29 June 2012

salam...
hari ni baru perasan....
entry kembara cakna ke Perlis tak buat lagi...
dah hampir 2 bulan berlalu....
fuhhh...


layankan dulu video clip ni
ada 2 bahagian...
bahagian pertama adalah acara rasmi ke rumah anak yatim Mak Teh.
bahagian ke dua adalah sesi jalan2 ke Wang Kelian & ladang mempelam harum manis.





28 June 2012

JANGANLAH MALAS NAK BERTANGGUNGJAWAB

salam..

selalu kalau nak buang sampah kat tong besar saya letakkan sampah tu kat cermin depan kereta..maka taklah terlupa.
sangat tak suka tengok manusia2 yang tak bertanggungjawab biarkan sampah yg jatuh dari keretanya bersepah macam tu saja kat jalanraya.selalu sangat nampak benda ni berlaku.
manusia2 ni suka letak sampah atas bumbung kereta...lepas tu, dah mula memandu maka terlupa dengan apa yg ada kat bumbung tu.

ni lah yang berlaku selalunya.
terbaru 3 hari lepas...kat simpang nak masuk ke taman ni...boleh pemandu tu panjangkan leher (tengok kat cermin pandang belakang) kemudian pecut macam orang tak ada kesedaran sivik.isteri pun ada dalam kereta tu...sekali dgn anak2.bekas makanan,pampers anak,sampah sarap berterabur atas jalan.kalau nak cepat pun bertanggungjawab sikitla.berhenti kutip dulu sampah tu.dari rumah awak takkan nak sepahkan kawasan umum.dah la kat simpang...bahayakan pengguna jalanraya yg lain.



TETIBA LAMANKU BERBAU WANGI

salam...

pagi ni masa keluar nak ke tempat kerja tetiba terbau wangi ja kat porch...
pelik juga...rasa macam tak ada sapa2 pun yg datang pagi tu..
hmmm....biarlah...

masa siram pokok (mmg habit siram pokok sambil tunggu enjin kereta panas) terpandang pokok jiran sebelah....
oooo...patut la wangi..
melur besar dia sedang galak berbunga...
bagus juga...
boleh tumpang ambil bau..
lepas ni minta benih...hihi


ni pokok melur 7 lapis saya yg hampir punah dulu tu.


dah mula berbunga..
yg ni baru nak kembang.
ada yg dah layu pun..

26 June 2012

COMEL

salam...
eh...eh.....dah banyak hari rupanya tak ke sini......
hmmm....
tengok muka budak ni dululah...



pandai ja dia bawa keluar tudung ni...
balik kerja malam tadi tengok tudung dgn anak tudung atas katil....
wondering...sapa plk yg ubah2 brg ni??
rupanya budak kecik ni punya kerja..

19 June 2012

JEREBU = PENAT

salam..
cuaca masih berjerebu.
tengah hari kemarin dengar berita index bacaan yang tinggi hanya 
di satu kawasan (lupa plk kat mana tapi bukan Kedah)...
tapi masa tu saya tengah drive dan keadaan udara sangat2 teruk.
mujur petang hujan turun.walaupun sedikit dapatlah juga nampak Gunung Jerai dari rumah.
tapi hari ni teruk semula.
kesian kat orang yg berpenyakit asthma..

***batuk penat makin banyak kat sini***
***nak bakar sampah pun fikir banyak kali***


18 June 2012

TERKEZUT!!!

salam buat semua..


fuh!!...terkejut sat...
ada makcik ni..
beberapa hari lepas datang ambil rawatan utk batuk..
kemarin datang lagi sebab masih batuk 
(cuaca panas berjerebu..batuk lambat baik)..
saya tukar ubat batuk..
tetiba tadi datang balik berkerusi roda..
terkejut den...


terus tanya..
"awat makcik?"
makcik jawab..
"takleh jalan ni...bodonyut kaki ni"...(makcik org NS)


cek2...belek2...cerita2...ooo...gout.
pergh..lega sih....at least tak berkaitan dgn rawatan sebelum ni.


jangan gelak...suspen woooo....


17 June 2012

POST EVENT

salam..

SELAMAT HARI BAPA BUAT SEMUA YANG BERGELAR BAPA
(bapa kat rumah ni rasanya tak sedar pun hari ni hari bapa..hihi)

anyway...
alhamdulillah...program semalam @ kemarin berjalan dgn lancar.
saya kemengantukan hari ni sebab penat berpanas seharian semalam.program bersama SINAR bersambung pula dgn kenduri kahwin anak kawan....
letih tapi enjoy.

rumah...sempat juga kemas sikit pagi tadi walaupun malas tahap gaban.takla bersepah sgt cuma bekas2 minuman malam tadi ditinggal saja kat ruang tamu.mata dah nak terpejam....tak nampak dah sepah2 tu semua.budak kecik tu plk ajak tidurkan dia.dah beberapa malam saya tak layan...malam tadi layankan sajalah...kesian.lgpun dia dah layu sangat..sekejap ja dia terus terlena.

gambar2 belum load lagi sebab kamera ada pada SU..
masih ada program SINAR di SP hari ni..hanya SU yg ikut sekadar membantu.

***terpegun dgn sebuah kelarga penerima sumbangan semalam...miskin harta tapi punya 4 orang anak yg bijak2 belaka***

15 June 2012

WAJIB BACA

salam...
sekarang saya suka belek2 FB & blog..
kadang2 rasa macam buang masa tapi banyak benda @ ilmu yg saya dapat dari sana.


ini salah satunya...
saya pernah masuk blog ini sekali tetapi kehilangan linknya.
hari ni saya dapat semula link tersebut dari fb kakyong.


BLOG CIKGU KHAIRULANIZA


petikan entri terbarunya...

.....Tiba-tiba saya terdengar suara Izz menjerit atau lebih tepat sekali Izz meninggi suara @ menengking ayahnya. Spontan juga saya melaung memanggil Izz. Namun, Izz tidak menyahut panggilan mahupun datang menghampiri saya....

......Sesungguhnya, Nabi Muhammad s.a.w tidak bertanya "Mengapa?" kepada orang yang melakukan kesalahan kerana beliau tidak menyiasat punca seseorang itu melakukan kesalahan......

........Mendengar kata-kata saya, pelukan Izz semakin erat. Dia tidak berkata apa-apa. Oleh sebab saya memeluk Izz, saya tidak dapat melihat reaksi wajah Izz. Saya hanya sedar kata-kata saya menyentuh hatinya apabila terdengar Izz menangis teresak-esak. Saya longgarkan pelukan dan saya intai wajahnya. Rupanya Izz menangis dan air matanya mengalir laju. Saya mengelap air matanya dengan tapak tangan tanpa berkata apa-apa.....


banyak ilmu yg diterjemahkan dalam tulisan guru ini..
silalah baca.
sangat2 bermanfaat dalam kehidupan kita.
kadang2 terlintas..
"kenapa baru sekarang aku jumpa blog ni?"
well...better late then never....


terimakasih juga untuk kakyong


***kereta SINAR HARIAN sudah membanjiri perumahan kami***

14 June 2012

KEKALUTAN MELANDA

salam..
lenguh2 satu badan ni...
terlewat pagi ni tapi nak juga mop lantai rumah...at the end...mop ruang depan saja.dapur malam nanti plk.
bukannya rajin sgt pun.sebab tu jadi macam ni...kerja last minute.
kisahnya...
esok,lusa & tulat (jumaat,sabtu & ahad) Sinar Harian Utara ada program kat area sini.makanya geng NARC pun dijemput sama.oleh kerana program dekat2 sini saja maka seperti biasa rumah kami akan jadi tempat persinggahan teman2 NARC yg dok jauh2 sikit...daripada nak ulang alik meletihkan badan & menghabiskan minyak kereta lebih baiklah tidur saja kat rumah kami...
lagipun mmg itulah salah satu tujuan beli rumah ni..ada extra bilik utk kawan2 & saudara mara menumpang tidur (makan...solat etc).

dah tuan rumahnya jenis tak berapa rajin nak mop lantai (sebab sat saja lepas mop ada budak kecik & budak besar buat kotor balik),bila ada orang nak mai barulah kelam kabut.tak pa...malam ni kerah si nurul buat sama...mmm...baju2 pun tak lipat lagi.abahnya?...kemas bilik..budak kecik?..duduk diam2 (macam la boleh sangat)..
esok malam tetamu akan masuk..tak tau berapa orang..tak kisahlah.lagi ramai lagi meriah..

***saya mmg jenis buat kerja last minute...dari dulu2 lagi***
 (SABTU ada kenduri jugak...hadiah tak balut lagi...sighhhh)


13 June 2012

BUKAN AWAN NANO

salam...
ini bukan lagi awan nano...
gambar ini diambil dari 

kejadian berlaku di Kota Kinabalu Sabah
(sila ke sana untuk berita lebih lengkap)


saya suka perhati bentuk2 awan...
kadang2 nampak macam naga..
pernah nampak wajah orang lelaki (tak sempat ambil gambar)..
yang tebal macam ni tak pernah nampak lagi..
tapi biarlah tak berlaku sebab awan tebal macam ni terlalu banyak air...
ribut taufan melanda..


BANGUN PAGI...GOSOK GIGI.....

salam...
malam tadi tutup klinik awal...berkejar ke Sg Dua menziarahi jenazah...
alhamdulillah sempat melihat wajahnya buat kali terakhir...tenang...
punca pemergiannya adalah serangan jantung (AMI).....
khabarnya 3 saluran darah di jantung tersumbat.
al fatihah buat arwah..moga damai di sana....
******

pagi ni budak kecik bambam ada sesi dengan doktor gigi di PDK.
waris kena temankan...umie tak dapat ikut sebab kerja 
maka abah & kakak nurul temankan.
abah baru load gambar kat FB....layankan dulu..



tergoda kat doktor gigi tu ka nabila oi!!!!!
sebelah kanan nabila adalah bestfriend dia..farah.

amboi!!!tangan simpan tepi nampak...
suka la dia bila orang bagi attention macam ni.

nasibla kakak misi...kena buli dgn budak baik ni.
member sebelah (athirah) buat sendiri ja pun..

12 June 2012

KEPADANYA JUA...

salam..
dalam perjalanan balik dari town sekejap td SU dapat call dari teman...
memaklumkan pemergian birasnya ke rahmatullah sekitar jam 3 ptg td.
akan dikebumikan selepas Isyak nanti.
agak mengejutkan juga kerana tidak mendengar sebarang berita mengatakan dia sakit atau sebagainya....
cerita sebenar belum ttg punca kematian belum kami ketahui...(belum bertanya).
insyaAllah akan ke rumahnya sebentar lagi..(menunggu nurul balik dari sekolah).

Al Fatihah buat arwah Ad.....moga di tempatkan bersama hamba2nya yg beriman.
takziah buat keluarganya...sabarlah menghadapi dugaan ini.
bersama ahli kelab semasa konvoi Kelantan-Terengganu 2010.
arwah agak jarang mengikuti program konvoi kerana kekangan waktu kerja.


MERINDUI KALIAN

salam...
bila masuk FB tengok klip2 ni...
baru tersedar.....betapa rindunya dgn kawan2 semua....
our good times as students...
bagaimana bersusah payah meredah liku hidup sebagai pelajar medic..
our joy when everybody in batch 94 made it tru....


setelah 18 tahun terpisah selepas graduate..
atas daya usaha beberapa teman secara adhoc..
berlangsunglah sesi reunion ini..
pada 2.6.2012.
ini hanya sebahagian kecil daripada batch 1994..
saya juga tidak dapat hadir atas sebab2 tertentu..
maka klip hasil usaha my dear friend Dr Mojo...
menjadi penawar buat kami yg tertinggal...



the ladies.....maintain la rupa...mcm dulu2 jugak...mcm final year ja lagi..
rehan (org kuat berusaha),mekna (udah datok kamu yer..),kak ija,honey,jua,nita,lin,rosz,filza,ct,rin, mazlin.

the guys...malas plk nak taip nama..hihihi



***will make sure next reunion akan hadir...dengan izin Allah***

11 June 2012

SELERA MATA

salam...

belek-belek folder gambar terjumpa gambar gelas seksi ni.

best jugak kalau ada gelas macam ni...guna kat kedai makan.
berselera orang minum.


