25 July 2014

MEMORI RAYA

salam...

menjelang Aidil Fitri ni saya selalu teringat kepada arwah berdua....my parents.
teringat tentang kesibukan mereka membuat persiapan..mak dengan persiapan ketupat pulut..bapa dengan persiapan gulai ayam & daging.
bapa saya tak masak tapi dia yang selalu tolong potong ayam & daging.tahu anak2 dia pun letih puasa,dia selalu ringan tulang untuk menolong.sembang2...gelak2 sambil buat kerja kat dapur.saya dengan kakak masak gulai...sambil tu tolong mak balut ketupat palas.kakak saya tak pandai maka saya dgn mak sajalah yang berlenguh kaki tangan membalut.biasanya buat sikit ja..tak daya nak lama2 dok balut.
tapi pada hari raya mereka yang terakhir (2010) tak ada lagi kemeriahan tu....dua-duanya sakit & tak lagi sibuk ke dapur.hari raya 2010 adalah sekadar hari raya pada nama dan menjadi Aidil Fitri terakhir kami...

Aidil Fitri selepas 2010 adalah hari cuti & hari jalan-jalan.hanya pada tahun lepas saya mula buat ketupat palas semula...dan tahun ni akan buat lagi sebab dah tak ada orang nak tolong buat @ ambil tempahan...hihi..tahun lepas juga buat kuih raya sendiri dengan bantuan anak dara..tapi tahun ni awal2 lagi dia bagitau takyah buat....tau pun penat kannn...

belajar buat ketupat palas dengan arwah mak dulu...mula dari sekolah rendah..tapi punyalah lambat nak pandai.dah masuk U baru reti buat.tu pun tak perfect macam mak punya.ada ja isi yang terlebih & ada out of shape juga...biarlah kan...nak makan kita potong2..bukannya orang nampak bentuk dah.janji sedap.

ni kuih-kuih kegemaran arwah bapa saya..
wajib ada untuk dia..cuma halwa maskat tu kadang2 tak jumpa.
dia suka makan benda manis2 tapi tak ada kencing manis pun....

halwa maskat
biskut/putu beras

arwah mak makan semua tapi paling suka ketupat pulutlah.

sekarang semua jadi kenangan saja....

notes**
yang mana masih ada ibubapa tu hargailah peluang & masa yang ada ni...jangan dok beralasan tak mau balik raya...tak mau tolong buat kerja etc..etc...
nanti bila depa dah tak ada.....RINDUNYA tak bertepi...


24 July 2014

HUJUNG RAMADHAN

salam...
berada di penghujung Ramadhan 2014.
bazar ramadhan pun makin sunyi....
pekan makin sibuk.
ramai yang shopping last minute.
belajar dari pengalaman lama,kami dah tak buat macam tu...sangat memenatkan shopping last minute ni...kalut semacam.
serba sederhana saja kami sebenarnya...ada baju sikit,tudung sikit dahla.anak dara besar kena beli kasut baru sebab kasut last year dah ketat...cepat betul memanjang kaki dia ni.
anak dara kecik....seliper ja dia...semua tu tak penting.yang penting untuk anak dara kecik ni adalah jalan-jalan & makan.dapat 2 ni..bahagiaaa....

tahun ni abahnya angin apa tak tau...beli bunga api & mercun.anak2 tak pernah minta pun sebab tak diajar main mercun, bunga api ni semua.tahun ni dah abahnya beli...main ja la kannn...tu pun ada lagi kat rumah.
muka stress...hahaha
tutup telinga tak mau dengar bunyi mercun

tak ada over acting untuk kecederaan ni..

budak kecik suka main mercun pop tu ja...yang baling ke tanah tu.bunga api tak berani..mercun yang meletup kuat tu lagiiiilah...bising kata dia.
tapi hari tu paksa juga dia main bunga api...abah beli yang besi..kurang asap.sekali tu dah habis menyala dia pi pegang bahagian hujung yang panas tu...haha...melecup jari....lagilah tobat takmau main dah..mujur kena sikit ja.
ummie dah beli pelita...malam satg kita pasang pelita plk.


notes**
kurang kemeriahan dah sebenarnya raya ni...al maklum umur makin berganjak...mak bapa pun tak ada..tumpang bagi anak2 happy ja.


18 July 2014

MH17......PENGAKHIRANNYA

salam sejahtera buat semua..
Jumaat yang suram dan pilu buat kita semua..

malam tadi selepas Isya' saya menumpang lena di bilik nabila.kebetulan pula nabila tidak sihat (demam sikit) dan saya tak layan rengek dia masa berbuka maka rasa agak bersalah bila kakaknya bgtau yang dia dah terlena.nak sedapkan hati,saya masuk temankan dia tidur walaupun masa masuk tu dia tengah nyenyak.dah bilik pun gelap maka dengan saya sekali terlelap.terjaga sekitar jam 12 malam tengok di wasap group ada berita tentang kapalterbang MAS terhempas di sempadan Ukraine-Rusia.mengantuk terus hilang...terus saja berjaga sehingga waktu sahur untuk mengikuti perkembangan kejadian yang tidak diduga ini.


pesawat Boeing 777, MH17 yang dalam perjalanan dari Armsterdam ke Kuala Lumpur telah ditembak jatuh menyebabkan semua penumpang & krew meninggal dunia.
lebih menyedihkan, kapten pesawat tersebut (kapten Wan Amran bin Wan Hussin) adalah senior semasa sekolah menengah dulu...batch pertama MRSM Kulim (pioneer).walaupun tidak kenal secara langsung,setiap warga MRSMK adalah bersaudara.sahabat2 lelaki memang mengenali arwah kerana mereka sering bertemu untuk aktiviti futsal...semoga isteri & ahli keluarga arwah dapat menempuhi dugaan ini dengan cekal & redha.
mereka diambil kembali pada hari yang baik di bulan mulia ini.
al fatihah buat semua mangsa yang beragama Islam.moga mereka semua di tempatkan bersama golongan hambaNya yang beriman.

kenapa peristiwa ini berlaku?hanya Allah yang mengetahui rahsia di sebaliknya.semoga pihak berkuasa dapat menyiasat dan memberi maklumat terbaik untuk semua keluarga mangsa yang terlibat.

********
sedikit tentang aktiviti di bulan puasa..
malam ini kelab NARC akan mengadakan program Jelajah Kasih Ramadhan bersama YB Datok Mohd Tajuddin bin Abdullah (EXCO Negeri Kedah) di Sik Kedah.program akan bermula sekitar jam 11 malam sehingga waktu sahur.

malam ini juga, en suami terlibat dalam menganjurkan program Jelajah Sahur bersama JPJ negeri Kedah dan YB Datok Tajul Urus bin Mat Zain (EXCO Pengangkutan negeri Kedah) di kawasan Bukit Selambau,Kedah.program juga bermula pada waktu yang sama iaitu jam 11 malam sehingga waktu sahur.

maka saya akan bersama-sama suami berada dalam program yang ke 2...terpaksa meninggalkan program bersama NARC..
kedua-dua program ini tidak dapat diubah ke tarikh yang lain kerana kekangan masa YB berdua dan juga pihak JPJ yang akan memulakan operasi musim perayaan tak lama lagi.

walau bagaimanapun, diharapkan kedua-dua program ini berjalan dengan lancar.semoga semua sumbangan dapat disampaikan kepada golongan kurang bernasib baik.



11 July 2014

BEZANYA KITA DENGAN MEREKA

salam buat semua..
berada di minggu ke dua Ramadhan...
moga kita semua sentiasa dilindungi Allah.



bunyi mercun makin meriah setiap malam...kawasan rumah saya memang dah jadi seperti kemestian.tiap2 kali musim perayaan adalah bunyi berdentum dentam.tak kiralah raya apa pun...
bunyi mercun mesti ada.
padang depan rumah jadi macam lapang sasar...
Ramadhan kali ni saya dah dengar bunyi meriam buluh pada minggu pertama lagi...tapi yang tu di luar kawasan perumahan ini.

lain halnya di bumi saudara kita...
berdentum dentam letupan bom menghancurkan segalanya...


apalah ertinya keseronokan Ramadhan pada mereka...
apalah ertinya kemeriahan Syawal pada mereka...
sebak melihat penderitaan mereka di awal usia...


paling minima yang kita boleh lakukan untuk mereka...
minima dari segi guna tenaga..
namun kesannya sangat kuat..
BERDOALAH...
Doa kepada Allah 
moga saudara-saudara kita di sana diberikan kemuliaan di sisiNya...
mohon diberikan kekuatan buat mereka..
mohon semoga Allah melindungi mereka dan melepaskan mereka dari kesengsaraan ini..
berikan mereka hidup yang aman & tenteram..
berikan mereka kebebasan dari gangguan makhluk yang rakus...
berikan mereka keselamatan...kesejahteraan dunia dan akhirat.

serta...
mohon semoga Allah melindungi bumi Malaysia dari kejadian seperti ini..

amin....

(gambar2 dari google)



07 July 2014

CERITA BUDAK KECIK LAGI

salam...

sweet saja budak kecik pagi tadi...
oleh kerana hujan turun agak lebat menjelang sahur hingga ke awal pagi,budak kecik tidur nyenyak sungguh..panggil beberapa kali pun tak bangun juga.ummie dah siap ironkan baju sekolah.baa masuk bilik dia nak mandi & siapkan dia...dah dekat pukul 9 pun.kejut2 tak mau juga bangun....ummie surrender...kesian plk tengok dia tengah nyenyak.ummie masuk bilik sendiri & bersiap nak ke tempat kerja..
tetiba dengar pintu bilik ditutup kuat...tau dah budak kecik dah bangun & keluar dari bilik...tiap2 kali pun memang macam tu..dia tutup pintu dengan kuat maka boleh sedar kalau dia keluar bilik.ummie jenguk dari bilik sendiri.nampak budak kecik jalan menghala ke bilik ummie....rambut serabai...muka mengantuk.kat tangan tersidai baju sekolah.....cute...
dengar rupanya dia ummie dok kejut bangun nak pi sekolah....

maka bersiaplah budak kecik untuk ke sekolah tanpa banyak kerenah...masuk lambat hari ni..
dekat2 9.30 pagi.


kisah malam tadi...
bunyi mercun berdentum dentam...
budak kecik excited...dulu2 dia takut.
"ummie....pommmm".....sambil buat aksi benda pecah dengan tangan.
"mercun"....kata ummie
"eecunn"..kata budak kecik..
"ummie...nak"...
ooo...minta mercun plk dia.
"mana ada kat rumah...kena pi beli kat kedai laa"...
..budak kecik buat muka & bunyi tak puas hati..
"pi suruh abah beli"
cepat ja dia bangun pi ke abahnya..
"abah...abah....baby bebeli"....
"apa?"...kata abahnya...
"baby bebeli....."
toleh kat ummie (dia lupa perkataan mercun)...
"mercun"...kata ummie..
"eercunnn"....
"nantilahh"...
budak kecik terpaksa give up...hehehe

selama ini,abang dgn kakak tak pernah minta pun nak beli mercun atau bunga api...masuk giliran dia pandai bercakap, cepat ja minta nak beli mercun...
kita tengok orang main sudah la baby..tunggu malam raya nanti...berdentum dentam meriam buluh meletop...mercun warna warni tu takyah ceritalah...macam pesta jadinya...tengokla puas2 nanti.


NAK SUPLEMEN UNTUK ANAK SIHAT CERDAS

06 July 2014

PENATNYA PUASA

salam..
hari ni budak kecik bambam memulakan kembali sesi persekolahan setelah bercuti dari bulan April...punyalah lama kontraktor tu buat kerja renovation....
budak ni dah sampai boring dok kat rumah...tambah2 lagi bulan puasa ni.abah tak boleh bawa pi lepak kedai kopi pagi2...mana ada kedai yg buka pun kannn...

hari ni senang ja bersiap pi sekolah (selalu pun senang juga)...siap bagi ummmie tocangkan rambut.tocang rambut ni pantang dia...pantang sangat2..pernah masa dia nak makan ummie minta nak tocangkan rambut,terus dia stop...tak mau makan...sanggup..
hari ni syok nak pi sekolah...rela plk dia ...ummie pun tak sangka.

balik sekolah tersadai macam orang puasa....padahal kat sekolah ada ja makan-makan.
terus tidur....ni pukul 2 lebih...masih zzzzzzzzz.....
(balik sekolah 12.30)

kita tengok esok jadi cemana plk.

