SENANG CARI

31 December 2010

2011

salam...
hanya beberapa jam lagi 2010 akan berlabuh pergi dan 2011 menjenguk diri.
semoga Allah memberi rahmat & perlindungan kepada semua umatNya sepanjang tahun ini & masa2 akan datang.
moga 2011 membawa sinar kebahagiaan kepada semua.
HAPPY NEW YEAR
2011

MENGHAMPIRI TRAGEDI

salam..
kisah malam tadi.nyaris saja mengakhiri 2010 dgn tragedi.
dari tempat kerja terus keluar makan dari 9.30 pm sampai 11.30 pm (lama sb nyembang dgn kengkawan).tu pun SU ada hati nak sambung nyembang kat nasi kandar plk...ishhhh...

balik...masuk ja dalam rumah bau hangit semacam.
rupanya si nurul masak air sebelum keluar rumah.pastu lupa nak tutup api dapur (masak guna dapur gas).hangit cerek tu.air mmg kontang la.sib baik tak meletup.
geraaammmm...tapi marah pun tak guna.benda dah jadi.
minah yg suka melamun.

30 December 2010

11.11.11

salam..
tahun 2010 ramai yg pilih 10.10.10 utk tarikh perkahwinan.
semestinya 2011 ramai pula akan pilih 11.11.11.
kalau ikut cara pakar motivasi Dr Azizan 11.11.11 adalah hari cermin.hari yg elok untuk melakukan sesuatu perkara.kebetulan jatuh plk pada penghulu hari iaitu Jumaat.mungkin tidak sesuai untuk kenduri besar2an sb tengahari kena solat Jumaat tapi kalau sekadar majlis akad nikah pasti sesuai.
so kepada bakal pengantin yg sukakan tarikh menarik.....cepat booking mulai sekarang.

MINUM-MINUM

salam.
sapa suka minum ni?
saya biasa2 sajalah.tapi SU suka sgt.tiap2 kali drive pi mana2 mesti nak ada bekal air ni
dlm kereta.brand ni saja.
brand lain dia reject.
saya suka ni.bagus untuk usus sb ada probiotik.perisa mangga ni saya suka.
SU suka perisa oren.anak2 hentam semua.
SU hanya minum bila dia rasa perut dia bergelora.

(**SU adalah gelaran baru utk en hbby sb saya malas nak taip panjang2)

CERAMAH PAGI

salam.
pagi ni bawa along pi daftar kat sekolah utk masuk form 2.semalam abahnya bawa nurul.hari ni abah ada kerja so umie kena bawa.ingatkan daftar ja rupanya ada taklimat.mujur jg taklimat pendek...20 min ja.best jg duduk dlm dewan.tgk budak2 duduk kat depan pakai uniform teringat plk masa student dulu.perhimpunan adalah masa yg paling best sb boleh sembang2 sambil dengar cikgu ceramah.ada puji,ada marah,ada nasihat,ada denda...macam2.

lepas taklimat bayar yuran & ambil keputusan periksa thn lepas..peratus naik tp kedudukan turun...keseluruhan mmg tak oklah.moga berubahla tahap kerajinan anak bujang ni tahun ni.dari segi perangai dah nampak perubahan ke arah yg lebih positif cuma pelajaran ja yg tak meningkat lagi.
apa pun..Kedah cuti Ahad ni...Isnin baru depa start sekolah...cuti ganti utk esok sb Malaysia menang bola malam tadi.sukalah bebudak ni.
umie tetap kerja macam biasa..

29 December 2010

AKU KALAH.....

salam..
petang ni ada patient masuk klinik.ada pacat dalam kemaluannya.minta saya keluarkan..
minta maaf kak.pacat & lintah adalah dua haiwan yg paling saya geli geleman nak sentuh.bukan main2.sejak azali lg dah.
tak boleh nak tolong.terpaksa minta dia ke klinik lain.

binatang kecik yg berjaya menewaskan saya
(pic fr google)

PELURU

salam..
sebelah rumah saya adalah rumah kosong.ia disewa oleh student UITM.jadi bila cuti bebudak ni takdak makanya penuh semak la rumah ni.tuan rumah pun tak penah jenguk.sekarang ada satu pokok terung kat tepi pagar..
bila tengok buah ni teringat zaman kecik2 dulu.suka main perang2.buah ni jadi peluru senapang kayu ciptaan sendiri.senapang tu buat dgn papan...ambik ja papan2 terbuang dari mana2 rumah.seronok sungguh masa tu..tambah lagi bila tembakan mengena sasaran.bangga.
google pic

satu lagi peluru ialah yg dibuat dari batang bemban.habis pokok bemban org kena cantas.batang bemban tu di potong pendek2 & buat bentuk L..ni pun sakit jugak kalau kena kat badan.
google pic

satu lagi kegunaan bemban adalah untuk dibuat atap nipah @ rumbia.
google pic

yang bentuk macam tali tu adalah drp batang bemban.sekarang ni tak pernah nampak dah pokok bemban.
budak2 pun dah tak main senapang buluh.semua beli yg dah siap..tekan picu ada bunyi dgn lampu kelip2 kat atas senapang tu...hishh...tak adventurous langsung...
kalau nak yg ala2 senapang kayu tu boleh la main paintball.

28 December 2010

SEKOLAH MANA?

salam..
minggu depan dah nak sekolah.ada ibubapa yg masih pening dok fikir nak hantar anak ke asrama ke tidak?betul kan?
mana lebih baik...sekolah harian atau sekolah asrama penuh?
bergantung kepada individu iaitu pelajar tu sendiri.kalau yang cepat menyesuaikan diri memang elok ke asrama penuh.duduk asrama akan lebih fokus kepada pelajaran.masa utk rewang dah kurang.lagipun bila hidup sendiri kita lebih berdikari & banyak belajar utk survive.

kalau anak2 yg masih banyak bergantung kepada ibu bapa,kurang keyakinan diri & susah nak berkawan,biarlah di sekolah harian dulu.kalau dipaksa juga ke asrama ada kemungkinan anak akan hidup tertekan & susah menerima pelajaran.akhirnya nanti menyusahkan ibu bapa juga kerana terpaksa ulang alik & kemudian nak uruskan pertukaran sekolah anak.

setiap ibu bapa pasti lebih memahami peribadi anak masing2.pilih yang terbaik asalkan tidak sampai ke tahap paksaan terhadap mereka.
seandainya dari segi akademik anak2 mmg tak layak ke asrama penuh janganlah guna 'kabel'...kasihanilah anak2 yg lebih berhak & tidak memiliki sebarang 'kabel'.

anak-anak kita

BILA BAMBAM BUAT SUSPEN

salam.
malam tadi selepas beli kasut sekolah nurul kami pi makan kat Nasi Lemak Cinta Sayang.mmg tempat feveret kalau time jimat bajet.sedap & murah.makan 4 org termasuk minum baru RM11.90.
seperti biasa nabila mmg kalut bab2 makan ni.kat rumah dah makan nasi tp bila sampai kedai still nak makan lagi.so saya ambil nasi lebih dalam pinggan saya..separuh utk dia.memang laju ja dia makan.kat sini nabila makan nasi dgn kacang goreng ja sb nasi dah cukup rasa.tak tambah lauk lain pun takpa.kebetulan plk customer ramai.seronoklah budak kecik ni dok toleh sana sini tgk orang.tetiba dia terbatuk...tersembur sikit nasi dari mulut dia tu..baki nasi tu dia telan.tapi sat ja lepas tu dia mula tersedak.

ingatkan tersedak macam selalu.saya tepuk2 belakang dia.bila tengok balik...eh...lain macam budak ni..tak boleh tarik nafas penuh.tak boleh bercakap.dok ulang2 batuk sikit2 macam ada benda tersangkut kat kerongkong.saya terus ja tepuk belakang dia tp lebih kuat dari sebelumnya.tak sebut apa2 kat hbby.dia pun dok perhati juga.saya dok tunggu ja kot2 budak ni jadi biru.dalam hati suspen juga tapi maintain cool.alhamdulillah dalam 2,3 minit lepas tu dia tarik nafas macam lega ja.saya tanya..lega?...nabila cakap..'gaaa'...lapang dada saya.bg dia minum sikit.tak bagi makan dah lepas tu.tapi budak ni mmg tak serik.nak jugak makan.saya just bg minum ja.sekejap2 dia masih tersedak2.hbby pun tak bagi dia makan dah.

