30 September 2010

KELISA...KECIL TAPI MAHAL JUGA..

salam...
ini adalah kejadian tengahari semalam.seperti biasa lunch break saya dipenuhi dgn aktiviti menjelajah menyiapkan kerja sampingan spt ke bank,beli barang etc.kadang2 keluar dgn hbby,kadang2 sorang2 & kadang2 dgn hbby + nabila.tapi semalam saya nak cepat so keluar sorang2 saja.drive kelisa sb senang nak parking.tak guna banyak space.lagipun jimat minyak.kebetulan jalan tak sibuk sangat.

traffic lite pertama....ok.traffic lite ke 2.....ok...traffic lite ke 3....KO...hahaha..selepas traffic lite ke 3 ni adalah jalan sehala dgn 2 lorong di setiap hala.maka dapatlah drive dgn selesa.time ni lah nak tambah speed pun.
tengah2 sedap drive kat lane kanan tetiba....."PONG!!!".....terus pandangan jadi kabur.terkejut gak.mujur bukan spesis panik.rupanya cermin depan retak seribu.tak pulak terkena apa2.suka2 dia ja nak pecah.mungkin sb asyik kena panas kot.lgpun kereta lama.so...slowly adjust ke kiri & berenti tepi jalan.risau gak.nak ke tepi sgt ada parit.ke tengah sikit takut kena hentam dgn lori sb semua laju2 kat jalan tu.kebetulan ada pokok...dapat la tempat teduh sikit.terus call hbby.sib baik dia tak ke mana.suruh dia dtg ambik dgn kereta lain.punyalah lambat (sb dia nak kena angkut nabila sekali)..walaupun teduh tp bahang panas tetap ada.nak buka enjin risau plk sb ada gegar2 tu takut cermin berderai.

masa toleh kat belakang tetiba nampak ada motor terbaring kat jalan.jauh jg dr tempat saya.tak taulah sb apa.tp tergolek sorang2 dia ja.ada org dtg tolong.tengok budak tu boleh jalan.kira tak teruk la tu.
motor tu tergolek kat pokok hujung jalan tu.
masa ambik gambar ni hbby dah sampai.
nampak tu?nabila menyebok kat tempat driver.
zoom in dari tempat saya berdiri...

sambil tunggu hbby saya call mekanik regular saya kat SP.dia suruh saya drive ke bengkel.takla jauh sgt tp sorry la...I tak berani.kang cermin tu berderai tak pasal2 muka ada corak.lagipun bukannya nampak jalan sgt pun.kelabu asap.dah tu nanti mesti org pandang2...malu seh!!!...so dia setuju untuk mai ambik.masa hbby sampai mekanik tu tak sampai lagi.

tetiba ada makcik ni termengah2 lari dari seberang jalan dgn cucu dia terus tanya kat saya..
makcik...."hang berlaga dgn dia ka?"
saya........"awat makcik?anak makcik eksiden ka?"
makcik...."dia eksiden"....muka makcik ni mmg pucat.kesian dia.
saya........"daklah makcik.cermin kereta saya pecah.anak makcik yg kat sana tu kot....dia jatuh  sendiri"
makcik...."oooo".
kebetulan anak sedara dia sampai dgn motor.ambik makcik ni bawa balik.cucu dia ja yg jalan ke tempat eksiden tu.

tunggu dalam 15 min.gitu dia sampai.belek gitu gini katanya kalau single layer rm300+...double layer dekat rm500...so hbby kata ambik single layer ja.bukannya bawa jauh2 pun kereta ni.settle kat situ.petang dia akan hantar kat rumah.....see...bestkan dapat mekanik macam ni.kat sini mmg saya tak risau kalau kereta ada problem.call ja uncle ni...mesti dia sampai.
maka tak jadilah segala bagai kerja yg nak dibuat sb dah pukul 2 ptg.

ini ja yg dapat masa bertenggek kat tepi jalan tu

kena ambik nurul kat sekolah plk.tp hampeh jer cikgu dia.kata balik pk 2 tp pk 2.40 baru lepas....dgn nabila merengek nak susu...geram betul.
petang dlm pk 7 uncle ni hantar kereta ke rumah....semua RM455.....dia buat yg double layer sb katanya beza rm50 jer dgn single layer.upah rm150....lain2 tu kos barang2...cermin,gam & getah tepi tu..(apa nama ntah)....mahal ke murah????saya tak tau...janji kereta ok.

beza single layer dgn double layer.....
kata hbby (saya mmg blur bab2 ni)
single layer kalau pecah mmg akan retak seribu
double layer pecah akan membentuk line...so boleh drive lagi sb tak ganggu pandangan.

kenapa cermin pecah tiba2???
beberapa minggu lepas ada dalam Harian Metro ttg tips nak jaga cermin ni.tapi saya baca gitu2 ja.tak ambik pot pun...bila dah terkena kat batang hidung sendiri baru la dok fikir balik apa yg ditulis dlm paper tu...malangnya otak dah kaput..tak boleh nak recall...ishhh...

ada sapa2 tau??? sila kongsi (esp bab pasang aircond masa tengah panas tu...cemana ntah tipsnya).


JANGAN ASYIK NAK CANTIK & SERONOK SAJA....

salam...
saya baca coretan ini di FB anak muda bernama Ibnu Al-Khams.satu cerita yang menarik dan perlu di beri penghayatan oleh kita semua.saya harap semua pengunjung ke sini dapat membaca sehingga ke penghujung cerita.yang lebih utama jadikan kisah ini satu pengajaran & panduan buat kita kerana kita semua akan ke SANA juga nanti.
buat anak muda Ibnu Al-Khams....terima kasih kerana berkongsi kisah ini.

Pramugari Koma di tanah suci... MESTI BACA!!
by Ibnu Al-Khams on Tuesday, September 28, 2010 at 6:20pm

Untuk renungan bersama ......
Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.
Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, seg alan ya berj alan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wa nita terbabit..
Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wa nita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ.
Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.
Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wa nita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??
Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan... kakak taubat dahLan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."
"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua am alan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.

Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"
"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."
"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.
"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.
"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarikdengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. "sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar.
Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan puladengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wa nita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakakakan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik am alan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhiratkelak. Alhamdulillah, wa nita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..
"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wa nita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.Kakak betul- betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."
"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."

"Kakak ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudahbawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wa nita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... . " itu dah terlambat.


REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,
WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,
WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,
WAKTU MUDA SEBELUM TUA
DAN
WAKTU HIDUP SEBELUM MATI


" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."
 
Wallahualam...

29 September 2010

SERONOK DAPAT HADIAH.

salam..
jom tengok cerita lama.
birthday nabila ialah ada 1/9...tapi kan masa tu bulan puasa.makanya tak daklah acara sambutan pun..kek pun tak beli.kami cuma beli hadiah jer..tu pun dah terlewat berapa hari.dah siap beli & balut tersimpan plk dalam bilik beberapa hari.
bukannya apa.timing nak bagi selalu tak kena.siang2 mmg tak boleh sb umie kerja.petang kalut nak berbuka.malam plk bila nabila tak tido abah takde...bila abah ada nabila plk tido awal.akhirnya dekat nak raya baru bagi..
nabila dapat hadiah pukul 11 malam pada 9/9/2010..

punyalah seronok main masak2 sampai takmau tido.terpaksa angkat masuk bilik & paksa juga tido...pukul 2 pagi dah pun..tutup lampu & tutup pintu bilik...(nabila tido dgn kakak)..
mujur tak melalak.

jom layan gambar hari tu...

macam dapat anugerah...
mula2 belek dulu depan belakang
nak buka tak pandai lagi...abah kena tolong
cepat la abaaahhhh......
kakak yang seronok lebih..
seronok main kertas la pulak...adoi!!!
letak tepi dulu
yang ni boleh buka sendiri dah....
koyak ja....
kotak pulak susah nak buka
bola apa ni abah????ada lubang2
jom abah...kita koyak yang ni pulak....
sampai muncung mulut dok hirup makanan dari kuali..

moga nabila terus membesar dgn sihat dan cemerlang
kamu adalah anak yang sangat istimewa
we luv you soooooooo.......much..

28 September 2010

LAGI ANAK HILANG..

salam..
saya buka maybank2u sekejap tadi.kat front page ada gambar anak comel ni..lagi satu kes kanak2 hilang.saya tak terbaca plk cerita ni dalam paper.termiss kot.saya tak tahu detail cerita ni..anybody knows????boleh share.
anyway sesiapa yang ternampak sila laporkan kepada balai polis berhampiran..
diharapkan baby ni ditemui dalam keadaan selamat.
A 2 year old child, Lee Xin Ru has been missing since 21st September 2010.

ANTARA YANG BENAR & TIRUAN

salam....
bila tengok entry semalam terfikir pulak...banyak juga nama gelaran di kalangan teman2 keluarga saya.masa sekolah dulu pun ramai juga kawan2 & senior guna nama gelaran supaya senang nak kenal...al maklum duduk asrama.senior2 wajibla kenal terutama yang garang2 tu.bila nama plk dah hampir2 sama maka terpaksa letak gelaran.kadang2 nama gelaran ni juga yang disebut sampai terlupa nama asal..
antaranya...
masa sekolah (menengah)..
ronet ,jot,mitsumei,wama,man semut,kuyak,kure,popeye @ pye.
nama pye (sebut pai) mmg melekat sampai sekarang..
kdg2 terlupa nama asal dia..

family friend sekarang..
penyu (sb bawa matrik masa konvoi avanza)
superman (sb sentiasa dressing kemas..rambut pun kemas 24 jam)
ad boro (hisap rokok marlboro)
ad sengau (suka buat2 sengau....mmg menjadi)
tokey (tokey ayam goreng pasar malam)
chip (presiden NARC)

anak2....
mat top (along.....tetiba saya guna nama ni masa tgh angin kat dia)
karen (nurul)
toyot (nabila)

saya???kat belakang tak taulah tapi kalau berdepan ni kawan2 panggil nama ja.

saja nak tepek..
ni klip video masa Skuad Era buat aktiviti dgn anak yatim kat Penang...jemput geng avanza sekali...tengok la aksi ad sengau buat lawak..kalau sembang dgn dia mmg tak kering gusi..



27 September 2010

SELAGI ADA SYAWAL..

salam..
sambungan ayat untuk tajuk di atas ialah.......
.........selagi itu ada makan free.....

ahad 26/9/2010...ada 4 undangan raya untuk family saya..3 drp kawan2 NARC & satu lg drp kawan blog iaitu KAUTHAR.saya hanya dapat hadir di dua rumah teman NARC saja...satu lg dah lewat tak sempat nak pergi sb kena masuk kerja.rumah Kauthar pun tak boleh singgah walaupun dah lalu kat situ sebab hujan lebat sgt.maaf ye Kauthar...lain kali kita jumpa ok..

kami pergi masa lunch break saya....4 kereta semuanya.yg 3 family lg takde masalah sb semua cuti Ahad...saya ja yg kerja.masa sampai kat Kulim cuaca masih panas.selesai makan kat situ hujan dah rintik2.cepat2 masuk kereta sb takmo bg yg kecik2 ni basah kena hujan.rupanya baru ja bergerak hujan dah lebat.sampai kat Kubang Semang makin bertambah lebat.terpaksa redah juga untuk masuk dalam rumah...takkan nak lepak dalam kereta plk kan.

makanan semua ada kat khemah...dek kerana hujan mencurah2 maka tak boleh la nak keluar ambil makanan tu. tunggu saja dlm rumah sampai tuan rumah terpaksa angkut hidang.
menu rumah pertama & ke 2 sama saja..nasi tomato & laksa.yg beza rumah pertama ada ketupat....rumah ke 2 ada satay.bila hujan rteda sikit terus bergerak balik.tapi nabila sempat lagi mandi kat sini..bukan apa...dah lama sangat pampers kat punggung tu.kesian plk.lgpun kepala dah kena hujan.
saya terus ja ke ofis.patutnya masuk pk 3 tp pk 5 baru sampai.nasib baik SP pun hujan so takdak patient...lega.lepas hantar saya hbby terus sambung ke rumah kawan NARC sorang lagi kat SP.
jom tengok gambar pulak...nak?

tuan rumah kat Kulim...bob
& wife Ina (baju merah)
ketupat

main suap2 plk dah dua org nie....faizal & tun
anak ngko senyum jer tuh...

sempat lagi cabut pokok bunga orang...(azam)
kanan sekali...pak ya

tuan rumah yg ke 2...tokey
siap baju oren berkilat tu...macam pengantin plk.
redah chip...demi kawan..
hujan yang menderu2 turun dengan meriah
bapa2 duduk kat luar
yg baju merah kat depan tu (chip @ abg zaini)adalah
tuan punya kucing putih gebu kat entry di bawah
ibu2 & anak2 lepak kat dalam rumah
tengok la nabila tu.. pulun makan sendiri
makanan yang best2 belaka..
kanan sekali yg nampak separuh tu adalah tuan rumah (ilah)
mmmmmm.........
on the way....sebelum hujan.

lepas makan kat dua buah rumah...
peace baby!!!!....
eh...apasal muka masam???

"Mama_Balqis 2nd GiveAway"

salam...
join Giveaway pulak hari ni...
jom sama2 kita meriahkan GA yang dibuat oleh mama balqis sempena Sambutan Ulangtahun Kelahiran mama yang ke 26.......(pada 21.9 yg lepas)

 Buat mama balqis@ anje (nama pun dah comel kan...)..
selamat hari ulang tahun....semoga sentiasa dirahmati Allah...semoga sentiasa bahagia bersama insan2 tersayang.

tarikh tutup 8.10.2020....untuk turut serta sila klik MAMA_BALQIS

ANAK PELIHARA

salam...
saja nak share gambar anak2 angkat kesayangan kawan saya kat penang...
hbby snap gambar ni masa beraya hari tu.....ada dua peringkat umur kat sini.semua sama kaler...cute kan?

yang ni plk hak milik kawan kat lumut..

kat rumah saya pun ada tapi duduk kat luar...
hak milik bebas sebab saya tak suka ada kucing dalam rumah.

26 September 2010

TAK SEMPAT NAK CELEBRATE

salam..
semalam 25/9/2010 adalah birthday aiman @ along yg ke 13.tapi tak sempat nak beli hadiah.makanya saya dgn hbby diam saja.tak wish apa pun kat dia.nanti dah ada hadiah baru nak celebrate.kebetulan birthday nabila pun tak celebrate lagi.just bg hadiah saja.tu pun terlewat banyak hari.aiman ni pun tak sebut apa2 ttg birthday dia.haruslah dia tak ingat tu..poyo tau dia ni.tarikh lahir sendiri pun tak mau nak ingat.cuba tanya....
mesti terkebil2 pastu tersengih2.
ni gambar masa tahun lepas.celebrate sekali dgn nabila,abahnya & cousinnya....
empat2 org ni lahir bulan 9...huh...jimat budget.

mr left handed...aiman

hari ni saya pergi open house rumah kawan2 masa lunch break..hujan2 pun redah jugak...nanti kita tengok gambar.sekarang kamera ada kat hbby sb dia attend satu lg open house...saya takleh pi dah..kerja maaa....ni pun dah masuk lewat.

24 September 2010

MENGIMBAS KENANGAN LAMA..

salam...
pagi2 ni kita layan gambar lama dulu..
kalau lapang saya suka kelebek album...tengok gambar zaman dulu2...best.
lawak pun ada.
hari ni kita tgk gambar budak2 dulu.
comel ja masa kecik..nurul & aiman @ along
dah besar jadi anak teruna & anak dara dah pun la ni..
jerawat gatai pun dah ada.

yg ni lglah nostalgia...hehehe...agak2 sapalah budak kecik ni???
ada kuda tuuuu.....
*
*
*
*
ni lah budak kecik yg berjaya membesar dgn cemerlang
bapa bebudak ni @ my hbby
body shape maintain...hehehe

dan yg ni adalah budak kecik yg tak besar lagi...
anak cina ka...jepun ka...korea ka?????
suka hati dia ja pakai anak tudung kakak.
nampak ja abah nak snap..terus tutup muka.....
pandai nooo...

gambar umie???
nantilah...tak cari lagi..
gambar masa baby takdak maklumlah org susah..
mana nak ada kamera time tu.ada gambar masa sekolah ja.