Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

12 June 2012

MERINDUI KALIAN

salam...
bila masuk FB tengok klip2 ni...
baru tersedar.....betapa rindunya dgn kawan2 semua....
our good times as students...
bagaimana bersusah payah meredah liku hidup sebagai pelajar medic..
our joy when everybody in batch 94 made it tru....


setelah 18 tahun terpisah selepas graduate..
atas daya usaha beberapa teman secara adhoc..
berlangsunglah sesi reunion ini..
pada 2.6.2012.
ini hanya sebahagian kecil daripada batch 1994..
saya juga tidak dapat hadir atas sebab2 tertentu..
maka klip hasil usaha my dear friend Dr Mojo...
menjadi penawar buat kami yg tertinggal...



the ladies.....maintain la rupa...mcm dulu2 jugak...mcm final year ja lagi..
rehan (org kuat berusaha),mekna (udah datok kamu yer..),kak ija,honey,jua,nita,lin,rosz,filza,ct,rin, mazlin.

the guys...malas plk nak taip nama..hihihi



***will make sure next reunion akan hadir...dengan izin Allah***

02 January 2011

SECEBIS IMBASAN

salam 2011...
meninggalkan 2010 dengan pelbagai kenangan suka duka.
tapi kenyataannya mmg banyak kesedihan di tahun 2010.
alhamdulillah Allah memberi kekuatan kepada kami sekeluarga untuk menghadapinya.

kehilangan dalam keluarga kami.

kehilangan abah (FIL)
26.4.2010
bapa mula tidak sihat
(gambar April 2010)
kehilangan bapa
30.10.2010
kehilangan emak
14.11.2010
Aidilfitri terakhir bersama emak & bapa
Aidil adha pertama tanpa keduanya
Perjalanan kami

konvoi SMBC..Baling-Betong
1 & 2.5.2010
Kembara Cakna Kempen Perangi Rasuah bersama SPRM
(penang,kelantan & terengganu)
(11-14.6.2010)
NARC & Friends Family Gathering
(hadyai & songkhla)
(18 - 20.12.2010)

anak-anak kami
nurul
UPSR 2A 1B 2C
nabila demam campak
 Nov 2010
dan yang paling utama
nabila dah semakin bijak
banyak perkembangan yg ditunjukkan pada tahun 2010
terutama sekali dari segi pertuturan & pemahaman
alhamdulillah


29 December 2010

PELURU

salam..
sebelah rumah saya adalah rumah kosong.ia disewa oleh student UITM.jadi bila cuti bebudak ni takdak makanya penuh semak la rumah ni.tuan rumah pun tak penah jenguk.sekarang ada satu pokok terung kat tepi pagar..
bila tengok buah ni teringat zaman kecik2 dulu.suka main perang2.buah ni jadi peluru senapang kayu ciptaan sendiri.senapang tu buat dgn papan...ambik ja papan2 terbuang dari mana2 rumah.seronok sungguh masa tu..tambah lagi bila tembakan mengena sasaran.bangga.
google pic

satu lagi peluru ialah yg dibuat dari batang bemban.habis pokok bemban org kena cantas.batang bemban tu di potong pendek2 & buat bentuk L..ni pun sakit jugak kalau kena kat badan.
google pic

satu lagi kegunaan bemban adalah untuk dibuat atap nipah @ rumbia.
google pic

yang bentuk macam tali tu adalah drp batang bemban.sekarang ni tak pernah nampak dah pokok bemban.
budak2 pun dah tak main senapang buluh.semua beli yg dah siap..tekan picu ada bunyi dgn lampu kelip2 kat atas senapang tu...hishh...tak adventurous langsung...
kalau nak yg ala2 senapang kayu tu boleh la main paintball.

14 December 2010

ENTRY TERIMA KASIH

salam..
this entry is dedicated to Kak Ina KL..
terima kasih banyak2 atas kiriman t shirt oren lawa tu..
happy sesgt bila bungkusan tu sampai semalam.
walaupun nama saya tu silap eja tak kisahlah kan...hehehe...asalkan alamat tu betul.
thanx so much kak ina.
luv u..mmmuuahhh...

03 December 2010

RINDUNYA!!!!!!

salam...
saya ambil gambar ni kat FB senior sekolah menengah dulu..
nostalgik.
masa student tak terfikir pun nak simpan gambar2 macam ni.la ni baru tercari2.

ini adalah bangunan akademik..gambar diambil dari main gate.tempat anak2 MARA Kulim menuntut ilmu dari form 1 sampai form 5.satu bangunan yg menempatkan segala keperluan belajar....bilik darjah,makmal,bilik lukisan/senireka,bilik aktiviti ko kurikulum,bilik persatuan,library,dewan,bilik guru,pejabat pentadbiran.....one stop centre...semua kat sini.
kat dalam bangunan nilah banyak benda2 menarik berlaku...berkawan..bergaduh..bercinta...putus cinta...mengenakan cikgu..kena marah dgn cikgu...kena tangkap sb dating (org lainlah).......huh...memories...

tingkat atas..hujung sebelah kiri..kawasan yg gelap tu adalah koridor.sebelah kiri sekali makmal bahasa inggeris & kat depan makmal tu bilik cikgu bahasa.kami pangil bilik ni bilik gosip....sb kalau masuk bilik ni mesti ada ja cikgu tgh bergosip...hehe..
kat koridor nilah saya & beberapa org kawan lg suka dok study masa form 5.siap bawak kerusi meja.kami panggil bilik panorama...best study kat sini esp masa prep petang.kena angin sepoi2 bahasa pastu boleh menjamu mata.taklah boring.
padang kat depan tu bersebelahan dgn padang bola...tempat lepak2 lepas dinner.sambil tu usha2 budak lelaki dok main bola...
kat sebelah kiri jalan raya tu ada rumah pengetua..
sepanjang belajar kat sini (form 1 - 5 kemudian matrik 1 = 6 thn)...saya sempat dgn 2 pengetua.dua2 best...cikgu Mydin (now datok) & cikgu Zain.


terimakasih kpd semua guru....u are our teachers & our parents....forever.

28 November 2010

BETOI KA NI????

salam..
mengemas barang2 my sis...(termasuk barang sendiri jg).
terjumpalah satu cincin emas.kecik ja.ingatkan my sis punya.
bila tanya dia katanya bukan dia punya & bukan my eldest sis punya.
maknanya cincin sayalah kan..
mmg ada cincin belah rotan yg saya beli dulu tp dah lama tak pakai.simpan2 punya simpan sampai tak jumpa cari.
tapi apasal nampak kecik????
see...boleh pakai sampai sini ja.
dulu pakai kat jari ni jugak...ok saja.
saya beli ni masa umur 21 thn rasanya.masa study year 2 kat kelantan.
ooohhhooo...
cincin ni mengecik ka????
atau tumbesaran saya masih berterusan???

plannya..
nak simpan cincin ni...tengok umur berapa boleh sarung semula.

20 November 2010

MAIN PATUNG

salam..
sapa tak pernah tengok binatang ni????kesiaaaannnn....

saya panggil dia ni patung..ada yg sebut pepatung.nama saintifik tak ingat dah.sila google sendiri.masa kecik2 dulu saya suka main patung ni....(anak patung tak suka).main dgn cousins.rumah saya kat tepi sawah padi.so takdak masalah nak dapat patung ni.ada macam2 kaler.kebanyakan kaler hijau.tapi bila jumpa kaler merah macam ni memang berebut2 nak tangkap.patung ni besar jugak.kalau masa tangkap tu dok pegang ekor dia lama2 mmg dia akan gigit tangan kita.so bila dah dapat kena cepat2 pegang kat sayap.kemudian ikat ekor dia dengan tali rafia.tali tu kena belah2 bagi nipis.barulah ringan sikit.panjang agak2 dalam 2 kaki.

bila dah ikat kat ekor dia kami lepaskan patung ni bagi dia terbang semula.tapi dah ada tali kat ekor manalah dia boleh terbang tinggi @ laju kan.bila dia terbang tu pakat2 hambat & tangkap tali tu balik...gila menyiksa haiwan sungguh....tapi takdak pulak orang dewasa yg larang.depa senang hati kot sebab budak2 ni tak kacau kat rumah.
budak2 la ni ada dak main macam ni?heh...confirm takdak.balik2 dok main anak patung barbie tu lah..samalah macam anak saya tu..habis sepah rumah.

28 July 2010

ANGKAT RUMAH

salam..
pepagi ni masa google cari gambar rumah kampung terjumpa pulak gambar ni..

uol pernah tengok tak aktiviti masyarakat macam ni?
saya pernah tengok sekali..masa tu kecik lagi & semestinya tinggal kat kampunglah.
dulu2 kan rumah semua bertiang.tiang2 kayu tu pulak cuma diletak jer atas pelapik tiang yg dibuat drp batu atau kayu..
ni gambar pelapik tiang batu.

so bila nak pindah rumah (bukan pindah tuan rumah jer...dengan rumah2 sekali berpindah) org2 kampung akan gotong royong angkat rumah tu untuk diletakkan kat tapak rumah baru.biasanya pindah dekat2 jelah...kot jauh, mati patah bahu & pinggang org2 yg mengangkat tu.
seronok sangat suasana masa tu...riuh rendah.iyelah...angkat rumah tuuuu....bukannya ringan.
kadang2 ada yang angkat untuk ganti pelapik saja.

bayangkan ada org yg lena dlm rumah tu...masa masuk tidur dok kat lain...jaga2 dah kat tempat lain...hehehe...kena pulak jaga waktu magrib....mau pening sasau dia..