11 August 2012

UPDATE SINAR KASIH RAMADHAN

salam..
selesai berkonvoi....alhamdulillah semuanya selamat.walaupun agak rushing kerana mengejar masa,semua lokasi dapat diterjah & disempurnakan segala yg telah dirancang.bermula jam 11 malam & berakhir sekitar 5.30 pagi.
sekarang masih lagi di Sik Inn...diberi kelonggaran utk checked out selepas solat asar nanti.terima kasih kepada pengurusan Sik Inn.

untuk aktiviti Sinar Kasih Ramadhan malam tadi sebanyak 5 lokasi disinggahi dengan penerima sumbangan seramai 10 org.selain daripada memberi sumbangan kepada penduduk miskin,pihak kami juga mengunjungi 4 jabatan kerajaan untuk diberikan makanan sahur.jabatan tersebut ialah Balai Polis Sik,Jabatan Pertahanan Awam Sik (JPAM),bahagian kecemasan Hospital Sik dan Balai Bomba Sik.makanan adalah sumbangan Hussain Nasi Kandar (nasi beriyani lauk ayam...terbaik).

sebanyak 24 buah kenderaan turut serta (Avanza & friends, team promosi Sinar Harian Utara & UMNO bahagian Sik) dengan diiringi kenderaan polis peronda Daerah Sik.

terimakasih kepada semua yg terlibat.semoga semua penerima sumbangan berpuas hati......

gambar akan datang lewat sikit...as usual.



No comments: