SENANG CARI

22 December 2016

MOANA....ANTARA YANG TERBAIK

salam sejahtera....

kisah minggu lepas.
menutupi tirai lawatan ke panggung wayang untuk tahun 2016 dengan filem Moana.

98% tayangan filem yang kami lihat adalah cerita kanak-kanak....almaklum ada anak yang masih bawah umur.
hanya sekali sekala kami menonton berdua sekadar mengambil masa untuk diri sendiri. itupun kalau ada cerita yang benar-benar menarik dan kebetulan tak sesuai untuk kanak-kanak.

untuk filem Moana, mulanya tak berapa nak berminat sangat sebab tengok trailer cerita ni macam biasa-biasa saja...tak menarik.
perancangannya nak tengok cerita Sing sebab nabila suka yang ada banyak lagu.tapi terpaksa tukar cerita sebab Sing ditayangkan agak lewat dan esoknya kakak nabila ada kelas.

tengok hari Rabu, ingatkan tiket murah. rupanya murah untuk show sebelum 10 malam. kami hanya sempat ambil untuk show 10.45 malam sebab nak selesaikan urusan mak mertua dahulu.



maka, Moana saja pilihan yang ada.
menonton sehingga ke akhir tayangan, pada saya Moana adalah cerita yang menarik....banyak yang bagusnya.tak rugi bawa anak tengok cerita ni.


apa yang bestnya?
1. animasi yang cantik dan menarik.banyak teknik gambaran dan idea yang diolah dengan cantik sekali.


2. pengisian cerita yang bermanfaat. ia bukan sekadar kartun dengan kisah kosong tetapi diserapkan dengan nilai kasih sayang keluarga, kepercayaan yang kuat kepada budaya dan tradisi serta sikap murni hidup bermasyarakat.

3. nilai moral dan keyakinan diri yang ada dalam watak Moana dibangunkan dengan sempurna.


4. semangat setiakawan antara semua watak yang ada dalam cerita ini juga antara faktor yang menarik untuk dilihat.

5. lagu-lagunya menarik sekali dengan irama yang rancak dan lirik-lirik yang membina kekuatan diri dan semangat.

keseluruhannya, untuk kanak-kanak, ia adalah sebuah animasi yang indah, comel dan diisi dengan dendangan lagu2 yang sedap didengar.

untuk kita yang dewasa, Moana adalah filem hiburan ringan yang mempunyai pengisian yang hebat.

berbaloi dengan masa dan ringgit yang dikeluarkan untuk keluarga.

cerita ini masih ditayangkan di pawagam....boleh berkunjung untuk menghiburkan anak-anak di samping mendidik nilai moral mereka. 



No comments: