (umie..penat)..termengah2...kesian ada.nak tergelak pun ada.tapi elok sampai atas ja nampak tempat main.terus mencanak lari.hilang segala penat.


makanan kat atas ni ok la jugak dari segi rasa.harga mmg double dari di tanah bawah tu tapi masih berpatutan.tapi bila penat mendaki tu bukannya lapar sangat dah..dahaga ja lebih.saya suka cendol dia..sedap.rasanya guna susu cair ja tapi kombinasi dgn jagung (dlm tin) tu mmg best.lupa plk nak ambik gambar.semangkuk RM4...ok utk saya.


kami lepak kat atas tu sampai pukul 4.30 ptg.solat kat masjid di puncak bukit.nyaman ja suasana kat situ.cuma yg tak bestnya ruang solat wanita sempit sangat.harap2 pihak yg bertanggungjawab boleh besarkan ruang tu dgn segera.
nabila sempat mandi kat sini...enjoy sakan dia.sejuk.lepas mandi baru la nampak bersih & segar sikit.


kami tak melawat satu lg tempat kat atas tu..tempat pokok periuk kera.tak daya nak jalan dah.nak naik kenderaan depa dok tunggu yg besar tu tak sampai2 pun...(nak naik 2 family sekali)...next time lah.


secara keseluruhannya..
boleh la lepak2 nak hilangkan stress kat sini.
tiket murah ja..
pergi balik........dewasa RM8,kanak2 bawah 12 tahun RM4...nabila mcm biasa free ja (special).dah naik atas jgn buang tiket sebab nak turun nanti depa check sekali lagi.



09 April 2012

NEXT TOP MODEL

salam..

cepatnya masa berlalu..
cepatnya budak kecik ni membesar.

sekarang sangat gila berposing (selain drp menyanyi).
kalau nak ambil gambar dia akan minta mcm ni..
"mie...nyum mie..nyum.." (senyum)..
taulah tu...dia nak suruh ambik gambar dia atau dia nak ambik gambar kita.

jom layan kepala mereng my little angel..


konon2 nak pegang signboard tu macam kawan abahnya...
pendek la wei!!!

mulut itik adalah wajib....

nak suruh posing macam mana pun ok ja..tapi kena cepat snap..
kalau lambat dapatla gambar macam ni.

future FBI yang bermata stim...hahaha!!

gatai!!!!

ni gaya yg tak disuruh...
spontan ja & lama plk dia dok macam tu..tunggu sampai ummie kata ok.
good girl.

bajet model....peeerahhhh....

anak sapa ntah ni...comey ja..

waaaaa!!!!!!
best kena angin.

anak dara dgn gaya tak senonoh..
gambar2 ni diambil Sabtu baru ni masa ronda2 kat Bukit Bendera.

***seronok jadi budak kecik..boleh mandi di mana2 saja.



06 April 2012

GUGUR HARAM

salam..
berita yg menyedihkan buat umat ISLAM.
orang bukan ISLAM ambil kesempatan atas kehilangan IMAN orang ISLAM.





paling sedih andai yang menyempurnakan janin itu adalah golongan ISLAM sendiri.
tapi kalau bukan ISLAM yg buat pun siapa yang tahu?


apa tindakan PIHAK BERKUASA dan KKM?


bukan klinik ini sahaja yg buat kerja macam ni...banyak lagi.
atas papan tanda KLINIK BERSALIN,aktiviti pengguguran haram berleluasa.
KLINIK BIASA pun ada...konon bg ubat untuk turunkan haid sedangkan dah pasti orang tu hamil.
salah siapa?
SEMUA yang terlibat.


TENANGKAN MINDA

salam..


mood apa ntah hari ni awal2 lagi dah buka FB.
melayan gambar hiasan rumah PNUT..
lawa & kemas..suka tengok.


dari situ meleret2 sampai jumpa website CRAFTSY ni...
banyak sungguh benda2 menarik dalam ni.
dari hiasan rumah,taman,jahitan & segala bagai.
gambar2 kat bawah ni adalah dari wesite tersebut.
ada beberapa kedai kat SP guna idea ni.
sesapa yg ada tandas yg dah takleh guna janganlah dibuang..
tanam pokok bunga gini pun lawa.


yg suka buat kek boleh tengok idea hiasan kek kat sini juga.

hilang idea nak buat kek bentuk apa?
yang ni sesuai untuk org2 macam DZ & DRS
betoi dak??

05 April 2012

5.4......

salam..


ada yang berkata 5 tahun pertama di alam perkahwinan adalah tempoh 
yang mencabar.tempoh yang penuh dugaan.
tempoh mengenali pasangan masing2.
alhamdulillah..... 5 tahun pertama itu dapat ditempuhi walau banyak 
dugaan & cabaran mendatang.
moga tahun2 seterusnya segala urusan dimudahkan & diberkati Allah.
rintangan pasti ada...mohon kekuatan & ketabahan hati dari Allah untuk 
menghadapai segalanya.

anniversary tahun ini jatuh pada hari yang sama (Khamis).
happy anniversary to my husband (SU).....
terimakasih kerana sabar & memahami.....
may the best for our future..
insyaAllah.



04 April 2012

SELAMAT

salam...


tengah driving hantar nurul sekolah..
dengan tak pakai seat belt (baru keluar ke jalan besar)
dengan pegang handphone (nak msg SU)
dengan cermin kereta yg gelap...


tetiba nampak kon block separuh jalan (highway 2 lorong)
kalut2 slowkan kereta..
letak phone kat tepi..
tarik seat belt (nurul juga)
turunkan semua cermin tingkap 


JPJ buat road block...
fuhhhh!!!!
lepas...
selamat...
alhamdulillah...



03 April 2012

BERPISAH JUA

salam..


mmmmm....


petikan dari Metro Online


rasa macam baru ja baca tentang kebahagiaan rumahtangga pasangan ni..
moga keduanya bahagia dgn jalan yg dipilih.


02 April 2012

BOM HADYAI

salam..


Sabtu baru ni...mula2 dengar cerita ada letupan kat Hotel Lee Garden Hatyai.... ada yg kata dari saluran gas.kemudian dengar cerita letupan bom.
latest dalam berita tulis letupan bom dari kereta.

baru ja plan nak tidur Hadyai bulan 5 nanti selepas aktiviti amal ke Perlis....mmm....kena difikirkan semula.

semalam SU masuk seberang & sempatla pi tinjau kawasan letupan tu.tapi tinjau dari jauh saja..mana nak boleh rapat.zon bencana.
ni gambar dari fb SU.
katanya McD terjejas teruk.
perkarangan hotel
kesan kebakaran pada tingkap hotel


harapnya benda2 bom segala ni tak berlaku lagi terutamanya di kawasan tumpuan.kesian kat orang yg tak bersalah...terpaksa tanggung penderitaan.
bila jadi benda2 macam ni pelancong pun fikir banyak kali sebelum masuk ke sana.makanya terjejaslah industri pelancongan...rakyat negara sendiri juga tanggung kerugian.

note: sapa2 nak shopping kat market Hadyai bolehla pergi time ni...confirm barang murah..


01 April 2012

TAKKAN APRIL FOOL KOT???

salam....

pagi2 lagi dah 'letih'!!!!....
tak tau la silap sapa tapi rasanya bukan silap saya..

nak masuk parking kedai makan.nak jumpa SU..
mmg budget lepas elok dah...
tetiba...
"screeetttttt"
tgk side mirror...
chis!!!...bontot kereta yg tgh parking tu dah kat body kereta saya.
anjak depan sikit.
keluar tengok...nampak scratch kat pintu belakang.
org kereta satu lg tu pun keluar gak.
(ingatkan takdak org dlm kereta tu...kereta gelap maa sb cahaya matahari)..
kereta dia scratch kat bumper belakang..hujung kiri ja.

familiar ja muka org tu (2 org)..
sekali...hahaha....polis kerja kat balai area sini...patutla macam biasa tgk.
dgn bos dia sekali.
polis tu tanya cemana?
saya cakap sorry tak nampak dia reverse...mmg tak nampak la sebab saya dah melepasi kereta dia masa dia reverse tu.cuma body kereta ja tak lepas lagi.tapi biasalah...be humble..minta maaf ja lah.
panggil SU mai tgk...sembang2...tot tet,tot tet....
polis tu kata..
"tak palah...dr buat kereta dr,saya buat kereta saya"
kereta I pun banyak jugak yer....bukan pintu belakang ja...bawah pintu depan pun kena....sib baik tak kemek.


APRIL FOOL KE  NI???##
.......dahla banyak nak kena bayaq bulan ni....redha...pasrah....