dalam kereta dia habiskan sebotol susu..pastu sendawa.lepas sendawa tu barulah dia back to normal..menyanyi2 & sembang2.
alhamdulillah...

budak yg tak reti duduk diam masa makan..
lokasi sama tapi ini gambar lama.
nasi lemak cinta sayang
ada banyak jenis lauk tapi saya tetap suka yang basic ni.

27 December 2010

KISAH PANAS DI HOTEL

salam..
ini adalah kesinambungan entry Hadyai-Songkhla.hari tu kan saya ada sebut ttg hal yg berlaku di hotel...maka ini adalah kisahnya (bukan cerita hantu yer..).

kebetulan tarikh kami pergi tu adalah minggu yg paling sibuk dgn pelawat samada di sempadan ataupun di bumi Thai.hotel2 semua penuh.mujur en hbby dah booking sekitar 3 minggu sebelum tu.memang confirm ada bilik utk 20 keluarga.
kami tiba di hotel hampir jam 7 petang waktu Malaysia (waktu Thai ialah hampir 6 petang).lama jg tunggu kat lobi.kemudian baru hbby bgtau rupanya ada bilik yg belum dikemas oleh pihak hotel selepas digunakan pengunjung sebelumnya.semua bilik yg terlibat berada di tingkat 3 (10 bilik) & di new wing (2 bilik).bilik2 lain dah siap dikemas.maka teman2 yg terlibat sekadar masuk meletakkan barang dan keluar makan sementara menantikan bilik2 mereka dikemas sebab pihak hotel berjanji utk mengeas secepat mungkin.
bila balik semula sekitar jam 10 malam kebanyakannya masih berselerak tak berkemas spt yg dijanjikan.kerana tak mau bising2 teman2 yg terlibat ni minta barang2 keperluan untuk mengemas sendiri bilik masing2.dalam kecoh2 tu ada bilik yang dapat barang2 tersebut & ada juga yg dikemas oleh pihak hotel.

bukan kami shj yg terlibat.ramai lg pelancong lain yg mengalami nasib yg sama.ada yg tertidur kat lobi.ada seorang chinese lady tu siap bertengkar maki hamun dgn receptionist sb tak buat house keeping bilik anak2nya.dia marah sgt sb masa dia komplen bebudak receptionist tu dok makan kat pantry & buat tak layan ja cakap dia.dia plk check in pk 12 tgh hari.siap bergaduh keluar macam2 perkataan tak elok,tumbuk meja lagi..dua2 sama angin.receptionist pun maki hamun customer....pernah tengok tak benda ni kat Malaysia????honestly ni lah first time saya tgk pekerja hotel tak beradab.
saya tak bawa handy-cam masa tu...if not mmg dah rakam.
bila chinese lady tu panggil husband dia barulah mereka berhenti perang.

sekitar jam 1 pg waktu m'sia kami dapat tahu ada dua lagi bilik yg tak dikemas & tak dapat barang2 keperluan (cadar,selimut,tuala,sarung bantal & toiletries).kebetulan saya & hbby serta beberapa org lagi masih di lobi (sb nak tunggu perut lapar,nak makan pulut durian).maka saya & hbby minta bantuan receptionist utk dapatkan barang2 tersebut.receptionist ni yg maki hamun customer tadi.saya cakap elok2 dgn dia maka dia pun oklah.bawa saya dgn hbby ronda hotel cari barang2.katanya dia malas nak layan chinese lady tadi sb tu dia lebih rela naik turun hotel dgn kami.mmg kami faham dia letih tp tak patutlah naik suara dgn customer...diam kan lebih baik.malam tu juga pertama kali saya pergi ke back side of the hotel.pergi stor,lalu kot pantry,lalu kot tempat bahan buangan (sisa sampah yer..bukan najis).kesimpulannya...bilik mmg cantik,lobi apatah lagi..tp bhg belakang...no need to story.
naik sampai tingkat 15,turun tingkat 4...jumpa jugalah bed sheet,dah basuh tapi yg belum berlipat.selimut ada satu ja.tuala takdak stok bersih.mujur member bawa tuala sendiri.
turun tingkat 3 hantar barang kat bilik member 2 org tu..selesai semua sekitar jam 2.30 am waktu M'sia...terus balik biliklah.mata pun dah layu.

esoknya sebelum keluar ke Songkhla saya pesan kat receptionist lelaki yg baru masuk duty pg utk pastikan bilik2 yg terlibat dikemaskan semasa kami keluar.elok sungguh dia berjanji.senarai bilik semua dia ada...siap tunjuk kat saya lg.

balik petang tu kami tgk bilik kami elok ja berkemas.tanya bilik tingkat 3 semua macam keadaan asal...tak kemas pun.tapi nobody komplen sb semua tahap sporting.nak enjoy.malas nak kecoh2 lagi dah.

hari ke 3 di sana masa nak check out sekali lagi hotel buat hal.masa nak masuk takde sesiapa yg check barang2 dalam bilik tapi masa kami nak keluar sibuk pulak depa check.siap hold passport lagi.mula2 kata ada 2 bilik sangkut.bila kami bising dah tukar jadi satu bilik.barang yg hilang adalah satu ash tray & satu fail hotel.memang argue la dgn manager muda hotel tu.mana adil.mereka tak tahu pun sama ada benda2 tu ada atau tidak masa kami masuk,suka2 ja nak accused kata kami ambil.siap suruh bayar lagi.bila kena marah dgn geng konvoi ni manager tu dah gelabah.katanya ashtray takpe tapi fail kena bayar juga.my friend tanya berapa kos fail tu..katanya RM126 (lebih kurang).

maka our deal was....takpe..kami bayar harga fail tu tapi dgn syarat hotel bayar balik duit utk 12 bilik yg langsung tak dibuat room service selama 3 hari 2 malam kami di sana.kemudian dia keluar telefon sapa ntah.kami ikut ja dia kat pintu depan lobi.mana tau kot2 dia cabut.we insist..manager muda tu kena decide...lupakan hal fail tu & kami balik tanpa banyak cerita atau kami bayar rm126 tu dan dia bayar balik duit hotel utk 12 bilik.semestinya dia tak boleh decide.then kami minta jumpa big boss dia.
then dia ajak masuk semula ke lobi.jumpa sorg officer yg agak senior.ingatkan boss dia rupanya bukan.head security rupanya.kemudian the guys bawa head security & manager muda ni naik ke bilik yg terlibat tu.hbby pun naik sekali sb dia yg in charge.kebetulan hbby dah beberapa kali stay kat hotel ni dgn geng2 konvoi dia.manager muda tu pun perasan en hbby.dah tu takkan tak percaya lagi kot.bila kat bilik depa explain segala kat head security tu barulah pakcik tu kata ok...takyah nak bayar apa2..bagi ja kami balik..selesai...
satu jam setengah dok bertengkar kat situ...buang masa betoi!!!

mujurlah semua jenis sabar..dalam marah2 pun boleh buat lawak.mesti bebudak front desk tu pelik...depa ni marah ke idak??..itulah specialnya geng NARC..sapa nak join mesti satu kepala..tak mau yg jenis hangin tak menentu.
prinsip kami senang ja...nak jalan2 seronok2 dgn family & kawan2...lebih kurang kami terima tapi jangan sampai menganiaya.

