Showing posts with label konvoi. Show all posts
Showing posts with label konvoi. Show all posts

13 December 2012

HABIS DAH!!!!!

salam...

alhamdulillah syukur kepada Allah..
konvoi rasmi selama 2 hari telah berlangsung dengan meriah & jayanya.
Datuk puas hati...sahabat2 gembira....kami lega.
kenderaan yg ikut serta pun baik hati...jaga tuan masing2.buat hal sebelum konvoi & selepas konvoi tamat.sepanjang konvoi semua bergerak dgn baik saja.

kembali bekerja hari ni dalam mood 'mata berat' sebab pukul 5.00 pg td baru sampai rumah.temankan kawan baiki kereta dulu...sama2 pergi maka balik pun mesti sama2 juga...tunggu lunch break nak sambung zzzzzzzz sikit lagi.

tahniah kepada semua peserta...
terimakasih kepada semua yg terlibat terutamanya pihak PDRM yg menyediakan polis pengiring (motor & kereta) yg telah melakukan tugas mereka dengan baik sekali,
petugas2 Masjid Besi Putrajaya yang mesra,
pihak SPRM KL,Port Dickson & Melaka...ramah tamah semuanya...makanan pun best,
pihak media yang rajin membuat liputan,
pihak hotel yang memberi special rate utk peserta (hotel Maluri Cheras & hotel Mahkota Melaka),
juga kepada semua pengguna jalanraya yang memberikan kerjasama dgn membuka laluan utk konvoi...

dan yang paling penting sesungguhnya...
terimakasih kepada Allah swt kerana memudahkan urusan perjalanan kami & melindungi kami semua sepanjang program berlangsung.



07 December 2012

PREPARATION

salam..

sakit pinggang..
duduk dari pk 2.30pm sampai 4.30pm..lipat baju konvoi & masukkan dlm plastik satu2....baru satu trip.malam ni satu trip lg.berapa helai ntah...tak kira pun.
budak nabila tension sebab umie tak layan dia...tetiba dah pukul 5...umie keluar nak pi kerja semula...melalak marah..hehehe.
esok umie cuti umie layan ok...

malam ni kena listkan ubat2 yg nak dibawa.dah habit saya.kalau keluar jauh dari rumah mesti bawa ubat spare.segala ubat saya angkut.bukan untuk kami ja tapi standby utk anak2 member sekali.mana tau kan.
ubat2 yg biasanya saya bawa ialah 
pain killer,demam,batuk/lelah,selsema,senak,muntah,cirit & injection utk tahan sakit.
kali ni kena tambah satu lagi...minyak angin & minyak tok awang loceng (minyak feveret saya sejak azali).
rasa macam tak selamat kalau takdak ubat standby.

alhamdulillah..dah banyak kali jalan jauh ni ubat2 tu semua jarang2 digunakan pun.setakat ubat tahan sakit utk SU ja yg kerap pakai.

moga utk perjalanan kali ni pun semuanya akan mudah dan selamat..insyaAllah.

06 December 2012

JOM KONVOI

salam..
makin menghampiri hari konvoi...SU makin ligat.tak lekat kat rumah.macam biasa,di hujung2 ni tumpuan adalah kepada t-shirt konvoi,sticker,banner & souvenier.petang esok insyaAllah semua t-shirt siap.maka malamnya tugas kami la nak melipat2 masuk dalam plastik.last minute hantar printing memang org printing tak pack dah..kena buat sendiri.tapi takpa...dah biasa.budak2 pun dah besar....boleh tolong.

mujur kali ni bergerak pagi ahad.sabtu saya cuti maka sempatlah nak mengemas lebih awal....boleh tidur awal hendaknya.acara rasmi pun bermula hari Isnin..takla rushing sangat.

moga perjalanan konvoi kali ini dilindungi oleh Allah....
moga hajat individu yang ingin berkonvoi tercapai...moga dia gembira dengan acara2 yang telah disusun oleh SU & the team.

andai ada yang terserempak dengan kami diperjalanan,jangan malu2 untuk memberi laluan....sekadar mengutamakan keselamatan semua.
kami dari NARC & SPRM Kuala Lumpur akan berada dijalanraya sekitar Selangor (Shah Alam),Putrajaya,Negeri Sembilan & Melaka pada 10 & 11hb (minggu depan).
konvoi rasmi akan diiringi oleh pasukan polis trafik.
dari utara ke KL kami bergerak dengan bantuan marsyal sahaja....lalu highway in a free drive mood...maka relax2 saja di situ.



12 August 2012

NAK BERBAKTI JUGA..

salam..
muka budak yang excited dapat ikut konvoi

gambar ni diambil jam 1.11 pagi...
masih segar bugar
seronok dengar bunyi siren polis & tengok lampu kereta berderet2.


11 August 2012

UPDATE SINAR KASIH RAMADHAN

salam..
selesai berkonvoi....alhamdulillah semuanya selamat.walaupun agak rushing kerana mengejar masa,semua lokasi dapat diterjah & disempurnakan segala yg telah dirancang.bermula jam 11 malam & berakhir sekitar 5.30 pagi.
sekarang masih lagi di Sik Inn...diberi kelonggaran utk checked out selepas solat asar nanti.terima kasih kepada pengurusan Sik Inn.

untuk aktiviti Sinar Kasih Ramadhan malam tadi sebanyak 5 lokasi disinggahi dengan penerima sumbangan seramai 10 org.selain daripada memberi sumbangan kepada penduduk miskin,pihak kami juga mengunjungi 4 jabatan kerajaan untuk diberikan makanan sahur.jabatan tersebut ialah Balai Polis Sik,Jabatan Pertahanan Awam Sik (JPAM),bahagian kecemasan Hospital Sik dan Balai Bomba Sik.makanan adalah sumbangan Hussain Nasi Kandar (nasi beriyani lauk ayam...terbaik).

sebanyak 24 buah kenderaan turut serta (Avanza & friends, team promosi Sinar Harian Utara & UMNO bahagian Sik) dengan diiringi kenderaan polis peronda Daerah Sik.

terimakasih kepada semua yg terlibat.semoga semua penerima sumbangan berpuas hati......

gambar akan datang lewat sikit...as usual.



11 May 2012

JOM KONVOI

salam..
mmm..dah lama tak berkonvoi avanza shj.
tak sabar tunggu esok.
satu lg konvoi amal bersama Sinar Harian Utara.
kali ni menuju ke rumah anak-anak yatim di Perlis...Rumah Mak Teh.


acara sampingan ialah ronda WANG KELIAN & makan pulut pelam di ladang MEMPELAM HARUM MANIS.


baju konvoi dah siap...tgh jemur sb baru siap ptg tadi.saya wajib basuh baju sebelum dipakai...nanti kulit jadi gatal2.
SU tengah jelajah ke Penang..ambil souvenier kemudian deliver baju2 kat peserta.sambil tu ambil hamper dari TOYOTA SP SELATAN.


asyik konvoi santai ke Thailand ja...rasa rindu plk nak konvoi dalam Malaysia guna police escort.malangnya esok polis2 semua sibuk sebab ada event kebangsaan.AGUNG pun ada urusan rasmi...maka kami tak dijanjikan dgn escort...
bak kata abg polis tu kpd SU..
"tak berani janji zam...kalau ada adalah..tapi buat masa ni boleh kata tak ada lah.."
moga2 esok ada surprise dari polis trafik.


apa pun..moga semuanya selamat esok....
nabila pun ikut juga....lamaaaa dia tak ikut konvoi besar.
jangan lasak sgt nabila noooo...penat umie nak hambat nanti.


***harap2 boleh tidur awal mlm ni***

08 August 2010

ABAH DAH BALIK...

salam..
jumaat 6.8.2010 sekitar 6pm....en hbby selamat sampai kat Dataran Semilang setelah seminggu ride jelajah Semenanjung (KKM 1 MALAYSIA 2010)..alhamdulillah semua ok...motor ok..bikers ok...avanza pun ok (walaupun a/cond leaking kat border Melaka/N.Sembilan....sian hbby termiss satu event coz nak settle kes avanza ni).
Ingatkan saya jer yg pi jemput hbby (tu pun sb nak ambik avanza),rupanya ramai lagi family members lain kat situ..
nabila happylah jumpa abah..tapi mula2 macam malu2...maklum seminggu tak jumpa.
few pics from there..
peserta & family

malu2 konon..
kawan hbby yg keletihan
siap pi salam dgn kawan abah...
happy dapat lepas bebas..
lepas main cari abah lagi..

ada cerita menarik ttg konvoi ni..tunggu saja.

01 August 2010

KONVOI KEMBARA MERDEKA

salam..
bermula lagi hari2 bersendirian dgn anak2.kali ni lebih lama..seminggu (1/8 hingga 6/8).en hbby memulakan kembaranya pagi ni..SMBC..KONVOI KEMBARA MERDEKA II 2010..first day menuju ke Kelantan.sekarang tak tau kat mana..lost contact sb naik motor takleh nak msg2.harap semuanya selamat & program ni berjaya dilangsungkan dgn meriah.berbaloilah hendaknya dgn masa & tenaga yg dikeluarkan oleh hbby & kawan2nya yang bertungkus lumus utk organise program ni..termasuklah saya sekali..ofis dia kat sebelah jer tp malam2 baru boleh sembang.tu pun kalau dia takde meeting..kalau meeting pk 1 pagi baru sembang..huhu..sib baik dah lama kawen.taklah terasa hati sgt.
apa pun...moga Allah melindungi perjalanan anda semua...selamat berkembara sambil berbakti (sepanjang kembara ada program dgn anak yatim juga).

masa p cameron highland

23 July 2010

SUARA ANAK YATIM

salam..
klip video ni dah lama..diletakkan di sini sbg kenangan.
ini adalah program amal Avanza pd tahun 2008 bersama skuad ERA.
suara latar adalah nyanyian anak2 yatim yg dilawati...
cuba teliti senikata lagu ini..


rakaman oleh saya & en hbby
 video diedit oleh en hbby.

22 July 2010

AKU ADALAH AKU..

salam..
saja cuci mata.
siapa dia???
penuh confident..
tetiba...aaawwwww!!!!!
ohhh.....belum cukup umur rupanya....
tak kisahlah...
janji boleh ride macam ni





jgn marah atan
melawak jer
apa2 pun
*
*
*
kamu adalah marsyall yang paling best!!!
p/s...dia adalah lelaki sejati


12 July 2010

SMBC PRE MERDEKA RIDE

salam...
ini adalah aktiviti hbby semalam (11.7.2010).
sempena konvoi kembara merdeka (KKM) pada awal Ogos nanti team SMBC mengadakan pre merdeka ride drp Bertam ke Padang Besar.
flag off disempurnakan oleh Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi.
enjoy some of the pics.
(wife & kids also involve in this ride but KKM in August is for riders only)

exercise dulu..
pastu makan...boleh ke??
flag off by Tun
on the road
lunch free kt perlis
wajib ni..
padang besar
way back home
check stok gula kat kilang gula perlis
kenangan sekitar ladang tebu
till we meet again...

26 June 2010

KEMBARA CAKNA DAY 4 (14.6.2010)

salam...
sambung kembara cakna..hari ke 4 (terakhir).
namapun last day..takdelah nak rushing.
budak 2 org ni kalau tak kejut mmg tak bangun.

dah siap2 angkut semua barang masuk kereta (ingatkan sikit..rupanya brg dok banyak tu jg..ish..ish..),
lepak2 kat cafe tunggu member2 yg lain dtg.
sambil2 tu tgk Sinar..banyak berita ttg konvoi ni.tiap2 hari ada.
masing2 dok tgk kot2 muka ada dlm paper..bukan artis..
mestilah syok tgk muka kuar paper...hihihi.

destinasi pertama...rumah mertua sool.nama tempat tak ingat dah...buat makan2...sedapppp...dah penuh perut & sepahkan rumah org baru boleh sambung berjalan..thanx sool & ina.

singgah kat Keropok Lekor Sukaramai plk...beli sikit ja..
geng2 pilot pulun makan kat situ jg.

pas tu singgah makan lg kat penarik.tokey nak makan udang salut tepung plk..tapi yg lain pun pulun sakan jg.
dah semua geng suka makan kaaannn..dan lagi susun kereta..
acara wajib bila berkonvoi.
kedai sempoi tapi pelanggan ramai...sedap & murah

dari sini ada yg bergerak ke Rantau Panjang...4 kereta kot.
yg lain2 terus bergerak balik.
sampai area bukit bunga time asar..
kat sini barulah hujan.before that mmg panas giler.
berenti solat,beli2 sikit & ada yg minum.
then sambung perjalanan.

baru ja bergerak si kenit uk uk plk dah..
ish..mana ada tempat dah nak stop.hbby target hentian rehat kt tasik banding.terlupa plk Titiwangsa sebelum tu..
dah konvoi ni kena ikut plan asal.takleh berenti sorang2.terpaksalah menghayati haruman si kenit ni sepanjang jalan.
dah tu dia ngantuk plk.kena adjust tido atas riba..lenguhnyeerrr..
sampai kat hentian rehat tu terus mandikan dia..leegaaaa...
baru lepas cuci

dapatla bergerak dgn suasana yg lebih nyaman..ujan mmg lebat.sampai kat pengkalan hulu pk 8 mlm.kedai wajib singgah bila ada tokey..restoran kari kepala ikan salim..solat then makan.kat sini pun hujan still lebat.
bila hujan dah reda baru boleh balik.
yg ni last stop..so salam2 bagai...then balik.
sampai rumah pk 12 mlm.
hujan2 pun restoran ni tetap meriah.


berakhirnya kembara yang sgt best & meriah.

thanx to all NARC's & other families.
thanx a lot to
SPRM Penang,Kelantan & Terengganu
KSU Terengganu
PDRM Penang,Perak,Kelantan & Terengganu
Majlis Daerah Grik
Marsyall
Sinar Harian
THR (kru GEGAR)
&
semua pihak yang terlibat
termasuk orang ramai yang memberi laluan


esoknya saya udah kerja weeiiii...