SENANG CARI

28 June 2012

JANGANLAH MALAS NAK BERTANGGUNGJAWAB

salam..

selalu kalau nak buang sampah kat tong besar saya letakkan sampah tu kat cermin depan kereta..maka taklah terlupa.
sangat tak suka tengok manusia2 yang tak bertanggungjawab biarkan sampah yg jatuh dari keretanya bersepah macam tu saja kat jalanraya.selalu sangat nampak benda ni berlaku.
manusia2 ni suka letak sampah atas bumbung kereta...lepas tu, dah mula memandu maka terlupa dengan apa yg ada kat bumbung tu.

ni lah yang berlaku selalunya.
terbaru 3 hari lepas...kat simpang nak masuk ke taman ni...boleh pemandu tu panjangkan leher (tengok kat cermin pandang belakang) kemudian pecut macam orang tak ada kesedaran sivik.isteri pun ada dalam kereta tu...sekali dgn anak2.bekas makanan,pampers anak,sampah sarap berterabur atas jalan.kalau nak cepat pun bertanggungjawab sikitla.berhenti kutip dulu sampah tu.dari rumah awak takkan nak sepahkan kawasan umum.dah la kat simpang...bahayakan pengguna jalanraya yg lain.



3 comments:

A.I said...

Org yg tak berotak je yg buat gitu kak. isk!

Ina said...

Ada amik no plet keta tak? Hehe.. Mai saya nak pi survey tgk sapa yg x dak kesedaran sivik ni. Sy pun dok kat tmn ni jgk. Cukup x suka org yg x bertanggungjwb cmni.

ieda said...

AI..
betoi tu..

ina..
takdan nak ambik sebab saya dah masuk simpang...