06 December 2012

JOM KONVOI

salam..
makin menghampiri hari konvoi...SU makin ligat.tak lekat kat rumah.macam biasa,di hujung2 ni tumpuan adalah kepada t-shirt konvoi,sticker,banner & souvenier.petang esok insyaAllah semua t-shirt siap.maka malamnya tugas kami la nak melipat2 masuk dalam plastik.last minute hantar printing memang org printing tak pack dah..kena buat sendiri.tapi takpa...dah biasa.budak2 pun dah besar....boleh tolong.

mujur kali ni bergerak pagi ahad.sabtu saya cuti maka sempatlah nak mengemas lebih awal....boleh tidur awal hendaknya.acara rasmi pun bermula hari Isnin..takla rushing sangat.

moga perjalanan konvoi kali ini dilindungi oleh Allah....
moga hajat individu yang ingin berkonvoi tercapai...moga dia gembira dengan acara2 yang telah disusun oleh SU & the team.

andai ada yang terserempak dengan kami diperjalanan,jangan malu2 untuk memberi laluan....sekadar mengutamakan keselamatan semua.
kami dari NARC & SPRM Kuala Lumpur akan berada dijalanraya sekitar Selangor (Shah Alam),Putrajaya,Negeri Sembilan & Melaka pada 10 & 11hb (minggu depan).
konvoi rasmi akan diiringi oleh pasukan polis trafik.
dari utara ke KL kami bergerak dengan bantuan marsyal sahaja....lalu highway in a free drive mood...maka relax2 saja di situ.



No comments: