31 July 2011

WAJAR KE?

salam..
gambar dari FB teman.

sila perhatikan plet number & jenis minyak yang digunakan..

(RON 95.....minyak subsidi untuk siapa?)


KOMPILASI CERITA

salam.

selamat berhari minggu & selamat menyambut Ramdhan.

beberapa perkara untuk hari ini.
1. kepulangan Allahyarham Mohd Ashraf Hafiz ke rahmatullah akibat komplikasi jantung (unstable angina with cardiogenic shock).Moga beliau dirahmati Allah.usah kita memperkatakan yang lepas tentang dirinya kerana kita hanya tahu kisah luarannya tanpa mengenali peribadi beliau.hanya Allah yang mengetahui tentang setiap hambaNya.
Al Fatihah untuk arwah.

2. Penjaga gol bola sepak negara yang glamour......Khairul Fahmi Che Mat memutuskan pertunangan dgn blogger Elia selepas macam2 cerita ttg mereka keluar di media.katanya bukan kerana orang ketiga tetapi kerana mahu menjaga hati orang2 yg disayanginya.
terpulang kepada tuan punya badan....nak kahwin bukan perkara mudah.banyak tanggungjawab yang perlu digalas.kalau belum bersedia jangan dipaksa.moga kedua2nya dapat menjalani kehidupan dgn lebih tenang.
untuk Khairul Fahmi...moga dapat memberi yang lebih baik untuk negara....kembalikan kegemilangan pasukan bola sepak negara.
(sumber....Harian Metro)

yang lebih utama:
menjelang Ramadhan.....ramainya orang shopping untuk sambut puasa.pelik jugak saya...nak puasa pun kalut shopping.nanti nak raya kalut lagi...apakah????

semalam saya & SU bertemu dengan seorang aktivis masyarakat kawasan sini untuk meminta bantuan mengumpulkan anak2 yatim yang tinggal bersama keluarga untuk program berbuka puasa pada minggu ke 3 ramadhan nanti (tak mau dari rumah anak yatim sebab kebanyakan mereka sudah punya penyumbang tetap).
bila bersembang dgn Pak Su (anak2 kat sini panggil Tok Su), kami diberi satu perspektif yang berbeza dalam menghulurkan bantuan kepada anak2 ini.
antara katanya "pak su cukup tak suka bagi bantuan baju raya @ kasut raya kat budak ni.sebab apa kita nak tanamkan sifat 'nak raya kena ada baju baru' dalam minda depa.apa sebenarnya erti hari raya tu?sedarkah budak2 ni di saat depa minta kasut raya ada anak lain yang nak pakai kasut tapi tak dak kaki?"
(mujur kami minta cari anak yatim ni untuk bagi makan...hihi)

betul katanya....biasanya kita bantu bagi makanan,pakaian atau duit raya dan perkara tu habis di situ saja.apa kesinambungannya dari pemberian kita itu?apa faedah jangka panjang untuk anak2 tersebut.dari satu segi,kita membantu membuka mata orang @ pihak lain untuk membantu melepaskan mereka daripada kesempitan material...very true.bila ada publisiti akan ada pihak lain yang akan turut membantu kemudian hari.cuma setakat manakah anak2 ini menghargai bantuan material yang diberikan itu.adakah mereka akan membesar sebagai masyarakat subsidi seperti kata Pak Su?bukankah lebih baik mereka diberi sesuatu yang berkaitan dgn pendidikan?


maka untuk program berbuka puasa bersama anak2 yatim akan datang ini kami diberi perspektif baru.mewujudkan database tentang anak2 ini dan meneruskan pemantauan terhadap mereka dari segi pembelajaran sehingga anak2 ini berjaya dalam hidup mereka (which will take years).yang paling utama Pak Su sudi membantu dari aspek ini.kalau nak diharapkan kepada saya,SU dan ahli2 NARC untuk memantau anak2 ini memang kami tak mampu kerana kurang pengalaman & masa yang terhad memandangkan masing2 ada tugas hakiki yang perlu dilakukan.
moga program baru ini akan memberi manfaat kepada anak2 yatim ini & memberi peluang kepada kami untuk memberi khidmat kepada mereka.
(program berbuka puasa ini adalah anjuran Sinar Harian Wilayah Utara dengan kerjasama NARC). 


notes:
pak su adalah pesara kakitangan kerajaan yang sekarang ini memberi khidmad tuisyen percuma kepada anak2 miskin sekitar kawasan ini.beliau dibantu oleh bekas2 pelajarnya yang telah berjaya.
beliau juga mendidik anak2 ini  membina jatidiri yang mulia disamping mengadakan pelbagai program pemuliharaan alam sekitar.



29 July 2011

TENGOK BOLA DENGAN PERDANA MENTERI

salam..

sesi klinik petang semalam.....sanggup di 'off'kan semata2 sebab dia ni....
our beloved PM


SU punya hal la ni...
kebetulan PM ada lawatan kerja ke Kedah maka diadakan sekali sesi bertemu dgn rakan2 FBnya iaitu majlis MARI BERJUMPA,MARI BERHUBUNG.hanya yg terpilih saja yg boleh jumpa.SU antara yg terpilih dan dia masukkan nama saya sekali.
makanan saya....sos putih tu sedap.

so petang semalam berangkatlah kami ke Alor Setar.katanya by 4.15pm kena register.kami sampai dekat pukul 4...oklah kan.pas daftar boleh makan2 dulu.banyak juga kuih..taste? not bad.
bodyguard ramai sangat...
nak ambik gambar pun susah.nampak baju SU separuh ja.
paling kanan tu pun bodyguard jugak.


memula depa kata PM sampai pukul 5 lebih...tunggu punya tunggu last2 dekat pukul 6 baru sampai.tapi takpa..faham2 ja lah.bila ada macam2 acara semestinya timing lari.lepas speech dari PM ada sesi soal jawab...tanyalah apa pun beliau jawab..personal pun takpa.tapi bukan semua org boleh tanya...depa pilih ikut kertas yg dimasukkan dalam bowl.ingatkan SU tak dapat chance...sekali dipanggil juga...org yg last boleh tanya.alhamdulillah.bukan senang nak dapat peluang ni.

dapat juga peluang untuk memberi sesuatu kepada PM...(@ lebih tepat meminta bantuan).
apa dia? nantilah...kalau ada response positive saya cerita kat blog.kalau dia diam saya pun diam jugak...hihihi...fair?


malamnya ada jamuan makan di Dewan Wawasan Jitra.yang ni sebenarnya utk VIP tapi kami berdua yang tak VIP ni dijemput juga oleh kawan SU yg merupakan anak salah seorang VIP yg terlibat.org ajak makan on sajalah...lgpun tak jauh mana dgn Alor Setar tu.
alhamdulillah...makanan sedap.....(mujur..hihi).
the food....
bawah kanan tu sedap...ayam masak apa ntah.
gulai daging kat tengah pun best.

walaupun duduk kat meja VIP,nasi lambat sampai....so meratah lauk dulu la.

atas permintaan PM siaran langsung bola malam tadi ditayangkan kat big screen...ada 3 screen semuanya.tapi start tengok 2nd half saja...masa awal tu biasalah speech bagai.
penyanyi undangan...Syarifah Sheril Aida & abangnya Syed Sobri.
tengok la big screen tu.
bila bola start ja Syeril terus berhenti nyanyi.
suara dia ok gak...& masih lawa macam dulu.

our beloved PM.
masa ni Datok Johari tgh bg speech kot.

masa M'sia score bisingla dewan sekejap...pastu S'pore score dewan mula kosong.kami pun keluar awal sebab takmau tersangkut dgn konvoi PM yg nak balik mlm tu jugak.agaknya PM terkejut bila habis bola tu..toleh belakang dewan dah kosong..tinggal yg wajib ada kat situ ja.rupanya PM minat bola...sebab tu dia minta siaran langsung ditayangkan kat dewan.

kapal terbang 1 Malaysia


otw balik SU ajak singgah airport...nak rakam gambar konvoi PM...tak leh la dgn konvoi2 yg ada polis ni.....wajib nak rakam.maka bertapalah sekejap kat airport Kepala Batas.org lain mai nak tengok & salam2 PM.kami mai sb nak ambil gambar ja.tunggu sampai kapal terbang tu take off....semangat betoi....pastu bila drive nak balik rumah dah ngantuk teramat...saya takleh drive malam sekarang ni sebab mata pendua saya dah dipatahkan oleh "nabila the bambam"...alhamdulillah selamat sampai..



kesian tengok orang2 politik (pemimpin2 negara)...seharian bergerak ke sana-sini.nak puaskan hati semua org...letih ooo...
PM plk dengan lutut yang terseliuh...sian tengok dia naik tangga kapal terbang...terdengkot2..
he's due for operation this coming Monday...moga semuanya selamat.

BALKONI BARU

MY NEW BALCONY
*
*
*
*

HAH!!!!!
ANGAN-ANGAN
IN FUTURE LA KOT

27 July 2011

UBAT DARI LIPAS

salam.
hari ni kita cerita hal lipas.
sapa suka lipas?...ee...saya sangat tak suka esp yang boleh terbang tu.geli geleman...kalau saya nampak ja lipas, mmg cepat2 cari ridsect...spray sampai tertonggeng lipas tu.
pelik cemana orang boleh makan lipas.

kita selalu kaitkan lipas dengan persekitaran yang kotor.
tapi saya baru dapat info ni.
artikel pendek dari READER'S DIGEST bulan August 2011.

menurut artikel tersebut,lipas didapati dapat membantu menyelamatkan nyawa manusia.
bagaimana?
penyelidik daripada University of Nottingham UK mendapati bahawa sel otak lipas memiliki bahan yang bersifat seperti antibiotik yang berkesan untuk membunuh lebih daripada 90% bakteria yang merbahaya kepada manusia
seperti MRSA (methicillin resistant staph aureus) dan patogenik E coli.

(ada baca tentang wabak penyakit dari lembu baru2 ni?...well..itu adalah angkara bakteria E coli).


pengambilan otak lipas ini tidak memudaratkan kesihatan/sel manusia.
penemuan ini boleh membawa kepada penemuan ubat untuk membunuh bakteria yang rintang @ tahan kepada pelbagai jenis ubat (multi-drug-resistent bacteria infections).


maka sekarang...nak berkawan dengan lipas?
agak2 lipas jenis mana yang boleh diternak?potensi untuk bisnes ???....


boleh bayangkan tak satu hari nanti ubat yang anda makan adalah berasal dari lipas???ergghhh!!!!


dalam artikel ini tertulis bahawa ubat ini akan sampai kepada umum dalam masa 5 hingga 10 tahun lagi.


26 July 2011

JOM MAKAN

salam.
hari ni kawan SU start buka gerai koay teaw kerang kat depan ni.mulanya nak start hari pertama Ramadhan tapi memandangkan kat depan ni adalah 'hot spot' orang berniaga di bulan puasa maka kami suruh dia start dari sekarang.lambat2 nanti tapak orang ambil.kalau puasa Isnin maka hari Sabtu orang akan start booking tempat.Sabtu pula kami cuti so tak boleh nak halang kalau orang lain letak meja.

actually SU pun dah lama buat roti john kat depan kedai dia waktu malam.mula2 dulu kawasan ni sunyi ja.alhamdulillah sekarang makin ramai yang berniaga.kedai sebelah pun dah ada penyewa baru buka restoran.seronok berniaga ramai2 macam ni.dulu masa kami buka kedai runcit, kawasan ni meriah siang malam.bila my sis tutup kedai runcit tu (sebab kena jaga my parents yang uzur) keadaan mula jadi suram.kedai runcit yang kat sebelah pun tutup.orang lain sewa buat ofis ja.sekejap buka sekejap tak.siang2 boleh tahan juga sebab ada kedai makan tapi bila malam semua tutup...sunyi.kadang2 tinggal klinik dgn gerai burger ja.tapi sejak seminggu dua ni suasana makin meriah semula.
 harap2nya bila student UITM dah habis cuti lepas raya nanti suasana jadi tambah meriah.semangat la jugak nak kerja.


24 July 2011

DIA IBUKU....SELAMANYA MERINDUIMU

salam..

hari ni dah 24/7..minggu depan RAMADHAN menjelma lagi.
tahun ni bulan puasa adalah berbeza sama sekali...hari raya apatah lagi.dalam hati sangat kosong.....empty.tahun ni kali pertama Ramadhan disambut tanpa ibubapa saya....kakak2 juga jauh di kampung.walau jarak hanya 45 minit memandu tapi dah rasa jauh.maklum...dulu rumah hanya bertemu dapur.

masih merindui ibubapa saya...malam tadi mimpi berjumpa mak.dalam mimpi tu dia sakit tapi sekejap saja dia sembuh..how I wish it was real.
sebenarnya saya 'kehilangan' emak saya lama sebelum dia meninggal.penghujung tahun 90an emak saya mula kekurangan daya ingatan @ nyanyuk tapi sangat tidak ketara waktu itu.hanya terlupa tempat2 dia meletak barang.kemudian ianya semakin teruk secara perlahan-lahan.walaupun ingatannya lemah dia masih boleh dibawa berbual...sembang,gelak-gelak & bergurau senda.juga masih boleh diminta nasihat & panduan.saya suka minta kebenaran emak kalau nakkan sesuatu sebab dia tidak pernah menghalang.berbeza dengan bapa saya yg banyak menegah....dan bila bapa menegah mmg saya tidak berani melawan walaupun dalam hati rasa sedih & kecewa.

secara detailnya saya tak ingat tahun berapa yg emak saya betul2 tak sihat (tanda2 nyanyuk jugak ke nih?)...penghujung 2008 rasanya.dia mula tak kenal kawan2 & saudara.kemudian anak2 pun dia tak kenal..dia tahu kami anaknya tapi tak ingat nama.menantu apatah lagi.tahun 2009 emak seperti anak2 yang perlu dijaga rapi.kencing berak..makan pakai semua perlu dibantu.sampai ke satu tahap makannya perlu bersuap.bukan dia tiada tenaga untuk suap sendiri tapi ingatannya yg lemah membuatkan dia tidak mahu makan sendiri.kebanyakan masa kakak saya yg ke dua yg suapkan.itupun kadang2 angin emak tidak menentu...diluahnya semula makanan tersebut tapi tidaklah sampai tahap menyembur makanan.sekadar luah ditangannya saja.

tahun 2010 dia semakin tidak sihat.boleh berjalan tapi tidak kuat.lebih banyak habiskan masa di atas katil.anginnya juga macam2.sekejap elok sekejap marah2.macam2 perkataan keluar dari mulutnya tapi kami tahu itu bukan dirinya yang sebenar.ingatannya yang merosot membuatkan dia menjadi seperti anak kecil.sekali dua air mata saya tumpah bila dimarahi emak semasa mandikan dan membersihkan dia....(emak saya tidak lagi mandi sendiri...dia lupa....alhamdulillah Allah berikan saya kesabaran untuk tidak meninggikan suara kepada emak...tidak pernah sekalipun..bukan bermegah tapi bersyukur).walaupun emak tidak mampu lg memberi pendapat seperti dulu,sekali sekala saya masih bertanya pandangannya dalam hal2 tertentu.bercerita hal2 semasa walau tahu dia tidak mampu memahami semuanya.sekadar mengiyakan & tersenyum..kadang2 tergelak....(how I miss her smile & laugh).
hanya DIA yang tahu apa dalam hatinya

Ramadhan 2010....Ramadhan terakhir saya bersama emak & bapa.keduanya terlalu uzur terutama bapa yang hanya terbaring di katil & tidak mampu bercakap dgn baik.
tiada lagi aktiviti berbuka puasa dengan gelak tawa..memang ada kami berbuka bersama tapi emak tidak lagi dapat menghayatinya...dia lupa.hanya kehadiran nabila yang membuat dia ceria.sekitar bulan Oktober mak lebih banyak terbaring & kurang bercakap.hanya marah2 bila badannya dibersihkan.
syawal terakhir kita
'u have a sweet smile mak'
 
30.10.2010....bapa pergi untuk selamanya...
bermula detik itu emak terus berhenti bercakap.hanya diam membisu.tiada lagi marah2 waktu badannya dialihkan.sesekali saja berkata 'aduh' bila terasa sakit....saat itu saya sudah terasa 'kehilangannya'...hanya jasad yang ada tapi jiwanya sudah pergi bersama bapa.
diakhir hayatnya saya tahu dia sedih & sepi.cuma sangat terkilan kerana dia tidak mampu meluahkan perasaannya....tiada kata2 & pesanan terakhir darinya....tiada amanat darinya yang boleh saya bawa setiap hari.
kita yang banyak persamaan dari segi fizikal
 
terimakasih emak kerana melahirkan & membesarkan saya.
terimakasih kerana memberi peluang untuk saya belajar walau hidup kita dalam kemiskinan.
terimakasih kerana mengajar saya membaca Muqaddam & Al Quran.
terimakasih kerana mengajar saya bersolat.
terimakasih kerana mengajar saya berpuasa.
terimakasih untuk segalanya.