Regency Hotel Hadyai mencipta memori
walkie talkie ada tp buleh dia kata takleh contact dgn house keeper bila kami tanya bilik mana yg ada problem.sib baik my en hbby tak baling benda alah tu.
receptionist yg buat kerja macam robot..cakap dgn dia macam cakap dgn dinding.
bukan tak faham bahasa tapi dia but donno ja....
tapi yg maki hamun & tumbuk meja tu bukan dia ni.dia diam ja.
panas!!!!!!
manager yg pakai kemeja hitam tu..tak berapa clear plk muka dia.tapi seriusly...comey..
faizal (yg baju putih nampak tangan pointed out tu) who was doing most of the talking..terserlah gaya kepimpinanmu wahai faizal..selama ni dok nampak muka lawak ja...hehehe
memang suka dengar cara dia cakap..polite but very firm..profesional gitu.
saya pun dah nak sampai tahap hangin juga masa tu..ayat semua dah campur aduk.
geram sb depa buat2 tak paham.
yang sabar menanti...
thank you guys..
risau jg takut ada yg terkilan & serik nak ikut lagi.
rupanya balik saja ke Malaysia semua sibuk tanya bila nak pi lagi?tak puas jalan2...ohhooo...dont worry..next year kita pi lagi...kita buat yg lebih baik & lebih gemparrr...
definitely tak stay kat hotel ni dah..

PENGAJARAN UTK SEMUA:
* kalau bilik belum di servis sila jangan masuk...ada hotel lain pergi ja ke hotel tu.
* kalau terpaksa stay juga sila check semua barang2 yg sepatutnya ada dlm bilik tu...
  counter check dgn bilik sebelah.dalam fail pun ada check list barang2 dalam bilik tu...
  (sebelum ni tak pernah bother nak buat semua ni)
* kalau rasa teraniaya...fight for your rights.

NAIK SEKOLAH

salam..
isnin 27/12/2010
abah bawa kakak pergi beli buku & barang2 kat sekolah hari ni...
minggu depan kakak dah form 1.....
cepatnya masa berjalan.

di hari kenduri umie & abah
std 3
latest...19.12.2010
Chalatat Beach Songkhla Thailand
(dalam proses menggemukkan badan)

26 December 2010

AKTIVITI MENANAM

salam..
dalam mood nak menyemai semula minat menanam pokok bunga.masih geram kat orang yang kebas pokok yg saya tanam kat depan rumah arwah my parents.mentang2 rumah tu kosong,suka neka depa ja pi ambik pokok tu.pokok tu saya beli & tanam kat tanah sb daunnya cantik.takdak bunga pun.mmg subur.saya baru dok plan nak semai semula...sekali tu pi tengok dah tak dak.kalau ambil ranting mmg saya tak kisah...ni sampai tak berbekas..cabut dengan perdu sekali..tak taulah sapa punya kerja.

semalam ambil ranting ros kat rumah kak nor.so malam ni nak semai.hopefully hidup dgn subur.orked yg beli kat Songkhla dah selamat dipasukan.first time tanam orked.mudah2an menjadi.sebenarnya saya suka tanam2 ni tapi kebelakangan ni tak sempat nak buat.nak kena luangkan masa semula.it's a good therapy for me when i'm stressed.

apa pulak therapy uols masa stress/tension?
red & pink roses
yg pink lebih wangi
yg ni pokok apa ntah...ambik jg malam td.tapi bukanla sebatang panjang tu.just daun2 tu ja.
nampak mcm senang hidup.
letak kat pasu besar mesti lawa.just make sure rajin kemaskan dia supaya tak tumbuh batang tu.

PENGANTIN LAMA

salam..
yesterday cuti..so balik kg sekejap hantar barang2 my sis yg masih bersisa kat sini.petangnya pergi rumah our friend (NARC group) yg celebrate anniversary yg ke 20....moga berkekalan ke akhir hayat buat kak nor & abg bad.terima kasih sb jamu kami makan.koay teow sup tu sedap sgt..en hbby dok aim for 2nd round.sekali pi tgk tinggal bekas ja..hehehe.
majlis high tea berlarutan sampai jadi supper...sikit ja lg nak jadi sahur.konon nak balik sebelum malam tapi bila dah berkumpul ramai2 mana boleh balik awal.dah habis makanan kat rumah terjah pulak kedai nasi ayam kat pekan Jitra.sambung sembang lagi.siap planning utk program tahun depan...mmm....mmmm....kena kumpul duit plk la nih...
bergerak balik dekat pk 12 tgh malam.pertengahan jalan hbby jumpa kawan sorang lg plk...sembang lagi.sampai rumah around 1 am..mmg tak dapat ditolong dah mlm tadi...I slept most of the time in the car..ngantuk sungguh.anak2 pun kong...