07 June 2012

PAKAI...JANGAN TAK PAKAI..

salam...


gambar dari FB seorang teman.....


akibat tidak memakai tali pinggang keledar katanya...
kemalangan menyebabkan koyak yg teruk pada muka (bawah hidung).
keretanya pula tiada airbag.
maka berlakulah kecederaan ini.


baru-baru ni saya berbual dgn seorang makcik yang kehilangan anaknya dalam kemalangan...anak berusia belasan tahun.
mengalami kecederaan dalaman (koyakan pada usus) akibat cengkaman tali pinggang keledar setelah kereta mereka dilanggar oleh kereta yg terbabas.tiada kecederaan luar.


tali pinggang keledar....
ada kebaikan....ada keburukannya.
tapi kebaikannya lebih banyak..
jangan lupa pakai.




05 June 2012

HUJAN PANAS

salam..


hari ni cuaca sejuk...
hujan lebat pagi tadi..kemudian panas sekejap..pukul 9 am lebat semula...berselang seli hujan & panas sampai ke petng.hujannya plk lebat beserta angin...best.selesa.
harap2 malam ni hujan lagi..baru seronok zzzzzz....

orang yg berkenduri haruslah susah hati kan...doa moga2 tidak hujan pada hari kenduri.ada yang letak baju terpakai pengantin kat bumbung utk alihkan hujan ke tempat lain....sejauh mana boleh dipercayai amalan ini?
entah la..ada juga yg guna bomoh hujan.....
jgn percaya sangat..takut jadi khurafat plk.
yg penting doa kepada Allah...hanya DIA yg berkuasa..

7hb,9hb & 16hb...ada kenduri lagi...

04 June 2012

RASUAH KECIL-KECILAN

salam..
rasuah adalah salah..
tapi kadang2 terpaksa rasuah budak kecik ni..
nak buat cemana kan..
dia nak ikut pi kerja..
takkan nak bawa..
setakat sejam dua bolehla..
makanya...
terpaksalah umie cakap..
"baby duk rumah naaa...umie pi kerja..balik satgi umie beli askrim...nak?"
dengan bahagianya dia mengangguk...
dengan leganya juga umie pi kerja...
selalunya benda ni jadi time tengah hari..pagi takpa..dia ke sekolah.
tapi tak la kerap sgt dia buat perangai..ikut angin juga.
umie pun tak la mengikut sgt..kdg2 kering hati ja tinggai...melalak pi la...sat ja pun kalau dia nak nak melalak.budak ni jenis tak bebai...sat ja dia ok balik.
pulun!!!!

sememeh dah pun....

apa pun..memang tak elok ajar anak2 macam ni...umpan dgn makanan @ mainan.hatta bg upah utk anak bila dia tolong kita buat kerja pun tak elok juga (ni saya baca pendapat org bijak pandai dlm hal2 mendidik anak).katanya anak perlu dididik dengan rasa tanggungjawab utk membantu ibubapa.maka tak perlu nak biasakan dengan memberi upah.


03 June 2012

ALAHAN

salam...


apa nak buat kalau dapat alahan (allergic reaction) kepada sesuatu ubat?
tadi dapat satu kes macam tu (actually dah selalu dapat pun)..

kita takkan tahu seseorang alah kepada sesuatu ubat sehingga orang itu sudah mengambil ubat tersebut.memang ada ujian untuk menentukan sensiviti seseorang kepada sesuatu bahan (allergen test) tapi ia bukan prosedure standard sebelum memberi ubat kepada pesakit.

ada banyak tanda seseorang itu mengalami alahan..
1. rasa gatal2 pada muka @ badan 
2. bengkak2 terutamanya sekitar mata & bibir mulut
3. urticaria (gegata/sopak garam)
4. rashes (bintik2 merah pada kulit)
5. gelembung2 air pada kulit (serius)
6. muntah2
7. sakit perut
8. pening

yang paling lazim ditemui ialah gatal2 beserta bengkak & bintik2 merah.
paling teruk...boleh membawa kepada kematian (anaphylactic shock).

apa nak buat?
kalau selepas mengambil ubat,timbul tanda2 seperti di atas,janganlah marah2 kepada doktor yg bagi ubat tu & terus ke klinik lain.sebaiknya..datang semula kepada doktor tersebut.tunjukkan tanda2 yg dialami.doktor akan cuba kenal pasti ubat mana yg boleh menimbulkan alahan tersebut (biasanya doktor bagi beberapa ubat bila kita ke klinik...betul tak?).nama ubat akan direkodkan dan diberitahu kepada pesakit @ waris.nama ubat ini perlu disimpan oleh pesakit sampai bila2 & perlu ditunjukkan kepada mana2 doktor bila mendapatkan rawatan kesihatan.memang dah tak boleh makan sampai ke akhir hayat.
untuk rawatan,doktor akan beri ubat2 untuk melawan alahan tersebut.suntikan diberikan jika perlu.bg kes2 yang teruk, doktor akan rujuk ke hospital.

tetapi kalau alahan yg dialami adalah teruk (susah bernafas,kulit melecur dsb) terus sahaja ke hospital & bawa bersama ubat-ubatan yg telah dimakan.rawatan kecemasan akan diberikan dahulu & proses mengenalpasti ubat tersebut akan dilakukan oleh pihak hospital.


adakalanya seseorang itu alah kepada beberapa jenis ubat dari kumpulan yg berlainan.....sila senaraikan semua nama ubat tersebut pada sekeping kad & simpan di dalam dompet.elok juga untuk seseorang itu memaklumkan tentang alahan ini kepada ahli keluarga sebab kita tidak tahu bila perkara2 kecemasan akan berlaku.kadang2 pesakit sudah tidak sedarkan diri...waktu ini pengetahuan ahli keluarga amat penting.



gambar2 dari google...antara tanda-tanda alahan kepada ubat-ubatan
(alahan makanan juga boleh memberi tanda seperti ini)


***saya sangat susah hati bila ada pesakit yg alah kepada satu senarai panjang ubat-ubatan...***


ALHAMDULILLAH..SAT SAJA

salam...


pertama kali ke kenduri berdua2an dgn SU petang semalam...biasanya heret bebudak sekali.kali ni nak makan kenyang2...takyah bawa bambam..hehehe..

jangan salah sangka...bukan sesaja tak mau bawa.kisahnya budak bambam tu demam bermula tengah hari Jumaat...panas ja badan dia..merengek & tidur ja.balik kerja tgh hari suapkan ubat...sejam lepas tu ok.sejuk...mulut pun bising.terjerit2..terlompat2.siap boleh pi main kat taman mainan lagi.
malam balik kerja tengok panas semula.dah terlena pun.tapi sekejap2 dia bangun.boleh juga bagi ubat (sekarang dah senang minum ubat..takyah bagi supp lagi dah).
sepanjang malam macam tulah juga...sekejap tidur sekejap jaga.tak selesa kot.lepas tgh malam panas balik tapi tak kuat sangat.maka saya tak bagi ubat pun.

Sabtu pagi masa saya mandi terdengar dia main sorang2 kat ruang tamu (abahnya ada kat situ)...terjerit2 macam biasa..
dah terjerit2 tu maknanya oklah tu.

tapi cakap dgn SU takmau bawa dia ke kenduri sebab takut malam panas semula.lagipun kat rumah ada maksunya..bolehla berkawan.
awalnya saya plan kalau dia still panas mmg biar SU ja pi kenduri dgn member2 lain.tapi since dia dah cerdas & cergas,saya ikut la juga..kesian plk SU..member2 lain semua bawa partner.

kenduri tak jauh..kat Gurun ja.lepas kenduri terus balik rumah.

hari ni...alhamduliilah setakat pagi tadi budak kecik tu sihat2 saja.

moga semua anak2 istimewa yg lain pun sihat & ceria juga..