##### kepada yang nak menggunakan suplemen SHAKLEE 
boleh beli terus dengan klik 
 link di bawah.
free consultation untuk setiap pembeli dari link ini.

ORDER SHAKLEE DI SINI

bila anda masuk ke web Shaklee boleh tukar ke Bahasa Inggeris jika mahu.klik button setuju di bahagian bawah dan teruskan order...unclick button barang2 yang tidak dikendaki.
bayaran dibuat melalui debit/credit card anda terus ke pihak Shaklee.barangan juga akan dihantar terus kepada anda.
harga yang tertera adalah harga runcit (bukan ahli).
jika inginkan harga ahli boleh maklumkan kepada saya untuk daftar keahlian...
CARA DAFTAR KEAHLIAN

03 July 2014

AYAM PERCIK DAN ROTI JOHN HOME MADE

salam...
ramadhan ke 5 hari ni...
mendung berbanding hari ke 4 yang terik.

ni cerita buka puasa ramadhan ke 3..
semangat nak masak.
beberapa hari sebelum tu dok sembang dengan suami tentang ayam percik popular Kelantan iaitu Ayam Percik Yati....masa reunion hari tu dah makan..memang sedap.
sekali terbaca entry MAMATISYA tentang ayam percik kuah putih....macam sama ja dgn ayam percik Yati....cara pun simple ja.
maka petang tu dengan penuh semangat masuk dapur.dalam masa lebih kurang sejam siap semuanya....ayam percik kuah putih & nasi planta.dalam hati dok risau juga apakah gamaknya rasa ayam tu.almaklumlah first time buat.bulan puasa plk tu tak boleh nak rasa-rasa.tawakal sajalah.

siap bab ayam en suami plk ambil giliran....pulun buat roti john dengan bantuan anak dara dia.
dah lama tak makan masakan en suami.semuanya settle menjelang waktu berbuka.

sebaik berbuka,kuah ayam percik tu lah yg saya rasa dulu...alhamdulillah.menepati citarasa.
siap ada repeat order dengan arahan tambahan....KUAH KENA LEBIH..
PANGGANG AYAM DALAM MAGIC PAN DULU
KUAH BERLAMBAK
NYAM...NYAM...NYAM....

BAHAN UNTUK ROTI JOHN...SIKIT JA PUN.
GUNA MAGIC PAN JUGAK..
TERBAIKKKK!!!
(tak letak sos lagi)

sapa nak resepi boleh jengah blog mamatisya atau klik SINI.
saya buat guna ayam separuh saja.bulan puasa kan...buat banyak2 pun tak habis makan.
senang ja nak membuatnya.

dah makan macam-macam bulan puasa ni tetap juga kena beringat tentang kesihatan sendiri & ahli keluarga.banyakkan minum air kosong untuk elak dehidrasi.ambillah suplemen kalau rasa pemakanan harian tu tak seimbang.....jangan tunggu sehingga dihinggapi penyakit.



01 July 2014

MULIANYA AL QURAN

salam...
Ramadhan ke 3 hari ini...
semoga semuanya sihat sejahtera & bahagia.

sepanjang Ramadhan,antara rancangan TV yang kami sekeluarga suka tonton ialah QARI JUNIOR di TV3... dah bermula petang semalam dengan sesi ujibakat.
suka melihat anak-anak kecil ini dianugerahkan dengan kebolehan menghafal ayat-ayat suci ALQURAN hasil didikan ibubapa & guru mereka.anak-anak memang mudah mengingati sesuatu namun tanpa usaha semuanya tidak akan menjadi.

pagi ini saya bertemu dengan video program yang sama konsepnya dari Indonesia...
Musa,berusia 5 tahun sudah berjaya menghafal 29 juzuk Al Quran dan sedang menghafal juzuk ke 30.sangat tenang dan yakin menyambung ayat-ayat yang dilontarkan kepadanya.
video yang berjaya menitiskan airmata penonton....airmata kekaguman dan kegembiraan dengan anugerah yang dikurniakan Allah kepada anak sekecil ini.

moga nanti anak ini menjadi hamba Allah yang mulia dan mampu menyemarakkan ilmu dan nilai Islam di seluruh dunia.tanggungjawab besar buat keluarganya serta masyarakat setempat untuk memastikan anak ini dewasa dalam suasana yang positif.

hayati kata-kata juri ini.