(tak ambil gambar kat kedai nasi ayam tu...letih dah..)

sedaaaapppp.....
pasangan pengantin lama...
awat macam sedih plk kak nor??
kami yg suka makan..
bambam yg gila makan..hehe...suruh auntie ton plk sb umie dah malas nak suap..
dia dah habiskan pinggan dia pastu pi tumpang anak auntie ton (sya) plk...sabar jelah..
pastu angkut maruku.
dah bosan dgn maruku makan plk tepung talam 4 keping.
ikutkan dia nak lagi tp saya buat tak layan..banyak sgt la baby.
ros tuan rumah yg jadi mangsa saya & kak lia.
aliyaa nak ambik gambar auntie ke??
kamera baru yg jadi rebutan aliyaa,sya & nabila.

24 December 2010

MAJLIS RESEPSI

salam..
kisah malam tadi.
terpaksa keluar dari klinik lebih awal sb nak temankan en hbby ke jemputan 'Majlis Resepsi SPRM Pulau Pinang bersama Masyarakat' kat Penang.majlis start 8 mlm.pk 6.45 kami keluar.singgah magrib kat sg dua.then terus ke Penang ikut jambatan.hbby dah google map hotel tu..hotel Gurney.pernah lalu tapi tak ingat jalan.hbby drive macam confident ja...sekali silap jalan..hehe.
masa ambil selekoh terserempak dgn polis traffic...dia escort bos dia kot sb dua2 kat belakang tu kereta polis gak.hbby pun terus follow.katanya mesti depa pi tempat yg sama.
saya : yang..kalau dia pi ke tempat lain cemana?
hbby : ikut ja.mesti pi situ jugak.
saya : sekali dia hala ke lain..lg jauh kita.
hbby : ikut dulu.

maka teruslah kami mengikut....tetiba dia turn masuk hotel jugak..tengok kat signboard takdak plk nama hotel.hbby tanya budak pompuan y lalu kat situ..rupanya tu Northern Hotel...hahaha..padan muka.kena keluar & ambik jalan pusing2 plk....sib baik dekat ja.kami sampai around 8.45pm.majlis dah start.ingatkan siap table...rupanya letak kerusi ja kat tepi2 dewan.food style buffet kat tgh2 hall.Ketua Pesuruhjaya SPRM Malaysia tgh bg speech.lepas tu ada persembahan sambil tetamu makan2.makan mcm supper ja.en hbby mmg tak kenyang la.balik tu singgah makan kat bafana roasters plk.
hbby dijemput sb tiap2 tahun terlibat menguruskan konvoi kempen SPRM Penang (dalm entry2 saya yg lepas).yg lain2 yg datang tu semua org besar gomen kot.
persembahan mlm td adalah terdiri drp Ghazal Party (dulu famous kat kenduri kawen) & boria.
yg best tgk sorang penari ghazal party tu..sebijik mcm pompuan.tgk dari jauh mmg terpedayalah.
gambar mostly tak clear sgt.bawa kamera kecik ja.pastu ambik gambar dari jauh..malu plk nak pi depan2...majlis rasmi ni..

penari gelek nun di hujung sana
boria diketuai oleh Maulud (bintang kecil)...sweet ja budak ni.
goodies....saya suka key chain tu...cantik

Terimakasih kepada Pengarah SPRM Pulau Pinang Datok Hajjah Latifah bt Md Yatim kerana sudi menjemput kami.

TAKE A BREAK!!!

salam..
dah berderet cerita Thailand,kita berhenti sekejap.tgk cerita kat rumah plk.lama tak tempek muka budak ni kan?

ni dia budak menyibuk.org tgh kalut tolong siapkan kerja abah dia pun sibuk sama.suruh ambik gambar dia tapi eksyen..pandang ke lain.

kakak dgn along stress...kena tolong abah sampai pk 3 pg..tu pun siap separuh ja..
(abah dgn umie pun buat jugak tau...tiada kes penderaan kanak2 di sini)