semoga Allah membalas semua jasa emak dengan pahala yang melimpah.
semoga Allah membalas kesetiaan emak kepada bapa dengan Syurga yang indah
dan
semoga Allah menghadirkan emak di dalam mimpi saya lagi..
saya sangat rindukan emak.......


gambar terakhir mak
(tak tahu kenapa shaky)

21 July 2011

SCANNER 4D

salam.

pagi tadi saya didemokan dengan mesin ultrasound baru...sungguh saya gilakan gadget-gadget sebegini.seronok bila dapat tengok benda-benda yang kita tak boleh lihat dengan mata kasar.sebenarnya saya hampir menyelesaikan bayaran ansuran untuk mesin ultrasound yang sedang saya guna sekarang.bulan 9 adalah bulan terakhir.maka sales rep dengan cekapnya meng'introduce'kan mesin baru ni masa dia datang ke sini bulan lepas.sebelum buat apa-apa keputusan saya suruh dia bawa untuk demo dulu.dua hari lepas dia confirm nak datang hari ni maka sempatlah saya ajak member yang pregnant untuk jadi model.....free 4D scan tu...

ini mesinnya...jenama SIUI (teknologi Jepun).
kat belakang tu mesin yang saya guna sekarang which is lebih kecil & comel...still in good condition.
yang hitam kat belakang tu adalah printer untuk scanner baru ni.
 banyak button.....maknanya ada banyak function yang boleh digunakan.
bulat debab tu adalah probe untuk 4D.scanner ni boleh pasang 3 probe serentak iaitu untuk 
2D,4D & vaginal probe.
yang bestnya ialah scanner ini akan automatik savekan gambar2 yang kita scan 4D.kemudian boleh playback & pilih yang terbaik untuk print.boleh juga burn ke CD atau transfer ke pendrive.
(my friend dapat CD scan babynya free sekeping)
 ini ialah baby kawan saya dalam imej 4D....nice.
bawah tu adalah tangannya sedang menolak dagu...nampak tak jari jemari baby tu?
hidung baby ni tak berapa nak mancung...sama dengan kakak2 & abangnya...hehe


kata sales rep ni, kat Penang cost utk 4D scan ialah rm250 per scan.kalau lebih detail costnya boleh naik sampai rm300.
kat KL berapa ek?



to buy or not to buy?????
ikut hati memang nak....tapi...
tunggu sat lah..kena tengok demand dulu.

(harga mesin ni ialah lebih drp RM150k sebijik.monthly payment adalah RM1000+).

BIAR LETIH ASAL SELAMAT

salam.


Berita muka depan Harian Metro hari ini.

Berapa kerap kita tengok pemandu2  van atau bas sekolah  turun memegang tangan murid-murid semasa menurunkan mereka dari kenderaan dan kemudian membantu anak-anak ini melintas jalan (jika perlu)? Saya pernah melihat tetapi amat jarang sekali berlaku. Kebanyakannya hanya berhenti membiarkan murid-murid turun dan terus bergerak selepas pintu di tutup. Pintu pun ditutup oleh murid sendiri. Akibatnya adalah seperti yang dialami anak ini. Bagi anak yang hanya berusia 3 tahun seperti Muhammad Haziq Aqasha ini memang amat tidak wajar sekali dibiarkan keluar @ turun sendiri dari van sekolah. Perlu ada orang dewasa yang mengawasi dari jarak dekat. Memegang tangan,menutup pintu dan menghantar ke penjaganya. Bagaimana kita mengawasi anak-anak kita ketika keluar dari kereta,begitu jugalah situasinya apabila anak-anak ini keluar dari van atau bas sekolah.

Saya pernah mendapat satu kes di mana seorang murid sekolah rendah terjatuh dari van sekolah. Kakinya luka teru akibat digeles tayar van tersebut. Dari satu aspek memanglah kesilapan murid itu sendiri kerana bergurau dengan kawannya semasa hendak turun dari van tersebut menyebabkan dia terjatuh. Tapi dari satu sudut yang lain,perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku andai pemandu lebih prihatin iaitu dengan turun mengawasi anak-anak ini semasa menurunkan mereka. Memang remeh dan memenatkan tapi ia adalah tanggungjawab kita sebagai orang dewasa yang diamanahkan untuk membawa anak-anak ini oleh ibu bapa mereka. Ibu bapa mereka membayar untuk perkhidmatan tersebut maka sewajarnyalah pemandu-pemandu ini memberi  yang terbaik.


19 July 2011

BUDAK KECIK AKAI BESAQ

salam.
malam tadi budak kecik buat perangai.tak pernah2 buat macam tu pun sebelum ni.ingatkan dah kena sampuk...hihi.
saya dah mengantuk yg teramat sgt.dgn cuaca panas sekarang ni mmg tak selesa sungguh.makanya balik kerja ja terus mandi (biasanya lepak2 dulu tenangkan kepala).budak kecik ni dok kat luar...menikmati angin malam dgn kakak dia sambil dok kacau anak gebu.

bila dah mandi kurang sikit rasa mengantuk tapi mood nak mengemas mmg elllek la.just pi baring2 kat hall.budak kecik sibuk dok tolong kakak masukkan anak2 gebu dlm sangkar.dah siap semua tu baru  masuk dlm rumah nak minum susu.tapi tetiba ja buat perangai.asyik nak nangis.semuanya serba tak kena.baring kat lantai nyot nyot sikit...melalak.kakak pujuk ok sat...pastu sambung melalak.saya plk pujuk2.minum sikit g...ubah pi baring kat atas kerusi.pastu nak turun plk.terkena botol susu & tertumpah sikit...melalak lg...ish....sib baik abah tak balik lg.kalau abah ada sure dah kena marah.abahnya tak suka dok dengar melalak tak tentu punca mcm ni.bukannya ada sakit kat mana pun sebab kalau sakit dia akan bgtau.yg kakak dok gelak.mula2 dia ingat nabila nangis tipu2 sebab dia ni suka berlakon...bila tgk muka nabila baru dia cakap..."laa...teriak sungguh2.."...sambung gelak lg.
tp satu perkara ttg budak ni...muka dia mmg lawak kalau dia nangis...tambah2 kalau nangis sb kena usik.kdg2 saja ja bg nangis...syok tengok.

back to malam td...sambil nangis2 tu sat dia lari pi bilik along...bgtau kata kakak buat.satg mai kat kakak kata along buat.pastu mai kat umie...lama gak la dia buat hal.last2 saya letak kat riba pujuk2 baru ok.tapi sat ja pastu dia cari pasal pi bergumpal dgn kakak plk.kaki tangan semua naik.budak ni kalau melanyak orang,saya pun surrender...banyak betoi tenaga dia.kakak tak tahan terus lari masuk bilik...trick jugak tu nak ajak dia masuk tidur.tapi dia keluar balik sambil melalak.malas dah nak layan.saya angkat ja masuk bilik semula bg tidur.

bukannya nak lena mudah2 budak ni...nak main2 lagi.sampai abahnya balik mata dok terbeliak lg.tapi dah tak melalak2 dah la.lama2 tu saya biarkan ja dgn kakak dia.tak daya nak tunggu dalam bilik tu lama2...nanti saya yg terlelap dulu.dia pun diam ja masa saya keluar bilik.kdg2 dia tak bg..kena tunggu sampai dia terlena.
dah besar ni banyak sungguh peel dia.

cuma satu ja lah...kebelakangan ni nak pi sekolah dah tak banyak kerenah.seronok kot sebab ada kawan baru anak penyelia kat situ.kawan baru ni kecik lg...tapi budak biasa (bukan anak istimewa).nabila lebih suka main dgn budak biasa berbanding dgn anak2 istimewa.mungkin sb dah terbiasa.


lg satu perangai dia...suka menyakat org.
ni tgh dok sakat si kecik sorang lg tu (danial kot nama dia...dok panggil dolah ja..hehe).
suka2 dia buat abah org mcm abah dia...siap peluk2 manja lg tu.
letih pakcik Bob melayan...dah la berat.
gambar ni diambil masa buat makan2 geng NARC & friends hari sabtu baru ni.


15 July 2011

NAK MAKAN KENA JENTIK

salam.

musim buah belum habis lagi...tengah meriah dengan cempedak,durian ,rambutan & manggis.
malam tadi nampak buah ni pulak muncul...bergayutan kat gerai-gerai tepi jalan.
masa masuk kerja petang ni nampak kat gerai depan klinik pun jual jugak.
ni lah buah yang baru bermusim...BUAH JENTIK
nak buka kena jentik kulit dia...sila percaya..hahaha....
kalau picit pun boleh terbuka gak.


isi dia oren gini....comey2 ja.
(gambar ni google ja)


ingat nak beli untuk nurul...sekali g tanya RM6 utk seikat seciput tu...amboi...mahainya!!!
nantilah dulu...biar dah banyak nanti mesti turun harga.kat tepi jalan kat Singkir murah sikit kot.buah ni kalau kena yang manis sedaplah...
kena yang masam....mmm....orang kedah kata "masam piang".

tengah google tadi jumpa gambar ni...
jambu merah...sedap.

saya lebih suka yang ni drp jambu batu biasa tu.jenis merah ni lembut & manis walaupun biji lebih banyak berbanding jambu batu yg putih tu.lama dah tak jumpa buah ni.

****JOM MAKAN BUAH JENTIK...JANGAN BELA JENTIK-JENTIK****

14 July 2011

UDARA YANG BERSIH

selamat hari khamis buat semua..

nice weather today.
hujan renyai-renyai awal pagi tadi.
matahri pun muncul secara ayu jer...sembunyi di sebalik awan.
view from my room
rasa macam nak lepak kat rumah ja...



12 July 2011

KLIP VIDEO

salam..
pagi ni kita tengok video clip ni ja lah dulu.
konvoi ronda2 ke KRABI Thailand bulan 3 baru2 ni.
ni clipnya saja...full video untuk hanya utk peserta sahaja
layaaannn...
 

"merc itu sudah menjadi sejarah"

11 July 2011

BERSIHKAN MINDA

salam
sejak lepas pemBERSIHan haritu laman facebook tetiba jadi tegang....tense.
FB saya dgn limited frensnya (privasi kan) pun rasa lain macam...ish...tak suka.
tengok kawan2 bertengkar di alam maya..tengok senior cakap @ tulis ayat2 yg tak sedap dibaca...tak seronoknya.yang delete frens pun ada.harap2 depa add semula (not me).


saya suka group saya kat fb...kawan2 sekarang & kawan2 + senior sekolah.harapnya semua dapat berhentilah sembang2 tak seronok ni...
petang ni we're trying to get the fun spirit in fb back again...moga berterusan.
 

GRRRRR.....

when u hate someone...meaning hate so damn much....yet u have to see that face everyday what should u do?
p/s: not SU

10 July 2011

MAMAM MAMAN

salam.
malam tadi tengok buletin utama ada cerita tentang jeruk maman.
pernah dengar tak?
tapi tak sempat nak tengok cerita sampai habis...si budak kecik pi tutup tv.
teringat masa kat kampung dulu...selalu gak makan jeruk maman.kena dengan nasi panas,ikan pekasam,gulai ikan darat...pergghhhh...

dulu2 rumah saya tepi bendang.ada batas bendang yang dilebarkan kat belakang rumah tu.kat atas batas nilah tumbuh segala pokok yang boleh dimakan.yang bapa saya tanam pun ada.
kembali ke jeruk maman..
senang ja nak buat.
ambil pokok maman..potong pendek2.boleh guna semua bahagian yang lembut.
rendam dalam air masak...campur sikit nasi,garam &gula (kalau nak).
biar berapa hari pun takpa (dalam bekas bertutup).
bila daun tu dah lembut & rasa masam,kira dah boleh makan la tu.
saya makan gitu ja macam buat ulam.
ada yang campur bawang & cili.

gambar yg saya google ja.
 pokok maman & jeruk maman
boleh mamam...hihi
teringat pulak pokok milang..tapi saya google tak jumpa.
pokok ni kecik ja..batang warna merah..daun hijau kecik bujur.
batang senang dipatahkan...sedap buat kerabu.