SENANG CARI

08 December 2010

POTONG ITU WAJIB

salam..
musim cuti sekolah selain daripada meriah dgn kenduri kawen juga penuh dengan aktiviti memotong..hehe..bersunatlah.
tok mudim loaded nih....
tok mudim kampung charge berapa RM per kepala la ni???saya kurang pasti plk.
kalau klinik kat area sini minimum RM100.tu pun cara biasa yg jahit.tapi saya suka cara ni.nampak macam leceh tapi kurang risiko kesan sampingan.

anak teruna saya sorang ja.sunat masa umur 10 tahun (2007).dah beria2 nak sunat masa tu.so agenda utama umie dgn abah dia lepas kawen ialah sunatkan dia.
dah seronok sgt ingatkan tak nangis.hmmphh...rupanya melalak beria.nasib baik buat malam.time tu pun dia sorang ja (special request sb tak cukup masa).kalau ada budak lain confirm habis semua cabut.
paling kuat melalak masa injek local (ubat bius).pas tu pun bunyi lagi.dah siap semua tanya sakit dak?..jawapnya..'tak sakit pun'...hisshhhh...

masuk dalam kereta melalak lagi sepanjang jalan.last2 abah tak tahan kena jerkah full blown punya baru senyap.esoknya tanya apasal teriak dalam kereta?katanya...'sakit.rasa macam semut gigit tak mau lepas'.macam2 la along.

malam lepas bersunat tu kami semua tidur kat ruang tamu.temankan dia.along tak nangis.tapi tengah malam mengigau.bunyi macam nangis.tapi sat sajalah.
dalam masa seminggu dia dah ok..terpaksa ok sebab kami nak konvoi ke Tambun.kalau tak sembuh takleh ikut.
jom tengok muka dia dulu2.

on the way...dup..dap...dup..dap....
dalam bilik doktor..baru nak londeh seluaq.
senyum takut tu...
in progress.
abah pun suspen sebenarnya..
bangga lah tuuuu...sudah jantan.
kain tu buat syarat ja..
most of the time dia bolen.
dah lepas sunat sibuk pulak dah tanya bila dia nak tinggi.bila suara nak berubah.bila adam apple nak nampak (tapi dia tak sebut adam apple lah..dia tunjuk kat area leher tu ja).
la ni semua dah dapat.tinggai janggut dgn misai ja tak tumbuh lagi.
latest pic of along....
rupa budak besaq tapi perangai macam tu jugak
esp bab kacau/usik adik2.


budak berdua ni due potong 5/12 ari tu.tapi si rambut pacak (idlan) ja yg selamat.
si kecik kat bawah ni (mirul) tunda tahun depan sebab
si rambut pacak dah melalak sampai si kecik ketakutan.
tak sabar nak jumpa budak berdua ni minggu depan..nak dengar cerita.
dua2 ni anak kawan (NARC - mak lain bapak asing).dua2 pandai reka cerita.
nanti kita tengok versi sapa lagi best.

7 comments:

DrSinga said...

along tau tak ada ganbar seoaruh bogel dia dalam blog??
hehehe...

DrSinga said...

(gambar)
(separuh)
.
.
rabunnnnnnn....

ieda said...

DRS..
belum lagi...hehehe

Kerikil Kehidupan said...

kak...kalau special baby macam iman ni bila time sesuai potong ek...

Daddy Ziyyad said...

akak yg sunatkan along ke?

ieda said...

nanie..
tunggu besar sikit & masa dia betul2 sihat.buat kat hospital.boleh bius penuh.

DZ..
taklah..kalau akak buat, potong habis...hahaha

SURIA AMANDA said...

hahahah...ingatkan akak yang sunatkan..