salam.
masih sengal2 badan....kerja angkut mengangkut masih bersisa.
malam tadi operasi pindah pokok bunga & pasu2 bunga yg pokoknya dah kong.malam2 buta pun terus tanam pokok jugak sebab kalau tunggu siang memang mati kering la depa. bab2 angkat pasu tu pas kat along ja...tak daya dah saya nak angkat.lagipun along dah banyak power....dah jadi anak teruna.praktis2 la angkat benda berat bagi muscle naik sikit.tapi setakat angkat sajalah...bab2 tanam pokok & jaga pokok memang out...depa semua tak minat.si kecik bambam tu tak taulah...tapi rasanya kalau nak suruh cabut pokok memang cepat.
tengok gambar sikit lah
cantik tak rumah ni?
ooopppsss....ni bukan rumah saya
ni rumah member (family friends).
cantikkan?kalau tengok rumah mesti tak percaya dia kerja apa....
umur member ni pun sebaya dgn saya.
dalam rumah...luar rumah semua luas.
depa renovate sakan.
suka ja budak kecik ni berlari kat laman.
along biasalah...mengusik.
ni rumah saya (tapi masih milik bank)
biasa2 ja...rumah setingkat semi D.
(tiang netball tu pemaju yg punya..sampai hari ni ada lg kat rumah saya...
rasa macam nak pacak ja kat laman tu..hihi)
saya beli 2 buah sebab niat asalnya nak bagi parents saya tinggal di sebelah rumah saya.senang nak tengok2 & depa pun happy boleh tengok budak2 ni meriuhkan suasana.
tapi biasalah...kita merancang yang kita rasakan terbaik...ALLAH lebih mengetahui.
oleh sebab saya tak suka nak sewa2 rumah kat orang lain makanya kami decide pecahkan dinding jadikan satu rumah....sebab tulah dah jadi lapang.nak cari penyapu pun melilau...dah biasa rumah kecik kannnn....
saya suka pemandangan kat sini.dari depan rumah boleh nampak Gunung Jerai.rumah mengadap padang mainan.rasa lapang mata...angin pun banyak.rumah ni juga mengadap matahari naik.maka sebelah petang bahagian porch teduh...
selesa utk budak2 ni lepak (bapak budak yang lebih kot).
sengaja ambil yang depan padang mainan sebab nanti bila ada kawan2 datang senang nak parking...tak ganggu rumah jiran.
cuma satu ja yg saya risau..
longkang kat depan ni besar sangat.pagar yang ada tu rasa macam tak selamat ja untuk budak2.moga2 tak berlaku perkara2 yang tak elok di sini.
(pindah rumah kali ni tak se'excited' pindah rumah yang lepas2 sebab my father dah tak dak.selalunya dia yang seronok & saya sgt suka tengok muka dia yang seronok tu.tambahan pulak rumah kali ni ada tanah keliling.....dia suka sangat macam ni tapi tak berkesempatan merasainya.infact dia tak pernah tengok pun rumah ni.masa rumah ni dah naik dia dah uzur sangat.
dia cuma sempat tengok dari luar kawasan perumahan ni ja.
moga Allah memberikan taman yang lebih indah untuk
arwah parents saya di sana...amin).
SU kata arwah parents saya & arwah abahnya datang masa kami tengah angkut barang kat rumah lama.saya tanya cemana dia tahu...katanya ada 'bau'....wallahualam.