24 October 2010

CABARAN ALAF BARU

salam pagi Ahad..
ramai yg bercuti hari ni kan?tapi saya kerja.weekend saya adalah pd hari Sabtu.
ceriat apa ya utk hari ni....mmmm.....
ok....kita tgk sikit ttg teknologi komputer & perubatan.
ini adalah buletin yg selalu saya dapat.banyak cerita dalam buletin ni.kebanyakanny tentang ubat2 terkini & perkembangan teknologi perubatan.
yang ni agak menarik utk kita kongsi bersama.
biasa dengar tentang pacemaker & cochlear implant kan?

seorang saintis dari UK Dr Mark Gasson membuat kajian tentang keupayaan virus komputer menjangkiti bahan2 implant yg dimasukkan dalam badan manusia.kajian beliau menunjukkan bahawa perkembangan teknologi telah berkembang & menjadikan bahan2 implan ini mampu berkomunikasi,menyimpan & memanipulasi data seperti sebuah komputer mini. ini mendedahkan ia kepada serangan virus.maka dunia teknologi perubatan perlu terus bergerak sejajar dgn perkembangan teknologi komputer supaya bahan2 ini selamat digunakan.

saya tak dapat bayangkan jika pacer terkena virus....
apa akan jadi kepada jantung pengguna itu?
atau cochlear implantnya dijangkiti virus....apa agaknya penerima implant ini akan dengar????

kepada semua penggemar teknologi komputer,sains & perubatan & yg sukakan cabaran.....ini adalah bidang yg elok utk diceburi.....sgt menarik.

No comments: