SENANG CARI

16 April 2012

RETRO

salam..


kalau jalan2 @ meronda,jalan mana yg uols suka ikut?highway ka jalan biasa?
saya suka jalan biasa sebab pemandangan lebih cantik.
suka sangat kalau melalui kawasan perkampungan terutamanya di negeri2 lain selain drp Kedah.suka tengok bentuk2 rumah & landscape.aman ja rasa.


tiap2 negeri ada bentuk rumah yg berbeza2..suka tengok rumah2 lama (papan) dgn gaya tradisi masing2.


baru-baru ni masa meronda kat Perlis nampak beberapa rumah lama macam ni.


tau tak yg dalam bulatan merah tu apa?
itu dipanggil para-para (org Kedah sebut para ja).
teringat bentuk rumah masa kat kampung dulu.
para adalah struktur yg wajib ada di bahagian dapur.tempat meletakkan segala pinggan mangkuk dan juga barang2 untuk bancuh air.kalau para ni luas boleh juga buat tempat letak lauk pauk yang tak habis dimakan.dulu2 kan makan kat lantai ja.lepas makan angkat letak kat para,tutup dgn tudung saji.
ada juga yg buat para bertingkat.tingkat paling atas biasanya dibuat tempat simpanan barang2 seperti periuk,kuali dan sebagainya.barang2 yg agak jarang digunakan.
rumah saya dulu para setingkat ja.maklumlah,orang susah.takdak banyak barang yg nak disimpan.
bahayanya para yg rendah ni ialah kalau kita main kat luar.lari2 kat belakang rumah.kalau tak hati2 memang kepala boleh terhantuk kat bucu para tu.


rasanya suatu hari nanti anak2 kita tak akan dapat bayangkan apa itu para-para (pari-pari semua tau) sebab struktur ini semakin hilang dalam senibina rumah kita sekarang.


***ingat lagi masa sekolah dulu..cikgu Bahasa Melayu marah sangat kalau salah guna perkataan PARA & PARA-PARA 
contohnya PARA HADIRIN ditulis sbg PARA-PARA HADIRIN***

4 comments:

SURIA AMANDA said...

suka jalan biasa sebab luas pemandangan..suka tgok tempat org jugak

Papa Mifz said...

raso nyer rumah atok papa mifz dulu ado gak para-para tuh...

Fadhilah Maarif said...

suka jalan lama jugak..

MaMa_AdHa said...

masih ada di rumah nenek di kampung. rumah tersbut masih dikekalkan walaupun lantai rumah tingkat atas dah berbunyi....

seronok letak pinggan atau bekas basah kat situ sebab air menitik terus ke tanah