SENANG CARI

10 April 2012

CUTI HUJUNG MINGGU

salam..
hari ni 10 hb April...esok 11...cuti!!!!! yes!!!
hujan2 mcm ni best lepak kat rumah.


Sabtu baru ni plannya nak dok rumah ja..belek2 pokok bunga.tetiba SU & kawan sorang ni buat plan lain.ajak naik BUKIT BENDERA...nak kata tak mau pi pun payah gak sebab SU plan dgn member.lagipun...hahaaa.....saya tak pernah naik Bukit Bendera ni lagi walaupun duduk kat Kedah ja & pernah dok Penang 2 tahun.....(buat malu ja laa....jelajah negara orang,negara sendiri tak ambik tau)..


jarak hanya sejam lebih ja dari rumah (melalui jambatan)..tu pun sebab jalan jem kat Penang hari tu..apasal ntah.tak dak pun event yg penting2 tapi sesak semacam ja.
mujur kat Bukit Bendera tak sesak sangat.
baguslah train baru ni...sekejap ja sampai puncak...5 minit.nabila takut jugak masa naik tu tapi masa turun dia dah relax...enjoy ja.


kat atas tak adalah apa sgt..
boleh tengok pemandangan Pulau Pinang dari atas...lepak2 hirup udara segar...(best..sejuk ja.rugi tak bawa khemah..hehe).
elok juga kalau nak senaman kaki panjat bukit.
kesian nabila....masa nak naik ke bahagian atas utk ke masjid tu asyik berhenti ja..lepas 3,4 anak tangga dia berhenti..sat2 g berhenti lagi..."mie!!..manat.. (umie..penat)..termengah2...kesian ada.nak tergelak pun ada.tapi elok sampai atas ja nampak tempat main.terus mencanak lari.hilang segala penat.


makanan kat atas ni ok la jugak dari segi rasa.harga mmg double dari di tanah bawah tu tapi masih berpatutan.tapi bila penat mendaki tu bukannya lapar sangat dah..dahaga ja lebih.saya suka cendol dia..sedap.rasanya guna susu cair ja tapi kombinasi dgn jagung (dlm tin) tu mmg best.lupa plk nak ambik gambar.semangkuk RM4...ok utk saya.


kami lepak kat atas tu sampai pukul 4.30 ptg.solat kat masjid di puncak bukit.nyaman ja suasana kat situ.cuma yg tak bestnya ruang solat wanita sempit sangat.harap2 pihak yg bertanggungjawab boleh besarkan ruang tu dgn segera.
nabila sempat mandi kat sini...enjoy sakan dia.sejuk.lepas mandi baru la nampak bersih & segar sikit.


kami tak melawat satu lg tempat kat atas tu..tempat pokok periuk kera.tak daya nak jalan dah.nak naik kenderaan depa dok tunggu yg besar tu tak sampai2 pun...(nak naik 2 family sekali)...next time lah.


secara keseluruhannya..
boleh la lepak2 nak hilangkan stress kat sini.
tiket murah ja..
pergi balik........dewasa RM8,kanak2 bawah 12 tahun RM4...nabila mcm biasa free ja (special).dah naik atas jgn buang tiket sebab nak turun nanti depa check sekali lagi.



4 comments:

SURIA AMANDA said...

bestnya...bila la nak merasa pi sini..

Iena Eliena said...

Blogwalking here...

cik iena follow your blog..
follow my blog juga ye(^_~)
www.ienaeliena.com

ieda said...

SA...
meh la..tak jauh mana pun..hehe
tunggu si kembar boleh jalan..mesti havoc.
kalau mai jgn lupa roger2.

cik iena..
thank you.

DrSinga said...

best..
baru je jelajah Penang hari tu!!
punya lah ramai Mat saleh!